KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, February 17, 2018

NANAS KIPAS - BAWA TUAH?

NANAS (Ananas comosus) merupakan sejenis buah tropika ang penting ditanam di Malaysia semenjak beratus tahun dahulu. Buah nanas dijadikan buah-buahan yang dimakan segar atau diproses untuk dijadikan produk makanan lain seperti dijadikan jus, tart, inti, paceri, rojak atau ditinkan dan sebagainya. Bagaimana pun buah nanas juga ada jenisnya yang amat sesuai untuk dijadikan tanaman hiasan (ornamental plants) terutama dari jenis yang cantik dan comel. Industri nanas hiasan negara mencecah pasaran eksport sebanyal lebih RM36 juta pada tahun 2017 dimana ia terus berkembang. Penulis blog baru-baru ini sempena Tahun Baru Cina 2018 ada melawat beberapa nurseri swasta meinjau sendiri industri nanas ornamental ini. Bagaimana pun apabila membaca beberapa akhbar tempatan dan juga dari lamanweb ada yang melaporkan mengenai 'NANAS KIPAS'. Pada saya yang telah menulis beratus-ratus artikel mengenai nanas daripada 4,700 artikel yang telah saya tulis tertarik untuk membincangkan nanas kipas atau nanas banyak mahkota dari aspek teknikal dan juga nilai ekonomi. Persoalannya adakah petani mampu menghasilkan buah nanas kipas mengikut kehendak pasaran dan juga bentuk serta saiz yang seragam?. Ini kerana banyak laporan akhbar yang saya siarkan dan ubahsuai dibawah kelihatan macam ''pelik'' apabila setiap kali pekebun nanas jumpa buah nanas berbentuk kipas dan dimasukkan didalam akhbar tempatan sebagai berita sensasi. Ia sama dengan kejadian luarbiasa seperti buah tandan pisang keluar daripada bahagian tengah batang pisang dn berita lain lagi. Apabila datangnya tahun baru cina selalunya buah nanas kipas ini dijadikan bahan rebutan kerana ada kepercayaan ianya akan membawa ''tuah'' kepada pemiliknya. Artikel petang tahun baru cina 2018 ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai nanas kipas dan serupa dengannya untuk dijadikan bahan rujukan dan bacaan.


Kejadian nanas kips tau berjmbul banyak dikaitkan dengan apa yang dikatakan sebagai ''mutasi'' pada pokok nanas tersbut. Pokok nanas yang ditanam dikebun dibawah sinaran matahari akan membentuk bunga sama ada setelah dirawat dengan hormon atau ia telah cukup umur untuk berbunga bagi varieti yang tidak responsif terhadap  rawatan bahan penggalak akar seperti nanas Sarawak. Buah nanas lazimnya akan terbentuk hanya SATU BIJI pada setiap pokok yang dibubuh hormon. Bagi jenis nanas komersil seperti Nanas Moris (Ac1), Nanas MD2 (AC9), Nanas Gandul, Nanas Josapine, Nanas N36 kebanyakannya memang hanya menghasilan sebijii buah sahaja dengan satu jambul (crown) sahaja. Bagaimana pun ada juga nanas tersebut yang mengeluarkan banyak jambul sesekali akibat beberapa faktor cuaca dan rawatan kimia. Bagaimana pun bagi kejadian Nanas Kipas ini dipercayai disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor pertama adalah kerana gen bagi pokok nanas tersebut memang asalnya dari pokok nanas yang mana buahnya berbentuk kipas. Jika sulur dari buah nanas kipas ditanam semula maka kemungkinan untuk pokok tersebut menghasilkan buah nanas adalah tinggi. Ini kerana sulur nanas adalah kaedah pembiakan vegetatif yang menurunkan ciri induknya secara tulin kepada anaknya. Buah nanas kipas tersbut mungkin mempunyai saiz, bentuk, warna dan jmbul yang agak serupa dengan induknya (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun kaedah penanaman dengan benih dari induk nanas kipas ini belum lengkap dibuat untuk dikomersilkan sehingga kini kerana banyak pengusaha nyatakan anak dari pokok nanas kipas hanya menghasilkan sebiji buah sahaja juga.


