KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, May 17, 2018

RUMAH WALET DI LADANG TENUSU

PROJEK TERNAKAN BURUNG WALET  di Ladang Tenusu Eco-Yap di Keningau, Sabah merupakan satu projek yang dianggap berjaya dengan rumah walet berada ditengah-tengah ladang napier yang luas (Sila lihat foto diatas). Beliau mempunyai beberapa buah bangunan rumah burung walet daripada yang simple sehingga kepada 4 tingkat dibeberapa lokasi lain dimana kesemuanya menberi pendapatan lumayan. Selain mempunyai rumah burung walet, Syarikat Evergreen Sdn Bhd kepunyaan Datuk Yap ada menternak 5,000 ekor lembu tenusu, menternak rusa, Burung Kasawari (Burung Unta), Buaya, membuat Baja kompos, menanam nanas varieti Golden Diamond, Ladang Kelapa Sawit, Ternakan Ikan Tilapia dalam Kolam Konkrit, Tanaman Padi dan Land and Estate Housing Development (Hartanah). Penulis meninjau rumah burung walet yang dikunci kukuh oleh pemiliknya dimana ia telah direkebentuk dengan beberapa pengubahsuaian mengikut kesesuaian. Rumah ini telah disiapkan dalam 8 bulan lepas dan kini dihuni oleh banyak burung walet yang berkeliaran dikawasan ladang napier yang luas melebihi 150 hektar. Pada mulanya rumah ini direkabentuk menggunakan pelan standard tetapi kemudian ia diubahsuai dari segi sistem pengudaraan, pintu keluar masuk burung, ketinggian lantai dan juga bahagian lantai bercerun untuk memudahkan pembersihan tinja (najis) burung. Pemiliknya membawa penulis masuk kedalam rumah walet ini dan memberikan penerangan bagaimana proses pengoperasian dijalankan. Menurutnyua beliau hanya menggunakan seorang pekerja tetap untuk menjaga kilang buat baja kompos (fully automatik), rumah walet dan tapak semaian benih durian. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai rumah burung walet dalam ladang projek terbesar tenusu di Sabah.


Pada penulis blog yang beberapa kali membuat tinjauan teknologi kedalam rumah burung walet memang agak ada kelainan dalam rumah disini. Bahagian pintu utama untuk masuk dikunci dengan 3 anak kunci sebagai kaedah kawalan keselamatan daripada diceroboh.  Lantai dibuat bercerun dengan 1% setiap meter untuk membolehkan lantainya yang ada tahi burung akan dialirkan air bagi tujuan membasuhnya mengikut jadual pembersihan. Pada pendapat penulis blog, rumah burung walet ini antara yang 'terbersih' kerana ada paip air yang mengeluarkan semua kekotoran dilantai konkrit. Air basuhan lantai akan dialirkan kedalam kolam kumbahan yang kemudian digunakan sebagai baja untuk rumput napier. Dari belakang dibuat pintu keluar-masuk burung walir yang mana ia sangat besar berukuran  2 meter x 3 meter (biasanya pemilik rumah walir hanya buat kecil sahaja sekitar 0.5 m x 0.3 m). Menurut pemilik dinyatakan perlu dibuat pintu yang besar untuk keselesaan burung yang banyak keluar masuk kedalam rumah walet dengan bebas (Sila anda lihat foto disebelah). Keselesaan pintu besar ini menyebabkan jumlah burung walet didalam rumah tersebut membiak cepat kerana sumber makanan yang banyak disekelilingnya. 


