mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, February 29, 2020

MIANG KHAM - UJIRASA


UJIRASA MIANG KHAM atau Meang Khum (Piper sarmentosum) merupakan makanan dimana asalnya ia ulam dari daun kaduk bersama ramuannya yang dimakan sebagai pembuka selera bagi orang Thai. Miang Kham @ Thai Leaf Wraps adalah sejenis makanan pembuka selera  terutama dimakan bersama  masakan Thailand dikenali dengan ada keseimbangan lima rasa asas dalam setiap hidangan. Makanan yang berasal dari Thailand secara keseluruhannya iaitu rasa pedas, masam, manis, masin  dan pahit. Penulis blog membuat ujirasa makanan ini di Restoren Hartinie yang beroperasi di Shah Alam, Selangor sebagaii satu usaha mencari jenis makanan yang berlainan. Makanan Thai dan Ala-Thai di Malaysia memang merupakan satu kegemaran rakyat Malaysia dimana terdapat banyak pilihan terutama untuk makan malam. Makanan ini terdiri dari beberapa jenis makanan sedia ada seperti TomYam, Somtam, Ikan Tiga Rasa dan lainnya. Juadah pembuka selera dari negara Thailand seperti makanan 'meang kham' ini atau dikenali sebagai colek daun kaduk di Kelantan semakin diminati penduduk di negeri yang sinonim dengan menu colek tersebut dan kini mudah didijumpai dibeberapa restoren di Lembah Kelang. Keunikan rasa miang kham yang disajikan sebagai menu pembuka selera terutamanya di restoran masakan Thailand telah menambat hati banyak penggemarnya di negara ini. Makanan itu yang diperbuat menggunakan bahan-bahan utama iaitu daun kaduk berserta beberapa bahan lain yang dipotong halus iaitu kelapa goreng, halia muda, bawang merah, cili padi, kacang tanah, limau nipis dan udang kering (geragau) terpilih. Kini trend meminati miang kham juga dilihat semakin berkembang di ibu negeri Kelantan dan Lembah Kelang dengan kemunculan pengusaha-pengusaha makanan unik tersebut. Di Kelantan bahan miang kham dikenali sebagai colek daun kaduk. Uniknya dimana walaupun Kelantan berjiran dengan negara Gajah Putih itu namun ia selama ini bukanlah sajian yang begitu popular di negeri itu melainkan di kawasan-kawasan bersempadan dengan Thailand seperti Rantau Panjang dan Pasir Mas. Penulis blog berpeluang membuat ujirasa di Shah Alam akan makanan tersebut baru-baru ini. Artikel malam ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya kongsi info mengenai aktiviti ujirasa makanan pembuka selera iaitu miang kham yang berasal daripada Thailand untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.

Kalau dahulu untuk mendapatkan makanan Ala-Thai agak sukar akan tetapi kini sudah banyak restoren yang telah menyediakannya. Kunjungan penulis blog ke Restoren Hartinie di Shah Alam yang telah dibuka semenjak tahun 1982 amat teruja melihat hidangan Miang Kham ini adalah salah satu daripada beratus-ratus hidangan di restroren tersebut. Jam baru 10.30 pagi dimana restoren tersebut dipenuhi pelanggan dan sukar untuk mendapatkan meja makan. Melihat paket bungkusan miang kham ini ia dijual didalam 2 saiz iaitu Paket Besar yang dijual RM11.00 dan Paket Kecil yang dijual RM5.50 mencukupi untuk 2-4 orang makan (Sila lihat senarai harga disebelah). Penulis blog juga memilih makanan Laksam yang menjadi kegemaran dimana sesuai juga dimakan selepas makan miang kham. Apa rasanya?. Memang semua ada didalam makanan ini 5 rasa asas yang ada iaitu Rasa Pedas (daripada cilii dan bawang), Rasa Masam (Limau), Rasa Pahit (Daun Kaduk), Rasa Manis (Gula) dan Rasa Masin (Ikan bilis, udang kering dsb). Walau pun ,ula-mula memang tidak biasa dengan semua rasa ini akan tetapi setelah dikunyah beberapa lama baru rasa keenakkan sebenar dapat dinikmati. 

Memang rupa-rupanya ramai peminat dan pelanggan disekitar Shah Alam yang suka makan Miang Kham.Bagaimana pun setelah dibuat rujukkan dilaporkan dimana makanan Miang Kham ini adalah makanan pembuka selera ala Thai yang banyak terdapat di restoran atau hotel hotel di serata dunia. Pembuka selera sesuai dimakan atau pun dihidangkan di semua tempat samada di rumah, restoran, hotel atau dihidangkan dalam majlis majlis keramaian seperti majlis persandingan dan sebagainya. Pada penulis blog mendapati dimana makanan “Miang Kham” adalah makanan ringan atau snek bagi orang Thailand dan Laos. Ia telah pun diperkenalkan di Mahkamah Thailand King Rama iaitu oleh Permaisuri Dara Rasamee. Makanan Miang Kham kalau di terjemahkan bermaksud "One bite wrap" dari perkataan Miang (makanan yang dibalut daun) dan Kham bermaksud " one bite". Kalau dialih ke BM mungkin kita boleh sebut sebagai ''Balutan Sekali Gigit'' sahaja. Secara umumnya makanan Miang Kham menggunakan daun kaduk yang diisi dengan beberapa bahan sampingan seperti Bawang kecil yang dipotong dadu, Cili padi yang dipotong kecil, Halia yang dipotong dadu, Limau nipis yang dipotong dadu bersama kulit sekali, Udang kering, Kacang tanah atau gajus, Kelapa yang diparut kasar dan disangai dan juga sejenis sos iaitu  Sos Miang Kham. Dilaporkan dimana makanan ini sesuai dimakan oleh semua peringkat umur dan masyarakat kerana dihasilkan dari pelbagai bahan yang berkhasiat dan baik untuk kesihatan seperti kekacang, buah buahan dan daun ulaman.  

Membuat sendiri makanan Miang Kham sebagai apertiser dirumah boleh dilakukan sendiri. Mengikut rayauan di internet banyak resepi penyediaan makanan miang kham ini dimana ia adalah megikut kesesuaian rasa yang dikehendakki. Apa yang penting kena cari sos Miang Kham khusus untuk menjadikan ia memberikan rasa sebenar. Bahan untuk membuat sos miang kham ini terdiri daripada 3 ketul besar gula melaka dengan 2.5 cawan air. Sementara itu keperluan bahan tumbuk atau bahan kisar kering terdiri daripada  1/2 cawan udang kering, 1/2 cawan kacang tanah yang telah dibakar atau digoreng, 1/2 cawan kelapa goreng dan juga sedikit garam. Memang mudah untuk kita dirumah menyediakan makanan ini iaitu dengan cara mendidihkan kesemua bahan di atas dengan api perlahan sehingga agak pekat dan sejukkan. Dilaporkan dimana sos Miang kham boleh tahan lama dan sebaiknya disimpan di dalam peti sejuk. Ambil daun kaduk segar dari pokok dikeliling rumah atau membelinya dari premisyang menjualnya seperti dipasar besar. Ia kemudian perlu direndam sebentar dengan garam, basuh dan toskan. Dalam pada itu kacang tanah tadi boleh digoreng atau dibakar dengan dibuang kulitnya. Kemudian kelapa goreng iaitu daripada sebji kelapa dihiris halus, digoreng atau dibakar. Bahan seterusnya adalah udang kering yang mesti bersihkan dahulu kemudian ia digoreng seketika tanpa minyak hingga kering. Bagi halia sebaiknya dibasuh, dibuang kulitnya dan sipotong dadu kecil. Bahan bawang besar merah pula perlu dipotong dadu. Bahan untuk menjadikan pedas iaitu cili api sebaiknya dihiris halus dan bahan limau nipis perlu dibuang kulitnya dan juga ia boleh dipotong dadu. Cara makan miang tham juga unik dan sebaiknya betul. Ia dimulakan dengan mengmbil daun kaduk dan kemudian ia diisikan dengan sedikit kacang tanah, kelapa goreng, udang kering, halia, bawang besar, cili api dan l;imau nipis. Sudukan sos dengan secukupnya dan kemudian daun iini dilipat dan dimasukkan kedalam mulut untuk menikmatinya. Memang sesekali membuat ujirasa makanan seperti ini akan memberikan satu cabaran dalam menilai aka kualiti makanan tersebut. Semuga anda smua membbuat ujirasa makanan  miang tham pada bila-bila masa. Diharap artikel didalam blog anim agro technology kali ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!...
MAKANAN  MMIANG THAM... SIAL ASALNYA...
GABUNGA SEMUA RASA... ITU KEUNIKANNYA...
HARGA MAHAL... MEMANG BERBALOI CUBA...
ANDA SUDAH MEBACA... BUATLAH UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11F, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,'Malaysia.
(4 Rejab 1441H).
Bersamaan 28 Feb 2020.

