mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, May 23, 2019

KUIH KETAYAP - SENANG BUATNYA

KUIH KETAYAP atau KUIH GULUNG merupakan sejenis kuih tradisional yang diminati di Malaysia, Indonesia dan juga Brunei DS. Kuih gulung atau juga dikenali sebagai kuih ketayap merupakan sejenis kuih tradisi yang popular di Malaysia. Ia merupakan sejenis kuih yang terdiri dari dua komponen iaitu kulitnya (lempeng) dan intinya (biasanya kelapa). Penulis blog amat kenal dengan kuih ini dimana ibu selalu membuatnya untuk sarapan pagi dimasa lampau di kampong iaitu di Gerisek, Muar, Johor. Memang mudah untuk menyediakan kuih ini yang enak dan mengenyangkan serta ia berkhasiat. Pada masa ini mungkin generasi muda agak kurang kenal akan kuih ketayap ini berbanding dengan makanan moden seperti ayam goreng, dimsum, burger, sphagetti, korean food dan beberapa lagi. Kuih Ketayap atau Kuih Dadar Gulong ini ada dijual di kantin sekolah, pasar malam dan juga beberapa gerai makan (Sila anda lihat foto diatas). Lazimnya kuih ketauap tradisional adalah berwarna hijau (hijau dari daun pandan yang digunakan semulajadi) walau pun ada yang membuat dadar warna putih sahaja (resepi ibu dahulu) dan yang kreatif mereka warnakan merah, kuning dan sebagainya. Apa pun warna dadar akan tetapi cara membuatnya dan rasanya hampir sama. Apa yang unik adalah kreativiti pembuatnya dan cara bagaimana menghidangkannya. Kalau kena dengan cara ballutan plastik dan saiz yang menarik tentunya orang akan memilih kuih ketayap ini semasa dihidangkan berbanding kuih lain. Kuih ketayap ini lembut dan manis menyebabkan ia sesuai dimakan oleh kanak-kanak, remaja, orang dewasa malahan atok nenek yang sudah berusia.Dalam pada itu kuih gulung atau ketayap ini berkemungkinannya diberi nama sedemikian kerana cara membuatnya di mana kulit luar kuih digulung pada inti. Nama lainnya kuih ketayap pula disebabkan rupa kulit luarnya yang seperti ketayap sebelum digulungkan bersama inti didalamnya. Kuih ketayap popular dikalangan golongan muda sebagi makanan harian kerana ia merupakan sejenis kuih yang enak dimakan. Biasanya lapisan plastik digunakan bagi mengalas kulit luar yang melekit bagi mengelak terkena pada jari orang yang memakannya. Artikel pagi ini sempena cuti Hari Wesak saya menulis dalam ''Anim Agro Technology" megenai Kuih Ketayap atau Kuih Dadar Gulong untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.

Kenapa anda ingin juga membuat kuih ketayap?. Jawapannya kerana anda lapar dan hendak makan kuih tersebut. Jangan risu kerana saya pasti anda memang mampu dan boleh membuatnya sendiri dirumah asalkan ada bahan mencukupi, peralatan dan yang paling mempunyai info seperti membaca artikel ini. Kuih ini adalah kuih yang sedap, lembut dan ia juga mudah disediakan. Kuih Ketayap ataupun ada segelintir memanggilnya sebagai Kuih Gulung dianggap sebagai kuih tradisional kerana sangat diminati tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa. Mungkin tekstur lembut dan mempunyai inti kelapa yang manis buat Kuih Ketayap ini masih mendapat permintaan ramai dihati peminat-peminat kuih tradisi. Bahan-bahan membuat lempeng atau dadar yang diperlukan adalah 100 gm tepung gandum, 1 biji telur, 250 ml air daun pandan, 2 helai daun pandan dan juga secubit garam. Bahan untuk inti pula terdir dari 1 cawan kelapa parut putih, 2 sudu besar gula pasir, 1/2 sudu teh tepung jagung yang perlu dibancuh  bersama sedikit air dan juga secubit garam. Semua bahan ini amat mudah didapati dikedai runcit dan pandan dikeliling rumah sahaja. Peralatan diperlukan adalah pengisar (blender, mangkuk, susu, kuali, alatan memasak sudip dsb  dan dulang kecil untuk mnggulung kuih ketayap.

Bagaimana cara membuat kuih ketayap yang enak ini. Mula-mula sekali perlu diayak tepung gandum dan garam dan masukkan ke dalam mangkuk. Kemudian dimasukkan telur yang telah dipukul bersama air daun pandan. Kacau hingga adunan tersebut menjadi licin tetapi penulisblog selalu kisar dengan blender sahaja untuk dapatkan yang terbaik. Kemudian dimasukkan adunan ke dalam penyukat. Simpulkan daun pandan dan panaskan kuali. Saapukan kuali panas dengan daun pandan yang dibubuh sedikit minyak sehingga terbit aroma wanginya dan dituang adunan ke atas kuali dan lenggangkan kuali untuk membentuk bulatan. Biasanya kuali panas itu akan mengubah adunan basah menjadi kering dalam 3-4 minit sahaja dan ia boleh diangkat apabila sudah masak. Kemudian ia perlu diulangi proses yang sama hingga adunan habis dan semua dadar tersebut disusun didalam pinggan leper dan dibiarkan sejuk. Cara membuat intinya dilakukan dengan mencairkan gula bersama sudu besar air ke dalam periuk. Kemudian dimasukkan kelapa parut dan di masak sampai kering. Masukkan dua atau tiga biji bunga cengkih untuk menambah aroma dan kesedapannya. Kemudian dimasukkan tepung jagung dan kacau sehingga rata.  Selepas inti masak maka ambil kulit ketayap dan diisikan dengan inti dan gulung dengan kemas (Sila lihat foto disebelah). Susun didalam pinggan sesuai dan ia sedia untuk di dihidangkan.

Dipaparkan juga cara membuat ketayap Ala Jawa di Johor yang selalu dibuat. Bahan-bahan yang digunakan adalah 1 kg tepung gandum, 2 sudu besar tepung pulut, 1 biji telur, sedikit garam dan juga pewarna Hijau (titiskan mengikut kesukaan masing-masing  kalau tidak mahu guna pandan. Dikampong ramai juga yang tidak bubuh pewarna memadai dengan putih krim semulajadi sahaja. Semua  bahantersebut dikacau dalam mangkuk atau dikisar sehingga sebati. Pastikan jangan jangan pekat sangat biar cair sedikit sebab dari pengalaman penulis blog apabila adunan pekat menyebabkan kuih dadar jadi tebal dan boleh pecah. Dalam pada itu bahan untuk inti gunakan 1.5 biji kelapa parut, 5 sudu besar Gula Merah,  5 sudu besar Gula Pasir, 5 sudu besar Gula perang, 2 helai daun pandan, 4 sudu besar tepung gandum untuk jadikan intinya lembab dan sedikit garam. Cairkan kesemua gula dan dimasuk sedikit tepung dan dikacau hingga sebati. Kemudian dimasukkan kesemua bahan inti dan daun pandan dikacau sampai sebati dan angkat untuk disejukkan. Seterusnya panaskan kuali dan sebaiknya menggunakan kuali tidak lekit (nin stick fry pan) dan bagi membuat kulit ketayap tuangkan adunan cairan dengan sukatan senduk tepong dan goyangkan sehingga membentuk bulat. Dari pengalaman sekilogram tepong boleh mendapatan sekitar 70 keping dadar. Apabila sejuk ambil initi kelapa tadi dan diletakkan dibahagian tepi kulit dadar dan digulong (rolled) dan disusun diatas pinggan. Untuk hidangan boleh dihidang begitu sahaja atau boleh dipotong-potong. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KUIH KETAYAP... DADAR GULONG SAMA...
MUDAH DIBUAT... CEPAT SEDIAKANNYA...
ENAK DIMAKAN... APA LAGI PERCUMA...
BUAT SENDIRI... BACA ARTIKEL SAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka Bersejarah,
Persimpangan Bukit Beruang,
Melaka, Malaysia.
(17 Ramadan 1440H).