Makanan utama burung walet disini adalah dari serangga yang banyak berterbangan semasa aktiviti memotong rumput napier dengan jentera (Sila lihat foto disebelah).  Rumput napier yang subur dari ladang napier ini akan dipotong setiap 30 hari dengan menggunakan jentera trekter dan harvester setiap hari mengikut plot. Bila kerja memotong ini berjalan diladang, akan kelihatan beribu-ribu ekor burung walet berterbangan dikawasan belakang trekter harvester memakan serangga berterbangan. Aktiviti memotong rumput napier ini dijalankan setiap hari untuk diberikan kepada 5,000 ekor lembu tenusu didalam kandang. Ini bermakna burung-burung walet didalam rumah walet disini tidak perlu terbang berkauhan untuk mereka terbang mendapatkan makanan (Sila lihat foto paling bawah sekali). Sebaliknya mungkin penulis blog agak ada burung walet daripada pemilik rumah burung walet diluar sana yang turut datang mencari makanan diladang napier semasa mereka menuai rumput napier ini. Rumput napier yang dipotong akan dimasukkan kedalam trailer untuk dicincang halus sebelum diberi makan kepada lembu ternusu. Lembu yang diberikan dengan rumpur napier segar dan subur membolehkan lembu tenusu disini sangat sihat dan mampu menghasilkan susu segar yang berkualiti.


Bertanya mengenai isu dan masaalah gangguan dari musuh burung walet iaitu Burung Hantu (Tyto alba), pemiliknya nyatakan amat mudah dikawal. Dibahagian pinyu utama burung keluar-masuk dipasang dua perkara penting iaitu SPEAKER BUNYI WALET dan juga LAMPU 40Watt (Sila lihat foto disebelah). Lampu terang 40 watt ini dipasang dengan jarak 0.75 meter jaraknya dipintu masuk utama dan dikawal dengan alat Timer Eletrik. Lampu ini akan menyala dari jam 6.30 petang sehingga 6.00 pagi. Keadaan terang pada pintu ini menyebabkan burung hantu tidak berani masuk kedalamnya. Kawasan keliling yang lapang ini membolehkan burung hantu tiada tempat untuk bertenggek sebelum memasukki kawasan rumah walet seperti rumah dikawasan lain. Sehingga kini belum ada kes-kes serangan oleh burung hantu disini. Speaker twitter dipadang 3 unit di kiri dan kanan pintu serta bahagian atas pintu utama untuk mengeluarkan bunyi yang nyaring memanggil burung walet. Ia dipasang dengan timer dan berbunyi pada waktu siang sahaja. Penulis blog dapati rekabentuk rumah walet disini agak berlainan disesuaikan dengan kawasan lapang untuk membolehkan sarang dibina dengan cepat.


Semasa meneliti dibahagian dalam rumah walet, telah banyak sarang dibina dan proses penuaian telah dijalankan (Sila lihat foto disebelah). Aktiviti menuai sarang burung walet didalam rumah ini dilakukan mingguan atau sebulan sekali oleh pekerja mahir yang dilatih mengikut kesesuaian. Jenis Tangga aluminium digunakan untuk menuai sarang burung walet dan ia dipotong menggunakan pisau. Pekerja ini mempastikan sarang yang dituai ini akan diganti dengan sarang tiruan lain agak burung walet tersebut tidak lari. Pada masa ini penuaian sarang burung waley yang dituai sekitar 1.0 - 1.5 kg sebulan bergantung kepada cuaca dan juga persekitaran. Hasil lazimnya lebih tinggi dalam musim panas berbanding dengan pada musim hujan. Walau pun harga sarang burung mentah (Uncleaned Raw Bird Nest) ini tidak menentu tetapi disini harga dianggarkan sekitar RM3,500 - RM4,500 sekilogram. Aktiviti penternakan burung walet disini menunjukkan bahawa sarang burung walet adalah sumber kekayaan baru yang sesuai dimajukan di negara kita. Ia dijangka akan terub berkembang dimasa akan datang. Semuga pembaca blog anim agro technology mendapat info terbaik kali ini. Wasallam!!...
RUMAH BURUNG WALET... APA DIA...
DIKENINGAU... IA DIUBAHSUAI PULA...
TEKNOLOGI MUDAH...MUDAH DIJAGA...
BACA ARTIKEL... PENGALAMAN SAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 905, Hotel Juta,
Keningau, Sabah,
Malaysia.
(19 Syaaban 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...