Friday, February 28, 2020

BUAH CERMAI - ADA HARGA

BUAH CERMAI (Phyllanthus accidus) adalah sejenis buah dari tumbuhan dalam keluarga Phyllanthaceae atau didakwa ia juga dibawah keluarga Euphobiaceae yang natif terdapat di Malaysia. Kegunaan buah cermai adalah pada bahagian buahnya yang dihasilkan sepanjang tahun dimana kini ia didapati semakin berharga. Buah ini memeng dikelaskan dibawah Buah Nadir di negara kita. Buahnya yang keluar daripada bahagian dahan dan batang dikutip untuk diproses dijadikan Jeruk dan Halwa. Buah di rebus dulu kemudian di masukkan sedikit garam atau gula sebagai bahan perasa. Ada juga buah yang dikeluarkan bijinya dan di jadikan perasa minuman yang enak. Buah cermai juga boleh di makan segar dengan di cecah dengan garam untuk mengurangkan kemasaman. Penelitian penulis blog daripada beberapa buku dan pengalaman di lapangan mendapati dimana setiap 100 gram buah mengandungi 95.9 g air, Protin (0.155 g), Serat (0.18 g), Lemak (0.12 g), Ash (0.51 g), Kalsium (5.4 mg), Posforus (17.6 mg), Ferus (3.25 mg) ,Karotin (0.019 mg), Thiamine (0.029 mg), Riboflavin (0.013 mg) dan Niacin (0.0292 mg). Cermai didapati mengandungi 4.6 mg asid askorbik. Pokok Cermai ini dipercayai berasal daripada Madagascar dan tumbuh liar di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam serta Selatan India, Sri Lanka dan Jamaica, Cuba, Carribean serta Amerika Selatan. Pokok ini dari jenis tropika dan sub-tropika yang dipanggil 'Gooseberry". Nama lain ialah Malay Berrry ; Oteiberry ; Gooseberry ; Country Gooseberry (English), Cermai ; Cheremai ; charmella ; charmin-charmin ; Kemangor (Malaysia), cherme ; tcherme (Indonesia), cherembelier ; cham dot (Vietnam), mayom (Thailand), Mak-nkhom (Laos), charmori ; harphanori (India) dan Grosella ; Groselha (Kawasan Caribean, Costa Rica dan Brazil). Tanaman cermai ditanam dikeliling rumah di Malaysia dan jarang kita jumpa penanaman cermai secara meluas yang ditanam secara Monokrop. Artikel ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis tumbuhan yang di panggil dengan Cermai yang mudah di tanam ddan kini menjadi sejenis buah nadir yang berharga untuk tatapan dan rujukkan anda semua.

Pokok Cermai adalah jenis pokok saka yang tumbuh menegak dengan ketinggian mampu mencapai 3-9 meter iaitu seakan-akan sama dengan pokok belimbing buluh. Bentuk batang dan dahan pokok cermai berwarna coklat kehitaman dengan susunan kanopi seimbang. Daun cermai berwarna hijau muda dan berukuran 3-5 cm panjang dan 1-2 cm lebar dengan susunan bersilang tersusun rapi. Bunga yang bersaiz kecil lazimnya keluar dari bahagian dahan dan batang pokok cermai berwarna putih kemerahan dan dalam jambak yang bersusun. Pendebungaan berlaku dengan sendiri dimana ada bunga Jantan, Bunga Betina dan ada yang Hemaprodite dan juga ada bantuan daripada serangga terutamanya semut dan juga angin. Buah cermai berbentuk seperti apel kecil yang mempunyai 6-8 keluk atau ketak berwarna hijau muda keputihan. Buah yang masak akan bertukar kepada hijau kekuningan. Saiz buah lingkungan 1 - 1.5 cm garispusat dan mempunyai rasa sangat masam. Di bahagian tengan cermai ada beberapa bijibenih yang berwarna kekuningan dan keras sebanyak 4-6 biji. Lazimnya proses penanaman cermai sesuai di kawasan tropika yang mempunyai hujan mencukupi serta tanah jenis lom berpasir. Kawasan perlu mempunyai sistem saliran yang sempurna dan cahaya matahari mencukupi untuk mempastikan proses pembungaan dan pengeluaran buah. Kajian saya mendapati tidak ada maklumat mengenai keluasan dan penanaman cermai di Malaysia kerana tumbuhan ini tidak ditanam secara komersil. Kebanyakan tanaman di tanam dikeliling rumah dan didalam susun buah-buahan bercampur. Saya anggar keluasan sekitar 180 - 220 hektar berdasarkan kajian CHE oleh Jabatan Pertanian pada tahun 1990. Kultivar yang ada di tanam di Malaysia adalan jenis Cermai Tempatan yang masam. Terdapat beberapa spesis cermai yang manis dilaporkan di Indonesia dan Filipina dan mempunyai khasiat yang baik.


Cermai tidak bermusimmenjadikan ia sejenis bua yang berpotensi ditanam komersil asalkan petani mempunyai teknologinya. Buah Cermai biasanya membiak melalui biji benih yang disemai dan keratan batang. Biasanya proses percambahan agak lambat kerana bijinya yang keras. Pokok cermai bersaiz kecil dan sederhana besar iaitu setinggi tiga hingga 10 meter (m). Batang lurus, berdahan banyak, berwarna coklat kehitam-hitaman dan susunan silara yang seimbang. Ia kelihatan seakan-akan belimbing buluh terutama bentuk daunnya.  Buah cermai jarang dimakan segar kerana rasanya masam. Buah yang hampir masak dibuat jeruk atau halwa dan dijadikan ramuan dalam resipi masakan tradisional.Buahnya berbentuk bulat, agak leper, diameter berukuran 1 hingga 2 sentimeter (sm), mempunyai 6 hingga 8 lekuk, berwarna putih kekuning-kuningan atau hijau kekuning-kuningan. Pada penulis blog mendapati buah cermai mempunyai beberapa biji kecil dan keras. Tangkai buah cermai panjang, berukuran 2 - 3 cm. Buahnya keluar tergantung pada dahan dan ranting pokok (Sila lihat foto disebelah). Pucuk cermai dibuat sayur atau penyedap rasa dalam masakan tradisional. Bahagian yang boleh digunakan dalam perubatan tradisional ialah akar, buah, daun dan kulit pokok. Kampung Sungai Cermai di Bahau, Negeri Sembilan dan Kampung Cermai, Pasir Raja, Terengganu mendapat namanya sempena pokok cermai yang terdapat di kawasan berkenaan.