Wednesday, May 22, 2019

GUARANA - HENTI GUNA NAMA!.

TANAMAN GUARANA (Paullina cupana)  semakin hangat dipaparkan dalam media utama akhbar tempatan dengan bertajuk ''Henti Guna Nama'' pada muka hadapan Utusan Malaysia terbitan 25 Mei 2019 (Sila lihat foto diatas). Menurut Dauk Jamal Harizan, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia nyatakan "Jangan guna nama Jabatan. Perbuatan itu tidak bertanggungjawab dan tidak patut berlaku. Ia harus dihentikan demi kebaikan bersama. Kalau tanaman itu mengikut prosedur, mendapat kelulusan pelbagai jabatan kita boleh pertimbangkan". Muka hadapan juga paparkan caption 'Bukan Jabatan Pertanian tidak sokong atau anggap guarana tidak mampu tambah pendapatan, tetapi syarikat hendaklah penuhi syarat; sijil fitosanitari (PC) Brazil, Sijil Eksport semula negara transit, rawatan kuarantin. Hairan benih guarana Brazil dipilih sedangkan  pernah membawa penyakit Hawar Daun Amerika Selatan (SALB). Tanaman guarana akan dihapuskan jika terdapat penyakit. Begitulah muka hadapan iaitu Amaran Jabatan Pertanian terhadap semua pihak. Dalam pada itu pokok Guarana atau nama saintifiknya Paullina cupana merupakan sejenis pokok herba yang berasal daripada Venezuela atau Utara Brazil. Pokok ini mempunyai 10 spesis dimana ia mempunyai daun yang lebar, bunga yang berjambak dan saiz buahnya sebesar biji kopi. Pokok dewasa menghasilkan biji guarana dimana ia bila diproses didakwa akan menjadi ubat perangsang sistem saraf pusat dimana ia juga didakwa mengandungi dua kali kandungan kafien (caffiene) daripada biji kopi. Dilaporkan dinegara Brazil produk yang dihasilkan daripada biji guarana ini adalah minuman berkarbonat, kopi, ais krim dan ekstrak buah guarana. Penulis blog belum pernah lagi menikmati semua produk tersebut akan tetapi pernah melihat pokok dan buahnya. Di Malaysia, Jabatan Pertanian telah melarang pengimportan biji dan bahan tanaman ini masuk kenegara ini kerana mempunyai penyakit Hawar Daun Amerika Selatan (SALB - South American Leaf Blight) yang sagat merbahaya kepada industri getah dan tanaman lain dalam negara. Bagaimana pun akhbar tersebut mendakwa telah terdapat ladang bertanam dengan pokok guarana dalam negara kita seperti di Pulau Pinang (Bukit Mertajam), Kelantan (Tanah Merah) dan Kedah (Sik dan Baling). Belum diketahui asal usul dan bagaimana biji benih guarana tersebut dibawa masuk akan tetapi yang pastinya memang ia tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa. Penanaman guarana ini didakwa akan dilakukan di Sabah seperti di Keningau, Tamparuli dan juga Kota Marudu. Apabila berbuah kelak antara produk yang akan dihasilkan mengikut laporan akhbar tersebut adalah tepung guarana, minyak masak, ubat kanser serviks, produk kecantikan dan juga minuman bertenaga. Bagaimana pun akhbar tersebut dengan 4 artikel yang dikeluarkan telah menarik minat penulis blog ''Anim Agro Technology'' untuk membaca dan mengupasnya bukan berniat tidak baik akan tetapi sekadar berkongsi info tersebut.
Artikel kedua berkaitan perkara ini bertajuk "Henti guna nama Jabatan Pertanian '' juga disiarkan pada 21  Mei 2019. Berita yang dipetik daripada Kuala Lumpur itu menyatakan Jabatan Pertanian memberi amaran terhadap mana-mana pihak atau syarikat yang terlibat dengan perusahaaan tanaman guarana dinegara ini supaya menghentikan penggunaan nama jabatan tersebut bagi tujuan promosi. Ketua Pengarah Pertanian Datuk Jamal Harizan menegaskan perkara itu tidak seharusnya berlaku sama ada disebar atau diwar-warkan secara langsung kepada umum atau melalui apa saja medium termasuk media sosial (facebook) jika tidak tepat dan sahih. " Jangan guna nama jabatan. Kita anggap itu tidak bertanggungjawab dan tidak patut. Ia harus dihentikann demi kebaikan bersama. Kalau tanaman itu mengikut prosedur, mendapat kelulusnan pelbagai jabatan kita boleh pertimbangkan. Ini tidak, sudahlah tindakan tidak tepat kini mereka sesuka hati 'menjual' nama jabatan." katanya didalam sidang akhbar ketika dihubungi tusan Malaysia. Katanya, banyak lagi cara lain untuk menarik serta menambat hati petani serta pengusaha diluar bandar selain menggunakan taktik tersebut. ''Bukan kita tak sokong dan cakap guarana tidak mampu menambah pendapatan cuma sekarang kena buktikan dahulu yang syarikat mampu apa yang diperuntukkan jabatan termasuk sijil fitosanitasi (PC) dari Brazil, sijil eksport semula dari negara ketiga, rawatan kuarantin dan sebagainya, barulah biji benih boleh dibawa masuk sekaligus tanaman itu boleh diusahakan. Seterusnya boleh dibawa dalam keratan akhbat diatas (Sila lihat foto diatas). "Kita pun hairan, negara lain ada juga menanam guarana, mengapa biji benih dari Brazil (Kawasan berisiko membawa penyakit SALB) juga yang mereka pilih.". Jabatan Pertanian akan memastikan mengawal dan memudahcara didalam perdagangan produk pertanian namum mesti mengikut prosedur yang ditetapkan.

