Friday, May 14, 2010

Sengkuang Cina


Sengkuang (Pachyrhizus erosus) atau juga dipanggil Yambean (English) Sengkuang Cina atau Beng kwong atau Ubi Sengkwang atau jicama merupakan sejenis tanaman umbisi dari keluarga Papillionaceae. Di Malaysia tanaman sengkuang banyak di usahakan oleh petani cina terutamanya di Negeri Perak (31 ha), Sabah (19 ha) dan paling luas di Johor (59 hektar) terutama oleh petani Melayu di Tangkak, Johor dam Daerah Johor Bahru. Jabatan Pertanian merekodkan seluas 210 hektar sengkuang di tanam di Malaysia setiap tahun (Dari tahun 2006 - 2009) dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 4,520 mt setahun. Tanaman sengkuang merupakan tanaman umbisi yang sesuai di majukan di tanah mineral atau tanah bekas lombong seperti di Bidor dan Tapah di Perak. Sengkuang Cina banyak ditanam dikawasan tanah berpasir untuk pasaran domestik dan juga ekspot terutama ke Singapura. Penulis sering melawat projek tanaman sengkuang cina dalam menjalankan khidmat nasehat pengembangan pertanian selama lebih 25 tahun. Artikel hari ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai amalan agronomi tanaman sengkuang berdasarkan buku teknikal dan lawatan penulis kebeberapa petani yang menanam sengkuang di sekitar Tangkak dan Negeri Perak untuk bahan bacaan dan rujukkan anda.

Pokok sengkuang adalah pokok jenis kekacang yang renek dan menjalar diatas tanah. Daunnya agak berbulu berwarna hijau sederhana tua dan berbentuk oval. Batangnya dari jenis menjalar dan berwarna hijau. Akar sengkuang ada akar utama yang akan menjadi umbisi dan dihujung akar rambut. Bunga sengkuang berwarna putih. Buah atau umbisi sengkuang dihasilkan dalam tanah dan berwarna coklat dangan isi putih dan rasa 'juicy' dan 'crunchy'. Ada pelbagai bentuk buah sengkuang yang dihasilkan sama ada bulat, bujur, lonjong, leper dan lurus. Buah sengkuang ini tahan lebih lama setelah dituai berbanding dengan tanaman umbisi yang lain. 

Benih tanaman mengguakan biji atau buah sengkuang terpilih yang mempunyai tunas. Penanaman menggunakan biji menjadi amalan petani di Malaysia. Benih dibeli dari kedai2 pertanian. Penyediaan tanah dimulakan dengan pembersihaan kawasan dan pembajakan tanah. Kebanyakan petani di kawasan tanah mineral disediakan batas tanaman. Jarak tanaman disyorkann ialah 0.25 meter x 0.9 meter menjadikan kepadatan sebanyak 256,000 pokok sehektar. Kajian mendapati potensi hasil sengkuang ialah 45 metrik tan sehektar. Pastikan sistem saliran dan pengairan disediakan dengaan sempurna. Siatem 'sprinkler gun' atau sistem renjisan sprinkler digunakan. Pokok sengkuang akan rosak jika terendam air. Penulis beberapa kali memberikan khidmat nasehat teknikal kepada penanam sengkuang di Tangkak, Muar ,Johor seperti En Murad, En Nordin dan En Hakeem Pokok sengkuang perlukan penjagaan yang agak rapi untuk mempastikan hasil sengkuang mencapai target pengeluaran. Kawasan tanah rata di pilih di Kg MelayuRaya Tangkak dengan cahaya matahari 100%. Pembajaan dan kawalan musuh tanaman menggunakan pakej teknologi Jabatan Pertanian yang disesuailkan semula.

Buah Sengkuang Cina mempunyai masaalah tersendiri iaitu masaalah kejadian "Umbisi Jantan" dan Bentuk "Umbisi Biasa". Jika bunga dibiarkan tidak dikawal maka kemungkinan kejadian umbiisi tidak membengkak seperti bentuk biasa akan terjadi (Bentuk Akar sahaja). Jika berlaku maka petani tidak dapat hasil sehingga 45 mt/ha. Tanaman yang cukup umur untuk dituai akan digali menggunakan cangkul atau lain2 alatan di bahagian tepi pokok agar sengkuang tidak cedera. Kutip sengkuang dan bersihkan serta buat grading diladang.  Di Malaysia sengkuang digunakan sebagai bahan untuk dimakan segar seperti di buat rojak, di masak dengan sayur (Masakan Lodeh Jawa sebagai salah satu ramuan), campuran rojak mee muar, pencuci mulut, bahan dalam kuih talam dan juga diproses. Sengkuang berfungsi untuk menyejukan suhu dalam badan dan mengandungi serat yang baik untuk sistem pencernaan. Penanaman sengkuang cina boleh di perluaskan dengan menentukan sasaran saluran pemasaran dan pengembangan ilmu pengetahuan oleh petani.

NAMA DI BERI... SENGKUANG CINA....
DITANAM SENANG... HASIL BERMAKNA....
SENANG DIJAGA.... JANTAN ATAU BETINA....
MARI BELAJAR..... JANGAN RASA HINA....

By
M Anem
Senior Agronomist,
Kampong Melayu Raya,
Tangkak, Ledang,
Johor, Malaysia.
(Kemaskini pada 29 September 2013)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KLIK SAYA