Kegunaan lain pokok cermai adalah bahagian kayu dan dahan kayu yang boleh digunakan sebagai bahan api. Kandungan nutrien dalam cermai boleh digunakan dalam perubatan tradisional sebagai tonik untuk memperbaiki saliran darah. Ada kajian dijalankan pada daun cermai yang digunakan sebagai ubat untuk penyakit Gonorrhrea. Kajian di negara kita oleh nenek moyang mendapati, akar pokok cermai yang direbus dengan air berish dan diminum akan dapat mengubati batuk dan menyejukkan badan. Rawatan ini juga dapat menghilangkan sakit atau pening kepala. Akar cermai yang digigit juga dapat mengubati Lelah (Asthma). Kulit pokok cermai yang mengandungi asid tanin, crystalline dan lupeol serta getahnya digunakan sebagai racun yang berkesan. Penanaman pokok cermai boleh menggunakan biji benih atau keratan batang (grafting) dan teknik cantuman udara (air layering). Penanaman dengan menggunakan biji benih perlukan masa selama 4 tahun untuk pokok mula berbuah jika ia di bandingkan dengan cara keratan dan cantuman cuma 2-3 tahun sahaja. Jarak penanaman 4 m x 6 m dan jalankan cantasan untuk mendapatkan dahan seimbang. Pembajaan dengan baja organik dan baja tumberaran NPK 15:15"15 dari tahun pertama hingga tahun ke 3 dan berikan baja NPK 12:12:17:2 untuk mengeluarkan bunga dan buah. Tanaman kontan dibuat dalam kebun untuk meningkatkan produktiviti di ladang. Pastikan kawasan tanah adalah dari jenis tanah subut dengan bahan baja organik yang mencukupi dan mempunyai sistem saliran yang baik. Cantasan awal perlu dibuat untuk mendapatkan bentuk sistem percabangan yang banyak kerana buah cermai banyak keluar daripada bahagian batang dan dahan

Pokok Cermai tidak mempunyai masaalah serangan perosak dan penyakit yang serius. Terdalat serangan Ulat Makan Daun yang makan daun terutama dalam musim kering dan boleh dikawal dengan semburan racun serangga. Buah yang matang berisi padat akan di kutip menggunakan tangan dan di basuh sebelum di proses. Satu pokok cermai dewasa mampu menghasilkan kira-kira 10 - 15 kilogram buah cermai setahun. Pengeluaran musim puncak di Malaysia adalah pada bulan April, Mei dan Jun setiap tahun. Buah cermai jeruk yang di jual di pasar malam dan di supermarket dengan harga RM 2.50 - RM 3.00 setiap 100 gram. Pulau Pinang yang terkenal dengan produk jeruk buah-buahan tidak ketinggalan menjual 'Buah Cermai Jeruk; dengan harga RM 4.50 - RM 6.00 sekilogram. Penanaman cermai dapat membantu petani mengisi kawasan tanah lapang keliling kebun atau kawasan kosong. Pokok cermai mudah dijaga dan penghasilannya juga adalah tidak mengecewakan jika dijaga dengan baik. Pada masa akan datang mungkin kita boleh mendapatkan jus cermai, pil cermai, candys cermai atau kapsul cermai dipasaran selain daripada produk makanan kesihatan berasaskan buah cermai. Tanamlah cermai untuk dimakan sendiri, diproses atau dijual kepada orang lain. Khasiat cermai bagaimana pun masih perlukan banyak kajian lanjut oleh pakar nutrisi makanan. Mungkin akan banyak produk berasaskan cermai akan dicipta seperti jus cermai, teh cermai, kordial cermai, scahet cermai dan sebagainya dimasa akan datang. Kini buah cermai yang dahulu hanya dumbuh sendiri atau ditanam untuk suka-suka tetapi kini sudah ada harga. Semuga artikel ini memberi info berbaloi kepada pembaca anim agro technology kali ini.  Wasallam!. 
BUAH CERMAI ...HIJAU WARNANYA...
RASA MASAM... KHASIATNYA ADA...
DIJADIKAN JERUK ...PEMINAT SUKA...
BOLEH DI TANAM...DIKEBUN MUDAHNYA... 

By,
M Anem
Senior Agronomist,

Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia
(7 JamadilAwal 1441H)
Bersamaan 3 Januari 2020.

Thursday, February 27, 2020

POKOK CINCAU HITAM DAN CINCAU HIJAU

TUMBUHAN CINCAU mungkin amai dikalangan orang Mlaysia yang kurang mengenalinya. Pokok cincau ini menurut pakar botani dikelaskan kepada dua jenis itu Pokok Cincau Hitam Dan Pokok Cincau Hijau. Sebenarnya ada kalangan penggemar atau kalangan kita yang suka menanam dan menimpan pokok cincau. Ada kalangan mereka yang menanam cincau semenjak zaman sekolah menengah lagi ketika apabila ia dijadikan hobi bersama-sama rakan dan ibubapa. Ia jug dikaitkan dengan sejenis minuman yang berkhasiat dan menuejukkan badan iaitu minuman Cincau. Memang disekolah lagi sudah diberitahu dimana cincau itu sebenarnya berasal dari tumbuhan yang diproses. Kalau anda membeli minuman cincau cuba teliti keterangan pada tin atau kotaknya dimana akan dinyatakan iaitu ditulis perkataan Grass Jelly (Mesona chinensis). Walau pun ramai beranggapan bahawa bahan inuman atau agar-agar cncau itu diperbuat daripada agar-agar atau rumpai laut sebenarnya ia agak kurang tepat. Pada masa dahulu dilaporkan penduduk kampung yang ada kemahiran akan membuat cincau sendiri dengan cara meramas-ramas daun cincau ke dalam air dan dibiarkan hingga menjadi jeli keras. Kemudian ada kalangan penduduk kampung yang menyimpan tanaman grass jelly ini akan tetapi sekarang semakin sukar djumpai. Bagaimana pun daripada lamanweb kini anda boleh mendapatkan maklumat dan benih yang ditempah. Antara lamanweb yang menjual benih berharga RM65 bagi dua pokok adalah https://shopee.com.my/BENIH-ANAK-POKOK-CINCAU-HIJAU-(HARGA-UNTUK-2-POKOK-i.48517756.2117645116 dimana anda sendiri kalau teringin menanamnya boleh membuat tempahan. Sebenarnya ada beberapa lagi lamanweb yang memberikan perkhidatan ini didalam Malaysia atau dari negara jiran. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai tumbuhan cincau dan beberapa perkara yang sesuai dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Terdapat dua spesis tumbuhan cincau yang dikenalpasti ada di Malaysia. Jenis pertama adalah cincau hitam iaitu sejenis tumbuhan dari genus Mesona iaitu spesis Mesona spp. Ia merupakan jenis tumbuhan dari keluarga pudina (Labiatae) dengan ia  berbatang lembut membiak dengan cepat jika cukup air. Kaedah pembiakan melalui jalaran akar. Jenis yang biasa dijadikan cincau ialah Mesona chinensis dan Mesona palustris. Bagaimana pun dinegara jiran Indonesia jenisnya yang dikomersialkan ialah dari jenis Mesona palustris dan dinegara sekitar Indochina kebanyakan spesis cincau yang ditanam adalah dari jenis Mesona chinensis bertaraf komersial. Berlainan pula dengan jenis tumbuhan cincau  hijau dimana pokoknya tumbuh menega dan ada perdu. Spesis ini merujuk kepada lebih dari satu jenis pokokakan tetapi antara jenis yang paling biasa digunakan ialah jenis Premna oblongifolia.  Jika dilihat sepintas lalu dilihat ia adalah satu genus dengan pokok bebuas dimana daunnya pun hampir sama (Sila lihat foto disebelah). Spesis lain yang boleh didapati seperti jenis Melasthoma polyanthum yang mana ia juga merupakan satu genus dengan pokok senduduk. Dalam kes lain dilaporkan dimana pokok cincau  hijau mempunyai ciri memanjat dikenali dengan nama saintifik sebagai Cyclea barbata. Terdapat dua jenis yang dibezakan oleh tekstur permukaan daunnya. Jika diteliti memang ada jeins dimana ia mempunyai ciri daunnya licin berkilat dan ada yang daunnya berbulu. Daunnya berbentuk hati. Bahagian yang digunakan ialah bahagian daun dan sulurnya.

