KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, May 9, 2010

Lengkuas

Lengkuas (Alpinia galanga) merupakan sejenis tumbuhan herba dari keluarga Zingiberaceae sama seperti halia dan kunyit. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Tumbuhan ini ditanam secara komersil dibeberapa negara seperti Indonesia, Malaysia dan juga Thailand. Keluasan tanaman lengkuas tidak direkodkan di Malaysia tetapi beberapa negeri ada menanam seperti di Johor, Selangor dan Perak dalam anggaran penulis lingkungan 65 - 70 hektar pada tahun 2009. Jenis yang di tanam merupakan jenis tempatan yang kebanyakkannya digunakan dalam masakan tradisional Melayu seperti Rendang Daging, Masakan Thailand dan sebagainya.

Lengkuas perlukan kawasan yang lembab, gembur dan mempunyai saliran yang baik. Lengkuas tumbuh dari bawah sehingga kepucuk dalam bentuk rumpun. Tanaman ini mempunyai rizom pada bahagian akar yang digunakan sebagai bahan utama penghasilan lengkuas. Rizom lengkuas berwarna emas kekuningan dengan rizom muda ada warna kemerahan. Bahagian batang tumbuh menegak berwarna hijau dan membentuk daun dan ketinggian sehingga 1-3 meter. Bunga lengkuas (Foto sebelah) berwarna keputihan secara berangkai dengan bahagian bawah lebih banyak dari bahagian atas dengan 3-6 bunga satu kuntum. Lengkuas tumbuh mengikut rumpun dalam satu perdu pokok.

Kaedah penanaman lengkuas di Malaysia biasanya menggunakan bahan tanaman dari rizom. Rizom yang masih segar diambil dari pokok induk dengan memotong antara 10-15 cm dengan mempastikan mempunyai ruas dan mata tunas. Sebaiknya buat rawatan dengan racun kulat sebelum menanam. Lubang penanaman sedalam 15-20 cm digali dan masukkan rizom kedalamnya dan timbus dengan tanah atas. Jarak penanaman disyorkan adalah 0.5 meter x 1 meter diatas tanah rata. Pembajaan asas dengan baja organik dan baja 15:15:15 sebanyak 20-30 gram serumpun. Buat cantasan atau buang pelepah daun yang telah tua atau mati untuk pastikan pokok tumbuh dengan baik.


Lengkuas didapati tidak mempunyai perosak dan penyakit yang serious. Antara perosak dikenalpasti seperti ulat pengorek batang dan kumbang makan daun (peringkat awal penanaman). Lengkuas selain digunakan sebagai bahan perasa tambahan makanan juga digunakan dalam sektor perubatan seperti ubat untuk Tuberculosis, Rawatan Penyakit Eczema dan Kurap serta lain2 penyakit kulit. Di Indonesia lengkuas di proses untuk dijadikan bahan ramuan jamu dan di keringkan untuk di buat serbuk. Amalan meminum air atau jus lengkuas dapat membantu dalam proses pengedaran darah. Kajian juga mendapati lengkuas mampu menurunkan suhu badan, memudahkan buang angin (kentut) dan juga elakan sakit kulit.


Pasaran lengkuas adalah meningkat pada musim perayaan Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Pada hari biasa lengkuas sesuai di proses untuk dijadikan bahan lain. Kajian di Muar dan Batu Pahat mendapati harga diladang lengkuas antara RM 0.80 - RM 1.60 sekilogram. Hasil lengkuas di tuai dengan menggali pokok yang matang dengan cangkul dan buang bahagian atas. Lengkuas di pecah2kan daripada rumpun kita-kira 2-4 rizom satu bahagian. Lengkuas tahan sehingga 30 hari jika di simpan dengan baik.


TANAM LENGKUAS....HATI TAK PUAS....
MANA NAK PUAS..... HARGA SELALU TEWAS....
TAK ADA LENGKUAS.... RENDANG TAK JELAS....
KEGUNAAN LAIN....BUANG NANTI TAK LAWAS....

By
M Anem
Pernah bertugas dLawas, Sarawak
Dari tahun 1995-1997

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...