Support My Blog

Wednesday, February 21, 2018

AIR KETUM - KEHEBATAN DIVIRALKAN

APAKAH DIA KEHEBATAN DAUN KETUM?... POKOK KETUM (Mitragyna speciosa Korth., Havil ) yang kini telah diketahui umum adalah merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh liar dikawasan hutan tropika dan kini dalam proses penggubalan undang-undang untuk dikategorikan sebagai tumbuhan yang terkawal dibawah Akta Dadah Merbahaya 1952. Nama lain tumbuhan ini adalah seperti Kratom, Kakuam, Ithang, Biak atau Thom dimana ia adalah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae. Daripada segi taburan tumbuhan Ketum ini didapati banyak tumbuh liar di Utara Semenanjung Malaysia iaitu di kawasan hutan, belukar, sawah padi dan juga di persekitaran kawasan kampung. Pokok ketum lazimnya hidup subur di kawasan bertanah lembap dan tanah tidak mudah tenggelam terutama pada musim hujan. Pokok ketum merupakan pokok saka yang mana ia lazimnya memang boleh mencapai ketinggian melebihi 50 kaki. Saya ada menulis banyak rencana mengenai daun ketum dalam blog ini (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Ia boleh dibiakan melalui biji benih atau juga keratan batang yang boleh dijadikan benih untuk ditanam. Daun ketum dari segi sejarah memang telah lama digunakan secara umum secara tradisional untuk tujuan mengeluarkan angin dalam badan dan meningkatkan lagi tenaga untuk melakukan kerja-kerja berat serta oleh wanita lepas bersalin. Batangnya tumbuhan ini menegak dengan banyak cabang. Daun Ketum berwarna hijau gelap dan tebal dengan susunan bersilang berukuran 4-10 cm lebar dan 10-18 cm panjang. Bentuk daun adalah jenis 'Ovate-accuminate'. Daunnya akan gugur sedikit semasa musim panas tetapi ia akan menjadi sangat lebat semula dalam musim hujan. Bahagian daun inilah yang didapati mengandungi bahan aktif MITRAGININE iaitu sejenis bahan alkoloids yang memabukkan dan ia boleh menyebabkan kesan KETAGIHAN (addicted). Akar pokok ketum adalah terdiri dari akar tunjang dengan kuat masuk jauh kedalam tanah. Bunga ketum adalah berwarna kuning dengan berjambak mengandungi lingkungan 120 kelopak setiap satu tangkai. Artikel subuh ini saya terus menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tumbuhan Ketum iaitu sejenis tanaman terkawal untuk dijadikan bahan rujukkan teknikal kepada semua. Dalam whatsapp Group BSc Agric 1982, seorang sahabat penulis iaitu Tun Mohd Bakli buat posting menarik mengenai KHASIAT DAUN KETUM untuk saya kongsikan viral tersebut bagi pembacaan anda semua. 

Laporan viral tersebut menyatakan ada 'Berita' baik bagi semua peminat air ketum yang diambil untuk tujuan perubatan. Pada penulis yang telah banyak menulis dan kenal juga tentang daun ketum merasakan mungkin masih ramai dikalangan kita yang tidak mengenalinya. Dalam viral dinyatakan dimana Institut Pencegahan  Kanser Negara ada mengumumkan ranking daun ketum sebagai bahan anti kanser (Tiada nota rujukkan dinyatakan - mungkin ia hanya tulisan oleh pemula viral ini yang perlu disahkan). Dinyatakan ranking pertama adalah DAUN KETUM URAT HIJAU (46.5%), Ke 2 adalah  DAUN KETUM URAT MERAH (37.6%), ke 3 adalah DAUN JENIS HALUS (3.4%), Ke 4 DAUN KETUM BAWAL (34.7%), ke 5 DAUN KETUM EKOR BABI (32.9%) dan ke 6 adalah DAUN KETUM HITAM (23.8%). Penulis tidak boleh komen data ini kerana yang penulis blog tahu hanya ada dua jenis daun ketum yang telah dikenalpasti iaitu Daun Ketum Urat Hijau (Tiada anthocyanin) dan Daun Ketum Urat Merah (yang mana ia didakwa memang mengendungi bahan anthocyanin). Manakala 4 yang lain dalam senarai viral tersebut lagi belum pernah penulis dengar mendengarnya. Paling pelik dimana ada nama Daun Ketum Ekor Babi dan Daun Ketum Bawal yang ianya kurang power untuk dipercayai. Dakwa viral ini juga nyatakan semua daun ketum mengandungi KALOGEN, terutama daun ketum kuning mengandungi kalogen paling banyak.  Pada penulis blog kenyataan perkara ini agak pelik bunyinya. Bagaimana pokok ketum dikaitkan dengan kalogen yang mana kebanyakan bahan kolagen adalah dari sumber haiwan dan mungkin sedikit sahaja yang mungkin ada dalam tumbuhan tertentu (Sila baca artikel saya - Sila klik disini). Dakwaan ini kurang meyakinkan dalam viral. Seterusnya dinyatakan bahan anti kanser paling popular adalah JUS KETUM PANAS diminum tanpa gula.