Artikel ke 3 bertaju ''Guarana : Petani dinasihat jangan terburu-buru" juga menarik untuk difahami (Sila lihat keratan akhbar diatas). Berita daripada Kuala Lumpur ini menyatakan Persatuan Kebangsaan Pekebun-oekebun kecil Malaysia (PKPKM) menasihati para pekebun dinegara ini agar tidak terburu-buru mahu mengusahakan tanaman yang masih belum mendapat kebenaran daripada Jabatan Pertanian. Presidennya, Datuk Alisak Ambia berkata , pengenalan tanaman baru tanpa kajian yang mendalam hanya akan merugikan petani berbanding mencari mekanisma baharu untuk mempertingkatkan hasil komoditi sedia ada seperti getah dan kelapa sawit. Lebih dikhuatiri ujar beliau, petani mungkin akan menjadi mangsa manipulasi pihak yang tidak bertanggungjawab apabila hasil yang dituai tidak boleh dijual ekoran pasaran yang tidak menentu. "Kita sudah ada pokok kelapa sawit dan getah yang kita memang mahir, tahu selok belok. Pokok guarana ini berbaya sebab ada penyakit Hawar Daun Amerika Selatan (SALB). "Saya nasihatkan orang kampong agar tumpukan apa yang kita tahu. Cari kaedah untuk tingkatkan hasil dan bukannya sebab harga getah murah hendak cari pokok lain.' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. Pihaknya menerima banyak pertanyaan daripada pekebun kecil berkenaan tanaman potensi serta bagaimana cara mendapatkan biji benih dan anak pokok. Namun begitu, PPPKM mengambil pendirian tidak menyokong penanaman berikutan tiada kebenaran daripada pihak berwajib serta potensi pasaran yang masih kabur. "Jangan gopoh gapah, pastikan ada kajian dan pasaran yang jelas dahulu'' ujarnya.

Laporan seterusnya bertajuk "Tanaman guarana akan dilupuskan jika terdapat penyakit" juga diterbitkan pada 21Mei 2019 di akhbar Utusan Malaysia. Berita dari Pulau Pinang ini menyatakan, Jabatan Pertanian negeri masih menunggu keputusan hasil kajian Bahagian Biosekuriti Tumbuhan mengenai tanaman guarana yang ditanam di negeri ini sama ada bebas penyakit atau sebaliknya.  Pengarahnya, Mohd. Muhaimin Ibrahim berkata, sampel tanaman itu yang ditanam di Bukit Mertajam di sini telah diambil tiga minggu lalu dan akan dilupuskan segera jika didapati mempunyai penyakit. “Mengikut maklumat yang diperolehi tanaman guarana telah ditanam di sekitar Bukit Mertajam sejak tiga tahun lalu. “Sampel tanaman ini telah diambil oleh Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Jabatan Pertanian negeri untuk kajian dan jika didapati mempunyai penyakit kita akan lupuskan tanaman berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan mengenai kebimbangan ratusan petani yang dipercayai menjadi mangsa penipuan individu yang bergelar ‘Datuk’ menerusi tawaran membangunkan projek tanaman guarana. Bagaimanapun, syarikat yang terbabit dalam membawa masuk biji benih guarana, Ritz Corporate Holding Berhad menjelaskan penipuan itu tidak berlaku namun mengakui terdapat kes pihak yang menyamar sebagai ejen syarikat tersebut dan mengambil wang daripada petani.  Tanaman guarana yang berasal dari Brazil didapati ditanam di beberapa kawasan di Kedah, Kelantan dan negeri ini namun tidak dibenarkan dibawa masuk ke Sabah oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah. Dalam pada itu, Mohd. Muhaimin berkata, buat masa ini pihaknya masih menunggu arahan rasmi daripada Kementerian Pertanian mengenai status tanaman tersebut. “Isu mengenai tanaman ini masih berlegar-legar, masih belum ada keputusan daripada Kementerian Pertanian dari segi kebenaran atau larangan tanaman ini,” katanya. Semuga keratan akhbar dalam artikel ini menyokong akan risiko penanaman benih guarana dari luar terutamanya dari Brazil. Semua artikal ini memberi sedikit ilmu kepada pembaca anim agro technology subuh ini. Wasallam.. Arigato
TANAMAN BERISIKO... GUARANA...
SYARIKAT DAWA IMPORT...KATANYA...
TIDAK IKUT PROSEDUR...ITU CARA...
SYARIKAT DIBERI AMARAN.. JAGA2..

By, 
M ANem,
Senior Agronomist,
Persimpangan Bukit Beruang,
Jalan Istana, Melaka,
Malaysia.
(18 Ramadan 440H).

Tuesday, May 21, 2019

MENANAM KACANG HIJAU - BAGAIMANA?

TANAMAN KACANG HIJAU (Vigna radiata) merupakan sejenis tanaman penting dari keluarga Fabaceae (dulu Leguminaceae) yang penting dibeberapa negara tetapi bukan di Malaysia. Dalam kehidupan harian kita di Malaysia memang keperluan kacang hijau tidak pernah lepas dari kehidupan kita seharian apalagi sejak kecil kita sering dihidangkan dengan makanan seperti bubur kacang, bubur duria, pelbagai jenis kuih yang dibuat dari kacang hijau dan tidak ketinggalan adalah makanan Sayur Taugeh. Di Sekolah rendah pula dahulu ada mata pelajaran biologi atau sains pertanian dimana anak murid diajar mencambahkan biji kacang hijau didalam kelas persekolahan. Kacang Hijau atau dipanggil Mung Bean' mempunyai banyak jenis dan varieti. Tanaman Kacang Hijau di Malaysia boleh dikatakan tidak ada dilakukan dan kacang hijau yang ada di negara kita kebanyakannya adalah diimport dari luar negara. Apa pun lawatan penulis blog di Pulau Jawa, Indonesia dan Ke Yangoon, Myanmar dapat peluang belajar bagaimana aktiviti menanam kacang hijau dilakukan disana. Mereka menanam kacang hijau sebagai tanaman selingan selepas menanam padi dikawasan sama sebagai pendapatan tambahan. Walau pun hasil penuaian kacang hijau di kedua-dua negara ini apa yang penulis blog lihat agakk tinggi akan tetapi harga ladang masih rendah berbanding dengan tanaman kekacang lain. Kelebihan penanaman kacang hijau di kawasan sawah adalah untuk mengurangkan serangan penyakit tanaman padi selain daripada meningkatkan kesuburan tanah akibat oengikatan baja unsur Nitrojen (N) didalam tanah oleh akar pokok kacang hijau (Nitrogen Fixation). Potensi menanam kacang hijau di Malaysia perlu digalakkan sama seperti juga aktiviti penanaman padi dengan menggunakan varieti sesuai dan amalan pakej amalan teknologi yang disesuaikan. Bagaimana pun dilaporkan kos pengeluaran satu tan kacang hijau dalam negara hampir dua kali ganda lebih tinggi daripada kos satu tan dengan kacang hijau import. Artikel subuuh ini bagaimana pun dedahkan dalam ''Anim Agro Tzechnology'' cara penanaman kacang hijau untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Menanam kacang hijau memerlukan ilmu pengetahuan asas selain daripada tanah kebun sesuai dan biji benih daripada varieti sesuai. Tanah gembur dan subur seperti tanah jenis liat dengan bahan organik yang banyak adalah sesuai untuk penanaman kacang hijau (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun paling penting adalah kawasan kebun mempunyai sistem saliran baik dan cukup bekalan air sepanjang musim. Ada juga kawasan tanah jenis gambut juga yangsesuai ditanam dengan kacang hijau akan tetapi perlukan kaedah pengurusan terutama pambejaan yang khusus bagi hasil optima. Kawasan tanah sebaiknya di bajak atau di rotor dengan baik dan dinaikan batas pada kawasan yang khusus (jika perlu). Tanah yang baik untuk penanaman kacang hijau adalah jenis tanah yang mengandung pH diantara pH5.,8 - pH7  bagaimana pun pailing optima adalah tanah dengan pH 6.7 dimana kerja-kerja pengapuran dilakukan semasa penyediaan tanah untuk dapatkan pH yang ideal. Pastikan kawasan tanaman mempunyai sistem pengairan baik walau pun tanaman ini tidak boleh hidup didalam keadaan air bertakung (water logging) dimana saliran amat perlu. Lazimnya petani didua negara tersebut akan menanam kacang hijau selapas musim padi iaitu pada musim kemarau kemarau yang merupakan musim yang paling sesuai untuk menanam tanaman kacang hijau.

