KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, May 5, 2018

KHASIAT KELAPA WULUNG - HEBAT!!! (Part 1)

KELAPA WULUNG atau di Malaysia saya kenali dengan nama KELAPA TAMPUK MERAH (reddish coconut) ianya merupakan sejenis kelapa unik yang amat jarang kita jumpa dan sering dicari oleh pengamal perubatan tradisional. Kelapa ini memang dari kumpulan kelapa merah atau jingga (Cocos nucifera var rubescens) dipercayai mempunyai khasiat khusus dan didakwa mampu mengubati pelbagai penyakit seperti sakit paru-paru, membuang sihir dan menghalau jin yang sering menganggu. Saya ada menulis artikel berkaitan sebelum ini mengenai perkara ini (Sila klik disini). Penulis dalam membuat rujukkan mengenai tanaman kelapa sebenarnya mendapati secara akademiknya Kelapa memang boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu jenis Kelapa Tinggi (Tall variety) dan jenis Kelapa Renek (Dwarf Variety). Kelapa juga boleh kita dibahagikan mengikut warna iaitu secara kasarnya boleh dikelaskan dalam kategori Kelapa Hijau (C. veridis), Kelapa Merah (C. rubescens) dan juga jenis Kelapa Kuning (C. eburens). Bagi kita di Malaysia yang mana jumlah keluasan tanaman kelapa hanya tinggal 97,500 hektar sahaja pada 2014 memang agak sukar untuk dapat melihat kelapa merah ini berbanding dengan negara Filipina dan Indonesia. Buah Kelapa hijau mudah dijumpai dimana lazimnya ia mempunyai pokok yang tinggi dan buah yang kulitnya berwarna hijau semuanya. Buah kelapa hijau bersaiz besar dimana ia sering digunakan dalam masakkan. Airnya juga berkhasiat dan digunakan sebagai bahan untuk perubatan tradisional seperti sebagai air penawar racun, mengubati muntah-muntah dan juga kepala pening dan pelbagai kegunaan lagi. Kelapa Kuning pula kebanyakannya adalah dari jenis kelapa renek yang cepat berbuat dalam masa 3 tahun sahaja dimana ketinggian pokok sekitar 1.0 - 1.5 meter sahaja. Buah kelapa kuning lazimnya berbentuk bulat dan bersaiz kecil serta berwarna kuning dan digunakan sebagai kopra atau kegunaan lain. Artikel pada subuh jam 4.50 pagi Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kehebatan air kelapa wulung sebagai satu bahan untuk dijadikan rujukkan anda semua. 


Nama botani bagi buah kelapa biasa adalah Cocos nucifera kepada sesiapa yang tidak tahu buah kelapa. Kelapa merupakan jenis tanaman yang termasuk dalam kumpulan keluarga Arecaceae. Tanaman kelapa sering semulajadi terdapat di pinggir pantai sedangkan buah kelapa kini dijual dan  sangat mudah diperolehi dimana-mana sahaja. Penggunaan kelapa yang cukup banyak kini telah menyebabkan buah kelapa menpunyai nilai ekonomi yang lumayan tinggi sehinggakan Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan kelapa sebagai salah satu tanaman Sumber Kekayaan Baru Negara pada pembentangan Bajet 2018. Kini tanaman kelapa diberkan peruntukkan khas yang banyak untuk pembangunan. Kebanyakaan kelapa yang ditanam di Malaysia adalah dri jenis Kelapa Tinggi Malaya (Malayan Tall) dengan didaftarkan sebagai CN1. Kelapa lain yang ada ditanam adalah Kelapa Pandan (CN6), Kelapa Matag (CN13. CN14 dan CN15) serta beberapa kelapa renek (MRD , MYD dan MGD). Bagaimana pun jenis kelapa Hijau Tampuk Merah atau di Indonesia dikenali dengan nama Kelapa Hijau Jenis Wulung amat jarang dijumpai dinegara kita. Penulis blog membuat tinjauan untuk mendapatkan benih kelapa ini di Malaysia tetapi memang amat sukar. Bagaimana pun jika anda google akan menjumpai di Indonesia benih (Bibit) kelapa ini dijual lingkungan Rp80,000 - Rp95,000 (Sekitar RM30 - RM35) sepokok. Kepada mereka yang ingin membawa masuk benih kelapa ini untuk ditanam di Malaysia perlu mendapatkan permit import khas daripada Jabatan Pertanian dahulu. Ia sesuai ditanam di kawasan tanah pamah yang subur dan mengamalkan amalan agronomi seperti pengurusan tanaman kelapa sedia ada.


