KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, May 11, 2018

BENIH PISANG - JANGAN SEMBERONO BAKA

BENIH PISANG (Musa sp.) adalah bahan asas tanaman pisang yang perlu disediakan sebelum penanaman pisang dijalankan. Terdapat banyak cara dan sumber untuk kita menyediakan benih pisang berkualiti. Benih pisang berkualiti adalah benih yang subur (vigorous), Sihat, Saiz yang betul, sumber yang sah, bebas penyakit dan perosak serta varieti yang disyorkan. Penyediaan benih pisang dahulu secara konvensional adalah dengan mengambil snak sulur pisang daripada pokok induk yang dikenalpasti (Sila anda lihat foto diatas). Pokok pisang dewasa mampu menghasilkan beberapa sulut anak pisang bergantung kepada varieti dan juga amal penjagaannya. Ada pokok pisang dewasa mampu menghasilkan banuak anak pokok pisang dan banyak juga yang hanya sedikit hasilkan benih pisang. Bagaimana pun serangan beberapa penyakit dan perosak pada tanaman pisang seperti Penyekit Moko disebabkan oleh bakteria dikenali dengan Ralstonia solanacerum menyebabkan kaesah ini semakin kurang dljadikan punca benih pisang. Kesan dari penyakit ini menyebabkan industri penanaman pisang dalam negara terjejas teruk akibat buah pisang yang rosak dan anakbenih tidak boleh digunakan sebagai bahan tanaman. Salah satu alternatif terbaik didalam mengatasi masaalah ini adalah dengan menggunakan anakbenih kultur Tisu atau TC (Tissue culture planting material) yang mana ia dikeluarkan oleh banyak makmal dan pembekal tempatan bertauliah. Benih TC ini didakwa mudah didapati dengan harga yang juga munasabah dan didakwa bebas daripada bakteria penyebab kerosakan oleh Penyakit Moko. Ramai petani kini menggunakan benih TC pisang seperti Pisang Berangan, Pisang Cavendish, Pisang Tanduk dan beberapa lagi dengan lebih menyakinkan. Semakin kurang juga petani yang akan menggunakan anakbenih pisang dari pokok induk yang belum disahkan bebas penyakit. Artike malam ini dari Bilik Aras 13 Hotel Alora, Alor Setar, Kedah, saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta dan info mengenai baka benih pisang untuk dijadikan bahan tanaman serta bahan untuk rujukkan atau bahan bacaan anda semua.


Dalam membuat tinjauan mengenai benih pisang, penulis blog ada menemui satu artikel dari akhbar Harian Metro yang menarik untuk saya kupas semula mengikut kepakaran penulis. Akhbar tersebut dengan tajuk "Usah semberono biak benih pisang" merupakan satu temuan berkaitan dengan benih pisang. Pada saya kini penggunaan benih pisang TC lebih meluas dan ia dipercayai oleh petani yang ingin mula menanam pisang. Kini teknologi penghasilan pokok pisang menerusi kaedah in-vitro atau tisu kultur bagi pembiakan tanaman itu perlu menerusi beberapa proses penting bagi mendapatkan hasil yang baik. Teknik penghasilan benih daripada tisu tumbuhan menggunakan medium nutrien ini mampu menghasilkan benih yang sama dengan pokok asalnya. Ia termasuk proses pemilihan tanaman, penyediaan bahan induk, penyediaan kultur disteril, penggandaan tunas, proses pengakaran dan pengalihan ke dalam beg semaian sebelum ditanam di ladang. Bahan tanaman iaitu sulur akan diambil daripada ladang dan diproses dalam makmal. Kebiasaannya sulur pedang akan digunakan kerana proses pembiakan dan pertumbuhannya lebih pantas. Pada masa penulis mendapatkan info dimaklumkan MARDI menjalankan penyelidikan dan pembangunan (RnD) teknologi tisu kultur khususnya bagi tanaman pisang. Sebenarnya terdapat lebih dari 25 makmal pengeluar benih pisang TC diseluruh negara dimana sebahagian darinya telah mendapat pengiktirafan dari Jabatan Pertanian dan SIRIM.


