Sunday, June 19, 2011

Ternakan Babi di Malaysia


Ternakan babi di Malaysia adalah merupakan satu cabang sektor ternakan di negara ini yang dijalankan secara komersial dengan tertakluk kepada kawalan. Walau pun ternakan babi atau khinzir ini sangat sensitif dengan orang Islam di Malaysia dan sering juga menjadi isu dalam masyarakat Malaysia tetapi ternakan ini masih terus di laksanakan oleh penternak dengan populasi sebanyak 1.711 juta pada tahun 2010. Maklumat daripada Jabatan Perkhidmatan Verterinar juga menunjukkan sebanyak 1.844 juta ekor babi telah di sembelih di rumah sembelihan diseluruh negara (Dari mana lebihan yang disembelih itu?). Rekod juga menunjukkan pengeluaran daging babi tempatan adalah sebanyak 254,000 metrik dengan nilai pengeluaran sebanyak RM 1.682 juta pada tahun 2010. Rekod JPV juga menunjukkan penggunaan daging babi di Malaysia adalah sebanyak 230,110 metrik tan setahun.  Artikel ini akan membincangan sektor ternakan babi di Malaysia dan beberapa isu yang berkaitan dengan ternakan tersebut di Malaysia.


Kajian menunjukkan populasi ternakan babi di Malaysia telah berkurangan daripada sebanyak 2.036 juta pada tahun 2005 kepada 2.02 juta pada tahun 2007 dan menurun kepada 1.711 juta pada tahun 2010.  Dimanakah sebenarnya kawasan penternakan babi yang utama di Malaysia. Laporan JPV menunjukkan pada tahun 2010 populasi ternakan, penternak dan ladang babi terbanyak di Negeri Perak dengan 506,305 ekor diikuti dengan Negeri Pulau Pinang (320,867 ekor) dan ketiga jatuh kepada Negeri Johor (288,468 ekor). Seterusnya adalah Negeri Selangor dengan 236,062 ekor diikuti dengan Sarawak (207,906 ekor). Lain-lain negeri memelihara kurang dari 100,000 ekor didahului dengan Sabah (90,499 ekor), Melaka (51,216 ekor), Pahang (4,016 ekor), Perlis (1,593 ekor), Negeri Sembilan (549 ekor) dan Kelantan (412 ekor).  Dua negeri yang tidak ada ternakan babi pada 2010 adalah Terengganu dan Wilayah Perekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).


Ternakan babi sering menimbulkan banyak masaalah kepada alam sekitar dimana najis dan sistem buangan air kumbahan menjadi ancaman kepada kualiti air. Semasa saya bertugas di Melaka selama 14 tahun k(1982-1996) awasan Kg Paya Mengkuang di Masjid Tanah dari dulu memelihara banyak juta ekor babi dan menyebabkan air di Kuala Sungai Tuang menjadi tercemar dan berbau busuk. Aktiviti ternakan tersebut masih berterusan sehingga kini dengan sebanyak 51,216 ekor direkodkan pada tahun 2010. Walau pun banyak komplen diajukan kepada penternak-penternak tersebut tetapi belum banyak perubahan. Pada masa sekarang pun pada awal pagi jika kita ke Pantai Teluk Gong di Masjid tanah akan dapat bau busuk dari aktiviti ternakan tersebut.


Sistem ternakan babi tertutup di Eropah.
Populasi ternakan paliing ketara sangat berkurangan akibat kes serangan Virus Nipah (Virus JE) yang meragut banyak nyawa di kawasan ternakan Bukit Pelandok Negeri Sembilan beberapa tahun dulu. Akibatnya kerajaan mungkin telah menguatkuasakan kaedah penternakan babi sehingga air kumbahan darli kandang babi mesti memenuhi piawaian atau standard bersih sebelum di lepaskan kedalam sungai atau parit. Kes Virus Nipah atau Virus JE ini telah membuka mata di seluruh dunia bahawa ternakan babi memang merbahaya dan mengancam nyawa manusia jika tidak di urus dengan baik. Populasi babi mesti dikawal oleh kerajaan seperti di beberapa negara  maju dimana ternakan ini memang tidak dibenarkan lagi dipelihara sesuka hati. Sistem ternakan tertutup dan miden seperti di negara maju walau pun memerlukan kos yang tinggi perlu di ujudkan di Malaysia. Ini menjamin tidak ada pencemaran bau, air kumbahan dan isu-isu tempatan yang akan timbul (Lihat foto).

Di kawasan Kampong Teratai di Daerah Muar (Sekarang Daerah Ledang) terdapat lebih dari 200,000 ekor ternakan babi dan jumlah ini sebenarnya hampir 4 kali ganda atau lebih daripada bilangan pengundi YB Tahir (ADUN Bukit Serampang)...ini jadi satu guruan dengan YB. Dengan kedudukan kampong tersebut yang terletak di pertengahan Sungai Muar, mungkinkah jika berlaku kecuaian dalam sistem ternakan makan air kumbahn akan masu kedalam sungai Muar. Pihak Syarikat Air Johor pula mempunyai rumah pam di bahagian bawah sungai. Diharap pihak SAJ sentiasa membuat pemantauan kualiti air dan bacaan 'BOD' semasa memproses air bersih untuk dihantar kekampong saya kan... 

Industri ternakan babi perlu dikaji semula perlaksanaannya di Malaysia dengan penguatkuasaan akta ternakan agar tidak banyak masaalah timbul di masa akan datang. Hanya Terengganu sahaja negeri yang bebas daripada ternakan babi di Malaysia dan diucapkan tahniah kepada rakyat negeri Terengganu iaitu 'Negeri Bebas Babi (NBB)' daru dulu, kini dan selamanya agaknya. Kepada negeri yang banyak ternakan babi perlu di buat pemantauan rapi agak tidak menggangu kesejahteraan penduduk tempatan dari pelbagai isu yang berkaitan dengan ternakan tersebut. 

ARTIKEL INI...TIADA PANTUN...
DAH BACA....JANGAN 'GETUN'...

By,
M Anem
Kuala Lumpur
Malaysia
(Ahad jam 8.10 pagi)

2 comments:

shahsha said...

berapa populasi ternakan bai di kedah. tak ada pun statistik

nordin omor said...

bagaimana dengan babi liar dihutan dan kebun yang merosakkan tanaman petani?apakah tindakan pihak berkuasa?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...