Apa yang penting selepas ini adalah bagaimana memproses atau cara membuat Cincau Hijau dimana lazimnya ia melalui cara proses yang sama untuk semua jenis. Paling awal adalah mempastikan memetrik daun cincau yang sesuai (tidak terlalu tua atau muda) dibersihkan dahulu. Kemudian daun cincau hijau tersebut perlu diramas-ramas di dalam air mati hingga mengeluarkan lendir yang berwarna hijau. Langkah seterusnya adalah mengambil air campuran tersebut dan dimana daunnya ditapis dan dibuang. Air hasil dari ramasan tadi disejukkan sehingga menjadi jeli yang keras. Biasanya kepada sesiapa yng suka ia memberikan rasa amat sedap dimakan bersama santan dan gula melaka. Spesis dari jenis memanjat mempunyai rasa yang istimewa lagi dan agak manis serta paling sedap berbanding yang lain. Bagaimana pun bagi memproses daun Cincau Hitam ada sedikit kelainan. Daun dan batang yang kering perlu direbus sehingga mengeluarkan warna hitam yang pekat. Kemudian air ini perlu ditapis dan dibuang hampasnya. Masukkan pula tepung ubi kayu dan terus kacau hingga campuran tersebut tidak bergentel-gentel lagi. Kacau lagi hingga berkilat dan disejukkan sebelum dipotong-potong kecil dimana ia sedia untuk dicampurkan dalam minuman cincau yang enak.

Dalam pada itu saya rujuk artikel lin dimana Pokok Cincau Hitam atau nama saintifiknya Platostoma palustre tergolong dalam famili Lamiaceae sesuai dibuat rujukkan. Pokok cincau didakwa lebih sinonim dengan nama Mesona chinensis dan Mesona palustris. Pokok Cincau Hitam sangat tidak asing lagi di kalangan kita kerana keunikannya untuk dijadikan sebagai bahan dalam cara pembuatan air cincau asli. Selain cincau hitam, terdapat 3 lagi jenis cincau yang dikenali Cincau Hijau, Cincau Perdu dan Cincau Minyak. Ada kalngan kita yang mungkin pernah membiaknya sebelum ini. Pembiakkannya sangat mudah iaitu hanya menggunakan keratan batang atau keratan pucuk. Media atau tanah yang digunakan hendaklah mempunyai saliran yang baik atau tidak bertakung air. Pokok ini sangat sesuai tumbuh di kawasan yang sederhana panas. Daripada sepasu pokok cincau yang dibeli, saya telah membiakkannya berpuluh-puluh pasu. Pertumbuhan pokok cincau hitam sangat cepat sekiranya diberi air dan baja secukupnya.Dala tempoh beberapa bulan, pokok cincau akan mengeluarkan tangkai bunga yang bersaiz panjang. Terdapat berpuluh-puluh kuntum bunga dalam satu tangkai bunga yang berwarna ungu kecerahan.Menurut rujukan, Daun Cincau telah digunakan untuk membuat makanan pencuci mulut ( jeli ) dan minuman oleh orang Cina selama berabad-abad. Di Singapura, daun dan pucuk kering dijual di premis perubatan Cina. Air Cincau dianggap mempunyai kesan bagi menyejukkan badan. Dalam perubatan kaum Cina, tumbuhan ini digunakan sebagai ubat herba untuk penyakit hati, hipertensi, diabetes dan kesakitan sendi.


Pokok cincau (Grass Jelly) dalam penulisan diblog saya sebelum ini merupakan sejenis tumbuhan renek menjalar daripada keluarga Lamiaceae yang menghasilkan agar-agar dinamakan 'cincau'. Tumbuhan renek ini memang agak kurang dikenali dikalangan orang Malaysia walau pun ada sesetengah orang menanamnya dirumah. Tumbuhan Cincau ini adalah daripada keluarga Lamiaceae yang popular ditanam di China dan Taiwan jenis Mesona chinensis sementara varieti yang popular di Indonesia pula adalah Mesoma parviflora. Kedua-dua varieti ini merupakan bahan mentah yang digunakan untuk membut agar-agar atau cincau sama ada ia CINCAU HITAM atau CINCAU HIJAU. Jenis M. chinensis mempunyai daun berwarna hijau dengan bentuk daun lebar menirus dihujungnya atau dikatakan bentuk antara ovat kepada separuh bulat. Ia juga dipanggil atau sinonim dengan nama Mesona procumbens yang selalunya akan dipetik bahagian atas tumbuhan seperti daun dan ranting untuk diproses menjadi agar cincau. Bahan ini akan dipetik dan dijemur sehinga menjadi warna kehitaman kerana berlaki proses oksidasi. Lazimnya daun ini akan diproses dengan memasaknya dengan air sehingga mendidih dan disejukkan sebelum membeku untuk menjadi jelly iaitu agar-agar cincau. Persoalannya adakah kita boleh mendapatkan benih dan menanam sendiri dirumah?. Dimanakah hendak mendapatkan keratan benihnya?. Siapa boleh berikan nasehat teknikal mengenai tanaman ini? adakah ianya berpotensi untuk ditanam secara komersil?. Siapa boleh membantu dalam memproses daunnya? Dimana hendak membuat rujukkan?. Saya telah menulis mengenai apa dia cincau dalam artikel sebelum ini (Sila klik disini). Saya dapati tidak banyak artikel berkait dengan tumbuhan ini ditulis oleh saintis dan juga agronomis di Malaysia


Dikawasan Asia Tenggara seperti di Indonesia, Vietnam, Thailand ada terdapat sejenis pokok cincau hijau dari tumbuhan  Grass Jelly (Cyclea barbata) yang mudah ditanam (Sila lihat foto sebelah). Tumbuhan ini mudah hidup diatas tanah pamah sehingga ketinggian 800 m dari aras laut dan jenis menjalar atau melilit kayu sokong. Ia dibiakkan melalui keratan batang walau pun peratus percambahan sederhana atau rendah jika kurang mahir. Batang yang mempunyai ulurlilit 2 cm akan dipotong dengan panjang 12 - 18 cm dan disemai ditapak semaian. Siran dengan air sehingga mengeluarkan akar sebelum dialihkan kekebun. Tanag peroi dengan saliran baik sesuai untuk tanaman ini dengan pH antara 5.5 - 6.5 dan banyak bahan organik. Daunnya berwarna hijau dengan bentuk seperti hati akan dikutip untuk diproses menjadi cincau hijau. Penjagaan yang baik akan membolehkan tumbuhan ini memanjang sehingga 5 - 18 meter panjang. Di negara Vietnam tanaman ini dipanggil sebagai 'surong saoatau 'thach surong sao' yang ditanam dibawah naungan pokok kelapa secara komersil (Sila lihat foto dibawah). Mereka menjadikan tanaman ini sebagai satu jenis tumbuhan untuk diekspot dalam bentuk serbuk untuk dijadikan agar-agar atau cincau yang sememangnya mampu menurunkan suhu badan.


