LEMANTAK merupakan satu perkataan yang hanya ujud dan digunakan di Sarawak oleh suku kaum tempatan Melanau yang memberi makna sebagai produk berasaskan kepada sagu rumbia. Asas memproses tepong lemantak adalah agak tradisional dan manual sahaja. Penulis blog yang pernah bertugas di Sarawak dan membuat tinjauan teknologi di Mukah mendapati ia masih diusahakan secara tradisional walau pun ada usaha membuat kilang memproses lemantak moden dan komersil. Pokok Rumbia (Sago tree) merupakan tumbuhan yang terdapat di kawasan persisir pantai Sarawak dan dijadikan sumber ekonomi disana. Apa pun kini pokok rumbia ditebang untuk diambil sagunya. Lazimnya proses pertama untuk menjadikan tepung yang unik ini atau tepong lemantak adalah bahagian-bahagian kecil pokok rumbia (mulong adalah bahasa tempatan disini) yang mesti dibuang kulit yang keras dan dibelah kepada bahagian yang lebih kecil. Bahagian kecil tersebut kemudian akan dimasukkan ke dalam mesin parut untuk mengasingkan hampas dan isi sagu tersebut. Mengikut tinjauan penulis kepada seorang pengusaha tempatan bernama Encik Osman dan dibantu isterinya Catherine, proses pemparutan mengambil masa setengah hari jika jumlah pokok mulong yang dibelah-belah adalah lima batang. Mesin parut tersebut mempunyai beberapa bahagian iaitu bahagian parut, bahagian penapisan, bahagian pengaliran air, bahagian pembuangan hampas (pow) dan bahagian mengaliran pati sagu. Setelah diparut menggunakan mesin ciptaannya itu dengan sendiri maka isi yang diparut diairkan (alirkan air) untuk mendapatkan pati sagu seperti proses memerah santan dari kelapa yang diparut. Isi yang diparut itu melalui bahagian penapisan dan diperah kemudiannya diasingkan dari hampas atau dalam bahasa Melanau hampas pokok mulong dipanggil ‘pow’. Hampas tersebut kemudian akan dialirkan ke kawasan sungai. Kitaran air yang menggunakan sepenuhnya air sungai sentiasa bergerak kerana membantu pemprosesan tepung lemantak ini memerlukan air yang banyak untuk mengasingkan setiap bahagiannya. Setelah diparut maka sabut pokok mulong dibuang. Produk hampas bersama isi sagu yang tinggal dipisahkan menggunakan penapis besar yang dibuat sendiri. Isi sagu yang terkumpul dialirkan ke dalam ‘jalur’ iaitu sejenis kayu belian yang mana dibuang isi dalamnya. Menurut Osman lazimnya ‘jalur’ yang ada pada beliau adalah daripada peninggalan datuknya. Jalur tersebut di beli daripada orang Iban dengan harga 30 ringgit dahulu tetapi kini tiada nilainya lagi. Sekarang ini memang ‘jalur’ susah untuk didapati lagi kerana kekurangan kayu belian. Terdapat air di dalam ‘jalur’ tersebut untuk memendakkan isi sagu. Setelah selesai semua maka isi sagu bersama air yang terdapat dalam ‘jalur’ di buang airnya. Setelah air dibuang, isi sagu tersebut di masukkan di dalam pasu dan sedia untuk dikeringkan. Proses pengeringan ini selalunya menggunakan ‘tanudak’ adalah sejenis bahan yang menggunakan buluh yang dikait. Setelah dikeringkan dalam keadaan cuaca yang panas. Tepung lemantak sedia untuk diproses menjadi bahan makanan harian masyarakat Melanau seperti linut, tebaloi biji sagu dan sebagainya. Artikel malam ini dalam "Anim Agro Technology" saya terus menulis lagi mengenai lemantak, tepong lemantak, lempeng lemantak dan sebagainya sebagai menambah ilmu penulis dan pembaca semua.
Tepong Lemantak atau dalam bahasa saya sesuai dipanggil sebagai 'Tepong Sagu' ini merupakan produk asas daripada proses penghasilan dari pokok rumbia atau pokok sagu (Sila lihat foto disebelah). Negeri Sarawak sejak lama dulu memang banyak tumbuhan pokok sagu dan dikomersilkan sebagai satu industri. Semasa bertugas di Jabatan Pertanian Sarawak sekitar tahun 1995-1997 memang ada program bantuan penanaman pokok sagu dikawasan seperti di Mukah ini. Benih-benih pokok sagu akan diedarkan kepada petani untuk menggantikan pokok sagu yang telah ditebang. Program ini menjamin penghasilan lemantak berterusan untuk jangkamasa lama. Salah satu jenis makanan yang popular dikalangan masyarakat tempatan adalah dinamakan Tumpik Lemantak iaitu sejenis makanan tradisi Masyarakat Sarawak. Lemantak merupakan makanan tradisi Sarawak yang berasal dari masyakarat Malanau. Menurut penceritaan, masyarakat yang hidup di zaman penjajahan Jepun dimana ketika beras amat sukar untuk didapati sebenarnya selain ubi kayu, Sagu menjadi salah satu altenatif makanan yang ada diambil masyarakat tempatan. Kini sagu yang ada kemudian akan di buat menjadi tepung Lemantak dan di campur dengan kelapa parut untuk di buat sebagai Tumpik Lemantak. Selain makanan ini di sajikan sebagai Tumpik Lemantak (Lempeng Sagu) maka sebenarnya tepong sagu juga boleh di saji sebagai makanan seperti Linut atau Ambuyat atau Tabaloi. Penulis blog memang suka membeli dan makan tabaloi buatan tradisional dan tabaloi moden dari Sarawak.