Faktur ke 2 yang boleh menyebabkan kejadian nanas kipas adalah akibat dari proses mutasi kepada pokok nanas tersebut. Mutasi (mutation) adalah proses perubahan gen tumbuhan akibat beberapa faktur seperti cuaca (suhu panas, kering dan kurang air dsb) atau akibat rawtan kimia yang dilakukan. Lazimnya pokok nanas yang terkena cuaca panas sehingga mencapai 45 Celcius malahan mencecah sehingga lebih 50 Celcius boleh menyebabkan ganguan kepada bahagian bunga nanas. Ini menyebabkan berlaku pemecahan sel-sel tidak terkwal sehingga menyebabkan pembentukan beberapa biji buah nanas pada satu pokok (mutiple fruit formation). Akhirnya buah nanas berbentuk kipas ini terjadi dengan mempunyai banyak jambul dan dilihat seperti bentuk kipas (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun penulis bloh lebih mirip kepada faktur ketiga yang menyebabkan berlakunya nanas kipas ini. Ia mngkin disebabkan oleh faktur rawatan kimia bahan penggalak akar yang bertindakbalas dengan pokok nanas. Akibat terlebih bancuhan atau campuran bahan yang digunakan mungkin akan menyebabkan berlakunya ''multiple fruit and crown formation process'' atau kejadian buah nanas kipas. Apa pun biasanya kejadian ini tidak boleh di jangka awal akan berlaku buah kipas tersbut. Pada saya faktur yang asas adalah dari genetik pokok buah nanas tersebut yang mana ia mempunyai kemungkinan besar untuk menghasilkan buah nanas berbentuk kipas. Pada saya lebih banyak kajian perlu dilakukan bagi meneliti perkara ini jika benar ianya mempunyai nilai ekonomi tersendiri kepada pengguna. Berdasarkan kepada 3 laporan media tempatan dibawah diharap pembaca dapat menilai sendiri fenomena nanas kipas selain daripada fakta yang saya tulis ini.


Nanas Kipas ini unik kerana beberapa biji buah didapati bercantum dari satu pokok. Dari beberapa penelitian didapati terdapat sekitar 5 - 10 biji buah nanas pada satu tangkai nanas kipas begitu juga bilangan jambulnya (Sila anda lihat foto disebelah). Beratnya juga melebihi 5 kg sebiji sehingga ada yang mencecah 8-10 kg. Ada juga buah nanas jambul yang mempunyai terlalu banyak jambul bersusun diatasnya sehingga padat membentuk satu bentuk yang unik. Walau pun ada sesetengah nanas kipas ini ada isi yang manis dan boleh dimakan tetapi banyak juga buan ini yang mana buahnya bersaiz kecil dan tiada isi yang boleh dimakan. Dalm kebanyakan kes pemilik buan nanas kipas akan menyimpan sahaja buah tersebut dan ramai juga yang akan menjualnya kepada peminat dengan harga yang berlainan iaitu ebih tinggi daripada nanas biasa. Di Sarawak dan Johor Bahru dari tinjauan penulis blog nanas kipas ini dijual melebihi RM100 satu unit bergantung kepada saiz dan keunikan nanas ini. Itu pun memang sukar untuk dapatkan nanas kipas yang mempunyai bentuk dan berat yang sama. Pada saya nanas kipas adalah satu kelebihan kepada nanas itu sendiri yang membawa tuah atau dalam bahasa Cina bawa ''Ong'' kepada pemiliknya. 


Berita Pertama:
SINAR HARIAN

Nanas berbentuk kipas tangan

BENUT - Seorang pemuda terkejut apabila nanas yang ditanam di halaman rumahnya di kampung Parit Kerimon, Benut, Pontian, Johor di sini berbentuk seakan-akan sebuah kipas tangan. Aziz Wahad yang berumur 32 tahun mula menyedari kewujudan nanas tersebut ketika pulang dari kerja petang kelmarin. Dia pada mulanya menyangka yang terdapat dua pokok nanas yang berbuah terlalu dekat, namun setelah didekati nyata sangkaannya itu meleset. Kemudian belau terus ke pokok nanas tersebut dan dapati dimana alangkah terkejutnya selepas mendapati buah nanas itu leper tidak seperti nenas lain. Beliau sterusnya segera mengambil parang dan memotong nanas tersebut dimana dia mendapati ia berbentuk seakan kipas tangan. Beliau berkata demikian kepada wartawan Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di parit Kerimon semalam (Sila lihat foto disebelah). Menurutnya, dia segera memberitahu penemuan nenas yang disifatkan berbentuk pelik ini kepada kakak dan ibunya. “Mereka turut memberitahu tidak pernah melihat nanas seumpama ini dan menyifatkan kejadian itu adalah kali pertama, Dia juga juga turut menceritakan penemuan ini kepada penduduk kampung dan mereka turut terkejut selain menyatakan ia adalah penemuan kali pertama,” katanya. Nanas pelik itu bukanlah dari di kacukan sebaliknya hanya nanas biasa yang ditanam dan dibiarkan membesar. Nanas ini bukan dari benih kacukan tetapi nanas biasa atau nanas kampung yang biasanya ditanam di kawasan halaman rumah. Dia yang bekerja kampung berkata, akan menyimpan nanas tersebut sebagai kenangan kerana nanas tersebut begitu istimewa baginya.