Dalam meneruskan pembacaan mengenai pembuatan cincau, saya dapati ada beberapa jenis tumbuhan lain yang boleh dijadikan 'gel' atau 'jelly'. Tumbuhan tersebut adalah Premna oblongifolia, Mesona palustris dan juga Cyclea barbata. Tumbuhan ini tumbuh liar didalam kawasan di Asia Tenggara dimana memang belum banyak yang dikomersilkan atau dibuat kajian secara khusus. Ini mungkin disebabkan oleh potensi tumbuhan ini sebagai herba untuk kesihatan masih belum meluas penggunaannya. Nama tumbuhan ini adalah Prema oblongifolia dan ia juga mempunyai nama lain sebagai  Melastoma polyanthum yang sama dengan tumbuhan jensi Senduduk (Melastoma malabraticum). Tumbuhan ini akan menghasilkan cincau berwarna hitam sama dengan tumbuhan Mesona palustris dan Mesona chinensis. Sementara itu tumbuhan jenis Cyclea barbata pula lazimnya digunakan untuk menghasilkan cincau hijau (Sila lihat foto dibawah). Pernahkah anda minum air cincau hijau seperti ditunjukkan dibawah?. Dari segi rasa adalah sama dengan cincau hitam cuma terdapat perbezaan pada warna dan juga aromanya. Semuga anda mendapat info berguna dari anim agro technology kali ini. Wasallam!...
CINCAU HITAM...CINCAU HIJAU ADA...
MUDAH DITANAM..DIMANA SAHAJA...
BENIH BELI ONLINE... BAYAR SAJA...
DAUN DIPROSES ...CINCAU ENAKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(12 JamadilAwal 1441H)
Bersamaan 6 Januari 2020 

Wednesday, February 26, 2020

JANTUNG PISANG - PELBAGAI CERITA

JANTUNG PISANG (Banana Flowers) iaitu sejenis bunga yang keluar pada tandan pisang (Musa accuminata) dimana ia kemudian menjadi buah pisang apabila matang. Jantung Pisang bagi kebanyakan spesis pisang yang boleh dimakan boleh dipetik, dimasak dan dimakan. Antara jenis jantung pisang yang popular di kalangan orang Malaysia adalah Jantung Pisang Nipah atau Pisang Kapok, Jantung Pisang Nangka, Jantung Pisang Embun, Jantung Pisang Raja dan beberapa jenis lagi. Kalau dahulu jantung pisang hanya dimakan oleh masyarakat kampong sahaja tetapi kini saya dapati masyarakat bandar telah makan jantung pisang yang dibeli dari pasar basah, pasar tani atau pasaraya. Beberapa hotel dan restoran telah pun mengkomersilkan jantung pisang sebagai hidangan istimewa kepada pelanggan. Pada saya jantung pisang ada dijual dipasar-pasar untuk dijadikan ulam oleh masyarakat Melayu. Jantung pisang akan dicelur sebelum dihidangkan untuk dimakan bersama sambal belacan. Satu pokok pisang lazimnya akan mengeluarkan satu tandan pisang dan satu biji jantung pisang sahaja. Hanya dalam keadaan tertentu atau spesis tertentu jumlah tandan dan jantung pisang melebihi daripada satu dimana lazimnya jika ada kelainan akan dijadikan peristiwa 'pelik' yang sering dilaporkan didalam akhbar. Jantung Pisang berbentuk HATI (Heart) yang berwarna Coklat-Ungu Gelap dan mempunyai kelopak atau 'kulit luar' dimana didalamnya ada bunga berwarna kuning keputihan dipangkal kelopak. Ukuran jantung pisang sekitar 25-40 cm dengan ukurlilit tengah jantung 12-25 cm. Kulit jantung pisang luar adalah sederhana keras dan akan terbuka apabila sampai waktu bagi mendedahkan bunga betina. Bunga Betina dan bunga jantan ini menghasilkan manisan atau nektar bagi menarik serangga menghisapnya dan menjalankan proses asas bagi pendebungaan. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" berkenaan pelbagai kisah dalam media mengenai jantung pisang untuk rujukkan anda semua.

Kisah pertama dipaparkan oleh My Metro adalah Inovasi jantung pisang seperti inovasi membuat serunding jantung pisang yang dihasilkannya di ICC TVET 2019 di Kolej Komuniti Termerloh, Pahang.  Ada dakwa rasanya yang enak dan mampu disimpan lebih tiga bulan serta tiada bahan pengawet menjadi kelebihan serunding jantung pisang hasil inovasi seorang pelajar Kolej Vokasional Puteri Temerloh. Pelajar tersbut iaitu Hartini Hardipa 19 tahun telah mengambil masa kira-kira tujuh bulan melakukan penyelidikan sambil dibantu gurunya (Sila anda lihat foto disebelah), Laila Othman sebelum berjaya menghasilkan produk tradisional itu yang juga mempunyai khasiat bagi mencegah diabetis. Sebelum ini jantung pisang hanya dijadikan ulam selepas dicelur tetapi kini ia boleh mereka dapat dipelbagaikan mengikut selera makan individu yang menyukainya. Memang tidak semua jantung pisang boleh dijadikan serunding, hanya beberapa jenis saja antaranya jantung pisang raja dan pisang nipah kerana ia tidak kelat. Dia melalui lima proses perlu dilakukan bagi menghasilkan produk berkenaan turut dicampur dengan beberapa jenis bahan tambahan termasuk bawang, lada dan serai. Beliau  ditemui ketika menyertai Innovative Creative Competition TVET 2019 (ICC TVET 2019) peringkat negeri di Kolej Komuniti Temerloh. Dakwa neliau harganya jauh lebih murah turut menjadi kelebihan terhadap produk berkenaan berbanding serunding daging dan ayam yang sememangnya sudah terkenal sejak beratus tahun lalu. 

Gadis yang meminati bidang masakan itu berkata, inovasi serunding jantung pisang yang dihasilkan memberi peluang kepada individu yang tidak makan serunding daging dan ayam merasa produk berkenaan kerana rasanya hampir sama. Pada awalnya dea menghasilkan serunding jantung pisang kerana pada jantung pisang terdapat banyak khasiat selain ingin memastikan produk berasaskan jantung pisang dapat disimpan lebih lama tanpa mengubah rasa dan keenakannya. Produk serunding jantung yang pertama dihasilkan turut dapat membantu pekebun pisang untuk memasarkan hasil pertanian mereka secara berterusan selain dapat menambah pendapatan. Beliau yakin produk serunding jantung pisang mampu menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa terutama negara Timur Tengah yang meminati makanan mengandungi rempah ratus. Serunding jantung pisang dijual dengan harga RM6 bagi 200 gram,” katanya yang turut yakin produk berkenaan dapat membantu merawat penyakit gastrik.

Kisah lain yang dipaparkan dalam media adalah kejadian aneh dimana apa pokok pisang mempunyai 8 jantung. Kejadian berlaku di Kampung Gelam Kuala Pilah turut mengamit orang ramai datang untuk mendapatkan peluang melihat pokok pisang embun memiliki lapan jantung tersebut (Sila lihat foto disebelah). Pokok pisang embun milik seorang penduduk Kampung Gentam, Kuala Pilah menjadi tumpuan orang ramai kerana kelainannya mengeluarkan lapan tandan serta lapan jantung. Pemilik pokok tersebut dikenali sebagai Leow Chun Hong  48 tahun mendakwa dia menyedari kelainan pada pokok pisang yang ditanam di belakang rumahnya itu pada dua minggu lalu. Menurutnya, kelainan pokok pisang yang ditanam sejak dua tahun lalu itu menarik perhatian masyarakat setempat yang tidak putus-putus datang ke rumahnya untuk melihat keadaannya. Apa yang berlaku sbenarnya pokok pisang ini sudah tiga kali berbuah. Kali pertama ia berbuah seperti biasa, tetapi kali kedua dan ketiga ia berbuah dengan mempunyai dua jantung. Menurut Leow lagi apa yang anehnya tandan pokok pisang itu keluar di tengah batang pokok sedangkan kebiasaannya ia keluar di bahagian pucuk. Dia ada menganggarkan ada hampir 100 biji pisang daripada semua tandan. Ada beberapa penduduk sudah menempah untuk membelinya, namun saya tidak berniat menjualnya. Dia tidak berhasrat menebang atau mengambil buahnya, sebaliknya membiarkan dan lihat apa akan terjadi selepas ini. Unik juga mendengar kisah pokok pisang embun mempunyai 8 bijii jantung di Kuala Pilah ini.

