Support My Blog

Friday, January 4, 2019

BIDARA DAN USAHAWAN KECANTIKAN

 
BIDARA DAN USAHAWAN KECANTIKAN?. Itulah satu perkara yang jarang kita dengar di Malaysia sebelum ia diwar-warkan oleh pihak media. Buah Bidara (Zizyphus mauritiana Lamk) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga RHAMNACEAE yang boleh ditanam di negara kita sebagai satu jenis pokok buah-buahan yang berpotensi untuk dimajukan. Nama-nama lain bagi buah bidara adalah JUJUBI, EPAL SIAM dan beberapa nama tempatan lain. Buah bidara yang masak boleh dimakan mentah atau diproses untuk dibuat jus minuman, sirap dan juga manisan (halwa). Buah bidara yang belum masak atau buah muda dimakan dengan garam atau dibuat jeruk atau dibuat acar. Daun muda ada yang dimakan sebagai sayuran dan ulam. Tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan tanaman buah bidara di Malaysia tetapi penulis mengganggarkan sekitar 150-160 hektar pada tahun 2011. Negeri Perak merupakan kawasan utama penanaman buah bidara di Malaysia. Pokok Bidara merupakan jenis tumbuhan kecil atau pokok sederhana besar yang mampu tumbuh sehingga ketinggian 15 meter. Pemerhatian saya mendapati pokoknya tumbuh menegak, agak rendang dan mempunyai dahan yang berjuntai. Terdapat ranting yang berduri dan agak berbulu pada spesis tertentu. Bahagian akar pula memang mempunyai akar tunjang dan akar serabut. Bunganya keluar dari ketiak daun dalam jambak yang berwarna kekuningan dan berbau wangi. Lazimnya saiz bunga sekitar 2-3 mm lebar dengan antara 8-20 kuntum bung satu jambak. Daun bidara berwarna hijau berkilat dengan ukuran 3-10 cm panjang dan 2-5 cm lebar serta panjang tangkai dalam 9-15 cm. Bahagian atas daun didapati licin tetapi dibahagian bawah agak berbulu dan kasar. Pokok Bidara mempunyai dahan dan buah melempai (Sila lihat foto diatas). Oleh itu proses penanaman pokok bidara mudah dilakukan dengan menggunakan bijibenih tetapi ramai juga petani yang saya temui menggunakan bahan tanaman darikeratan batang, tut atau cantuman. Lazimnya biji yang matang yang diambil dari buah masak. Biji buah bidara bercambah selapas 4 minggu disemai. Pokok yang ditanam daripada biji benih akan berbuah selepas 3 tahun ditanam sedangkan pokok yang ditanam dari tut atau keratan berbuah selepas 1-2 tahun. Jenis tanah subur dengan mempunyai saliran baik diperlukan untuk tanaman bidara. Pemerhatian mendapati pokok bidara tahan pada cuaca kemarau dan suhu agak tinggi yang mana keadaan ini mampu merangsang pokok mengeluarkan bunga dan buah. Jarak penanaman disyorkan 3m x 4m atau lebih rapat bergantung kepada sistem penanaman. Berikan baja organik dalam lubang penanaman dan baja tumbesaran NPK 15:15:15 dari umur 1-3 tahun. Baja NPK 12:12:17:2 diberikan apabila pokok bersedia untuk berbunga pada tahun ke 3 dan seterusnya. Sebaiknya sediakan sistem pengairan titis untuk mendapatkan buah yang berkualiti. Artikel ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya berkongsi maklumat terkini mengenai bidara dan usahawan kecantikan seperti mana dilaporkan oleh akhbar KOSMO untuk dijadikan bahan rujukkan.

