
Pokok Asam Gelugor (Garcinia atroviridis Griff) atau Asam Keping dari keluarga Gittriferae merupakan sejenis pokok nadir yang dipercayai berasal dari Malaysia. Pokok ini telah disebarkan kenegara-negara jiran seperti di Thailand, Indonesia, Filipina dan juga India. Maklumat berkaitan keluasan tanaman asam gelugor tidak ada yang dicatitkan oleh Jabatan Pertanian kerana kebanyakannya di tanam atau tumbuh di kebun secara bercampur dengan tanaman buah-buahan lain. Negeri-negeri utara semenanjung didapati mempunyai jumlah pokok lebih banyak seperti di Perak, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Pahang dan Kedah. Kajian penulis mendapati tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan tanaman asam gelugor di Malaysia tetapi dianggarkan sekitar 20-30 hektar. Terdapat juga pokok asam gelugor di kawasan hutan dan buahnya dikutip secara berkala oleh penduduk kampung berhampiran. Artikel kali ini penulis berkongsi maklumat mengenai teknologi tanaman asam gelugor berdasarkan pengalaman penulis selama 25 tahun dalam bidang pertanian.

Pakej Teknologi Tanaman Asam Gelugor belum ada diterbitkan secara saintifik yang meliputi amalan agronomi dan pembiakbakaan. Kebanyakan pokok yang ada di keliling rumah adalah bercampur dengan buah-buahan lain diladang dan menerima baja serta amalann agronomi yang diberi adalah sama untuk pokok buah-buahan. Kebanyakan pokok sedia ada dianggap sebagai tanaman organik kerana boleh dikatakan jarang menggunakan bahan kimia. Pembajaan menggunakan baja NPK 12:12:17:2 dengan kadar 30-50 gram boleh dijalankan sebanyak 3 kali setahun. Perosak dan Penyakit tanaman ini belum di buat kajian secara saintifik. Kesan kemarau dan hujan yang berlebihan kadang-kadang menyebabkan kejadian buah gugur.


Penanaman asam gelugor untuk menghasilkan asam keping perlu dibanyakkan lagi dengan penanaman secara komersil. Penanaman boleh menggunakan bijibenih dari buah yang cukup matang dan disemai dalam nurseri. Benih yang mempunyai ketinggian lebih sekaki ditanam dengan jarak 6m x 6m. Spesis yang ada di Malaysia adalah spesis tempatan yang akan menghasilkan buah selepas 6-7 tahun ditanam. Adalah wajar jika maklumat teknikal tanaman ini dikaji sama ada pada masa akan datang tanaman ini boleh dijadikan satu komoditi penting.
ASAM JAWA...ASAM GELUGOR....
BILA KERING ...JADI ASAM KEPING.....
SENANG DITANAM... POKOK SUBUR.....
BADAN GEMOK...BOLEH KURUS KERING...
Related articles:
1. Asam Jawa (Klik disini)
2. Belimbing Buloh (Klik disini)
3. Cermai (Klik disini)
4. Cermai Belanda (Klik disini)
5. Roselle (Klik disini)
By
M Anem
MELAKA
MALAYSIA
Pernah bincang dengan Mak Cik Rahmah di Gemas, Negeri Sembilan pada tahun 2001 berkaitan pokok asam Gelugor di rumahnya. Beliau menjual asam keping segar dan sayur kampung di Pasar Tani Gemenceh, Negeri Sembilan.
Pernah bincang dengan Mak Cik Rahmah di Gemas, Negeri Sembilan pada tahun 2001 berkaitan pokok asam Gelugor di rumahnya. Beliau menjual asam keping segar dan sayur kampung di Pasar Tani Gemenceh, Negeri Sembilan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.