Kisah lain pula dari NSTP di Kedah dimana dilaporkan jantung pisang yang didakwa pelik tapi benar. Seorang pemuda bernama Ahmad Irwandi Ayob melihat setandan pisang awak yang berbuah di tengah batang pokok di Kampung Belukar Mukim Temin, Di Changlun, Kedah. Terdapat beberapa orang penduduk dari Kampung Belukar, Mukim Temin, Changlun yang terkejut apabila melihat pokok pisang awak yang ditanamnya setahun lalu berbuah di tengah batang. Ghazali Abdul Razak yNg berusia 55 tahun dakwa kejadian ini disedarinya apabila sedang berehat di pangkin berhampiran pokok pisangnya, semalam. Dia terpandang pada satu daripada pokok pisang di situ ketika berehat dan melihat seperti ada setandan pisang di batangnya. Bagaimana pun apabila diperiksa, memang pokok pisang berkenaan berbuah di batang walaupun saiz buah pisangnya kecil daripada biasa. Ini adalah kali pertama dia melihat kejadian pelik ini dan bertambah aneh apabila jantung pisang itu naik ke atas berbanding pisang biasa yang jantungnya ke bawah. Dalam pada itu cucu saudara Ghazali, Ahmad Irwandi Ayob, 41, berkata, pada mulanya dia tidak mempercayai kejadian itu. Inikerana apabila diberitahu oleh datuk saudara, saya ingatkan ada yang ingin bergurau dengan meletakkan pisang di celah batang itu, Bagaimana pun apabila memeriksanya memang ternyata memang ia berbuah di situ dan bukannya dibuat-buat. Semuga tulisan dalam anim agro technology kali ini memberi info sesuai dengan kehendak anda. Wasllam!!..
JANTUNG PISANG... BANYAK KISAHNYA....
BERJANTUNG BANYAK...ITU KENAPA...
DIJADIKAN ULAM.. MAKAN SEKELUARGA...
BANYAK KHASIAT... DAPATKAN SEGERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 216, AB Inn Hotel,
Jalan Airport, Senai,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(4 JamadilAwal 1441H).

Tuesday, February 25, 2020

ETEPHON - APA DIA?

ETHEPHONE (Etepon) merupakan bahan kimia penggalak (growth regulator) yang sering digunakan didalam sektor pertanian terutama untuk menigkatkan kualiti dan dapat menambahkan penghasilan. Lazimnya seperti diketahui semua orang dimana buah pisang dan mangga selalunya menggunakan ethephon iaitu agen pematangan untuk buah tersebut masak kekuningan dalam jangkamasa dua atau tiga hari sebelum dimakan atau dijual. Ia menjadikan buah tersebut kekuningan seragam dimana sesuai dijual dan menarik minat pembeli. Jika tidak dirawat dengan ethepon maka ada buah yang masa masaknya berperingkat atau tidak sekata. Masaalah selalu berkait dengan adakah bahan ini merbahaya kepada pengguna dan manusia?. Dilaporkan dimana agen pemasakan buah dan hormon pembuahan nanas ini tidak jelas kesannya kepada manusia kerana ia hanya agen penggalak sahaja. Ethephon adalah produk kimia organik dimana dalam bentuk asalnya merupakan kristal jarum putih yang mana ia digunakan sebagai stimulan pertumbuhan untuk tanaman pertanian. Ethephon adalah pengatur pertumbuhan tanaman yang baik dan berkesan (efective) dengan ia memiliki kesan mempercepatkan akan proses pematangan buah, merangsang aliran luka dan mengatur keseragaman buah masak. Terdapat berbagai cara dalam penggunaan ethephon daripada menggunakan gas etilen yang disemburkan dalam keadaan tertutup dimana gas etilin akan merangsang buah pisang itu sendiri dengan cepat menghasilkan gas ethylene dan mempercepat memasak sendiri. Proses pemasakan etilen adalah proses fisiologi dan biokimia tanaman yang kompleks dimana ia tidak pula menghasilkan bahan yang beracun kepada manusia. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai bahan penggalak tumbuhan (growth regulator) iaitu etephon sebagai bahan rujukkan dan bacaan anda semua.


Dalam beberapa kajian dilaporkan dimana ada juga dakwaan ia bahaya terhadap kesihatan dari penggunaan etephon seperti kesan radang atau iritasi pada kulit dan mata dan kesan seperti asid mukosa. Terdapat kesan seperti rasa seakan terbakar, mual dan muntah jika ada penggunaan yang tidak disengajakan atau terkena bahagian sensitif. Mangsa akan muntah berwarna coklat dan hitam dimana ada dilaporkan pesakit boleh koma sehingga 3.5 jam lamanya. Penggunaan ethephon untuk memasakkan buah pisang tidak akan membahayakan kesihatan manusia dan tidak ada masalah dengan bahan makanan selepas dirawat. Etephon merupakan bahan selamat digunakan dimana selepas dirawat kepada tumbuhan atau hasil buah-buahan mana ia bertukar kepada etilin yang menyebabkan buah cepat masak. Ia juga bersifat sebagai 'butyrylcholinesterase inhibitor' yang digunakan dalam pertanian dan tanaman.  Ethephon biasanya akan digunakan untuk tanaman gandum, kopi, tembakau, kapas, padi dalam membolehkan hasilan tuaian cepat matang. Di USA dan negara-negara Barat dilaporkan penggunaan etephon kepada ladang kapas adalah penting. Apabila disembur ia akan memboleh kapas berbunga dan berbuah serentak yang menyebabkan kesan bunganya pecah untuk memudahkan jadual penuaian dengan jentera (Sila lihat foto disebelah). Aktiviti menuai kapas berjalan dengan cekap dan kualiti kapas dihasilkan juga seragam. Tahap masak serentak kapas ini kemuidan akan memudahkan kapas tersebut kemudiannya diproses dikilang untuk membuat produk berasaskan kapas. 

Dalam pada itu etephon memang bahan penggalak untuk menghormon pokok nanas (Ananas comosus). Terdapat beberapa jenama produk yang mengandungi bahan ini dipasaran dimana penanam nanas akan menyemburnya pada pokok nanas yang sedia untuk berbunga. Selepas aplikasi bahan ini makan pokok nanas akan berbuah dan akan dituai 135 -145 hari kemudian untuk nanas hibrid MD2. Nanas merupakan sejenis komoditi yang boleh diatur penuaiannya mengikut jadual pemasaran berdasarkan kepada jumlah pokok yang disembur dengan ethepon atau di hormon. Anda boleh membaca artikel berkaitan perkara ini dengan membuat pautan (Sila klik disini)Proses untuk menggunakan bahan penggalak pembungaan membantu penanam nanas merancang jadual pengeluaran dan jadual pemasaran mereka dengan lebih tersusun. Etephon juga sering digunakan untuk menjadikan buah yang masak berwarna hijau kepada warna kuning yang manarik dipasarkan. Pisang (Musa acciminata) yang masak boleh dimasikkan didalam beg plastik dan dibubuh etephon dan akan menjadi kuning kemudiannya. Banyak lagi jenis buah lain yang dirawat untuk tujuan yang sama. Buah tersebut dilihat sebagai selamat dimakan setelah dirawat dengan etephon. Ini keran kadar ketoksikan etephon adalah sangat rendah apa lagi jika perawatan menggunakan gas etilin. Penggunaan bahan ini diluluskan oleh European Union (EU) dan boleh diplikasikan untuk tujuan eksport buah-buahan tempatan ke EU.

Ethephon yang berfungsi sebagai 'growth regulator' bertindak dengan melepaskan gas etilin yang bertindakbalas dengan proses fidiologi buah-buahan dan tumbuhan. Ia memang signifikan untuk proses kematangan buah dan memasakkan hasil tanaman. Ia memang sering digunakan didalam merawat buah-buahan, sayur-sayuran dan juga tumbuh-tumbuhan itu sendiri. Fungsi etephon sebagai agen kemasakan buah, abscission, cepatkan penmbungaan dan tindakbalas lain memang didaftarkan untuk penghasilan bahan makanan.  Banyak tanaman ornamental atau tanaman hiasan yang dirawat dengan etephon untuk kecantikan dan keindahan ditaman rekreasi. Ada beberapa kaedah cara bagaimana untuk menggunakan etephon seperti dengan menggunakan hanya 0.5 gram Ethephon Plus Latex Stimulant kepada kawasan torehan pokok getah akan membantu penghasilan susu getah (lateks) menjadi banyak dan lambat membeku. Penulis blog memang amat mahir menggunakan etephon semasa dahulu menjadi penoreh getah dikampong. Apa yang penting peggunaan bahan ini kepada pokok getah adalah mesti pokok getah dibaja dan dijaga kekerapannya kerana ia boleh mnyebabkan kesan kulit (bark) pokok getah rosak dan lateks tidak keluar jika tidak pandai menggunakannya. 