Walau pun kini belum ramai (mungkin belum ada) usahawan yang menanam kelapa wuung ini di Malaysia tetapi telah ada yang ingin menanamnya. Apa yang penting mereka perlu ada info apakah dia jenis kelapa yang paling banyak diminati iaitu kelapa wulung hijau. Air kelapa wulung ini didakwa mengandungi lebih banyak kehebatan dan juga manfaat dari kelapa biasa. Ia juga dijual dengan harga dari air kelapa hijau lebih mahal dibandingkan dengan air kelapa biasa. Air kelapa hijau sangat baik bila diberikan kepada kanak-kanak, remaja dan juga orang tua termasuk juga kepada ibu sedang hamil. Apa yang perlu adalah memetik buah kelapa daripada pokok yang matang (Sila lihat foto disebelah). Antara dakwaan khasiat kelapa wulung adalah dimana ia boleh menurunkan Berat Badan. Kini ramai dari wanita mula takut akan berat badan yang berlebihan. Kebanyakan wanita akan menjaga berat dengan serius asalkan mereka dapat berat badan ideal dan rela menempuh semua risiko termasuk meminum pelbagai produk ubatan kimia yang jelas akan menjadi beban untuk ginjal. Kesan sampingan yang mungkin timbul dari bahan ubatan kimia ini adalah kes-kes dimana meningkatnya jumlah toksin di dalam tubuhbadan. Mungkin harga ubat penurun berat badan itu sangat mahal dipasaran. Kini sebaiknya untuk jimat duit disyorkan meminum air kelapa wulung atau air kelapa hijau. Salah satu manfaat air kelapa hijau didakwa umum adalah ampu untuk menurunkan berat badan secara semulajadi. Ada laporan makmal dimana air kelapa hijau mempunyai kandungan lemak, kadar gula dan kalori yang rendah. Menggunakan air kelapa hijau sebagai ubat penurun berat badan tidak menimbulkan apa jua kesan sampingan. Sudah jelas bahwa air kelapa hijau jauh lebih baik untuk dijadikan ubat penurun berat badan bila dibanding ubat penurun berat badan produk kimia  Didakwa selain tidak menimbulkan kesan sampingan, air kelapa hijau juga lebih murah dan mudah didapati dipasaran Indonesia tetapi sukar di Malaysia.


Mungkin semua orang pernah atau ada mendengar dimana meminum air kelapa wulung ini mampu meneuteralkan bahan kandungan racun dalam tubuhbadan dengan berkesan (Sila anda lihat foto disebelah)Manfaat air kelapa hijau yang lain adalah didakwa boleh untuk membuang racun dalam tubuhbadan. Sudah sejak dahulu masyarakat mempercayai bahwa air kelapa hijau memang mampu atau ampuh menbuang racun yang terdapat di dalam tubuh. Kandungan Tanin dan Antidotum (anti racun) yang terdapat pada air kelapa hijau sangatlah tinggi. Air kelapa hijau juga mengandung enzim yang dapat mengurai sifat racun dalam tubuhbadan. Air kelapa ini juga mampu untuk menghilangkan msalah Dehidrasi (Dehydration). Banyak persamaan antara air kelapa hijau dengan cairan di dalam tubuhbadan kita. Selain itu kandungan Elektrolit dalam air kelapa hijau sangatlah tinggi didakwa air kelapa hijau yang memiliki kandungan elektrolit yang sangat tinggi dapat menggantikan cairan yang hilang di dalam tubuh kita ketika kita sedang bersukan. Kelapa hijau wulung juga kaya dengan kandungan potassium yang berguna untuk menjaga tekanan air dalam sel dan di dalam darah. Selain itu didakwa air kelapa hijau sangat mudah diserap dalam sistem tubuh badan. Perkara inilah yang menjadi alesan mengapa air kelapa hijau dapat menghilangkan dehidrasi dalam tubuh. Sila baca sambungan artikel ini dalam Part 2 untuk mendapat info lengkap mengenai kehebatan khasiat Kelapa Hijau atau Kelapa Wulung ini dalam bloh anim agro technology. Wasallm!!!...
KELAPA WULUNG... HEBAT KHASIATNYA...
KELAPA MERAH... ITU NAMA LAINNYA....
MEMBUANG RACUN...TAMBAH TENAGA...
CUBA BELI BENIH... TANAM DI MALAYSIA ..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria, Bandar BAru UDA,
Johor BAhru, Johor,
Malaysia.
(10 Mac 2018).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...