Dalam pada itu terdpat pakar kecantikan mengetahui dan menggunakan bidara yang tinggi vitamin C, kaya antioksida dan mineral sebagai asas untuk kosmetik. Ia berlaku apabila ada seorang usahawan yang telah ditimpa kemalangan jalan raya yang berlaku kepada Mohd. Firdaus Mohd. Ibrahim, Khan berumur 40 tahun merubah hidupnya apabila dia menghadapi masalah alergi kulit dan asma. Selepas kemalangan itu, dia mengalami masalah kulit yang sangat teruk, terutamanya pada bahagian muka. Ia kelihatan kemerahan dan gatal. Keadaan itu membuatkan saya rasa tidak selesa, apatah lagi jika terkena matahari ia akan menjadi sangat merah, katanya ketika ditemui Kosmo! di Rimbunan Healing Centre, Taman Mutiara, Taman Bukit Ampang, Ampang, Selangor baru-baru ini. Disebabkan masalah itu, Mohd. Firdaus telah menjalani rawatan untuk melegakan masalahnya. Dia mengambil keputusan untuk mencuba rawatan alternatif bagi tujuan mengurangkan risiko kesihatan berlanjutan. Hasrat itu tercapai setelah dia berkenalan dengan pengasas kepada usahawan Rimbunan Healing. Selepas menjalani beberapa rawatan menggunakan produk berasaskan bidara, kulit mukanya menunjukkan kesan positif. Bapa kepada orang cahaya mata itu diberi rawatan bekam pada wajah untuk membuang darah kotor di kawasan bermasalah dan penjagaan kulit muka.

Sementara itu Pengasas Rimbunan Healing Centre iaitu Norasyikin Md. Baharudin berumur 36tahun berkata, dia menggunakan pendekatan berbeza di tempat lain iaitu dengan merawat punca (Sila lihat foto disebelah). Mereka akan akan mendiagnosis pelanggan untuk mengetahui tahap keseriusan masalah mereka dengan menggunakan beberapa cara seperti melihat saraf di tapak tangan kerana di situ dapat mengetahui masalah dalaman seseorang. Perkara ini penting kerana kecantikan sebenar adalah dari dalam, jika kita sihat ia akan terserlah pada wajah dan penampilan, jelasnya yang berpengalaman selama lima tahun dalam bidang kecantikan dan jurubekam bertauliah. Proses urutan wajah penting untuk melancarkan pengaliran darah. Selain perkhidmatan kecantikan, pelanggan turut diberi khidmat nasihat mengenai pemakanan dan penjagaan kecantikan diri yang betul. Ujar Norasyikin, dia memberi fokus kepada tiga perkhidmatan utama iaitu jerawat, resdung dan migrain. Apa yang lebih menarik dimana Rimbunan Healing Centre menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti buah bidara sebagai bahan utama di samping buah tin, zaitun, habbatus sauda, aloe vera dan pelbagai herba terbaik. Hampir keseluruhan bahan-bahan digunakan adalah esktrak daun bidara kerana ia mempunyai manfaat yang sangat baik untuk kecantikan.  Selain itu, 90 peratus perkhidmatan di sini menggunakan kaedah bekam iaitu rawatan yang sangat disarankan oleh Rasulullah SAW untuk mengeluarkan darah kotor, jelasnya yang berasal dari Kota Tinggi, Johor.

Pada masa ini terdapat sebanyak 15 pakej perkhidmatan yang ditawarkan di pusat itu. Antaranya adalah Pakej 3+1 penyelesaian jerawat, Pakej 3+1 penjagaan oksigen wajah, Pakej 3+1 antipenuaan, Pakej 3+1 penyelesaian jerawat lengkap dan penjagaan wajah rimbunan bidara 03. Selain itu, rimbunan aloe vera oksigen wajah, bekam dan terapi ditoksifikasi, 3+1 migrain serta 3+1 resdung lengkap. Mengulas mengenai pendekatan penggunaan bidara dan kaedah rawatan Islam, Norasyikin menjelaskan, ia bermula apabila dia mengalami kemalangan jalan raya dan cedera parah sehingga dua kali menjalani pembedahan tulang belakang pada usia 13 tahun. Kini sejak kemalangan itu Mohd Firdaus banyak bergantung pada ubat tahan sakit. Pada umur 30 tahun dia mendapat rawatan pakar saraf di Aceh, Indonesia. Alhamdulillah, sakit belakang beransur pulih. Namun begitu pada usia 33 tahun saya diuji lagi dengan strok pada wajah sehingga muka penuh dengan jerawat besar. Dari situlah tercetus idea untuk berbekam wajah. Rentetan daripada dua peristiwa itu, saya menubuhkan spa yang menggunakan kaedah moden dan tradisional seperti yang ajarkan dalam al-Quran serta sunah, cerita anak sulung daripada tiga adik-beradik yang sangat meminati bidang kecantikan itu. Khasiat dari tubuhan pokok bidara boleh di perhebatkan lagi. Usahawan muda kosmetik Norasyikin mendakwa dia menggunakan bidara dalam produk penjagaan wajah di pusat itu kerana ia merupakan pokok yang diceritakan dalam al-Quran dan mempunyai  pelbagai khasiat untuk kulit berjerawat, menguatkan rambut, antibakteria, antikeradangan dan antikebengkakan. Salah satu ayat al-Quran yang menceritakan tentang bidara ialah surah Al-Waqiah ayat 28: Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu. Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), dan naungan yang terbentang luas, dan air yang tercurah, dan buah-buahan yang banyak. 