Berlainan pula dengan bahan pengalak pertumbuhan lain seperti Kalsium Karbid yang juga digunakan untuk menghormon nanas. Bahan ini sering digunakan kepada jenis nanas yang tidak sensitif dengan bahan etephon seperti Nanas Sarawak, nanas Yankee, Nanas Madu Kaca dan beberapa lagi. Kalsium Karbide ini mengandungi bahan merbayaha seperti arsenik yang merbayaha kepada manusia jika disalahgunakan. Penggunaan bahan kalsium karbid juga dilarang dibeberapa buah negara maju kerana ada kandungan bahan phosphorus dan arsenik. Dalam pada itu bahan penghormon nanas yan ada digunakan adalah dikenali dengan nama Planofix iaitu sejenis larutaan cecair mengandungi bahan 4.5% (w/w)  Alpha napthyl acetic acid sebagai bahan perawis. Bahan ini selalu digunakan sebagai bahan untuk mengeluaran bunga dan proses permatangan buah-buahan. Walau pun kalsium karbide ada digunakan untuk memasakkan pisang akan tetapi jika ia terkena air makan menghasilkan bahan carcinogenic dan gas etilin yang akan memasakan buah pisang serentak. Dalam pada itu bahan Ethrel juga ada digunakan dengan menyembur 2-3 minggu sebelum aktiviti tarikh penuaian. Semburan dengan 1.75 - 3.50 liter Ethrel Plant Growth Regulator sehektar dengan 2,000 - 4,000 gelen air mencukupi bergantung kepada saiz pokok. Kepada petani dan pemilik ladang komersil lazimnya mereka akan menggunakan bahan penggalak pertumbuhan seperti ethephon bagi membuat aruhan pembunaan, menghasilkan buah serentak dan seragam serta menjadikan buah masak didalam peraman. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!....
NAMA ETHEPHON... SELALU DIGUNA...
MENGHORMON NANAS... PASTI ADA...
MEMASAKAN BUAH... KUNING SEMUA..
SELAMAT DIMAKAN... KURANG BAHAYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 322, Hotel UDC-UUM,
Jalan Sintok, UUM,
Changloon, Kedah,
Malaysia.
(13 JamadilAwal 1441H).
Bersamaan 5 Januari 2020).

Monday, February 24, 2020

CARA-CARA HALAU LALAT


LALAT adalah sejenis serangga dari order Diptera yang terdapat di negara kita dan di seluroh dunia dimana ianya sering dikaitkan dengan serangga penyebar penyakit. Lalat merupakan sejenis serangga yang boleh terbang dengan cepat dari pelbagai arah dan sudut iaitu kehadapan, kekiri, kekanan, kebawah, keatas dan sangat aktif pada cuaca panas siang hari. Selepas sahaja kita menghidangkan makanan atau mengeluarkan daging atau makanan dari plastik atau peti sejuk diatas meja biasanya akan ada lalat mungkin merupakan haiwan pertama yang menjamah makanan tersebut sebelum ketibaan ahli keluarga kita jika terdedah. Lalat akan hinggap diatas makanan tersebut (Lagi kuat bau busuk makan atau bau sedap makan) maka lagi cepat 'mamat lalat' atau 'minah lalat' ini datang tanpa ianya dijemput. Semasa Hari Raya Korban dimana aktiviti untuk menyembelih lembu dan melapah dijalankan di kampong penulis blog iaitu di Gersik, Daerah Tangkak, Johor memang menghadapi masaalah 'serangan lalat'. Serangga berwarna kehtaman ini datang beribu-ribu ekor bersama-sama dalam meraikan majlis tersebut tanpa diundang. Bukan sahaja lalat biasa akan tetapi selalu ada juga Lalat Langau yang berwarna kehjauan dan ia bersaiz besar. Lalat ini lazimnya mengerumuni makanannya dan paling dahsyat mereka ini kemudian bertelur diatas makanan. Telur lalat ini berwarna putih denan jumlahnya beribu biji dalam masa singkat sahaja. Memang sakit hati melihatnya dan lalat ii juga mengancam kesihatan dan keselamatan makanan. Kita perlu mendapatkan info bagaimana kaedah atau cara untuk menghalau lalat dan mengurangkan risiko ancaman serangga lalat. Artikel petang ini di tingkat 4 iaitu di Apartment 429, Hotel Copthrone, Cameroon Highland menghadap kebun sayur yang ditanam dilereng gunung dan angin sejuk ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa petua dan kaedah menghalau lalat sebagai bahan rujukkan anda semua.


Apa yang penulis blog faham lalat memang mempunyai banyak keluarga atau kumpulan iaitu beribu-ribu spesis dari lalat yang mudah kita jumpa hari-hari sehingga lalat pembawa penyakit merbahaya kepada manusia. Kajian menunjukkan terdapat pelbagai jenis iaitu Lalat Rumah (Musca domestica) yang paling popular diantara jenis lalat, (Lucilla spp) Lalat Hijau atau Langgau (Phaenincia spp), Lalat Tsetse Hutan (Glossina fusca), Lalat Tsetse Sungai (Glosina palpalis), Lalat Bunga (Syrphidae spp), Lalat Buah (Keluarga Tepthidae - ada sebanyak 500 Genera dengan 5,000 spesis) dan Lalat Askar Hitam (Hermetia illusens). Diantara jenis-jenis tersebut yang menjadi 'saudara rapat' manusia setiap hari adalah jenis Lalat Rumah (Housefly) kerana ianya adalah spesis yang sangat 'PERAMAH' dan suka datang kerumah kita tanpa di jemput asalkan tingkap atau pintu terbuka untuk dia datang bertegur sapa!. Lalat mempunyai kitaran hidup yang sangat cepat membiak dan mampu menyebabkan gangguan kehidupan harian komuniti yang tinggal berhampiran dengan punca pembiakan lalat. Penulis blog dapati reban ayam daging konvensional merupakan antara lokasi pmbiakan lalat yang paling agressif. Di Kg Tiong Baru yang jauhnya 2 km dari rumah kampong penulis blog memang menyakitkan hati penulis kerana ladang ayamini memberikan ribuan dan jutaan lalat.  Memang tidak menang tangan hendak menghalau dan memusnahkan lalat yang seawal subuh sehingga malam mengganggu kehidupan penduduk kampung. Telah banyak komplen terhadap ladang ayamii sejak berbelas tahun dahulu tetapi tidak ada penyelesaiannya. 