Seperti tanaman bijian lain, kacang hijau boleh ditanam menggunakan biji benih (seeds). Pemilihan benih yang baik merupakan salah satu faktor penting untuk menentukan kualiti penghasilan kacang hijau (di Indonesia dipanggil sebagai kacang kedelai) itu sendiri. Selain mendapatkan kualiti hasil yang baik lazimnya pemilihan kualiti benih yang baik akan mempermudahkan petani mengendalikan tanaman kacang hijau tersebut. Kepelbagaian varieti benih kacang hijau cukup banyak dimana ada bberapa varieti popular terkenal di negara jiran Indonesia seperti varieti Merak, Nuri, Wallet, Gelatik dan lainnya. Biasanya amalan penanaman kacang hijau ini benihnya akan di ikonkulasi dahulu bertujuan bagi membolehkan biji benih tersebut dapat diadaptasi dengan dicampur benih dengan bahan Bakteria Rhizobium. Cara dengan mengaulkan biji benih dengan rhizobium agar apabila ditanam ia akan meningkatkan pengujudan bintil akar dimana ia akan membantu mengikat N dalam tanah yang menyuburkan tanah. Tanah yang sudah disediakan dibuat lubang penanaman dengan jarak 40 cm x 20 cm untuk varieti kacang hijau bercabang dan jarak 30 cm x 10 cm untuk varieti kacang hijau tidak bercabang. Lazimnya setiap lubang penanaman dimasukkan 3-4 butir bijii benih (Sila lihat foto disebelah). Amalan petani biasanya akan membubuh pada setiap lubang tersebut dengan sedikit baja organik dan juga baja urea. Kemudian kubang tanaman akan ditutup dengan tanahbertujuan agar ia tidak rosak diserang perosak dan penyakit semasa peringkat awal penanaman.

Program pembajaan tanaman kacang hijau perlu dilakukan mengikut jadual agar kadar pertumbuhan berjalan dengan baik. Selepas 2 minggu menanam perlu ditambah baja organik atau ada yang melakukannya setiap minggu. Perlu di ketahui bahawa pembajaan semasa pokok kacang hijau berbunga adalah berbeza dari peringkat vegetatif. Lazimnya ia dilakukan menggunakan kaedah sempuran dengan urea atau baja foliar bagi menggalakan pembentukkan isi buah didalam lengai yang penoh. Kegagalan dalam cara semburan kepada setiap pokok peringkat ini membolehkan pengisian biji kacang setiap lengai penghasilannya baik. Sepanjang penanaman penting dijaga cara pengairan diana ia perlu dilakukan jika tidak terjadi hujan selama seminggu. Ia adalah bertujuan agar tanaman kacang hijau tidak mengalami kekeringan dan menghindari kacang hijau tidak berkualiti.  Sebaiknya jika seminggu tidak hujan maka sebaiknya tidak melakukan pengairan pada kacang hijau untuk menghindari kelebihan air. Pengairan boleh dilakukan semasa peringkat pertumbuhan biji atau semasat kacang hijau sudah mulai bercambah. Kerja membuang rumpai sangat penting didalam menanam kacang tanah kerana tumbuhan ini kalah dengan sebarang jenis rumpai dikebun. Buang rumpai kerana ia akan bersaing makanan, air, ruang dan paling tidak diingini adalah ia merupakan perimah kepada perosak kacang hijau. Kerja-kerja mengawl rumpai sebaiknya dilakuan semasa  tanah mengering dan tidak menampakkan bunganya. Kerja ini sesuai dilakukan 2 -  3 kali sebelum tanaman kacang hijau berbunga.

Tanaman kacang hijau sama dengan tanaman dari keluarga Fabaceae yang lain terdedah kepada serangan perosak dan penyakit. Amalan kawalan perlu dilakukan sepanjang masa penanaman dengan mencegah kehadiran serangga perosakdan patogen penyebab penyakit. Sebaik sahaja memasukkan iji dalam lubang penanaman lazimnya dibubuuh racun Azordin atau Agrothion (di Indonesia) iaitu untuk membasmi Lalat Kacang (Ophiomya phaseoli). Lalat Kacang hidup pada pelbagai jenis kekacang seperti Kacang Hijau, Kacang Soya dan sebagainya yang bertelur dalam 4-8 kelompok atau sebanyak 200 biji telur (Sila lihat foto disebelah). Telur menetas dalam masa 3 hari dan larvanya akan menjadikan daun dan lengaii dijadikan makanan selama 20 hari yang merosakkan kualiti. Bagi elakkan serangan bintik daun akibat serangan kulat disembur racun kulat seperti Benlate atau serupa dengannya mengikut jadual semburan yang betul. Tanaman kacang hijau boleh dituai selapas 75 - 100 hari selepas ditanam (3 bulan lamanya) saa dengan jangkamasa tanaman padi biasa. Bagaimana pun bagi mendapatkan kualiti biji kacang hijau yang baik maka penuaian dijalankan lebih lama lagi sekitar 100 - 110 hari dimana pokok agak kering. Tanda tanaman kacang hijau boleh dituai apabila dilihat daunnya sudah mulai mengkuning, Buah Lengai  Kacang berwarna gelap atau menghitam dan buah lengai ini sudah kelihatan retak -retak atau botak (tiada bulu lagi). Penuaian dilakukan dengan cara manual atau menggunakan alat jentera sesuai. Lengai ini akan dikumpulkan dan dibawa kepusat peleraian bijinya dengan kulit dan hasil kacang hijau ini akan dikeringkan, digredkan dan dibungkus sebelum penyimpanan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM KACANG HIJAU... BAGAIMANA...
TANAH DISEDIAKAN... PERLU DIBAJA...
LEPAS 100 HARI... MENUAILAH KITA...
PELBAGAI GUNA... BANYAK KHASIATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Preciint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Ramadan 1440H).

