Sunday, June 19, 2011

BURUH ASING DI MALAYSIA


Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang mempunyai lebih dari 27.565 juta penduduk pada tahun 2010 dengan Kadara Dalam Negara Kasar (Gross National Product - GDP) sebanyak USD 213.065 billion dan pendapatan perkapita sebanyak USD 7,546.5. Malaysia dikategorikan sebagai Negara Perindustrian Baru (New Industrialised Country) dengan saiz ekonomi yang mendudukki tangga ke 3 di Asia Tenggara dan ke 29 di peringkat dunia. Nilai ekspot negara ini telah mencapai Trilliun ringgit beberapa tahun lalu dengan negara-negara luar dalam sistem perdagangan antarabangsa. Sebahagian daripada gunatenaga yang menyumbang kepada kemajuan ekonomi di Malaysia adalah oleh Pekerja Asing (Foreign workers) dalam pelbagai sektor. Artikel kali ini saya berbicara mengenai perkara pekerja asing yang  ramai di Malaysia masa kini dan peranannya dalam ekonomi Malaysia serta beberapa isu berkaitan dengannya.

Terdapat seramai 11,466,700 jumlah tenaga manusia atau tenagakerja yang direkodkan di Malaysia pada tahun 2010 dimana hanya terdapat 11,047,600 tenagakerja tempatan dan kekurangan tersebut adalah di tampong oleh pekerja asing. Daripada laporan rasmi beberapa kementerian menunjukkan rekod pada tahun 2009 terdapat seramai 1,918,146 orang pekerja asing yang bekerja di Malaysia. Pada 6 bulan pertama tahun hanya 2010 terdapat seramai 730,269 orang dilaporkan bekerja dalam pelbagai sektor. Secara amnya kategori pekerja asing ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu Peringkat Tinggi dan Pengurusan (Expatriate) , Peringkat Separa Mahir (Pertengahan) dan Peringkat Kurang Mahir atau Buruh (Labour). Paling ramai adalah  golongan bawah iaitu Gulongan Pekerja Buruh. Di laporkan banyak negara yang menghantar pekerja asing ke Malaysia di dahului dengan rakyat dari negera Indonesia, Bangladesh, Vietnam, India, Nepal, Filipina dan 17 negara utama lain.

Pekerja asing di kilang elektronik.
Sektor PEMBUATAN dilaporkan menggunakan pekerja asing paling ramai  pada 2009 iaitu seramai 663,667 orang (34.5%) daripada jumlah pekerja asing di Malaysia. Mereka bekerja di pelbagai jenis kilang pembuatan (Manufacturing Sector) daripada kliang multinasional, Kilang Besar, Kilang SME dan Kilang Kecil yang terdapat di seluroh negara. Ini kerana tidak ramai orang tempatan yang berminat untuk bekerja di kilang-kilang elektronik dan pembuatan lain kerana upah yang ditawarkan agak rendah jika dibandingkan dengan sektor lain. Mereka disediakan kemudahan tempat tinggal (asrama) oleh majikan, elaun-elaun kehadiran, kemudahan tambang balik kenegara asal dan pelbagai insentif lain. Pernah tahun 2009 saya terbang dari Denpasar, Bali balik ke Johor Bahru dengan penerbangan Air Asia dimana hampir 85% penumpangnya adalah bakal pekerja baru sebuah Kilang Elektronik yang baru di buka di Johor Bahru siap dengan uniforam seragam biru ketika berada didalam kapalterbang.

Sektor kedua paling ramai menggunakan pekerja asing adalah SEKTOR PERLADANGAN atau PERTANIAN iaitu sebagai Buruh Pertanian. Kajian mendapati terdapat  seramai 318,256 orang (16.6%) pekerja asing pertanian pada tahun 2009. Kebanyakkan mereka berkerja di ladang-ladang kelapa sawit untuk menguruskan kerja dari pembukaan ladang baru sehingga menuai sehingga bekerja di kilang kelapa sawit. Mereka juga menoreh getah, bekerja dalam aktiviti tanaman sayuran, Buah-buahan, tanaman jangkapendek, Industri Asas Tani serta ternakan ayam. Sektor Tanaman menggunakan seramai 188,207 orang pekerja ladang (yang legal - tidak termasuk jumlah yang mungkin ada juga Pendatang Tanpa Izin PATI yang bekerja dalam sektor ini). Sektor Ternakan melibatkan seramai 20,994 orang, Sektor Perikanan (13,140 orang), Sektor tanaman/perikanan (12,535 orang), Sektor Tanaman/ Ternakan (2,592 orang) ,sektor perikanan/ ternakan (297 orang) dan sektor tanaman/ perikanan/ ternakan (775 orang). Sumbangan mereka dalam sektor pertanian menjamin bekalan makanan kita mencukupi dan dikeluarkan untuk rakyat negara ini dan pasaran ekspot.

