Support My Blog

Sunday, December 9, 2018

MENTERNAK DAN BAKA AYAM KAMPONG

BAKA AYAM KAMPONG memang ada banyak jenis daripada yang selalu kita kenal kepada jenis kacukan dan import yang jarang kita dengar. Ayam kampong (Gallus domesticus) merupakan sejenis haiwan berkaki dua kategori burung (birds) yang mana ia mempunyai daging yang lebih enak daripada ayam daging biasa. Ia dipercayai berasal daripadakcukan ayam hutan dengan ayam biasa. Ayam hutan (Galus galus) masih ujud sehingga hari ini. Dipasaran sering dikatakan ada ayam kampong biasa dan juga ayam kampong organik. Keduanya mempunyai sistem menternak yang berlainan untuk pasaran yang juga berlainan. Ayam kampong adalah ayam yang dipelihara secara lepas atau bebas. Sementara itu di Eropah ayam kampong ini diternak secara bebas (free range chicken) atau pun dinamakan sebagai Ayam Organik (Organic chicken). DAri segi sejarah penulis blog merujuk kepada risalah dari JPV Johor dengan menyatakan kedatanga pedagang-pedagang asing dari China berjaya melahirkan generasi kedua ayam kampong iaitu kacukan daripada ayam kampong tempatan dengan ayam Canton daripada China. Generasi ketiga ayam kampong adalah terhasil daripada kacukan beberapa baka asli ayam tempatan dengan ayam yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan menjadi banyak spesies ayam kampong sehingga kini terdapat di Malaysia. Penulis blog dapat tahu dimana kini terdapat pelbagai jenis ayam kampog menjadi sebutan seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, yam Laga, Ayam Katek, Ayam Serama, Ayam Sabung, Ayam Jepun, Ayam Saigon dan banyak lagi namanya. Pada penulis blog ayam kampong mempunyai banyak keistimewaan yang boleh dibincangkan. Antaranya adalah ayam kampong boleh dibiakkan sepanjang tahun dan ia juga boleh dipelihara sepanjang tahun secara bebeas pada waktu siang. Istimewanya ia boleh makan sisa makanan dri rumah dan dapur tanpa had dan aabila bertelur ibunya akan menetaskan telur tersebut dan menjaga anak-anaknya dengan baik. enulis blog ingat masa kecil dahulu dikejar ayam betina yang menjaga anaknya!... Ibu ayam kampong juga mampu menjaga anaknya diwaktu sejuk dengan menyembunyikan anak-anaknya dibawah kepaknya. Artikel subuh ini untuk artikel ke 4,996 sya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai mengenali baka ayam kampong untuk dijadikan bahan rujukkan.


Antara ciri-ciri fizikal ayam kampong yang anda perlu tahu adalah bagaimana ia menggabungkan ciri-ciri ayam hutan dan juga ayam sabung. Ciri fizikal ayam hutan adalah dimana ia berdiri dengan berbentuk sampan, balungnya yang jenis sikat, ada bulu sabit, ramping atau tirus dan ayam jantan beratnya tidak melebihi 3 kg.  Apa pun ciri fizikal ayam sabung pula dimana ia berbentuk mnegak dengan balung diatasnya jenis batu dan ada bulu sabit. Ayam sabung dilihat lebih sado denga berat badannya mencecah 3.5 kg seekor (Sila lihat foto disebelah). Bagunya ayam kampopng adalah ia mampu membiak secara tabie atau semulajadi dimana ayam jantan akan mengawan dengan ayam betina kejar mengejar sehingg menjadi riuh sekampong. Biasanya nisbah seekor ayam jantan adalah untuk 10 ekor ayam betika dalam satu kelompok ayam kampong.  Perlu disediakan reban ayam untuk ia berlindung pada malam hari, hujan, panas dan dari gangguan musuh semulajadinya. Antara musuh ayam kampong adalah musang, harimau bintang, biawak, ular, kucing hutan dan paling kita tidak suka adalah orang yang mencuri. Ayam betina yang hendak bertelur akan membuat sarang sendiri tetapi sebaiknya disediakan sarang dengan membuat kotak kayu dan diletakkan kain atau rumput kering. Penulis blog amat faham menternak ayam kampong ini kerana sepanjang zaman muda dulu ada berpuloh-puloh ekor ayam kampong keliling rumah. Seronokya menterna ayam kampong!.


Membuat sarang untuk ayam betina bertelur memerlukan satu kawasan yang selamat, agak tinggi dari tanah, kering dan sunyi sedikit (Sila lihat foto disebeah). Ayam betina biasanya akan mula mengawan dan bertelur setelah berumur lebih 6 bulan. Apa pun jika sarang itu dilekatkan dengan rumah papan sesekali ia akan menghasilkan hama yang menyebabkan kegatalan jika diserang. Hama dari sarang ayam betina ini merayap kelantai rumah dan mengigit kita pula. Apa yang penulis blog rujuk dan pengalaman masa dulu seekor ayam kampong betina boleh mengeram sebanyak 15 biji telur yang  akan menetas 21 hari kemudiannya. Purata seekor ayam betina yang sihat dan cukup makan boleh menghasilkan sebanyak 115 biji telur setahun. Bagaimana pun selalu juga penulis blog akan ambil beberapa biji telur ayam kampong untuk digoreng, direbus atau pun dijual bagi mendapatkan duit. Biasanya ayam kampong yang diternak dengan penjagaan baik akan sesuai untuk dipasarkan setelah berumur seawal 2.5 bulan sehingga 3 bulan dalam temmpoh ternakan. Ayam kampong asli biasanya mempunyai permintaan yang amat tinggi diasaran dengan harga mahal berbanding degan ayam daging dan ayam pencen. Menterak ayam kampong boleh dipercepatan denga memberikan makanan tambahan terdiri dari makanan komersil sedia ada untuk mempercepatkan lagi tumbesarannya.


