Support My Blog

Tuesday, May 11, 2010

BURUNG PUYOH - POTENSI


Burung Puyoh (Cortunix japonica ) atau Quail (English) merupakan sejenis burung yang boleh diternak. Burung ini merupakan satu jenis burung yang menghasilkan daging puyoh dan telur puyoh. Burung ini merupakan satu industri yang berpotensi untuk diceburi oleh mereka yang berminat dalam projek ternakan. Ramai dikalangan kita sering melihat jualan daging puyoh goreng di paar malam dan pasartani atau diPasaraya. Burung puyoh daging memang diternak untuk mendapatkan daging puyoh dan burung puyoh telor untuk menghasilkan telur puyoh dengan menggunakn baka yang berbeza.  Penulis pernah memberikan khidmat dalam pengembangan projek burung puyoh ketika bertugas di Melaka (MIADP) dan dengan JPV ketika di Muar, Johor. Salah satu petani di Kundang Ulu, Muar (En Aman) yang ditemubual ada menyatakan projek ternakan puyoh beliau kebanyakkanya dijalankan secara kecil-kecilan. Beliau yang menternak semanjak 5 tahun lalu membeli anak puyuh daripada pembekal swasta di Bukit Pasir sebanyak 3,000 ekor setiap konsainen. Menggunakan reban puyoh yang dibina sendiri, Encik Aman memberikan makanan puyoh dari pelet yang khusus untuk ternakan puyuh pedaging dari beberapa syarikat pengeluar tempatan. Puyoh yang dewasa akan dipproses dengan kapasiti 150 - 200 ekor sehari dan dipasarkan di bandar berhampiran. Menurut Aman aktiviti menternak puyuh memerlukan ilmu pegetahuan dan kemahiran selain daripada kerajinan untuk menentukan kejayaan berterusan. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai penternakan burung puyuh sebagai satu bahan rujukkan.

Pengeluaran daging puyoh di Malaysia sebanyak 2,560 metrik tan pada tahun 2008 dan pengeluaaran telur puyoh pula direkodkan sebanyak 1,760 mt pada tahun yang sama. Kajian JPV juga mendapati kadar penggunaan daging puyoh sebanyak 0.104 kg seorang setahun dan penggunaan telur puyoh sebanyak 0.063 kg pada tahun 2008. Rekod juga menunjukkan terdapat seramai 63 orang penternak burung puyoh daging dan 17 orang penternak puyoh telur. Kebanyakan penternak berada di sekitar Melaka dan Johor. Negeri2 lain kurang bilangan penternak puyoh. Kajian juga mendapati terdapat 12 usahawan atau syarikat yang mengeluarkan dan menjual anak puyoh daging dan seorang pengeluar telur baka.

Ada kepercayaan orang ramai menyatakan telur dan daging burung puyoh mengendungi kolesterol yang tinggi tetapi kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Verterinar menyatakan sebaliknya. Daging puyoh mendapat permintaan yang tinggi dar semasa kesemasa dan mengandungi kandungan lemak yang rendah. Telur puyoh juga mempunyai rasa khusus yang sedap dan enak. Pau Maharani yang dibuat dan dijual di Muar mengandungi sebiji telur burung puyoh dan merupakan satu produk sebagai Produk SDSI Daerah Muar.



Kajian pasaran mendapati daging puyoh siap proses sejuk di jual dengan harga RM 25.00 (Dalam bungkusan 10-12 ekor). Telur puyoh pula dijal dengan harga RM 5.00 untuk 10-12 biji telur di pasar besar Muar dan Pasar Malam Tangkak. Telur ini sangat popular untuk inti dalam "Kueh Pau Maharani" dan Pau disekitar Muar yang sangat lazat. Setiap biji kueh pau ini sam ada perasa Ayam atau Daging mesti ada sebiji telur puyoh. Di restoran Makanan Siam pula sajian daging puyoh goreng berempah atau goreng halia dijual dengan harga RM 5.00 - RM 6.00 di sekitar Muar dan Melaka. Ternakan burung puyoh perlukan reban puyoh, bekalan air bersih, bekalan letrik dan kos makanan puyoh. Baka puyoh diperolehi dari penjual baka puyoh dengan harga RM 1.20 seekor. Burung diternak dalam masa 40-45 hari sebelum sesuai untuk di proses dan dijual. Burung ini di sembelih dan dibuang bulu seterusnya di buang bahagian usus dan perut. Burung dibasuh sehingga bersih dan di gredkan mengikut saiz sebelum dibungkus dan dimasukkan dalam Freezer. Pastikan segala proses mengikut GMP yang bersih dan selamat dimakan.




TERNAK BURUNG ... BURUNG PUYOH...
PAU MAHARANI... ADA TELUR PUYOH...
DAGING PUYOH... GORENG BEREMPAH...
TELUR PUYOH ... MAKAN SUDAH.....


By,
M Anem
Senior Agronomist,
Kg Parit Bengkok, Gersik,
Muar,Johor,
Malaysia.
(Kemaskini pada 6 Feb 2015)
Muar, Johor

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...