Berita Kedua :
HARIAN METRO

Nanas kipas bawa 'tuah' jadi buruan

Sarikei - Ia kelihatan seperti nanas biasa, namun bentuknya yang seakan-akan kipas menjadikannya cukup unik dan ‘diburu’ masyarakat Cina di Sarawak terutama menjelang Tahun Baru Cina tahun 2018 ini. Perkara ini adalah disebabkan bentuk nanasnya yang unik dimana ada pembeli sanggup menawarkan harga tinggi malahan hingga mencecah ratusan ringgit sebiji kerana percaya ia mampu membawa tuah. Bagi peniaga dikenli dengan nama Wong Siew Mei berumur 28 tahun mendakwa nanas kipas dalam keluarganya menjadi simbol tuah, selain membawa rezeki berlipat ganda kepada si pemiliknya. “Ada kata macam kipas, ada juga yang kata seperti naga. Bagi masyarakat Cina, terutama etnik Tionghua, naga adalah makhluk mitos yang membawa khabar gembira. “Malah, ia menjadi simbolik kemahsyuran, kekayaan dan kejayaan individu. Justeru, tidak hairan jika ada yang sanggup menawarkan harga tinggi untuk memilikinya,” katanya ketika ditemui, semalam. Petani, Hii Seng Chong, 56, yang telah lama mengusahakan tanaman itu berkata, anak benih nanas kipas atau nanas naga itu mudah didapati di beberapa kawasan di Sarawak seperti Sarikei, Bintangor, Sibu, Miri, Bintulu dan Lawas. Bagaimanapun, katanya, hanya mereka yang benar- benar bertuah boleh memilikinya kerana setiap benih lazimnya mengeluarkan buah nanas biasa. “Buah pertama berasal daripada baka sama seperti nanas biasa. Bagaimanapun, pemiliknya akan menjadi lebih teruja apabila nanas ini berbuah kali kedua. Ini kerana, buah kedua biasanya lebih besar dan menarik,” katanya. Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Februari 2018 @ 9:46 AM


Berita Ke 3 :
KOSMO!

Buah Nanas Kembar di temui lagi
Bagan Serai, Perak - Buah Nanas kembar ditemui lagi dan kali ini oleh seorang peniaga di Kampung Sungai Gedong, Selinsing, Bagan Serai, Perak.  Seorang peniaga berkenaan dikenali Abdol Hussin yang berumur 63 tahun berkata dia hanya menyedari keadaan buah yang unik itu ketika meninjau kawasan dusun buah-buahan miliknya. Menurutnya, ketika membersihkan dusun, dia terpandang sebatang pokok nanas tumbang manakala terdapat sebiji buah bersaiz besar masih melekat pada tangkai pokok itu. “Apabila melihat saiz buah itu, saya pada mulanya menyangkakan ia mungkin disebabkan berlaku longgokan buah nanas yang banyak pada satu tempat ketika pokok tumbang. “Namun, apabila diteliti lebih dekat, saya mendapati buah berkenaan seolah-olah terhasil daripada cantuman 150 buah nanas membentuk buah seakan-akan kipas tangan,” katanya di sini, semalam. Abdol berkata, dia pada mulanya teragak-agak untuk memotong tangkai buah berkenaan daripada pokoknya berikutan keadaan rupa bentuknya yang agak unik. Bagaimanapun, dia nekad memotong nanas seberat lebih tiga kilogram itu dan menyimpannya di tempat selamat bagi mengelakkan ia dicuri pihak tertentu. “Sepanjang lebih 35 tahun berpengalaman menjual pelbagai jenis buah-buahan termasuk nanas dan jambu susu, saya tidak pernah melihat sesuatu yang ajaib seperti itu. “Kebiasaannya hanya sebiji nanas yang akan dihasilkan bagi setiap pokok yang ditanam. Namun, nanas yang kita lihat hari ini (semalam) membuktikan kekuasaan Allah SWT dalam menjadikan sesuatu makhluk di muka bumi ini,” katanya. Abdol berkata, dia berhajat menjualnya pada harga bersesuaian memandangkan perniagaan menjual buah-buahan adalah sumber pendapatan utamanya.  Menurutnya, sejak dua hari lalu, ramai penduduk kampung tidak putus-putus datang ke gerainya di Sungai Gedong untuk melihat sendiri rupa bentuk nanas itu. “Saya hanya akan menjual nanas unik itu kepada mana-mana pembeli yang benar-benar menghargainya dan menawarkan harga berpatutan. “Sebelum ini, kita ada mendengar penemuan nanas berbentuk kipas tangan, namun nanas yang saya temui ini agak unik kerana ia cantuman 150 buah berasingan dan bersaiz sangat besar,” katanya.

Semuga tuisan petang ini memberikan info berguna kepada anda pebaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
NANAS KIPAS... PELIK BENTUKNYA...
ADA BANYAK JAMBUL...BUAHNYA...
MEMBAW TUAH... PENGANUT CINA...
BOLEH DIKAJI... CARA BAGAIMANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria,
Bandar Baru UDA, Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(30 JamadilAwal 1439H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...