KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, June 28, 2011

Nama lain DURIAN


Durian (Durio zibethinus L.) merupakan sejenis tanaman buah-buahan tropika yang juga di gelar sebagai 'King of the Fruit' di Malaysia iaitu tumbuhan dari keluarga Bombacaceae.  Pengeluar utama durian didunia adalah Thailand diikuti dengan Malaysia dan Indonesia yang diekspot ke beberapa negara dalam bentuk buah segar, sejuk beku atau isi buah durian. Kajian saya mendapati terdapat lebih dari 200 jenis kultivar durian tetapi hanya kira-kira 60-80 kultivar sahaja yang di komersilkan. Tanaman Durian di Malaysia adalah seluas 104,655 hektar pada tahun 2010 dengan mengeluarkan hasil sebanyak 300,470 metrik tan. Kawasan utama tanaman durian di Malaysia adalah di Daerah Muar Johor (7,048 hektar) diikuti Daerah Segamat, Johor (6,741 hektar) dan Daerah Kuala Kerai Kelantan (5,365 hektar). Saya pernah bertugas sebagai AO Daerah Muar dan AO Segamat selama 9 tahun. Durian cuma terkenal dikalangan orang Asia Tenggara sahaja dan tidak banyak didapati di negara-negara lain seperti tanaman pisang. Bagaimana pun nama-nama lain durian dalam bahasa lain seperti berikut:


Nama Botani Durian : Durio zibethinus L.

SYNONYM(S) :
Durio zibethinus Murr.,
Durio foetida Thunb.,
Durio acuminatissima Merr.

CHINESE : Liu lian.

DUTCH : Doerian, Stinkvrucht.

ENGLISH : Civet-cat fruit tree, Civet fruit, Common durian, Edible durian, Durian.

GERMAN : Durianbaum, Stinkfrucht, Zibetbaum.

INDONESIA : Duren (Jawa)

JAPANESE : Durian.

KOREAN : Du ri an.

MALAY : Durian (Malaysia).

PORTUGUESE : Durião.

SPANISH : Durión.

TAGALOG : Durian.

THAI : Thurian.

Pada masa ini tanaman durian merupakan komoditi yang agak kurang di minati oleh petani kerana pulangan yang bermusim dan rendah jika ianya  dibandingkan dengan tanaman Kelapa Sawit. Ramai petani di Daerah Muar dan Segamat yang telah menukar tanaman durian kepada Kelapa Sawit, Getah atau Sayur-sayuran daripada pemerhatian yang saya jalankan. Laluan pasaran buah durian telah ada untuk di ekspot ke beberapa negara seperti China, Jepun, Hong Kong, Australia dan beberapa negara lagi.

By,
M Anem
Muar
Johor
Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...