Pembiakan benih pisang dengan kaedah TC meripakan satu proses yang perlukan kemahiran tinggi, peralatan makmal yang baik dan pokok induk pisang untuk dibiakkan yang dikenalasti.  Seorang saintis MARDI iaitu Pn Jaliyah beru-baru ini telah berjaya menunjukkan kaedah tisu kultur bagi menghasilkan tanaman pisang (Sila lihat foto disebelah). Kini dengan adanya teknologi tisu kultur maka setiap sulur pisang mampu mengeluarkan sehingga 2,000 anak benih secara berterusan dan mengambil masa yang lebih singkat untuk mendapatkan hasil tuaian. Pada masa ini beberapa varieti yang dijadikan bahan tanaman pisang terpopular  terdiri dari  Pisang Tanduk, Pisang Berangan, Pisang Emas dan Pisang Nangka. Kesemua varieti ini disukai petani kerana ia mempunyai pasaran yang baik. memang teknologi penyediaan benih TC jauh berbeza dengan mendapatkan benih secara konvensional. Ini kerana  apabila setiap pokok pisang matang hanya mampu untuk menghasilkan sebanyak lima hingga 10 sulur saja untuk tanaman seterusnya dan mengambil masa hingga sembilan hingga 10 bulan untuk dituai. 


Daripada rujukkan sumber dengan Pusat Benih MARDI di Serdang mendapati pada tahun 2015 sebanyak 60,000 anak pokok pisang dihasilkan sementara pada 2016 berlaku jumlah pengeluaran yang  semakin meningkat hingga mencecah 70,000 anak pokok. Setiap anak pokok pisang dijual dengan harga RM2 sahaja sementara platlet pula dijual pada RM1.50. Foto disebelah menunjukkan anakbenih pisang yang sudah berakar. Proses tisu kultur melalui sulur akan disteril dengan bahan seperti  pembasmi kuman dan juga air suling selama 45 minit. Ia kemudian dijalankan proses pemotongan eksplan dilakukan dan diletakkan dalam medium pertumbuhan (growth media) yang mengandungi nutrien serta hormon untuk tujuan pembiakan. Selepas disimpan selama 45 hari dalam bilik tumbesaran pada suhu antara 24 hingga 28 darjah Celsius maka ia akan menghasilkan akar dan mengeluarkan tunas (Sila lihat foto disebelah)Tunas ini kemudian akan terus dipindahkan ke dalam medium baru bagi tujuan pembiakan seterusnya sebelum melalui proses pengakaran. Kemudian bagi bagi proses pengakaran maka setiap tunas atau platlet yang mencapai ketinggian yang ditetapkan akan diasingkan dan dipindahkan ke dalam beg semaian yang mengandungi medium campuran.


Lazimnya selepas enam hingga lapan minggu, anak pokok pisang berkenaan akan mencapai ketinggian dan kriteria yang ditetapkan sebelum dijual atau dipindahkan ke ladang (Sila lihat foto disebelah). Diantara perbezaan antara pokok pisang yang dihasilkan secara tisu kultur dengan kaedah konvensional ialah benihnya akan tumbuh seragam atau sekata dan berbuah dalam tempoh yang sama. Bagaimana pun tarikh menanam, amalan agronomi diladang dan penjagaan mesti sama untuk pokok pisang ini. Penyediaan sistem saluran, pemberian baja, membuang anak sulur yang tidak dikehendakki dan membuat sanitasi ladang pisang penting dilakukan. Jarak tanaman pisang berlainan bergantung kepada varisti dan kesesuaian kawasan. Kawasan berbukit yang ada tiupan angin kencang tidak digalakkan ditanam pisang kerana tiupan kuat menyebabkan daun pisang pecah dan kurang produktif. Benih yang baik perlu ditanam dengan jarak betul mengikut varieti dan juga kesesuaian proses penjagaan dikebun. Perkara ini sekali gus dijngka akan dapat memudahkan petani untuk menuai hasil selain kualiti buah yang lebih terjamin dari segi kualiti dan selamat untuk dimakan. Benih Pisang kini lebih dimainkan peranannya oleh makmal dan nurseri swasta serta jarang dirujuk. Semuga tulisan malam ini telah memberikan ingo berguna kepada pembaca anim agro technology semua, Wasallam !!!..
MENANAM PISANG.... SATU USAHA...
BENIH KULTUR TISU... BANYAKNYA...
POKOK SERAGAM...SENANG DIJAGA...
TANAM PISANG ...BERBUAH SAHAJA...

By,
Mohd Anim,

Senior Agronomist,
Room 1302, Hotel Grand Alora, 
Alor Setar, Kedah, 
MALAYSIA.
(19 Syaaban 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...