
Limau Kasturi (Citrus microcarpa) adalah sejenis tanaman dari keluarga Rutaceae iaitu Keluarga Limau. Limau Kasturi juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Calamansi, Acid Orange, Panama Orange dan Calamodin Orange. Tanaman ini banyak didapati di Asia Tenggara seperti Malaysia, Filipina, Indonesia dan lain-lain lagi. Keluasan tanaman Limau Kasturi di Malaysia direkodkan seluas 1,109 ha (2006) telah menurun kepada cuma 640 hektar (2009) dan anggaran pada 2010 cuma 700 hektar sahaja. Pengeluarannya juga menurun daripada 6,486 mt (2006) kepada cuma 5,380 mt pada tahun 2009. Penurunan keluasan tanaman limau kasturi ini mungkin disebabkan oleh bencana alam (Banjir 2006/ 2007 yang musnahkan banyak tanaman di Muar, Batu Pahat, Kota Tinggi, Pontian dsb), Masaalah Serangan Penyakit CGD, Masaalah harga Pasaran dan sebagainya.

Penulis pernah menjalankan projek tanaman limau kasturi di Kemengkang Jasin semasa bertugas di MIADP seluas 32 hektar. Projek Tanah Terbiar tersebut merupakan bekas tanah sawah yang dipulihkan dengan tanaman limau kasturi. Projek tersebut berjaya mengeluarkan antara 5-7 mt seminggu. Masaalah utama dihadapi ketika itu ialah untuk kos kerja-kerja memetik hasil dan harga pasaran yang tidak menentu. Kawasan yang sesuai mestilah yang tanah subur dan mempunyai saliran dan perparitan yang baik kerana limau kasturi tidak boleh terendam air. Kawasan baru perlu di bajak dan jika bekas sawah perlu dibuat batas tanaman. Benih Limau kasturi mudah di perolehi memalui kaedah Tut (Marcotting) pada induk yang dikenalpasti. Klon Tempatan digunakan dan harga benih antara RM2.50 - RM 4.00. Jarak tanam disyorkan adalah 1m x 2m atau mengikut kesesuaian batas (Tanah Rendah). Limau kasturi juga sangat sesuai di tanam didalam pasu atau kawasan keliling rumah sebagai pokok hiasan yang berhasil. Pasu yang agak besar sesuai untuk tanaman limau kasturi.

Antara masaalah tanaman limau kasturi ialah serangn Penyakit Citrus Greening Disease (CGD). Penyakit ini sangat merbahaya disebabkan oleh bakteria Canditatus Liberribacter dengan vektor pembawa dikenali sebagai Diaphorina citri. Kawalan penyakit ini dengan gunakan benih yang bebas CGD, Amalan Kultura dan Potong dahan-dahan yang ada tanda2 serangan. Semua penyakit limau manis juga menyerang limau kasturi seperti Ulat Pelombong daun, Koya, belalang, Cengkerik, Ulat makan daun dan sebagainya. Kawalan dengan bahan kimia dan kaedah IPM.

NEGERI MELAKA ... ADA 5 HANG.....
HANG KASTURI ... ANTARA YANG GARANG....
MENANAM LIMAU....LIMAU KASTURI....
DALAM PASU BOLEH... DI KEBUN LAGI PASTI....
RASA MASAM.... TIDAK TERPERI.....
KALAU BOLEH .... CARI YANG FREE.....
By
M Anem
Air Keroh, Melaka
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.