Pokok bidara atau nama saintifiknya Z. mauritiana merupakan sejenis pokok renek malar hijau dengan ketinggian sehingga 15 meter dan ukuran batang 40 sentimeter. Pusat kecantikan Rimbunan Healing Centre menyediakan tiga bilik rawatan dan tiga orang petugas. Dalam bahasa Arab, bidara kenali sebagai sidr. Pokok ini banyak ditemui di kawasan tropika dan sub-tropika. Ia mempunyai beberapa jenis seperti bidara upas, bidara laut dan bidara Cina. Ia berasal dari Afrika dan kini tersebar secara meluas di rantau tropika seperti India, Afghanistan, China, Malaysia dan Australia serta beberapa kawasan Pasifik. Buah bidara mempunyai kandungan vitamin dan galian yang tinggi terutama vitamin C dan kaya antioksida. Selain Z. mauritiana buah bidara dikenali dengan pelbagai nama lain seperti jujube atau ber sejak lebih 4,000 tahun lalu. Faktor migran dipercayai membantu penyebaran bidara ke beberapa buah negara Asia dan selatan Eropah. Pada masa ini diianggarkan terdapat 400 varieti buah bidara di dunia terutama di Asia. Buahnya enak dimakan segar walaupun sesetengah negara menggunakan buah bidara sebagai salah satu ramuan penting dalam masakan. Kandungan mineral dan vitamin yang tinggi dalam buahnya menyebabkan ia baik untuk kesihatan tubuh, peredaran darah dan kulit. Lapan jenis produk berasaskan daun bidara yang dihasilkan oleh Norasyikin ialah krim pigmentasi bidara, minyak aroma terapi, pembersih wajah dan gel mandian. Bagi mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan penjagaan wajah di spa itu, mereka perlu membuat tempahan sehari sebelum datang bagi memastikan slot rawatan tidak penuh dan tidak perlu menunggu lama. Rimbunan Healing Centre mempunyai tiga bilik rawatan dan tiga orang kakitangan terlatih untuk memberi perkhidmatan mengikut kondisi pelanggan. Perkhidmatan yang menarik untuk dicuba ialah periuk sauna yang mengandungi 100 herba. Ia bertujuan mengeluarkan hama dan kotoran pada wajah. Norasyikin juga berhasrat untuk mengembangkan perniagaan itu dengan memfrancais kepada mereka yang berminat. Pada penulis blog memang jika ada mentaliti usahawan apa juga tumbuh-tumbuhan boleh dimenafaatkan didalam negara. Usahwan ini menggunakan teknologi dan ilmu pengetahuannya untuk menjadikan tumbuhan buah bidara didalam dunia kosmetik dan perawatan. Semuga artikel dari Kosmo ditulis semula dalam anim agro technology ini dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua. Wasallam!!..

MENGENALI KHASIAT... POKOK BIDARA....
USAHAWAN KOSMETIK... MASIH MUDA....
AKHBAR KOSMO... CERITA KISAHNYA...
MENJADI CONTOH... TERUSKAN USAHA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Cendana, Taman Cendana,
Jalan IStana, Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka, Malaysia.
(18 RabiulAkhir 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...