Dalam viral seterusnya dinyatakan dimana ada penemuan baru di negara China. Bagi mereka yang berpenyakit diabetis dakwanya tidak perlu susah payah pergi berubat dengan doktor lagi memadai dengan mengisar (blender) daun ketum panjang yang dicampur dengan sehelai daun ketum merah dan diminum 2 kali sehari. Kemudian periksa kadar gula pada keesokkan hari dimana dijamin kandungan kadar gula dalam darah pasti menurun. Ia satu perkara yang perlu disahkan. Seterusnya dinyatakan tidak perlu berpantang dalam memilih makanan dan tabiat permakanan bila ambil ketum. Dakwanya dahulu masyrakat kampong  telah menggunakan daun ketum untuk membantu dalam menambahkan tenaga atau untuk mengembalikan kesegaran selepas penat dan kuat bekerja. Daun ketum boleh dikunyah dalam mulut seperti orang sedang makan daun sireh. Pada penulis tidak boleh disamakan orang dulu tinggal dikampong yang aktif membuat kerja kampong dengan senaman semulajadi. Sementara itu dinyatakan daun ketum yang dikeringkan dan direbus boleh digunakan untuk mengembalikan tenaga batin.  Selain daripada dikunyah segar, daun ketum kering juga  boleh digunakan sebagai tonik untuk menghilangkan rasa lesu selepas bekerja, lenguh-lenguh, radang, kejang otot, sakit-sakit sendi serta lelah.  Air Rebusan daun ketum kering dan akarnya didakwa dalam viral tersebut boleh digunakan bagi tujuan melegakan penyakit darah tinggi dan kencing manis. Petuanya adalah dengan jangan memetik bahagian pucuk di pokok. Adalah sebaliknya petik daun-daun yang berada atau terdapat sebelum bahagian pucuknya. Daun-daun dipucuk khasiatnya 'kurang power' kerana daun baru. Penulis blog agak setuju dengan kenyataan ini. Kemudian selepas dipetik, masukkan daun tadi kedalam periok dan dibasuh sehingga bersih dengan air  Ramas dahulu daun ketum sehingga menjadi cebisan yang kecil agar kandungan nuteiennya senang diserap air rebusan.

Berita Viral meneruskan dakwaan dengan mennyatakan agar merebus daun ketum tetapi jangan menggunakan air terlalu banyak.  Bila air sedikit makan air ketum tersebut lagi 'power' untuk diminum.  Selepas merebus 2 jam boleh dimatikan api dan biarkan air rebusan sejuk sebelum ditapis. Kemudian diminum airnya dan jangan berlebihan. Air ketum didakwa dalam viral tersebut jangan disimpan melebihi 3 hari kerana ia akan rosak dan kurang berkesan. Akhir kata viral menyatakan 'Selamat Mencuba dan Semuga Bermanafaat'. Apa pun saya ada menulis dalam artikel lain dimana kajian mengenai faedah daun ketum belum banyak diketahui secara klinikal. Bagaimana pun daripada beberapa laporan testimoni ada menyatakan iaitu selepas 5-10 minit air ketum diminum akan memberikan kesan khayal selama 2-5 jam. Kesan minum air ini akan rasa mulut kering, rasa gatal-gatal, pening-pening, banyak kencing dan juga hilang selera makan. Penggunaan daun ketum dalam dos yang rendah dipercayai baik untuk kesihatan tubuh manusia kerana ianya merangsang pengedaran darah, mengurangkan kandungan gula dalam darah, menambahkan tenaga dan sebagainya. Kesannya jika digunakan cara betul dikategorikan sebagai 'Physco-stimulants drugs' tetapi harus tidak berlebihan dan mendapat nasihat pakar. Ada dikalangan masyarakat dulu yang dikatakan agak suka untuk mangunyah daun ketum sebagai bahan yang menghayalkan. Kajian oleh saintis dan pakar kesihatan ada menyatakan kandungan dos sebanyak 2-10 gram mitraginine adalah sesuai untuk tambah kesihatan tetapi jika sering digunakan akan mengakibatkan ketagihan. Akta Dadah Merbahaya 1952 di Malaysia memang melarang sesiapa juga menanam, memproses, menjual dan meminum produk daun ketum untuk tujuan apa juga dan ianya boleh didakwa dibawah akta tersebut. Penulis blog ingin nyatakan jika ada viral seperti ini jangan terus dipercayai kerana mungkin penulisnya bukan pakar dalam bidang ini atau senghaja membuat dakwaan yang menyeronokkan pembaca. Mengenai daun ketum boleh baca banyak artikel termasuk tulisan saya dalam blog ini untuk dirujuk. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.

DAUN KETUM... TELAH DIVIRALKAN....
SERONOK MEMBACA...IA DIEDARKAN...
PENULIS BACA... PERLU DIJELASKAN...
MAKLUMAT KURANG TEPAT...ELAKKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 951, Hotel Marriot,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(4 JamadilAkhir 1439H)
Bersamaan 20 Febuari 2018

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...