Wednesday, June 15, 2011

HARGA BENIH SAYUR (PART 1)



Benih Sayuran merupakan salah satu komponen utama input pertanian dalam industri penanaman sayur-sayuran di Malaysia. Benih yang di tanam mesti terdiri daripada benih yang berkualiti dengan peratus percambahan yang tinggi, bernas, sihat, tidak ada penyakit bawaan benih dan mudah didapati serta harga yang MUNASABAH. Kebanyakan benih sayuran di negara kita adalah diimpot dari luar negara khususnya benih sayur daun (99%) dimpot. Hanya beberapa jenis sayur buah yang dihasilkan dalam negara. Kajian mengenai harga runcit benih sayur-sayuran telah dijalankan sepanjang bulan Mei 2011 untuk melihat keadaan semasa harga tersebut sebagai satu garispanduan pembaca sekelian. Artikel ini akan membincangkan beberapa temuan kajian yang saya jalankan di seluroh Semenanjung Malaysia melibatkan sebanyak 28 premis atau Kedai yang menjual biji benih sayuran.


1) CILI
Cili (Capsicum annum) merupakan antara sayuran paling luas ditanam(2,850 ha) pada tahun 2010 dengan pengeluaran sebanyak 32,780 metrik tan bernilai RM 208.5 juta di Malaysia. Antara jenis cili yang mendapat permintaan tinggi adalah Cili Kulai (MC10) dengan pelbagai nama dagangan oleh syarikat pengedar dan kedai2 pertanian. Kajian saya mendapati purata harga benih Cili Kulai adalah sebanyak RM 2,140.00 satu kilogram. Benih dalam packet oleh Syarikat Nam Soon Sdn Bhd di Kota Tinggi dijual RM 2.20/2 gram. Di Perak Cili Kulai Varieti F1 -158 dijual RM 48.00/10 gram, F1 - 588 (RM 60.00/10 gram), Cili 151 (RM 50.00/10 gram) dan Cili 469 (RM 24.00/10 gram). Di Perlis benih cili dijual dengan harga RM 50.00/100 gram dan di Pulau Pinang pada harga RM 60.00/100 gram. Di Kelantan Cili jenis Red Spicy dijual pada harga RM 45.00/100 gram, Cili Kulai King 8339 (RM 15.00/20 gram) dan Cili Solok 980 pada harga RM 60.00/10 gram (Harga runcit benih Cili Solok adalah paling mahal iaitu RM 6,000 satu kilogram). Benih Cili Padi dijual pada harga RM 120.00/20 gram.


2)   TERUNG
Terung (Solanum melongena) ditanam seluas 1,420 hektar pada tahun 2010 dengan hasil pengeluaran sebanyak 23,290 metrik tan dan bernilai pasaran sebanyak RM 63.35 juta. Kebanyakan terung dijual untuk di makan segar sama ada terung panjang peparu atau  terung bulat. Kajian saya mendapati purata harga runcit Benih Terung adalah RM 2,532.00 satu kilogram. Benih terung dijual dealam packet dengan harga RM 24.00/10 gram di Perak dan agak murah sedikit di Kelantan iaitu Benih Terung Fong May (RM20.00/10 gram), Jenis 303 Powerful (RM 25.00/10 gram) dan Terung Bulat 388 (RM 38.00/10 gram). Di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan Benih Terung dijual dengan harga RM 35.00/10 gram dan RM 38.00 /10 gram. 


3)  BENDI
Bendi ditanam untuk kegunaan segar di Malaysia dengan keluasan 1,700  hektar pada tahun 2010 menghasilkan sebanyak 20,400 metrik tan yang bernilai RM 70.39 juta. Kajian menunjukkan purata harga runcit benih bendi di Malaysia adalah RM 360.00 satu kilogram. Benih bendi agak mudah dihasilkan dan kebanyakan dihasilkan dalam negara dan sebahagian diimpot dari luar negara. Di Kelantan Benih jenis Brovo dijual pada harga RM 100/200 gram, Benih Bendi 501 pada harga RM 25.00/500 gram, Bendi Jackpot 989 (RM 35.00/50 gram) dan Bendi Mini (RM 7.00/ 5 gram). Syarikat Ban Lee Huat di Kota Tinggi menjual benih bendi pada harga RM 20.00/200 gram dan RM 2.20 / 8 gram jenis Benci jenama LecKat. Di Pulau Pinang benih bendi dijual pada harga RM 18.00/500 gram dan RM 20.00/500 gram dikedai lain.


