KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, May 3, 2010

Kailan


Kailan (Brassica alboglabra Linn) adalah sejenis sayuran daun dari keluarga Cruciferae yang diusahakan secara komersil oleh petani di Malaysia. Ia tergulong dalam beberapa banyak keluarga sawi dan ditanam untuk kegunaan masakan Thailand khususnya resepi " Kailan ikan masin". Keluasan tanaman kailan di Malaysia meningkat daripada 512 ha (1990) kepada 972 ha (1996) dan kini seluas 1,589 ha (2009) menunjukkan permintaan sayuran jenis ini terus meningkat. Sayur ini dipercayai berasal dari kawasan Meditrenean dan sesuai pada iklim tropika. Kawasan utama tanaman kailan di Malaysia ialah di Johor (Daerah Muar & Johor Bahru), Melaka, Perak, Pahang (Cameroon Highland), Sabah (Ranau) dan Pulau Pinang.

Kailan ialah tanaman herba semusim yang ditanam atas batas serta mempunyai daun berwarna hijau gelap dan mempunyai sistem akar tunjang mudah. Di Daerah Muar, Johor kawasan utama tanaman sayur kailan terletak di Sengkang, Bukit Gambir yang di usahakan oleh Encik Tan So Tiok dan En Khoo Yeo Jin yang juga merupakan kawasan utama penanaman sayuran jenis daundatas tanah gambut cetek . Tanaman sayuran daun lain di kawasan tersebut ialah Sawi Bunga, Sawi Hijau, Sawi Pahit, sawi Kerinting, Sawi Jepun, Daun Bawang, Bayam, Daun Sup dan sebagainya seluas 35 hektar. Beberapa jenis kailan yang popular ditanam dan ada pasaran seperti Jenis Full White (Benih Impot dari Taiwan).

Biji benih Kailan yang bermutu dari jenis Hybrid di perolehi dari kedai pertanian dengan keperluan sebanyak 1.5 - 1. 8 kg /ha. Di Kawasan Sengkang benih ini disemai daam kotak plastik sebanyak 120 ruang yang telah diisikan dengan "Seedling substrate 701" yang diimpot dari German . Sebanyak 1-2 biji benih dimasukan setiap lubang dengan menggunakan mesin khas. Benih dalam tray akan disusun dalam rumah kalis serangga dan penyiraman dengan sistem "Mist Spraying" secara berjadual. Lepas 7-12 hari benih akan di ubah ke ladang batas tanaman dengan jarak tanaman 12 - 15 cm. Penanaman secara tabur benih terus di atas batas juga boleh di buat tetapi kini kurang diamalkan akibat kos benih dan kadar pertumbuhan yang rendah berbanding dengan menggunakan mesin khas.

Penyiraman dijalankan setiap hari pada waktu pagi dan petang. Pastikan anak pokok tidak tercabut semasa penyiraman yang menggunakan sistem mini sprinkler. Pembajaan mrnggunakan baja tahi ayam (3-4 mt/ha) dan baja NPK 15:15:15 sebanyak 10 gm/pk dinaikan kepada 20 gm/pk dan 32 gm/pokok mengikut umur pokok. Kawalan rumpai dilakukan dengan penggunaan racun Pra-Cambah semasa penyediaan tanah. Racun rumpai tidak disyorkan dalam tanaman kailan. Ini kerana kailan mempunyai PHI yang cepat. Air yang disiram perlu dikawal untuk elak kelembapan berlebihan.


Kailan mempunyai pelbagai perosak seperti Serangga Ulat Renda (Hellula undalis) yang larvanya memakan pucuk serta epidermis bawah daun dikawal dengan Bt peringkat awal penanaman dan peringkat serious sembur dengan Cypermetrin/ deltamethrin/ fenvelerate atau acephate. Ulat Ratus (Spodoptera litura) juga peringkat larva menyerang pucuk kailan dan serangga dewasa mengorek batang dikawal dengan Bt dan racun cypermethrin. Terdapat serangan Spodoptera exigua yang menyerang secara berkelompok yang boleh dikawal dengan perangkap lampu atau pheromon. Kumbang Kutu (Phylloreta sinuata) memakan bahagian daun kailan disemua peringkat perumbuhan akibatkan daunberlubang2 sehingga makan bahagian akar jika teruk dan dikawal dengan semburan racun acephate dan cypermethrin.


Ulat Plutella (Plutella xylotella ) merupakan musuh tradisi kailan dimana serangan dengan makan daun kailan disemua peringkat dan dikawal dengan Bt atau racun acephate jika serious. Ulat Pangkas (Agrotis ypsilon) memotong batang kailandan daun diparas tanah pada waktu malam dan dikawal dengan umpan trichlorofon atau racun fenvelerate. Kutu Daun Aphis (Aphis spp) menghisap daun dan disembur dengan cypermethrin atau dimethoate. Ulat pelombong daun (Phytomyza spp) menyerang permukaan daun dan dikawal dengan semburan racun dimethoate atau diaznon.

Antara penyakit yang menyerang kailan ialah Reput Lembut (Ervinia carotovora) yang menyebabkan reput dan kawalan dengan elakkan dari menanam dikawasan lembab. Penyakit Reput Daun (Corticum solani) menyebabkan daun jadi busuk dan semburan fenvelerate atau cypermethrin boleh dijalankan. Penyakit Club Rot (Plasmidophora brassicae) menyerang anak pokok kailan dan dikawal dengan racun quintozene. Penyakit Damping Off (Phytuim sp) menyerang anak pokok menyebabkan layu dan busuk dipangkal batang dan boleh dikawal dengan membuat rawatan biji benih dengan racun Kulat seperti Capstan.


Siput juga menrupakan musuh utama Kailan. Terdapat 4 jenis siput yang menyerang iatu Siput Panjang Kecil (Lamellaxis gracillis ), Siput Panjang Besar (Sabulina octona), Siput Kacang (Succinee taylori) dan Siput Leper Kecil (Pseudoplecta bijuga). Syor kawalan bagi siput ialah dengan menggunakan methaldehyde atau mercaptodimethur secara menyeluruh. Saliran yang baik juga diperlukan dan kawal sistem pengairan supaya tidak berlebihan. Serangan siput biasa berlaku pada waktu malam terutama dikawasan yang mempunyai struktur pelindung hujan. Kajian penulis mendapati petani menggunakan racun jenama Siputox untuk kawalan siput.


Kailan dituai dalam masa 25-35 hari lepas diubah keladang. Penuaian dijalan dengan memotong pangkal batang menggunakan pisau tajam. Kumpul dan basuh dengan air mengalir sebelum di masukkan kedalam bakul. Harga ladang di Sengkang, Muar , johor lingkungan RM 1.50 - RM 2.00 sekilogram bergantung kepada cuaca dan pasaran. Kajian mendapati potensi hasil kailan sebanyak 8-10 mt/ha (bergantung kepada kepadatan


MAKAN TOMYAM...TAMBAH SAYUR KAILAN .....
NAK TANAM KAILAN....LOKASI DIPASTIKAN.....
TEKNOLOGI KAILAN....BELAJAR DI LAPANGAN....
KADANG2 RUGI.....SELALU MENGUNTUNGKAN....
KETAHUILAH... CARA2 TANAM KAILAN....
DAH BACA ARTIKEL..... HANYA SEKIAN.....

Related articles:
1. Sawi Hijau (Klik disini)
2. Sawi Putih - Pak Choy (Klik disini)
3. Sawi Pahit (Klik disini)
4. Taugeh (Klik disini)
5. Endive (Klik disini)


By
M Anem
DOA
Muar, Johor,
Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...