Monday, May 20, 2019

TANAM KELAPA WANGI DI THAILAND

KELAPA PANDAN (Cocos nucifera) di Thailand merupakan satu industri yang amat besar. Ini kerana benih hibrid kelapa pandan wangi dan kelapa manisi ini hanya berada di Thailand sahaja dalam dunia hasil biakbaka mereka. Penanaman kelapa ini dari pelbagai jenis tanah termasuk di kawasan tanah bekas sawah atau tanah pamah merupakan satu usaha yang agresif dijalankan di negera jiran Thailand. Kawasan penanaman utama kelapa wangi ini adalah di Daerah Damnnoen Sadoak, Ban Phaeo,  Samut Sakhon, Samphran, Nakhom Pakhom dan Daerah Amphawa. Ciri bau wangi ini disebabkan bahan terkandung didalamnya iaitu 2-acetyl-1-pyrro:Ine (2-AP) yang unik didalamnya. Kelapa Pandan (Aromatic coconut) merupakan spesis hibrid kelapa renek yang sangat popular dinegara tersebut dimana ia ditanam secara meluas dan komersil bagi tujuan untuk menghasilkan buah kelapa pandan segar untuk kegunaan segar dan diproses. Semua benih kelapa ini 'dilarang dibawa keluar' atau prohibited dari negara Thailand. Terdapat sebanyak 50 spesis kelapa termasuk kelapa wangi di negara jiran itu hasil dari program biakbaka yang dijalankan berterusan semenjak berpuloh tahun dahulu. Kalau di negara kita hanya ada satu varieti sahaja kelapa pandan yang didaftarkan dengan Jabatan Pertanian dalam Plant Variety Listing iaitu diberikan kod pendaftaran CN6 tetapi di negara jiran ini dilaporkan ada berpuloh lagi varieti kelapa wangi atau kelapa minuman yang lebih baik lagi. Didakwa varieti kelapa wangi mereka hanya dikhususkan mengikut agroclimate suitability dan juga soil suitability. Penyelidikan kelapa mereka bermula semenjak 1960 dengan kajian terhadap jenis kelapa tinggi dan kelapa renek di dua buah Stesen iaitu di Chumphone Province dan Apbphoe Sawi Station. Bagaimana pun kelapa wangi mereka tidak boleh dibawa keluar daripada negara tersebut kerana ia dilindungi dibawah sistem beraja negara tersebut Thai Kingdom). Thailand dengan seramai 63 juta orang penduduk digelar ''Kitchen of The World'' dengan pelbagai produk tanaman dan makanan. Negera tersebut mempunyai seluas 376,000 hektar kawasan penanaman kelapa melibatkan seramai 200,000 orang petani. Sehingga kini dua varieti yang sangat popular di negaratersebut adalah Kelapa Renek Hijau (MGD) iaitu Kelapa Pandan atau Aromatic Coconut dan Kelapa Manis  (Nam Hom) atau Sweet Water Coconnut (Nam Wan). Artikel subuh ini saya paparkan dalam blog ''Anim Agro Technology'' penanaman kelapa renek wangi di negara tersebt sebagai satu idea untuk kita bangunkan di Malaysia bagi tatapan semua.


Kawasan tumpuan penanaman kelapa adalah dikawasan persisir pantai atau pun kawasan tanah pamah yang berhampiran dengan laut. Kawasan tanah liat atau tanah berpasir sesuai ditanam dengan pokok kelapa yang juga sejenis tanaman yang lasak dan mudah diselenggara. Hampir 65-70% penanam kelapa di Thailand adalah pekebun kecil dengan saiz pemilikan tanah 2.5 hektar iaitu dikawasan persisir pantai dimana ia kebanyakannya adalah tanah rendah. Peringkat pertama didalam penyediaan tanah adalah membersihkan kebun dari semua jenis tanaman dan semak diatasnya. Kemudian digali parit utama merentasi ladang yang luas dan dibina parit tertiary atau parit racik dengan menggunakan jentera. Akhir sekali batas akan dinaikkan apabila ianya dibina dengan ada air disekelling batas penanaman (Sila lihat foto disebelah). Kaedah ini amat praktikal untuk tujuan penanaman kelapa diatas bekas tanah sawah, tanah bermasaalah seperti lanar laut asid sulfat dan juga kawasan tanah berpaya. Teknologi ini memerlukan pengendali jentera yang mahir untuk membinanya kerana ia amat tepat dengan ukuran batas yang kedalaman. lebar dan panjangnya seragam. Penanaman kelapa dan penutup bumi atau tanaman makanan lain boleh dilakukan diatas batas sementara air yang berada disekeliling batas akan dijadikan ternakan akuakultur.


Apabila kerja penyediaan tanah ini diselesaikan, pengusaha akan terus menyediakan anakbenih kelapa wangi atau kelapa pandan yang sesuai untuk ditanam. Kekalkan paras air didalam parit antara batas untuk melembapkan anak benih yang akan ditanam kelak. Benih yang disahkan dibeli daripada stesyen pertanian atau daripada pembekal benih kelapa wangi yang telah disahkan. Benih kelapa pandan ini seakan sama dengan benih anak pokok kelapa Malayan Green Dwarf (MGD) yang lain. Penanaman anakbenih kelapa iini dilakukan dengan jarak 4 - 6 meter diantara barisan diman ditanam satu baris sahaja diatas batas tanaman (Sila lihat foto disebelah). Pembajaan asas diberikan pada setiap lubang penanaman dan apa yang penting diberikan sekurang-kurangnya baja organik seperti tahi ayam. Dilaporkan penggunaan baja Chitosan (baja berasaskan hidupan laut seperti Ketam, udang dan tulang ikan yang diproses) banyak memberi kesan aromatik kepada air kelapa dan kemanisannya. Aktiviti agronomi seperti kawalan rumpai, serangga dan penyakit mesti dilakukan dari sejak anakbenih ditanam sehingga pokok matang dan mula mengeluarkan hasil sekitar 3.5 tahun selepas ditanam. 


Jarak penanaman yang lazim diamalkan untuk menanam kelapa pandan dan kelapa manis ini adalah 6 meter  x 6 meter yang memberikan kepadatan sebanyak  270 pokok sehektar. Bagaimana pun dikawasan utama penanaman kelap wangi ini petani di Thailand akan membuat tanaman selingan seperti tanaman tembikai, pelbgai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran dan juga menterikan ikan air tawar didalam parit diantara barisan pokok (Sila lihat foto disebelah). Pokok yang dijaga baik akan mula berbunga sekitar 3 - 3.5 tahun selepas ditanam denga menghasilkan beberapa mayang dan akan berterusan setiap bulan satu mayang. Selepas proses pendebungaan berlaku maka buah kelapa pandan akan terbentuk dengan jumlah diantara 8 - 16 biji setandan (peringkat awal) bergantung kepada amalan agronomi dan umur pokok kelapa tersebut. Bagaimana pun ada dakwaan dimana jumlah buah setandan mencecah sehingga lebih dari 40 biji setandan dibeberapa kawasan tanaman tertentu. Berganung kepada kepakaran petani, buah kelapa yang dipetik muda untuk dijual dipasaran dipetik pada umur 7 - 9 bulan. Lazimnya buah kelapa pandan tua akan matang dan gugur selepas 12 bulan dipokok. Buah tua ini akan dijadikan benih setelah melalui berbagai proses pemerikasaan. Buah tua ini juga akan dikumpulkan dan air serta isinya yang ada aroma ini akan diproses kepada pelbagai produk berasaskan kelapa.