4) PETOLA
Petola ditanam di Malaysia seluas 1,290 hektar pada tahun 2010 dengan hasil pengeluaran 14,710 metrik tan dan bernilai RM 30.2 juta. Kajian yang saya buat mendapati banyak jenis petola ada di pasaran mrngikut saiz dan jenama. Purata harga runcit benih petola adalah RM 833.00 satu kilogram. Di Perlis benih petola dijual dengan harga RM 45.00/100 gram, di Negeri Sembilan RM 35.00/100 gram dan di Kedah RM 70.00/100 gram. Bneih petola jenis Tough Luffa dijual RM 85.00/100 di Kelantan, Petola Jenis Cina G611RM 53.00/500 gram, Petola jenis Green beauty 883 (RM 38.00/100 gram) dan Petola Black Jack (RM 170.00/100 gram). Di Perak benih petola jenis 977 edaran Ag Seed dijual pada harga RM 150.00/100 gram, Syarikat Soon Huat (RM 50.00/500 gram) dan Benih Petola Thailand oleh Syarikat East West Seed pada harga RM 380.00 / 250 gram.


5) TIMUN
Timun (Cucumis sativus) di tanam deluas 3,130 hektar dengan hasil sebanyak RM 59,470 metrik tan bernilai RM 83.26 juta pada tahun 2010. Timun merupakan antara sayuran yang popular dikalangan petani Melayu kerana mudah di tanam dan hasil yang banyak. Berapakah harga benih timun ini?...
Kajian saya mendapati purata dari 15 kedai yang dikajiselidik harga timun dijual pada harga runcit RM 1,541 satu kilogram. Di Kedah benih timun dijual dengan harga RM 58.00/200 gram, di Perlis (RM 42.00/100 gram), di Negeri Sembilan (RM 52.00/ 20 gram) dan di Pulau Pinang ( 2 harga iaitu RM 60.00/500 gram dan RM 50.00/25 gram - jenis lain). Di Kelantan benih timun susu (RM 33.50/20 gram), Timun jenama Symphony 747 (RM 43.00/20 gram), Timun Double Bonus 1199 (RM 40.00/ 20 gram), Timun Hybrid (RM 25.00/ 20 gram) dan Timun 747 pada harga runcit RM 190 /100 gram. Dijohor benih timun dijual pada harga RM 45.00/200 gram dan RM 2.20 / 1 gram (Janama LecKat).


Harga benih sayuran buah diatas yang melibatkan 5 jenis  tanaman merupakan antara tanaman sayur buah yang sangat popular di Malaysia. Kajian harga ini agak sukar di jalankan kerana terlalu banyak penjual yang menggunakan jenama tempatan atau tidak ada jenama kecuali setelah di bungkus dengan cantik. Bagi petani benih yang mempunyai percambahan baik, mudah didapati, jaminan kualiti hasil dan hasil tinggi menjadi keutamaan. Kepercayaan petani dengan jemana atau pembekal benih kukuh berasaskan kepada pengalaman lama dalam bidang penanaman sayur-sayuran.


BENIH SAYURAN...NAK CARI DI MANA....
DI KEDAI RAKAN....BERAPA HARGANYA...
BENIH HIBRID...BETUL KUALITINYA....
INPUT BENIH....KRITIKAL PEMILIHANNYA...




By,
M Anem
Air Hitam
Johor
Malaysia 

3 comments:

Osman Z. said...

as salam...nak tanya mana nak dapat stok benih-benih ni?

zam mimi said...

ada jual ke benih cili padi saya berminat nak beli
kat mana lokasi

zam mimi said...

ada jual ke benih cili padi saya berminat nak beli
kat mana lokasi

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...