Sunday, June 19, 2011

Ternakan Ayam di Malaysia

<><>
Ternakan ayam daging komersil.
Ternakan Ayam merupakan satu jenis industri ternakan yang berskala besar di Malaysia dan banyak negara di dunia. Ayam merupakan jenis daging yang di makan oleh semua bangsa di dunia dan semua kaum di Malaysia dalam pelbagai bentuk dan paling terkenal adalah Ayam Goreng Kentucky Fried Chicken yang di pasarkan keseluruh dunia sebagai satu produk Fast Food. Siapa yang tidak menyukai ayam goreng KFC?... dari golongan kanak-kanak, remaja, dewasa malahan orang-orang tua pun suka akan ayam goreng KFC.  Dari manakah bekalan ayam yang di goreng di KFC ini di perolehi?... Sebenarnya negara kita adalah sangat kedepan dalam teknologi penternakan ayam daging sehingga mampu membekal keperluan domestik dan juga sebahgian untuk di ekspot ke negara jiran. Artikel ini mengupas status industri ternakan ayam di Malaysia berdasarkan kepada laporan Agro Makanan Kementerian Pertanian Malaysia dan kajian oleh penulis sendiri yang bertugas dalam bidang pertanian lebih 30 tahun.

Ternakan ayam meliputi pelbagai kategori iaitu AYAM PEDAGING,  AYAM PENELUR, AYAM KAMPONG, AYAM PEMBIAK BAKA, ITEK dan juga termasuk ternakan BURONG PUYOH. Industri Ayam merupakan industri yang besar dijalankan di Malaysia dengan sebanyak 225,789,620 ekor di ternak pada tahun 2010.  Sebagai perbandingan jumlah ternakan ayam ini cima sebanyak 174.7 juta pada tahun 2005 telah meningkat kepada 179.2 juta ekor (2006), 188.83 juta ekor (2007), 192.69 juta ekor (2008) dan sebanyak 208.33 juta ekor pada tahun 2009. Ternakan itek pula mencatitkan populasi sebanyak 7,927,860 ekor pada tahun 2010.  Kajian saya mendapati tahap jumlah pengeluaran daging ayam tempatan adalah sebanyak 1,295 ,000 metrik tan yang bernilai sebanyak RM 5.776 billion. Penggunaan daging ayam tempatan adalah sebanyak 1,103,000 metrik tan setahun.


Pengeluaran tempatan bagi telur ayam dan telur itek pula adalah sebanyak 9,820 juta biji pada tahun 2010 dengan nilai pengeluaran sebanyak RM 2,400.06 juga atau ringkasnya RM 2 billion. Rakyat Malaysia menggunakan sebanyak 8,515 juta biji telur ayam setahun untuk pelbagai kegunaan termasuk industri.  Pengeluaran telur tempatan telah meningkat daripada hanya 7,384 juta biji pada tahun 2005 kepada 7,751 juta biji (2006), 8,201 juta (2007), 8,715 juta biji (2008) dan sebanyak 9,720 juta biji pada tahun 2009. Peningkatan ini dengan penambahan reban ayam telur dan peningkatan produktiviti telur ayam. Harga telur ayam Gred A dijual pada harga purata RM 10.00 setiap satu rak telur (30 biji satu rak). Penggunaan telur ayam satu rak 30 biji cuma untuk 7-10 hari sahaja dan saya perlukan 3 - 4 rak sebulan untuk membeli telur atau purata 100 biji sebulan untuk satu keluarga 5 orang.


Negeri Johor merupakan peneraju utama ternakan ayam di Malaysia dengan bilangan ayam sebanyak 60.097 juta ekor diternak pada tahun 2010 diikuti dengan Sarawak (312.604 juta ekor), Perak (31.988 juta ekor), Melaka (18.899 juta ekor), Kelantan (17.140 juta ekor), Pulau Pinang (14.218 juta ekor), Negeri Sembilan (13.116 juta ekor) dan Selangor (12.634 juta ekor). Negeri lain memelihara kurang dari 10 juta ekor pada tahun 2010 iaitu Pahang (9.042 juta ekor), Sabah (5.586 juta ekor), Terengganu (4.621 juta ekor), Kedah (2.968 juta ekor) dan Perlis (2.881 juta ekor).  Tidak ada laporan mengenai ternakan ayam di Wilayah Persekutuan. Ayam yang diternak di Johor adalah untuk kegunaan domestik dan sebahagian ekspot ke Singapura. Ladang-ladang Ayam di Johor juga menyumbangkan keujudan banyak lalat dikawasan kampong saya di Gersik yang semenjak adanya ladang ayam telah menjadi ancaman ketika hendak makan. Keadaan bertambah teruk jika mengadakan majlis kenduri kendarat...maka lalat dulu lha yang menjamah makanan!....