Buah Kelapa Pandan ini memerlukan penjagaan khusus semasa peringkat penanamannya. Penanaman kelapa hibrid aromatik ini semestinya terasing daripada ladang kelapa jenis lain (sama ada dari jeni Kelapa Tinggi (Tall variety) ahu pun dari kelapa renek lain (Dwarf variety). Ini adalah disebabkan pokok kelapa biasanya melakukan proses pendebungaan sendiri atau pendebungaan silang (cross pollination) melalui agen pendebungaan seperi agin, lebah madu, kelulut, lalat dan sebgainya dimana jika belaku akan menurunkan kualiti buah kelapa wagi kelak. Oleh itu lazimnya pokok kelapa lain tidak akan dibenarkan berada dikawasan berhampiran tanaman kelapa pandan ini sekurang-kurangnya pun sejauh lebih 5 kilometer. Buah yang sesuai dopetik ini perlu dipetik dan dibawa turun dengan cara yang berhati-hati. Bagi pokok kelapa yang masih rendah mereka akan menggunakan tangga (sekerang dengan tangga aluminium) dan memotong tandan buah dan membawanya turun. Bagi pokok kelapa pandan yang sudah agak tinggi maka tandan buah akan dipotong dan diikat dengan talu kemudian diturunkan dengan berhati-hati. Ini kerana buah kelapa pandan muda jika jatuh ketanah akan menyebabkan sbahagian akan pecah atau rosak dimana ia akan merugikan petani. Memang agak sukar kepada yang kali pertama bagaimana teknologi menuai kelapa muda pandan ini dilakukan. Hanya pekerja dan petani mahir sahaja yang mampu melakukannya dengan baik. Kelapa Pandan ini akan dikumpulkan mengikut saiz dan tahap kecacatan sebelum dihanar ke pusat pengumpulan hasil. Ia dimasukkan kedalam bakul aau bekas khas dan dibersihkan dari segala kekotoran. Ada juga buah kelapa pandan ini yang dibuang kulit hijaunya dengan pisau tajam menjadikan ia menjadi sebiji kelapa pandan berwarna putih krim dan dibalut dengan lapisan plastik sebelum disejukkan dan dihantar ke hotel-hotel dan lokasi pasaran lain. Penanaman kelapa pandan di Thailand merupakan satu program yang ama berjaya dan diiktiraf diperingkat dunia.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!... Jam 4.10 pagi Ahad.
KELAPA PANDAN... THAILAND HEBATNYA...
DITANAM LUAS... BEBERAPA LOKASI SAJA...
TEKNOLOGI TANAMAN...BENIH DIKAWALNYA...
PASARAN DOMESTIK...ESKPORT MERATA...
AIRNYA WANGI...BANYAK DIHANTAR CHINA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka, Malaysia.
(17 Ramadan 1440H).

Sunday, May 19, 2019

SKANDAL BUAH GUARANA - LAPOR MEDIA

SKANDAL BUAH BRAZIL begitulah tajuk utama sebuah akhbar tempatan dipaparkan muka hadapan Utusan Malaysia pada 18 Mei 2019. Beberapa berita kaki dan halaman didalamnya terus membincangkan perkara ini yang mana ia perlu dilihat sebagai satu cubaan untuk menipu seperti mana yang didakwa oleh akhbar tersebut. Pokok Guarana atau nama saintifiknya Paullina cupana merupakan sejenis pokok herba yang berasal daripada Venezuela atau Utara Brazil. Pokok ini mempunyai 10 spesis dimana ia mempunyai daun yang lebar, bunga yang berjambak dan saiz buahnya sebesar biji kopi. Pokok dewasa menghasilkan biji guarana dimana ia bila diproses didakwa akan menjadi ubat perangsang sistem saraf pusat dimana ia juga didakwa mengandungi dua kali kandungan kafien (caffiene) daripada biji kopi. Dilaporkan dinegara Brazil produk yang dihasilkan daripada biji guarana ini adalah minuman berkarbonat, kopi, ais krim dan ekstrak buah guarana. Penulis blog belum pernah lagi menikmati semua produk tersebut akan tetapi pernah melihat pokok dan buahnya. Di Malaysia, Jabatan Pertanian telah melarang pengimportan biji dan bahan tanaman ini masuk kenegara ini kerana mempunyai penyakit Hawar Daun Amerika Selatan (SALB - South American Leaf Blight) yang sagat merbahaya kepada industri getah dan tanaman lain dalam negara. Bagaimana pun akhbar tersebut mendakwa telah terdapat ladang bertanam dengan pokok guarana dalam negara kita seperti di Pulau Pinang (Bukit Mertajam), Kelantan (Tanah Merah) dan Kedah (Sik dan Baling). Belum diketahui asal usul dan bagaimana biji benih guarana tersebut dibawa masuk akan tetapi yang pastinya memang ia tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa. Penanaman guarana ini didakwa akan dilakukan di Sabah seperti di Keningau, Tamparuli dan juga Kota Marudu. Apabila berbuah kelak antara produk yang akan dihasilkan mengikut laporan akhbar tersebut adalah tepung guarana, minyak masak, ubat kanser serviks, produk kecantikan dan juga minuman bertenaga. Bagaimana pun akhbar tersebut dengan 4 artikel yang dikeluarkan telah menarik minat penulis blog ''Anim Agro Technology'' untuk membaca dan mengupasnya bukan berniat tidak baik akan tetapi sekadar berkongsi info tersebut.


Artikel muka hadapan dengan tajuk utama ''SKANDAL BUAH BRAZIL'' memang cukup menarik minat kalangan pembaca. Caption berikutnya ditulis akhbar iaitu 'petani ditipu serah tanah' dimana beberapa kenyataan lain dikatakan seperti 'ratusan petani di lima buah negeri dipercayai jadi mangsa penipuan'. Seterusnya didakwa 'petani diperdaya menyertai pembangunan tanaman guarana dari Brazil' dan 'benih tersebut sebenarnya tidak boleh dibawa masuk oleh pihak kerajaan'. Seterusnya dinyatakan 'ditawar buka tanah dengan balasan dapat bijibenih guarana secara percuma' dan 'akhir sekali dimuka hadapan ditulis petani dijanjikan keuntungan mencecah jutaan ringgit'. Keratan akhbar diatas yang mana ia bertajuk ''Larang import slagi tidak mengikut syarat'' juga menarik untuk disentuh (Sila lihat foto datas). Sehingga artikel ini ditulis sebenarnya larangan import biji benih guarana masih berkuatkuasa dan kesalahan dilakukan boleh didakwa dibawah Akta MAQIS 2011 serta Akta Kuarantin Tumbuhan 1976. Anda boleh membaca sendiri keseluruhan artikel tersebut dalam keratan diatas.


