KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, June 14, 2011

PIMENTO



PIMENTO (Pimenta dioica) adalah sejenis pokok herba dari keluarga Myrtaceae iaitu sejenis kumpulan Rempah Ratus yang digunakan dalam masakan yang popular di kawasan Benua Amerika Tengah. Pimento adalah rempah yang digunakan untuk jeruk dan sos dengan kombinasi rasa diantara Kayu Manis (Cinnamon) , Cengkih (Clove) dan juga Buah Pala (Nutmeg). Tumbuhan ini juga di panggil sebagai Allspice, Jamaica Pepper, Kurundu, Myrtle pepper, pimenta dan Newspice. Tumbuhan yang berasal dari kawasan Amerika Tengah Tropika (Mexico, Guatemala, Honduras) dan West Indies (Jamaica dan Cuba) ini khususnya di negara Jamaica mungkin sesuai di tanam di Malaysia secara komersil jika ada yang berminat. Buah pimento yang telah dikeringkan di panggil sebagai 'Allspice' kerana ciri-ciri aroma dan rasa seperti kombinasi 3 tumbuhan tersebut. Daun pimento juga di makan dengan memasukannya sebagai ramuan makakan. Bau daun akan menjadi lebih kuat apabila telah dikeringkan. Artikel kali ini saya mempaparkan tumbuhan Pimento yang saya baca dari beberapa buah buku, laman sesawang dan kajian persendirian.


Pokok Pimento merupakan pokok jenis saka yang mempunyai batang keras dan tumbuh menegak sama seperti pokok Cengkih (Eugenia carryophylus) cuma bezanya pada bunga. Bunga pimento ada Hermaprodit (Ada bunga jantan dan betina pada satu sistem) tetapi kadang kala ada juga bentuk bunga jantan dan betina yang berasingan. Ketinggian pokok mampu mencapai 10 meter dengan batang berwarna coklat dan banyak dahan yang lembut. Daunnya berwarna hijau terang, berkilat serta berukuran 12-16 cm panjang berbentuk oval atau bujur. Bahagian bawah lai daun mempunyai 'oil glands' dan warnanya agak pucat. Bunganya berbentuk 'Corymb' dengan saiz kecl 1 cm lebar dan kelopak berwarna putih kehijauan (Lihat Foto) .Buah pimento dalam satu rumpun (druped) dan isi yang manis mengandungi sebanyak 2 biji didalamnya.  Buah ini berukuran 4-6 mm garispusat dimana apabila buah ini matang akan kehilangan bau dan rasa. Oleh itu buah pimento akan di tuai ketika masih hijau lagi sebelum di eringkan dibawah sinaran matahari.


Tanaman pimento ini di kawal daripada dibawa keluar dari Jamaica dengan perlindungan yang ketat untuk melindungi industri ini. erdapat usaha-usaha menyeludup keluar tanaman ini tetapi hampir kesemuanya gagal. Penanaman pimento menggunakan biji adalah kurang berjaya dan hampir tidak menjadi. Walau pun ada burung yang makan buah pimento masak dan di bawa terbang kelokasi negara lain tetapi kebanyakannya masih gagal. Pada masa ini tanaman ini cuma ada di laporkan di Hawaii dan Tonga. Penanaman lazim dibuat menggunakan keratan batang atau mengetut atau kaedah tampang yang lain. Penanaman boleh dibuat di kawasan lapang terbuka, kawasan yang ada naungan atau kawasan yang bercampur dengan tanaman lain. Pada perkiraan saya agaknya pokok ini memang mudah ditanam dan dijaga kerana jika ianya menyerupai pokok cengkih memang tidak bermasaalah di tanam di Asia Tenggara.


Banyak kali pokok ini cuba di tanam di kawasan Tropika Asia seperti di India, Malaysia (Penang), Indonesia, Sri Lanka, Fiji semenjak dulu tetapi tidak pernah berjaya. Kajian mennjukkan bahawa walau pun Pimento ini di cuba di kawasan sekitar seperti di Haiti, Costa Rica, Grenada , Barbados, Trinidad dan Brazil juga telah tidak berjaya dimajukan. Tumbuhan ini memang subur dan terbiar di Jamaica sahaja. ini kerana tempat semulajadi pokok ini dikawasan hutan berbatu kapor (Limestone forests) dengan taburan hujan antara 1,500 mm  -  1,600 mm setahun dan suhu sekitar 18-24 Celsius. Suhu maksia pokok ini tolerate sehingga 32 celsius. Tumbuhan ini juga subur pada tanah yang ada saliran baik dengan kemasaman tanah pH6.5 - pH 8 serta ketinggian antara 300-1,000 dari aras laut.


Walau pun kita tahu bahawa pokok ini memang sukar untuk ditanam di negara kita, para saintis boleh mencuba buat penyelidikan tentang tumbuhan ini untuk 'adaptasi' atau buat pembiakbakaan untuk membangunkan tanaman pimento ini. Kegunaan pomento dalam industri makanan adalah 'signifikan' kerana mempunyai aroma dan rasa yang melibatkan Kayu manis, Cengkih dan Buah Pala...mana nak dapat ciri-ciri pokok seperti ini?. . .Mungkin tumbuhan ini memang dijadikan untuk kawasan tertentu sahaja di mukabumi ini untuk keggunaan domestik.






TUMBUHAN PIMENTO...BANYAK GUNANYA...
KAYU MANIS, CENGKIH...ADA BUAH PALANYA...
NEGARA JAMAICA...TUAN EMPUNYA...
KALAU KITA DAPAT...ALANGKAH BAIKNYA....

By
M Anem
Melaka
Malaysia    

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...