Ternakan itek di Tangkak, Johor
Ternakan itek pula Perak merupakan pengeluar utama itek di Malaysia dengan populasi sebanyak 5,137,639 ekor pada tahun 2010 diikuti dengan Johor (1.315 juta ekor), Pulau Pinang (450,580 ekor), Kedah (299,836 ekor), Sarawak (264,589 ekor) dan Melaka (182,873 ekor).  Negeri-negeri lain mempunyai populasi itek kurang dari 60,000 ekor pada tahun 2010 di mana Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dilaporkan tiada itek. Populasi ternakan itek di Malaysia telah menurun daripada sebanyak 8,052,997 ekor pada tahun 2005 kepada hanya 7,927,857 ekor pada tahun 2010.

Ayam pedaging di ternak secara komersil oleh Syarikat-syarikat terkemuka seperti Sin Mah, CP, Leong Hup dan beberapa lagi dan juga penternakan ayam secara 'Contract Farming'. Harga pasaran untuk pasaran kontrak ditetapkan mengikut perjanjian yang di tandatangani. Semasa lawatan saya ke Syarikat Al-Jabree di Bt 14 Air Hitam Johor yang mengikat kontrak dengan KFC Holding Berhad mengeluarkan ayam pedaging mengikut jadual pengeluaran matrik. Sistem ternakan syarikat ini merupakan teknik ayam pedaging secara tertutup atau orang kampong 'Ayam Aircond' dimana reban di buat untuk 2 lapisan ternakan iaitu aras 1 dan aras bawah yang ada sistem pengudaraan tersendiri untuk menyejukkan udara dalam kandang. Cara ini mengurangkan risiko bau dan pencemaran lalat (memang tiada lalat di kawasan ternakan) tetapi kos pengeluaran untuk bil letrik dan air agak tinggi berbanding dengan kaedah konvensional.


Ayam Kampong ada dua kategori iaitu Ternakan ayam kampong Tradisional dan juga secara komersil. Ternakan ayam kampong tradisional dijalankan oleh ramai penduduk kampong yang memelihara ayam secara tradisi untuk kegunaan sendiri dagingnya dan telurnya. Ternakan ayam kampong komersil menggunakan ayam kacukan (berwarna hitam, coklat atau coklat kehitaman) yang dihasilkan melalui biakbaka dan diternak secara lepas dibawah kebun getah atau kelapa sawit. Makanan ternakan ayam kampong menggunakan campuran makanan ayam komersil dan jagung serta lain-lain. Lawtan saya ke Kg Baru Labis melawat 3 ladang ternakan ayam kampong mendapati perlu ada 'niche market' untuk pasaran ayam kampong dengan harga RM 10.00 - RM 15.00 sekilogram hidup untuk terus kekal dan berdaya maju. 

By,
M Anem
Kuala Lumpur
Malaysia
(Ahad 10.22 pagi)  

2 comments:

Antiupxdown said...

Artikel yang sangat menarik buat saya yg berkeinginan untuk menjadi usahawan penternak ayam..walaupun maseh sebagai seorang pelajar, ttapi kekuatan untuk ingin menternak ayam secara besar2 besaran tetap membara..walaupun kadang2 sy sering mendengar dari mulut2 org mengatakan penternakan ayam sangat merugikan kerana ayam mudah dijangkiti penyakit dan akan memberi kesan ke atas seluruhnya, ttpi saya tetap memandang penternakan ayam mmpunyai potensi besar untuk memajukan ekonomi negara,,..cuma ruang untuk saya belajar ttg selok belok penternakan ayam masih di tahap yg kosong, mmandangkan saya mengambil jurusan perakaunan, tiada langsung berkaitan dengan agro dan tiada pengalaman langsung~

Siti Aishah said...

mohon share untuk buat kerja sekolah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...