Keratan seterusnya bertajuk ''Ditipu Janji Guarana'' yang  dilaporkan UM ada 18 Mei 1019 menyatakan dimana ada 'datuk' guna taktik licik memanipulasi tanah orang kampong (Sila lihat foto diatas). Berita yang dipetik dari Kuala Lumpur tersebut mennyatakan ratusan petani dibeberapa buah negeri dipercayai menjadi mangsa penipuan seorang individu bergelar 'datuk' melalui tawaran pembangunan tanaman guarana. Petani yang sebelum ini menanam getah dan kelapa sawit di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Sabah dan Sarawak kini kebingungan selepas ladang guarana yang diusahakan itu masih tidak mendapat kelulusan daipada Jabatan Pertanian. Anda boleh membaca tulisan wartawan Zulhilmi dan Hadi didalam keratan akhbar diatas.



Keratan yang ke empat juga diterbitkan pada hari yang sama bertajuk ''Syarikat dakwa dapat permit import benih uarana'' yang ada sisipan mengenai Info Guarana (Sila lihat foto diatas). Berita dimulakan dimana syarikat tersebut telah mendakwa telah mendapat kelulusan penuh bagi tujuan mengimport biji benih guarana pada hujung Ferbuari tahun lalu (Febuari 2018). kelulusan daripada Jabatan Pertanian Sabah dan Sarawak pula diperolehi pada Mei dan Ogos tahun 2018. Syarikat juga mendakwa Kerajaan Brazil telah memberikan hak kepada syarikat berkenaan bagi kerja-kerja membawa keluar biji serta anakbenih guarana demi untuk perkembangan Penyelidikan dan Pembangunan (RnD) penghasilan produk (Disini penulis blog agak ada sedikit kekeliruan mengenai takrifan akan kebenaran untuk tujuan penyelidikan - biasanya untuk penyelidikan ia satu kuantum jumlah import biji yang kecil dan spesifik sahaja). Sebaliknya MoA dan Jabatan Pertanian melalui laporan Bernama pada 20 Mac dan 25 April juga menafikan telah membenarkan penanaman dalam negara selain tidak pernah menerima permohonan permit import untuk tujuan tersebut (Sila klik disini). Berita seterusnya pembaca boleh baca sendiri pada keratan akhbar diatas. Laporan akhbar tersebut pada penulis blog memang perlu diteliti akan kebenarannya berbanding dengan potensi tanaman tersebut dijadikan komoditi bernilai dimasa akan datang. Mungkin lebih banyak penyelidikan oleh pihak tertentu khususnya MARDI (Penulis blog belum baca MARDI membuat kenyataan lagi) dan pihak lain termasuk di universiti. Diharap artikel ini memberi info beguna kepada semua pembaca blog anim agro technology sebagai satu sumber rujukan anda semua. Wasallam!!...

LAPORAN MEDIA... BERITA UTAMA...
SKANDAL DIPAPAR... KITA MEMBACA...
RAMAI MEMBACA... TAHU CERITANYA...
KEPADA SEMUA... PERLU WASPADA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka,
Melaka, Malaysia.
(16 Ramadan 1440H).

Saturday, May 18, 2019

TEKNOLOGI TANAMAN RAMBAI

PENANAMAN POKOK RAMBAI (Baccaurea motleyana Mull) kini semakin kurang diminati oleh pemilik dusun di Malaysia. Ini kerana pokok rambai sudah dikategorikan sebagai buah nadi yang kini semakin pupus. Buah rambai adalah daripada famili Euphorbiaceae termasuklah juga kaum getah dan ubi kayu. Terdapat sebanyak 42 spesies rambai dan kerabat liarnya di seluruh dunia dan di Malaysia sahaja terdapat 31 spesies rambai. Pusat Pertanian telah menyimpan janaplasma pokok rambai ini sejak berpuloh tahun dahulu dan merekodkan sebanyak 12 spesies dan pencirian morfologi telah dilakukan. Selain rambai (Baccaurea motleyana) satu lagi spesies yang kerap dijumpai ialah tampoi putih (Baccaurea macrocarpa) yang mempunyai rasa yang manis atau masam manis. Spesies liar lain yang turut dijumpai ialah seperti Buah Jentik-jentik (Baccaurea polyneura) dan juga pokok Pupor (Baccaurea ramiflora). Hasil kajian inventori yang dijalankan didapati dimana pokok ini masih banyak dijumpai di halaman rumah dan di kebun-kebun. Negeri Sarawak mempunyai bilangan pokok yang masih banyak dan diikuti oleh Sabah, Pahang dan Kedah. Selain boleh dimakan segar biasanya kumpulan buah rambai ini mempunyai pelbagai kegunaan lain seperti dijadikan bahan masakan, perencah, digunakan sebagai bahan kosmetik mahupun untuk menghilangkan minyak ataupun gris. Kandungan antioksida yang tinggi dalam buah jentik-jentik (90%) amat bagus jika buah ini dapat dijadikan sumber buah berpotensi. Buah ini mempunyai ciri yang agak unik iaitu akan pecah sekiranya dijentik yang boleh menjadi daya tarikan terutama kepada golongan kanak-kanak untuk menikmati buah ini. Artikel subuh ini jam 3.00 pagi saya telah terbangun dari tidur dan dapat menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai penanaman buah rambai sebagai satu bahan rujukkan anda semua.

Sehingga kini penulis blog dapati belum ada petani yang menanam spesies ini secara komersial walaupun mempunyai permintaan pasaran seperti buah tampoi yang banyak dijual oleh orang asli di sepanjang jalan Tapah-Cameron Highlands. Penanaman hanya dilakukan oleh sesetengah golongan petani untuk mengelakkan spesies ini daripada terus pupus di samping memperkenalkan spesies ini kepada anak cucu mereka. Pembukaan kawasan hutan yang menjadi habitat sesetengah spesies liar secara besar-besaran untuk ianya dijadikan tanaman komersial menyebabkan spesies liar rambai semakin jarang ditemui. Sebagai langkah untuk simpanan janaplasma pemuliharaan untuk mengelakkan spesies ini daripada terus pupus maka Jabatan Pertanian, FRIM dan MARDI telah mengambil langkah dengan kaedah menanam semula spesies ini. Proses menanam semula pokok-pokok spesies Baccaurea di bank gen MARDI Jelebu dan Jabatan Pertanian di Pusat Pertanian Serdang dan Huku Paka, Terengganu telah bermula semenjak tahun 1970'an dan di Mardi sejak tahun 2009 dengan permulaan sebanyak 8 spesies yang terdiri daripada 134 batang pokok telah ditanam. Kesemua pokok rambai yang disimpan ini dijaga baik dan disenaraikan didalam bulu inventori janaplasma Jabatan Pertanian yang penulis blog membukuannya pada tahun 2013. Buku inventori tanaman pada semua Stesen Pertanian ini boleh dilihat di Jabatan Pertanian Putrajaya.