Sektor ketiga ramai menggunakan tenaga kerja asing adalah SEKTOR PEMBINAAN dimana seramai 299,575 orang (15.6%) bekerja pada tahun 2009. Mereka bekerja untuk membina bangunan tinggi, kawasan perumahan baru, membina infrastruktur jalan, infrastruktur pengangkutan dan semua sektor pembinaan negara. Sebahagian daripada mereka telah menjadi pemastautin tetap negara ini dan bertukar menjadi kontraktor bangunan atau sub-kontraktor untuk kerja-kerja pembinaan atau ubahsuai rumah. Semasa saya mengubahsuai rumah di Melaka dulu ada menggunakan khidmatsub-kontraktor daripada Indonesia dan dapat menyiapkan kerjanya dalam masa 2 bulan sahaja tetapi ...bayaran mesti ikut jadual. Kualiti kerja pun agak memuaskan kerana pengalaman dalam bidang ini selama 14 tahun di Malaysia.. tup-tup abis bayar dia balik negara asal tatapi datang balik 2 bulan kemudian.

Pembantu rumah melibatkan seramai 251,355 orang (13.1%) di rekodkan di Malaysia dimana ramai mereka datang daripada Indonesia dan Filipina paling ramai. Tanpa pembantu rumah yang jumlahnya hampir suku juta itu rasanya sukar juga hendak mengatur antara tugas dan keluarga bagi pasangan yang rata-rata kedua-duanya berkerja. Pembantu rumah yang menjaga anak, mengurus rumahtangga, mengemas rumah, memasak dan sebagainya. Anak-anak dididik oleh pembantu rumah setiap hari dan yang baiknya mereka tetap sayangkan ibubapa  mereka bukan pembantu rumah tersebut.

Sektor PERKHIDMATAN juga memerlukan khidmat pekerja asing iaitu seramai 203,639 orang (10.6%) daripada keseluruhan pekerja asing yang bekerja di Malaysia. Kalau kita masuk tandas di Airport, Lebuhraya, Kompleks Membeli Belah malahan di Pejabat-pejabat Kerajaan dan swasta memang merekalah yang menjalankan kerja-kerja pembersihan tersebut.  Jarang sekali kita lihat anak muda tempatan yang bertugas sebagai 'Cleaner' ini. Skop kerja sektor perkhidmatan ini mencakupi pekerja restoran, Jaga Keselamatan (di kilang-kilang dan Kondminium), Di Pasar Borong, di Hypermarket dan supermarket, di Kedai-kedai Runcit, Stesyen Pam Minyak dan banyak lagi lokasi mereka bekerja. Boleh kata pandang kiri...pandang kanan...pandang depan...pandang belakang dan pandang atas-bawah...semua pekerja asing.

Kemanakah rakyat tempatan akan bekerja apabila ruangan mereka diambil oleh pekerja asing?...Bilangan mereka yang bekerja di Malaysia memang ramai dan mereka menghantar duit ke negara asal mereka yang nilainya mungkin berbillion ringgit setiap tahun.  Pernah saya naik kapalterbang ke Dubai dengan penerbangan Emirate dua tahun lepas dan duduk di sebelah pekerja asing bernama Rahman untuk balik ke Dakka, Bangladesh. Kata Rahman 'Saya mahu balik kampong tengok keluarga, sudah 4 tahun tak balik, nati datang lagi ke Malaysia, senang cari makan". Saya tanya lagi "Berapa lama sudah kerja di Malaysia". Dia jawab " Sudah 14 tahun , kerja potong ayam (sembelih ayam) di pasar Sentul, Tokey baik mahu ambil saya punya saudara datang Malaysia kerja sama saya". Sampai di Airport Dakka...dia terus senyum lebar....

Peranan pekerja asing di Malaysia memeng penting dalam membangunkan pelbagai sektor yang membangunkan ekonomi kita. bagaimana pun kehadiran mereka banyak juga menimbulkan masalah sosial dan jenayah seperti kes-kes pembunuhan, kecurian, rompakan, perasugur, anak luar nikah, perselisihan dengan masyarakat tempatan dan sebagainya. Kerajaan perlu lebih tegas dengan banyak menjalankan penguatkuasaan terhadap isu pekerja asing agar tidak berlaku ketirisan dalam faktor keselamatan, keharmonian masyarakat dan juga imej negara. Semuga artikel ini dapat memberikan sedikit pengetahuan kepada pada pembaca.

PEKERJA ASING....RAMAI JUMLAHNYA...
YANG HARAM...PATI GELARANNYA...
KUAT KERJA...BANYAK SUMBANGANNYA....
WANG KELUAR...BANYAK JUMLAHNYA...

Artikel berkaitan:
1.Industri Ternakan di Malaysia (Klik disini)
2.Petani di Malaysia (Klik disini)
3.Industri Perikanan di Malaysia (Klik disini)
4.Industri Ikan Akuarium di Malaysia (Klik diini)
5.Industri Bunga di Malaysia (Klik disini)


By,
M Anem
Putrajaya
Malaysia
(Ahad 6.50 petang)   

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KLIK SAYA