Pada saya antara makanan enak dan mudah disediakan dari lemantak ini adalah Tumpik Lemantak (Sila lihat foto disebelah). Ia adalah makanan berkhasiat, organik dan mengenyangkan serta memberi tenaga. Membuatnya juga mudah iaitu dengan menyediakan bahan iaitu 1 Cawan Tepung Lemantak, 1/2 Cawan Kelapa Parut serta bahan sedikit garam secukupnya. Cara membuatnya dengan menggaulkan tepong lemantak, kelapa dan garam sehingga rata dalam bekas. Uli sehingga sebati kesemua bahan dan buatkan beberapa ketulan. Pada masa sama panaskan kuali leper atau pan diatas dapor kayu atau dapor gas. Ada juga sesetengah surirumah mencadangkan anda memercikkan air ke kuali sebelum memasak lempeng lemantak atau pun tumpik lemantak untuk pastikan kuali panas mencukupi. Kemudian diletakkan atau tabur adunan tadi dan ratakan sesenduk adunan lemantak seperti lempeng. Apabila kelihat sudah masak maka lipat dua lempeng lemantak anda apabila warnanya sudah cukup masak putih kecoklatan. Angkat dan masukkan kedalam bekas sesuai sebelum makanan asli lempeng lemantak ini sudah sedia untuk dihidangkan. Penulis blog dapati ada penggemar tupik lemantak ini akan mamannya dengan mencicah dengan Gula Apong (Gula Melaka). Ia enak dimakan semasa suam panas dengan air kopi pekat bersama keluarga dan rakan taulan. Lemantak atau Tumpik mengikut sebutan Sarawak merupakan salah satu makanan tradisional Negeri Sarawak terutama kepada Masyarakat Melanau di Negeri Sarawak.Lemantak yang dihasilkan dari Pokok Rumbia atau Sagu yang merupakan makanan utama masyarakat Melanau bermula pada suatu masa dahulu. Terdapat juga kepercayaan masyarakat menghormati makanan Lemantak ini kerana ianya adalah makanan yang menjadi penyelamat masyarakat ketika zaman penjajahan Jepun di Borneo suatu ketika dahulu sehingga wujud panggilan "Semandin "di kalangan masyarakat di Sarawak kerana dipercayai mengundang kempunan sekiranya kita ingin terasa nak makan tetapi tidak merasa/ makan makanan ini.
Dalam pada itu beberapa pendapat umum menyatakan dimana makanan ini juga mendapat nama jolokan yang lain seperti Pizza Sarawak atau Pizza Tumpik (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu penulis ada bertanya kepada seorang rakan yang pandai buat Tumpik Lemantak. Ia berbeza dengan resepi biasa dimana ia ada menggunakan Udang sebagai Inti. Bagi tujuan ini bahan-bahan asas digunakan adalah 1 cawan tepung lemantak, 1/2 cawan kelapa parut, udang dan bahan garam secukupnya. Bagi membuat inti atau perasanya pula perlu juga disediakan bahan seperti Udang, Gula Merah, Ikan Lumi (Lumek ), Hati ikan pari dan apa sahaja yang anda rasa sesuai. Cara membuatnya mudah iaitu dengan menggaulkan tepong lemantak, kelapa dan garam sehingga rata dan simpan. Pada masa sama boleh panaskan kuali leper atau pan diatas api. Bagi mempastikan kuali cukup panas boleh dipercikkan air ke kuali sebelum memasak lempeng lemantak. Penting kuali cukup panas untuk dapatkan lempeng lemantak yang berkualiti. Kemudian di tabur dan ratakan sesenduk adunan lemantak dan dimasak seperti lempeng. Bagi resepi ini perlu ditaburkan Inti Udang atau perasa lain mengikut citarasa. Kemudian lempeng lemantak ini boleh dilipat dua dan boleh diangkat apabila cukup masak. Lempeng lemantak udang ini sudah sedia dihidangkan. Apa pun selain dari versi lempeng tradisional dan lempeng lemantak udang terdapat juga dalam bentuk lain seperti pais yang mana menggunakan pucuk daun muda dan dibakar sehingga masak. Ada sesetengah tempat di Sarawak dimana lempeng lemantak atau tumpik dibuat kosong tanpa inti untuk dimakan bersama sirap gula apong atau gula melaka untuk hidangan sarapan pagi atau untuk menu minum petang. Semuga artikel malam ini dapat memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
NAMA LEMANTAK... SAGU ASALNYA...
DISARAWAK,,, BANYAK PENGGUNA...
DARI POKOK SAGU... ASAL USULNYA...
MAKANAN ENAK... ADA KHASIATNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1126, Hotel Mariott Putrajaya,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(21 Jamadil Awal 1439H).
Ditulis jam 1.25 pagi pada 7 Febuari 2018.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.