KELOR (Moringa oleifera Lamb) atau juga dipanggil sebagai 'MERUNGGAI' adalah sejenis tumbuhan pelbagai guna dari keluarga MORINGACEAE yang dipercayai berasal dari kawasan Pakistan dan Utara India dan kini tersebar di seluroh Asia, Amerika dan beberapa benua lain. Mungkin tidak ramai rakyat Malaysia mengenali tanaman ini kerana kurang di komersialkan tidak seperti di India yang dijadikan sebagai sayuran dan bahan penting untuk makanan serta produk kesihatan sebagai 'suplementary food' hingga ke peringkat antarabangsa. Meringgai dikenali juga sebagai Horseradish Tree, Drumstick Tree, West Indian band (English), Ben Aile (Peranchis),Kelor ; Marunga (Indonesia), Meringgai ; Gemuggai(Malaysia), malunggay (Filipina), dandanlobin (Myanmar), marum ; phakihum ; makhonkom (Thailand),lat mok (Chinese) and Mungephali(India urdu). Tidak ada laporan rasmi keluasan tanaman ini di tanam di Malaysia kerana belum ada ladang komersial dilaporkan ada menanam Meringgai. Artikel ini saya mempaparkan dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi tanaman meringgai iaitu berdasarkan pembacaan beberapa buku teknikal dan layaran dalam sesawang berkaitan.
Khasiat Daun Kelor sebagai ubat merupakan perkara yang diamalkan secara tradisional sejak zaman dahulu secara semulajadi (Lihat foto daun kelor disebelah). Walau pun daun kelor agak kecil dan kurang diketahui umum akan khasiatnya, kini banyak usahawan tempatan di negara jiran telah berjaya untuk mengkomersilkan daun kelor sebagai produk makanan kesihatan. Daun kelor ternyata memiliki fungsi sebai penawar serta menyembuhkan demam yang berkesan terutama untuk kanak-kanak. Cara amat mudah iaitu dengan memetik beberapa tangkai pucuk daun kelor segar dan direbus dengan air dan diberikan minum air rebusan sebanyak 2 kali sehari dimana demam panas akan berkurangan dan sembuh. Khasiat daun kelor seterusnya adalah dimana ada kemampuannya didalam mengawal cacing dalam tubuh. Kajian dimakmal juga mendapati daun kelor mengandungi bahan seperti Arginine, Leusine, Metionine dan beberapa bahan lain. Bahan ini akan berfungsi sebagai anti-diabetic, antioksidan dan antitumor. Beberapa kajian lain menunjukkan bahwa daun kelor memiliki kandungan vitamin C tujuh kali lebih banyak daripada limau dan kandungan potasium tiga kali lebih banyak daripada buah pisang. Bagi kandungan seperti Vitamin A ianya adalah sebanyak empat kali lebih banyak daripada lobak merah (Carrot) dan mengandung unsur Kalsium empat kali lebih banyak daripada kalsium susu dikeluarkan haiwan ternakan.
Pokok Kelor biasanya yang ditanam disekeliling rumah sebagai tanaman pagar dimana ia juga sengaja ditanam sebagai tanaman untuk dijadikan ubat. Kajian mendapati penggunaan Daun Kelor Sebagai ubat Herba Semulajadi untuk beberapa masaalah seperti Sakit Tulang (reumatic), Sakit Sendi dan sebagainya telah lama diamalkan. Caranya adalah dengan mengambil daun kelor dan ia di tumbuk halus dicampur dengan setengah sudu makan kapur sirih lalu disapu kebahagian sendi yang sakit sebagai 'param'. Bagi rawatan sakit mata pula, tumbuk halus tiga gagang daun kelor dengan air satu gelas dan kacau sehingga sebati kemudian dibiarkan unuk hampasnya mendap. Gunakan air jernih dibahagian atas tersebut sebbagai ubat titis pada mata seperti kita gunakan jenama 'Eye -Mo' komersil. Kalau hendak lebih mudah, beli sahaja serbuk daun kelor dalam kotak yang boleh didapati dikedai-kedai ubat tradisional (Sila lihat foto sebelah). Harga produk inii memang tidak berapa mahal jika ia dibuat didalam negara dan memadai dengan harga teh biasa dipasaran.
Bagi merawat masaalah cacing maka ambil beberapa helai daun kelor dan rebus bersama satu cabang daun cili dan daun dokong anak bersama 2 gelas air sehingga air tinggal separuh. Apabila sejuk minum air tersebut dan amalkan setiap hari dimana cacing dalam perut akan terhapus. Bagi mereka yang sering ada alahan (Allergi) sebaiknya dinasehatkan mengambil 3 gangang daun kelor dan rebus bersama beberapa biji bawang merah dihiris, jintan putih bersama 3 gelas air sehingga tinggal separuh. Setelah sejuk dan ditapis, minum air tersebut setiap hari sehingga masalalah alahan hilang. Mereka yang ada masaalah penyakit kelamin seperti Herpes atau Kurap serta Luka Bernanah boleh diatasi dengan mengambil sebanyak 7 gagang daun kelor ditumbuk sampai lumat dan tampal dikawasan berkaitan sebagai ubat luaran. Apa yang ajaib adalah kemampuan daun kelor menghancurkan batu karang dalam ginjal. Ambil daun kelor segar dan masak sebagai sayur air dimakan setiap hari selama sebulan dimana kesannya batu ginjal akan luruh dan keluar bersama air kencing. Perawatan seperti ini pastinya memerlukan bimbingan dari mereka yag telah biasa untuk mengamalkannya.
Daun Kelor memang terbukti dapat mengubati demam dan menyegarkan tubuh badan. Ia juga didakwa mampu untuk menyihatkan masaalah tulang yang lemah dan juga mengatasi masaalah kekurangan darah. Ia didapati membantu menurunkan kadar gula dalam darah dan membantu memenuhi zat yang kurang. Bagaimana pun ada laporan lain yang menyatakan menggunakan ekstrak daun kelor dapat menyebabkan kerosakan hati, buah ginjal dan masaalah pembentukan sperma jika dos pengambilan melebihi 1000 Mg/kg. Maka berhati-hatilah jika anda hendak mengambil ekstrak daun kelor berlebihan. Bagaimana pun adalah dinasehatkan agar buat pemeriksaan doktor untuk mendiognos sebagrang penyakit anda. Semakin banyak produk berasaskan kelor dan daun kelor dipasarkan sekarang. Antara yang paling popular tentunya daun teh dari daun kelor yang berkhasiat dan baik diminum. Semuga artikel kali ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!..

POKOK KELOR ... MUDAH DIDAPATI...
BANYAK KHASIAT... MENJADI PATI...
DAUNYA BANYAK... KHASIAT PASTI...
LEBIH MUJARAB... TANAM SENDIRI...
By,
M Anem
Danga Bay Complexs,
Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(3 Rejab 1434H).
Kemaskini pada 20 JamadilAwal 1440H).
Kemaskini pada 20 JamadilAwal 1440H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.