KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, June 26, 2011

Known You Seed Ltd



Known You Seed Ltd merupakan syarikat pengeluar benih daripada Taiwan yang popular di kalangan petani di Malaysia dengan kualiti benih yang baik. Semasa saya melawat kebun sayur dan tanaman jangkapendek (Sayuran, Tembikai dan Melon) rata-rata ramai petani nyatakan benih dari syarikat ini bagus walau pun harganya agak tinggi dan setanding jika dibandingkan dengan pengeluar benih lain. Syarikat Known-You Seeds Co. Ltd ini menghasilkan sebanyak 30 jenis benih tanaman dan kebanyakannya adalah benih tanaman makanan. Syarikat ini beribupejabat di 26, Chung Cheng 2nd Road, Kaoshiung, Taiwan telah ditubuhkan semenjak tahun 1968 dan telah pun menyambut ulang tahun ke 35 pada tahun 2003. Pada masa ini terdapat 30 jenis benih tanaman yang dikeluarkan dan menerima permintaan yang tinggi di kawasan Asia dan benua lain berhampiran. Artikel ini saya berkongsi maklumat mengenai syarikat ini yang merupakan salah satu daripada syarikat pengeluar benih terkenal di negara kita.


Syarikat ini sekarang di terajui oleh Presiden Syarikat iaitu Mr Lung-Mu Chen yang mempunyai moto untuk menghasilkan benih bermutu superior dimana mampu di beli oleh kebanyakan petani di negara sendiri dan ramai petani di negara-negara membangun yang lain. Katanya walaupun kos membeli benih pada asasnya adalah agak kecil jika dibandingkan dengan kos pengeluaran yang lain seperti kos penyediaan tanah, baja, racun kimia, tenaga kerja dan sebagainya tetapi pemilihan biji benih yang berkualiti merupakan asas kepada hasil atau pulangan aktiviti pertanian yang dijalankan. Biji benih yang dihasilkan melalui penyelidikan yang dijalankan di Taiwan dan banyak negara lain memjamin kualiti dengan jenama 'Known-You Seeds' yang mempunyai ciri-ciri superior dan jaminan percambahan serta hasil yang memuaskan. Syarikat ini kini telah mempunyai lebih 3 jenis atau varieti biji benih untuk di gunakan oleh petani terutamanya produk benih sayuran daun, Sayuran buah, Sayuran Umbisi, Jagung, Tembikai dan Melon yang berkualiti.


Syarikat ini berpusat di Kaoshiung, Taiwan dan beberapa cawangan terdapat di Singapura , Vietnam, Thailand, India dan China. Pejabat di Singapura merupakan yang terbesar sebagai Pusat Pengedaran untuk kawasan Asia Tenggara seperti di Indonesia, Malaysia, Filipina dan banyak negara jiran ASEAN yang lain. Jumlah urusniaga syarikat ini di laporkan mencecah lebih USD 450-600 juta setahun dengan mengedarkan benih tanaman terutamanya benih untuk Cucurbitaceae. Benih yang dijual di Malaysia juga menggunakan Jenama Known-You Seeds dan juga beberapa jenama lain yang di lesenkan. Benih tembikai , melon, sayuran buah dan beberapa tanaman makanan lain di jual dalam tin, paket dan berbagai bentuk pembungkusan untuk pengedaran diseluroh Malaysia. Paling utama adalah benih tanaman tembikai dan benih melon yang mencecah lebih RM 1.5 juta setahun diniagakan di Malaysia sebahagiannya ada menggunakan produk syarikat ini.


Kunjungan saya di laman web syarikat tersebut mendapati syarikat ini mempunyai banyak Pusat Penyelidikan benihnya sendiri di Taiwan dan beberapa negara lain untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan produk baru. Antara Pusat Penyelidikan di Taiwan tersebut yang telah di miliki atau mempunyai MOU dengan syarikat ini adalah seperti Grand Biplotechnology Co. Ltd di Hsienchu, Nantou Nursery di Nantau, Chin-Hua Nursery Co. Ltd dan Chia-Yi Nursery di Chia Yi,  Tainan Research Farm di Tainan, Fengshan Research Farm di Kaoshiung dan Pingtung Research Farm di Pingtung, Taiwan. Penyelidikan juga bergiat aktif di Fujian China, Amphung Muang di Chiang Mai Thailand, Dong Nai Province Vietnam dan Vinam Nagar di Pune, India. Pakar-pakar biji benih dan pakar biakbaka tumbuhan menghasilkan banyak benih tanaman superior  berkualiti dengan kaedah saintifik di pusat penyelidikan tersebut.


Antara varieti Jagung Known-You seeds adalah Super Germ Sweet Corn F1, Honey Jeans F1 dan Bright Jean F1 Sweet Corn. Varieti Kobis Bulat F1 yang dihasilkan adalah seperti Besta, Green Autumn, Tops, Summer Tight, Tribute, Summer Summit dan Tropical Delight. Benih Tomato F1 pula seperti Nobility, Farmers 933, Sensation, Farmers 209, Royalty dan Bright Pearl. Benih Cili Bengala F1 pula seperti Bright Star, Red Star, Sweetie Star dan Golden Star. Sebanyak 10 jenis timun Hibrid F1 dikeluarkan oleh syarikat ini seperti Varieti Genuine, Bountiful No. 2, Vantage, Wealth, Richmonds, Arioso, Sinews, Riches, Preety Swallow dan Jeans Swallow. Benih Tembikai Hibrid F1 merupakan kebanggaan syarikat ini seperti varieti isi merah Shiny Boy, Factor, Extreme, Sky Glory, Tarzan, Khan, Grand Duchess, Klondike No 2, Flower Dragon, New Dragon (Banyak di tanam di Malaysia), Empire No 2, Farmers Giant, Cathay Belle, Golden Belle, Belle 460, Golden Crown, Sweet Beauty, Dark Belle, Tatoo, Amazing, Gentility, Oasis, Full Lucky, Chubbiness, Prosperity, Prime dan Favoriate Ball. Benih melon F1 Hibrid seperti Herald, Sugar Globe, Honey Globe, Sweet Lady, Silver Worls, Scarlet Lady, Emerlald Green, Angel , Splendid, Red Aroma, Autumn Waltz No 2, Sunshine, Brilliant, Amy, Contriver, Lambkin dan Silver Light. Banyak lagi varieti yang dikeluarkan oleh syarikat ini.    


Senarai produk-produk benih Syarikat Known You Seeds boleh di perolehi daripada website berikut. 


http://www.knownyou.com/upload/enattach/CatalogNo19.pdf


Related article:
1. Kontrol Benih Dunia (Klik disini)
2. Industri Benih di Malaysia (Klik disini)
3. Benih Sayuran (Klik disini)
4. Harga Benih Sayuran (Klik disini)


By,
M Anem
Lebuh Air Keroh
Melaka
Malaysia
(Ahad - 6.15 pagi)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...