Penulis blog dapati jenis lalat rumah (Musca domestica) terdapat banyak di kawasan Asia Tengah yang mempunyai iklim tropika walau pun ada beberapa spesis dapat hidup di kawasan agak sejuk. Lalat Rumah terdapat juga di Kawasan kebun, Ladang atau Kandang Ternakan, Kawasan Bandar dan juga banyak di kawasan pembuangan sampah atau dimana ujudnya najis. Lalat ini hidup dimana ada manusia menjalankan aktiviti hariannya. Umur lalat adalah pendek sekitar 7-25 hari dan mempunyai kitaran hidup yang singkat dan sangat cepat membiak daripada Telur, Larva, Pupa dan Dewasa. Telur lalat yang berwarna putih berukuran 1-2 mm panjang diletakkan oleh induk betina bersusun dalam kumpulan mengandungi sehingga maksimum 500 telur seekor. Kemampuan bertelur seekor adalah sebanyak 75 - 150 biji telur dalam masa 3-4 hari!. Telur lalat menetas menjadi larva berwarna putih berukuran 3-8 mm panjang dan mempunyai sepasang taring berwarna hitam. Selepas 20 jam larva akan jadi 'maggot' yang akan makan unsur apa yang ujud disekelilingnya. Larva akan menjadi lalat dewasa dalam masa 4-13 hari melalui pelbagai peringkat instar (Biasanya 3 instar) bergantung kepada suhu dan kesediaan makanan. Di negara kita yang mempunyai cuaca lembab dan suhu panas cuma perlukan 3-4 jam sahaja bagi lalat untuk lengkap jadi lalat dewasa. Ada 3 perkara asas didalam menghalau lalatiaitu dengan mempastikan tumbuh-tumbuhan yang menolak lalat datang. Didakwa lalat tidak suka aroma beberapa herba tumbuh-tumbuhan seperti selasih dan pudina . Anda oleh menyimpan beberapa herba ini dan letakkannya di mana lalat biasa berkumpul. Perkara kedua yang lazim diamalkan adalah dengan memasang atau hidupkan lilin kerana didakwa lalat memang tidak suka asap lilin. Hidupkan lilin dan letakkan mereka di atas meja makan untuk menghindari lalat. Anda juga boleh mengguna bekas lilin khas untuk mencantikkan lagi meja makan.Ke tiga adalah dengan menggantung beg plastik berisi air atau pun menggantung kepingan CD kilat. kerana dilaporkan pancaran cahaya pada air atau CD menyerupai web labah-labah yang enakutkan lalat datang.


Penulis blog memang pasti ramai kalangan orang risau jika ada lalat-lalat yang masih berkeliaran. Asal bau makanan sahaja maka mulalah lalat akan datang dan jka hendak disembur dengan racun aerosol merbahaya pula kepada makanan. Oleh itu ada pelagai pengamalanatau petua yang dilakukan untuk tujuan menghalau atau pun membunuh lalat ini. Masalah lalat ini memang merimaskan semua orang walau pun selalu sudah menjaga kebersihan akan tetapi masih ada juga lalat yang dapat masuk rumah. Kadang-kadang yang menyakitkan hati dimana dalam tudung saji atau pun bungkusan makanan maka lalat masih boleh masuk. Kalau hendak sembur racun aerosol selalu adalah membahayakan diri sendiri dan seluruh persekitaran. Antara beberapa petua menghalau lalat adalah dengan teknik menggunakan bahan imau purut dan cengkh, gunakan serai wang, menggantung air didalam bekas plastik, gunakan tmun, gunakan kayu manis, gunakan daun kari dan juga menggunakan llin aromaterapi. Pertama anda boleh letakkan limau purut dan cengkih yang mana kedua-duanya mengeluarkan aroma yang wangi untuk manusia akan tetapi 'tidak' untuk lalat. Kedua bahan ini boleh dijadikan penghalau lalat yang berkesan dengan kita amalkan penggabungan kedua-dua bahan ini. Caranya dengan kita memotong limau purut(boleh dganti dengan jenis lemon atau limau nipis) kepada 2 bahagian. Kemudian ianya dicucukkan cengkih dan diletakkan di atas meja makan atau di mana-mana yang banyak lalat (Sila lihat foto disebelah). Ia boleh digantikan dengan set baru jikabahan in telah lama dan kurang berbau. 


Petua ke 2 adalah dengan menggunakan sejenis tumbuhan yang mengeluarkan bau tidak menyenangkan untuk bagi lalat dan serangga iaitu serai wangi (Cymboppogon citratus). Serai ini mudah ditanam di sekitar rumah. Kalau tidak dapat serai wangi boleh mencuba degan serai biasa waau pun kesannya agak kurang berbanding dengan sera wangi. Caranya juga amat senang dilakukan iaitu dennga mengambil segenggam serai wangi dan bersihkan sebelum dikisar kering. Kemudian pes ini dicampurkan dengan secawan air biarkan semalaman. Esok paginya air ini ditapi dan airya dimasukkan ke dalam botol spray. Semburkan pada tingkap dan pintu rumah supaya lalat tidak akan datang mendekatinya. Dalam pada itu penulis blog diberitahu dimana anda juga boleh membeli essential oil yang sedia dijual dengan aroma serai (lemongrass). Petua ke  3 dimana anda mungi sering berkunjung ke gerai makanan yang akan menggantung air didalam plastik atau pun botol air mineral. Rupanya ia adalah petua menghalau nyamuk yang mudah dan murah. Caranya mudah dengan megisikan air ke dalam sebuah plastik jernih dan gantungkan pada tempat yang banyak lalat. Kalau hendak menggelakkan daripada lalat memasuki rumah maka gantungkan pada pintu dan tingkap. Kajian oleh Home Remedies For Life, tindakan ini akan mempengaruhi deria penglihatan lalat mendapati lalat juga dipercayai akan menjauhinya kerana ilusi optik seakan-akan sarang labah-labah. Ada juga yang senghaja memasukkan beberapa keping syiling untuk menambahkan ‘silau’ kepada lalat ini.


Petua menghalau lalat yang ke 4 adalah dengan menggunakan buah timun (Cucumis sativus) iaitu sejenis lagi bahan yang dibenci oleh lalat. Jadinya untuk mengelakkan lalat daripada bertelur pada tong sampah anda sebaiknya boleh diletakkan hirisan timun di sekitar tong sampah atau di atasnya.Dalam pada itu anda juga boleh meletakkan timun ini di atas meja atau di sekitar pintu dan tingkap rumah. Petua ke 5 adalah dengan mengguakan kulit kayu manis (Cinnammoum verum). Lazimnya umum akan tahu apakah aroma kayu manis juga boleh digunakan untuk menghalau lalat yang berkeliaran dalam rumah anda?. Jawapannya 'boleh' dengan petua mengambil kayu manis kering dan di tumbukkan kayu manis dan jadikan ia sebagai pewangi dalam rumah. Bagi tujuan menambahkan kesan sebaiknya anda juga boleh cuba untuk menambahkan bawang putih dan serbuk cili ke dalam kayu manis yang ditumbuk tadi. Masukkan ke dalam kain perca dan gantungkan ditepat strategik. Petua ke 6 adalah dengen menggunakan daun kari (Morraya koenigii) yang mudah diperoleh. Caranya dengan mengambil secekak daun kari dan rendamkan ke dalam air bersih. Aroma yang dihasilkan ini juga akan menyebabkan lalat tidak suka mendekati rumah anda.etua ke 7 yang biasa kita lihat adalah dengan menggunakan atau membakar lilin aromaterapi. Ini kerana cara halau lalat yang seterusnya adalah dengan teknik menggunakan lilin. Ini kerana apabila menyalakan lilin maka habanya akan menyebabkan lalat tidak menyukainya. Kalau anda menggunakan lilin beraroma itu lebih baik kerana lalat amat bencikan aroma herba seperti lavender, lemon atau pun daun pudina. Kesemua 7 cara menghalau lalat ini didakwa amat sesuai digunakan di setiap kediaman kerana ia terdiri daripada penggunaan bahan semulajadi. Ia juga tidak memberi kesan sampingan dan tidak membahayakan anak kecil. Semuga artike yang ditulis dalam kedinginan ini mampu memberi info berguna kepada semua pembacablog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
 NAMANYALALAT... SERANGGABAHAYA...
CEPAT MEMBIAK... MENGANGGU MANUSIA...
CARA MUDAH KAWAL... SPRAY SAHAJA...
MEMBACA ARTIKEL...DIPAPARKAN PETUA...

By,
M Anem,
Senor Agronomist,
Apartment 429, Copthrone Hotel,
Brinchang, Cameroon Highlands,
Pahang, Malaysia.
(21 JamadilAwal 1441H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...