KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, June 17, 2011

Harga benih Part 3

BENIH (seeds) yang bernas diperolehi daripada pokok induk yang tulin dan bebas dari masaalah serangan perosak dan penyakit serta telah diujicuba melalui pemeriksaan Kualiti Biji Benih ysng standard. Proses untuk mendapatkan benih hibrid adalah agak sukar jika tidak mempunyai kepakaran dan tenaga kerja profesional untuk menjalankan kerja kacukan yang agak rumit. Benih Hibrid tersebut juga tidak boleh digunakan untuk kali kedua kerana sifatnya telah diubahsuai untuk penanaman kali pertama sahaja (F1) dimana F2 tidak akan menghasilkan apa yang dikehendakki. Semasa saya melawat Myamar berpeluang melihat bagaimana pekerja menjalankan pendebungaan untuk menghasilkan benih Hibrid melon oleh Syarikat Known-You Seed. Artikel 'Anim Agro Technology' kali ini menulis maklumat berkaitan varieti beberapa jenis tanaman dan harga yang jarang kita dapat maklumat uuntuk rujukan.

1) JAGUNG

Jagung manis di TKPM
 Benih Jagung (Zea mays) dihasilkan melalui kaedah Open Pollination (OP) dan Benih Hibrid. Tanaman jagung di tanam di Malaysia seluas 6,390 hektar dengan pengeluaran sebanyak 36,420 metrik tan pada tahun 2011. Kebanyakan tanaman jagung di usahakan unuk pasaran segar terdiri daripada jagung manis. Kajian yang saya buat pada 2012 menunjukkan purata harga jualan benih jagung (OP dan Hibrid) daripada 19 premis yang dibuat kajian adalah RM 275.00 satu kilogram. Di Kuala Lumpur Syarikat Sin Sin Huat menjual benih jagung varieti Hibrid F1 -1000 dengan harga RM 62.00/ 500 gram atau ditinkan dengan harga RM 32.00/ 200 gram satu 1 tin atau RM 3.00 /5 gram sepeket. Benih jagung varieti Pearl Hibrid 1001 dijual dengan harga RM 68.00/ 500 gram atau RM 33.00 satu tin (200 gram) atau RM 3.00 satu peket 5 gram. Syarikat Leckat mengedarkan benih Jagung varieti White/Yellow Hibrid F1 -723 dengan harga RM 80.00/500 gram dan Benih varieti Jagung Yellow F1-928 dengan harga RM 75.00/500 gram.


Di Johor benih Jagung oleh Chiap Huat di jual dengan harga RM 25.00/200 gram sementara di Perlis benih jagung di jual dengan harga RM 75.00/500 gram dan di Pulau Pinang (RM 70.00/500 gram - Benih Hibrid dan RM 1.00/500 gram - Benih bukan Hibrid). Di Negeri Sembilan benih Jagung dijual RM 30.00/200 gram sementara di Alor Setar, Kedah dengan harga RM 52.00/500 gram. Benih Jagung di Kelantan dijual iaitu benih jagung varieti Super Sweet Corn (RM 38.00/200 gram), varieti Jagung Big Fruit 926 (RM 75.00/ 500 gram), varieti Jagung White/Yellow 723 (RM 80.00/ 500 gram), varieti Jagung F1 Yellow 926 (RM 75.00/ 500 gram) dan varieti jagung Thai Super Sweet - TSS (RM 18.00/ 1 kg). 


2) KOBIS

Kobis bulat di Cameroon Highland.
Kobis di tanam di Malaysia untuk kegunaan segar dan sebahagian di ekspot ke negara jiran dengan keluasan sebanyak 960 hektar (Kobis Bulat) dan 270 hektar (Kobis Cina) dengan hasil sebanyak 13,110 metrik tan pada tahun 2010. Di Kuala Lumpur benih Kobis yang di edarkan oleh syarikat SSH adalah Kobis All Season 311 dengan harga RM 1,180/ 1 kg atau RM 620.00/ 500 gram atau RM 15.00 / 10 gram atau RM 3.00 /1 gram sepeket. Benih Kobis Cameroon Cross 313 dijual dengan harga RM 1,180/ 1kg atau RM 620.00/500 gram sama seperti diatas. Tidak ada laporan jualan benih kobis daripada negeri Johor, Perak, Perlis, Kelantan, Negeri sembilan dan Syarikat LecKat di perolehi.


3.  SALAD
Green Coral salad di ladang MAFC.

Salad adalah tanaman sayuran berdaun yang ditanam seluas 810 hektar pada tahun 2010 dengan pengeluaran sebanyak 9,320 metrik tan. Benih salad adalah diimpot dri luar negara kerana belum ada yang dihasilkan oleh pengeluar benih tempatan. Di Kuala Lumpur maklumat benih salad di edarkan oleh Syarikat Sin Sin Huat dengan beberapa jenis yang popular. Benih Salad Roman Lettuce 161 dijual dengan harga RM 193.00/1 kg satu beg atau RM 50.00/200 gram dalam tin atau RM 3.00 /3 gram sepeket. Benih Salad Four Season 162 dijual dengan harga RM 120.00/ 1 kg satu beg atau RM 28.00/ 200 gram satu tin atau RM 3.00 /5 gram sepeket sementara Benih Salad Lion Head 163 dijual pada harga 108.00/ 1 kg satu beg atau RM 26.00/ 200 gram satu tin atau RM 3.00 / 5 gram satu peket. Benih Salad Italy 167 dijual dengan harga 193.00/ 1 kg satu beg atau RM 50.00/ 200 gram satu tin atau RM 3.00 /3 gram satu peket.  Salad jenis Sweet Aromatic Sharp Leaf 601 dijual dengan  harga RM 102.00/ 1kg satu beg atau RM 50.00/ 500 gram atau RM 32.00/200 gram satu tin atau 3.00 /5 gram satu peket.

By,
M Anem
Kuala Lumpur
Malaysia     

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...