Kaedah penanaman pokok rambai mudah dilakukan sama seperti menanam buah tropika yang lain. Paling penting adalah mempastikan sumber benih rampai yang manis dan pokok berhasil tinggi dan cepat berbuah. Benih pokok rambai boleh dicari di kedai nurseri swasta (lokasi tertentu) dan mungkin di Jabatan Pertanian atau MARDI (Sila lihat foto disebelah). Biasanya aktiviti mengumpulkan kaum rambai di kampung-kampung seluruh Malaysia telah berjaya mengumpul pelbagai variasi spesies. Biji benih yang dikumpul terlebih dahulu dibersihkan dengan membuang sisa-sisa isi yang melekat pada biji benih. Biji benih tersebut kemudiannya disemai di dalam medium tanah berpasir yang menghasilkan peratusan percambahan yang agak tinggi (90%). Selepas 3 - 4 minggu, daun pertama akan keluar dan apabila 3 - 4 daun sudah mula keluar anak benih akan dipindahkan ke dalam polibeg yang bersaiz 6” x 8”. Anak pokok diletakkan di rumah semaian dengan 50 - 70% cahaya. Anak pokok sudah sedia untuk ditanam di ladang apabila sudah berumur setahun dengan ketinggian 2 kaki. Sebulan sebelum dipindahkan sebaiknya lakkukan proses pengerasan batang pokok dilakukan dengan meletakkan anak pokok di bawah cahaya matahari sepenuhnya. Anak benih rambai perlu diletakkan di bawah nurseri selama sebulan sebelum ditanam. Ini bagi memastikan pokok dapat berdaptasi dengan keadaan cuaca yang agak kering jika menanam pada musim kering. Sebaiknya kawasan untuk penanaman yang telah dibersihkan ditanda dengan kayu pancang untuk setiap lubang yang akan digali bagi tujuan memastikan keseragaman pokok yang ditanam. Jika menanam pada di kawasan berbukit maka kaedah bagi penanaman mengikut kontur dilakukan mengikut kesesuaian pokok. Spesies rambai sesua ditanam di kawasan yang lebih tinggi kerana habitatnya yang boleh hidup di kawasan tinggi sehingga 1,600 m. Setiap lubang yang telah digali diletak dengan 300 g CIRP, 200 g GML dan 10 kg bahan organik iaitu tahi ayam dan dibiarkan selama sebulan sebelum pokok ditanam. Jarak penanaman yang sesuai ialah 10 m x 10 m untuk memberi ruang yang luas kerana kaum rambai mempunyai kanopi yang agak besar. Seeloknya kerja menanam dilakukan pada musim hujan kerana anak pokok kaum rambai memerlukan banyak air semasa awal tumbesaran. Kadar kematian bagi spesies rambai, pupor dan jentikjentik adalah agak rendah iaitu 25 – 30%, tetapi bagi spesies tampoi mencatat kematian yang agak tinggi iaitu 55 - 60%. Ini disebabkan pokok tampoi tumbuh di dalam hutan dan di kelilingi pokok-pokok teduhan. Kebanyakan kematian anak pokok berlaku semasa awal penanaman iaitu ketika sistem pengairan masih lagi belum sempurna.

Penjagaan tanam rambai mudah dilakukan.
Lazimnya pada peringkat awal penanaman maka aktiviti  pembajaan menggunakan baja sebatian NPK 15:15:15 (80 g/pokok) diberi setiap bulan pada tahun pertama. Pada tahun kedua pula diberi baja dengan kadar yang ditingkatkan sehingga 300 g/pokok dan pemberian baja diberi setiap 2 bulan sekali. Pemberian baja kimia diselangseli dengan bahan organik seperti tahi ayam dan tahi kambing. Apabila pokok sudah mula mengeluarkan bunga (tahun ketiga), baja sebatian NPK 12:12:17:2 (500 g/pokok) diberi setiap 2 bulan untuk proses pembuahan dan baja diberi secara taburan terus di sekeliling pokok. Aktiviti penyiraman dilakukan secara berperingkat menggunakan sistem pengairan titisan. Pada musim kemarau, pokok akan disiram dua kali sehari di waktu pagi dan petang. Aktiviti meracun rumpai dan merumput dilakukan setiap 2 bulan sekali bagi menjaga kebersihan ladang. Ada kalanya pokok diserang anai-anai yang agak teruk jika kawasan memang ada anai-anai dikawasan baru dibersihkan. Kaedah kawalan menggunakan racun anai-anai perlu dilakukan setiap bulan sehingga kawasan tersebut bebas daripada serangan. Ini bertujuan mengelak anai-anai menyerang pokok yang ditanam seterusnya memberi kesan kepada pokok dan pengeluaran hasil. Bagi kawalan penyakit dan perosak sebaiknya lakukan  semburan racun serangga dilakukan setiap bulan untuk mengelak daripada serangga perosak yang akan menjejaskan pengeluaran hasil tanaman.


Pokok rambai yang dijaga baik akan hidup dimana ia akan mula berbunga dan mengeluarkan hasil sekitar 3-4 tahun selepas ditanam mengikut spesis. Ini jika ianya ditanam menggunakan biji benih yang diemai dalm nurseri. Pokok yang ditanam dengan penjagaan cara moden ini lebih cepat ianya mengeluarkan buah berbanding dengan pokok yang ditanam di habitat asal yang mengambil masa 7 -10 tahun. Ini juga mungkin disebabkan pokok yang ditanam di ladang moden dan berbaja serta ada siraman air akanmendapat nutrien dan cahaya matahari yang mencukupi untuk berbuah. Biasanya buah rambai ini dibiak menggunakan biji benih untuk tujuan mendapat variasi buah dan mengekalkan genetik liar. Tetapi malangnya kaedah ini tidak sesuai sekiranya pokok ini ingin diusahakan secara komersial kerana menghasilkan kadar peratusan pokok jantan yang agak tinggi kira-kira 80 - 90%. Kaedah tut dan Cantuman mata tunas adalah pilihan yang lebih baik sekiranya ingin diusahakan secara komersial. Walau bagaimanapun biasanya jullah  bilangan buah yang dihasilkan pada tahun pertama musim berbuah hanya sedikit sahaja. Jangka masa berbunga spesies ini agak berlainan iaitu dimulakan dengan spesies rambai sekitar bulan September diikuti oleh spesies-spesies lain 2 bulan selepasnya dan buah dapat dituai selepas 4 - 5 bulan. Kepada mereka yang berminat untuk menanam pokok rambai berskala komersil perlu mendapatkan pasaran dan tanah sesuai selain daripada benih terpilih. Kaedah atau cara penanaman yang dipraktikkan sesuai dengan minatan petani yang berusaha untuk menanam pokok rambai terutama  spesis yang mempunyai nilai pasaran sekiranya diusahakan secara komersial. Anda boleh baca tulisan saya mengenai buah rambai dengan pautan berikut (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK RAMBAI... NADIR JENISNYA...
ADA MASAM... MANIS PUN ADA JUGA...
MUDAH DITANAM... SENANG DIJAGA...
LEPAS 4-5 TAHUN... BERBUAH DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 508, Putra Regency Hotel,
Kangar, Perlis,
Malaysia.
(13 Ramadan 1440H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...