Ayam kampopng perlukan reban yang dibina sendiri sama ada menggunakan konsep ''Reban Lantas Atas'' atau pun ''Reban Lantai Bawah (Atas Tanah)". Pada penulis blog lebih suka membuat jenis lantai atas kerana kawasan kampong dahulu sering ada banjir kilat dimana ianya menganggu ayam dan reban apabila musim hujan lebat. Reban bersaiz 10 kaki x 5 kaki ini dibuat daripada kayu hutan sebagai tiang dan lantai buluh setinggi 1 meter dari paras tanah serta banyak tempat kayu untuk ayam bertenggek pada malam hari. Ayam akan suka tidur bertenggek diatas palang-palang kayu dimalam hari ditempat yang sama. Secara teorinya sekor ayam kampong memang memerukan 1 kaki ersegi bermakna kalau ada 20 ekor perlukan 20 kaki persegi. Ada juga dulu penulis blog buat reban atas tanah dikawasan tanah agak tinggi yang murah kos membuatnya dan mudah diselenggara (Sila lihat foto disebelah). komponen penting reban ayam adalah atap (sesuai gunakan zink), Dinding (Kawat Duri atau BRC), Kayu Plang (untuk ayam bertenggek), Tangga kayu berjerisi (untuk ayam naik dan turun) dan pastinya pintu (Ditutup pada malam hari). Biasanya ayam kampong akan mengeluarkan bunyi khusus dimalam hari atau disiang hari jika ada ancaman dari haiwan pemangsa atau orang datang yang tidak dikenali. Penulis blog faham dan terus kereban atau kebelakang rumah apabila ada bunyi khas dikeluarkan oleh ayam kampong ini yang diganggu. Biasanya sama ada ular atau biawak yang datang menghampiri ayam-ayam ini. Apa lagi ambil senapang dan... bam! tembak musuh tersebut.


Ayam kampong bagaimana pun selalu diancam oleh musuh semulajadi dan serangan penyakit. enyait yang paling ditajuti adalah seperti Sampar Ayam yang boleh membunuh ayam kampong jika tidak dijaga dengan baik. Oleh itu perlu sentiasa membersihkan reban ayam dan periksa agar anak ayam bebeas dari penyakit. Jika ada wabak maka jauhkan ayam kita daripada ayam orang lain atau jnagn dilepskan daripada rwban dan berikan makanan dalam reban sahaja. Sebaiknya elakkan daripada ada pelawat datang dan untuk ayam kampong perlu lakukan pencegahan daripada usaha-usaha untuk mengawalnya.  Sebaiknya semua ayam kampong erlu diberikan suntikan untuk elakkan penyakit. Jika ada ayam yang telah dijangkiti penyakit dn mati sebaiknya diasingkan dan cara musnahkan ayam mati dengan membakar atau menanamnya (Sila lihat foto disebelah). Jangan semebelih ayam yang sedang sakit kerana ditakti patogen penyebab penyakit ayam ini menjadi bahaya kepada manusia yang memakannya apa lagi jika tiak dimasak dengan cara yang betul. Bagi program pencegahan penyakit sebaiknya pada umur ayam 1 tahun disuntik dengan vaksin Samar yam F dan bila berumur 3-4 minggu dicuntik dengan ubat Cacar Puru Ayam dan Sampar F. Apabila ayam berumur 5-6 minggu boleh disuntik dengan Sampar S.  Tanda ayan berpenyakit apabila dilihat ia tiada selera makan, monyak serta tidak agressif, pucat, bersin dan keluar higus dari hidungnya serta muka yang membengkak. Apa yang pasti bila berak tahinya cair dan lemah atau senyap seperti gangguan saraf serta kepalanya berputar.


Di Malaysia kini terdapat banyak baka ayam kampong yang anda boleh kenli melalui pembacaan dan laatan keloasi penternakan ayam kampong. Ada Ayam elung, Ayam Arab, Ayam Kedu Putih, ym Kedu Hitam, Ayam Selasih Jantan (Cemani), Ayam Selasih Betina, Ayam Selasih Sutera Hitam, Ayam Selasih Sutera Putih, Ayam KAtek Jantan, Ayam Katek Unik, Ayam Cochin, Ayam Bangkok, Ayam Nunukan Jantan, Ayam Nunukan Betina dan sebagainya. Anda perlu melihat sahaja foto dibawah untuk melihatnya:-




Di Malaysia aktiviti menternak ayam kampong memang sekin popular dengan konsep ternakan bebas dan juga ternakan ayam organik. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda semua dri blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
AYAM KAMPOPNG ...MUDAH DIPELIHARA...
ANAK AYAM ... PILIH YANG SEMPURNA...
BUATKAN REBAN.... KESELAMATAN ADA...
PILIH BAKA... YANG ANDA MEMANG SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria 11, Bandr Bru UDA,
Tampoi, Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(2 RbiulAkhir 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...