KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, June 17, 2011

HARGA BENIH (PART 4)


Benih tembikai empat segi...ada jual ke?
Semua tanaman yang di tanam menggunakan biji benih perlu di beli setiap kali penanaman untuk menjamin produktiviti dan mendapat Pendapatan lumayan hasil aktiviti pertanian yang dijalankan. Maklumat mengenai benih tanaman terutamanya sayur-sayuran perlu di sebarkan kepada petani yang aktif setiap kali penanaman baru terutamanya sayuran berdaun jangkapendek atau singkat masa. Petani setakat ini memperolehi bekalan benih daripada sumber-sumber yang sah seperti pengedar benih , input baja, input racun , alatan pertanian dan sebagainya. Harga Benih tanaman sentiasa berubah mengikut peredaran masa, teknologi pembungkusan, kawalan kualiti dan sebagainya. Artikel ini saya akan membincangkan beberapa kajian mengenai harga runcit beberapa jenis sayuran yang agak kurang popular tetapi perlu diketahui oleh petani dan pembaca.

1) LABU MANIS

Tanaman Labu Manis di Malaysia merupakan tanaman yang diusahakan secara kontan atau sampingan dikawasan pembukaan tanah baru atau program tanam semula getah atau kelapa sawit. Seluas 700 hektar labu manis ditanam di Malaysia pada tahun 2010 dengan pengeluaran sebanyak 5,810 metrik tan bernilai RM 7.843 juta. Benih labu manis yang di edarkan di Malaysia oleh Syarikat Sin Sin Huat berpengkalan di Kuala Lumpur adalah Labu F1 Hibrid Lilin Hijau No. 300 dengan harga runcit RM 570.00/ 1 kg satu beg atau RM 128.00/ 200 gram bagi satu tin atau RM 9.00 /10 gram sepeket atau RM 3.00 / 3 gram sepeket kecil.



2)  PERIA

Tanaman peria di Malaysia di usahakan untuk pasaran segar dimana seluas 970 hektar dengan pengeluaran sebanyak 14, 260 metrik tan pada tahun 2010 bernilai RM 35.05 juta. Benih peria dijual dengan Jenis Peria Tebal Panjang B13 pada harga RM 680.00 / 1 kg satu beg atau RM 160.00/ 200 gram satu tin atau dengan RM 1.00 / 10 gram sepeket. Benih Peria Katak B19 pula dijual dengan harga RM 660.00/1 kg satu beg atau RM 160.00/ 200 gram satu tin atau RM 11.00 /10 gram satu peket atau terkecil pada harga RM 3.00/ 8 biji benih satu peket.

3)  KACANG BOTOR
Benih Kacang Botor Varieti Hijau Mainyak 332 dijual dengan harga RM 125.00/ 1 kg satu beg atau RM 64.00 / 500 gram satu tin atau dengan bentuk RM 31.00/ 200 gram satu peket dan terkecil bungkusannya dalam RM 3.00/ 5 gram satu peket. Kaang botor mudah di tanam dengan meggunakan benih sendiri dari pokok yang telah ada dan biarkan buah cukup matsng kemudian kurip dan keringkan secukupnya sebelum ditanam di kawasan baru.

4)  KETUMBAR
Ketumbar adalah tanaman yang jarag di tanam oleh petani berskala besar. Keperluan daun ketumbar juga terhad pasarannya dan saya dapati tidak ada rekod rasmi keluasanya di perolehi. Terdapat 2 jenis ketumbar untuk pengeluaran daun di Malaysia iaitu varieti Ketumbar Asia Best 500 yang dijual dengan harga RM 15.00/500 gram atau RM 3.00/ 5 gram dan varieti Ketumbar American Corriander pula di jual dengan harga RM 16.00/ 500 gram atau RM 3.00 / 5 gram satu peket.

5) TEMBIKAI

Tembikai merupakan tanaman penting untuk ekspot dan keperluan domestik di Malaysia. Seluas 11,750 hektar tembikai ditanam pada tahun 2011 dengan pengeluaran sebanyak RM 238,050 metrik tan yang bernilai RM 309.465 juta. Semua benih tembikai adalah dimpot dari luar negara dalam bentuk benih Hibrid. Syarikat SSH di Kuala Lumpur mengedarkan beberapa jenis benih tembkai iaitu varieti Tembikai F1 Merah Malaysia Bulat 341 dengan harga RM 528.00/ 1 kg satu beg atau RM 128.00/ 200 gram satu tin atau RM 9.00/ 10 gram satu peket dan RM 3.00/ 15 biji. Benih Tembikai varieti Merah Kulit Puma 342 dijual dengan harga RM 1,380.00 / 1 kg satu beg atau RM 323.00/ 200 gram satu tin atau RM 19.00/ 10 gram satu peket. Benih varieti Tembikai Merah Tiger 343 dijual dengan harga RM 1,380.00/ 1 kg satu beg sama seperti diatas. Benih Tembikai varieti Hibrid F1 Melon Sun Shine Sweet 380 dijual dengan harga RM 4,999.00/ 1 kg satu beg atau 59.00/10 gram sepekat atau RM 3.00 / 8 biji benih. Benih varieti Musk Melon Honey Moon 381 dijual dengan harga RM 4,999.00/ 1 kg atau RM 59.00/ 10 gram atau RM 3.00/ 8 biji benih atau RM 0.40 sen sebiji.

SELAMAT MEMBACA!....


Related articles:
1. Benih Sayuran (Klik disini)
2. Kontrol Benih Dunia (Klik disini)
3. OP vs Hybrid Seeds (Click here)
4. About Hybrid Seeds (Click here)
5. Known You Seed Ltd (Klik disini)
6. Industri Benih di Malaysia (Klik disini)



By,
M Anem
Kuala Lumpur
Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...