Support My Blog

Friday, November 27, 2015

KATAK BAWAH TEMPURUNG


SEPERTI KATAK BAWAH TEMPURUNG merupakan satu peribahasa lama yang masih digunakan dan relevan sehingga masa ini. Peribahasa ini rnembawa maksud "Orang yang tidak mengetahui apa yang berlaku di sekelilingnya". Peribahasa ini amat berguna dan bermakna kerana ia juga membawa maksud orang seperti ini tidak mengetahui kejadian yang berlaku di sekelilingnya. Maka jadilah seperti seekor katak yang berada di bawah tempurung yang tidak tahu apa yang berlaku di luar tempurung tersebut. Ia seolah-olah terkurung dan tidak dapat rnembezakan keadaan di dalam dan di luar. Katak merupakan haiwan dua alam yang makan serangga dengan lidahnya yang melekit dan panjang. Ia mendiami kawasan lembab dan gelap dimana terdapat serangga untuk dijadikan makanan. Katak juga mempunyai tabiat untuk duduk dalam bekas seperti baldi atau tempurung kelapa sebagai tempat kediaman. Tetapi tempurung kelapa didalamnya gelap gelita dimana katak tidak mampu melihat apa yang berlaku diluar. Tahu-tahu banjir atau berlaku kes kebakaran menyebabkan katak tersebut tidak sempat untuk menyelamatkan dirinya. Ini amat malang bagi katak tersebut yang tidak mengambil tahu perkara-perkara yang berlaku disekelilingnya. Peribahasa ini memang sesuai didalam masyarakat kita seharian dimana dialam kawasan taman perumahan perlu diadakan 'wasap group' agar semua penduduk dalam taman akan dapat berita dalam beberapa saat sahaja melalui wasap (WhatApps). Perkara seperti kecurian, kehilangan kucing, pencerobohan, majlis kenduri, rakan balik kampong dan sebagainya akan diketahui oleh semua penduduk taman.  Kalau ini berlaku maka kita semua akan terlepas dari peribahasa 'katak bawah tempurung'. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai katak dan industri menternak katak untuk bacaan dan rujukkan anda.

KATAK (Frogs) merupakan sejenis haiwan amfibia yang mudah kita jumpai dikawasan lembab di dalam hutan, belukar, keliling rumah dan tepi parit. Katak merupakan haiwan unik kerana ia mempunyai pergerakan 'Melompat' yang dahulunya digelar Salientia. Katak dewasa apa yang saya lihat mempunyai kaki belakang yang panjang, badan yang pendek, jari berselaput, mata terjojol keluar dan tidak berekor. Kebanyakan katak mempunyai kitaran hidup berperingkat daripada peringkat telur, berudu, anak katak sehingga peringkat dewasa dalam masa tertentu bergantung kepada spesis katak. Katak juga mudah bergerak di daratan dengan melompat atau memanjat atau pandai berenang didalam air. Katak dewasa juga merupakan haiwan pemangsa maging yang gemar memakan haiwan artropod iaitu terutamanya serangga, annelid dan gastropod. Katak paling dikenali dengan bunyi menguaknya yang boleh kedengaran tanpa kira siang atau malam terutamanya ketika musim mengawan. Katak boleh didapati dari kawasan tropika hingga ke kawasan sejuk subartik walau pun kebanyakan spesis katak terdapat di hutan hujan tropika. Katak merupakan antara kumpulan vertebrata yang paling banyak kepelbagaian melibatkan lebih 5,000 spesis yang dikenali. Walau pun mendengar namanya ramai akan rasa 'Geli Geleman', kini terdapat beberapa spesis katak yang diternak dan dimakan oleh sesetengah manusia sebagai makanan eksotik.

Sistem atau teknologi pembiakan katak untuk mendapatkan baka bagi tujuan ternakan adalah proses semulajadi. Induk katak jantan dan katak betina yang sudah dipisahkan sepanjang 1-2 hari dikumpulkan di kolam mengawan (Lihat foto sebelah). Pastikan tidak ada ikan liar dalam kolam ini kerana ia akan mengganggu hasil pembiakan katak. Perlu juga diperhatikan agar telur-telur katak yang berada didalam air juga tidak keluar melalui saluran air keluar dari kolam. Lazimnya waktu mengawan paling sesuai bagi katak saya lihat pada waktu petang atau pagi dimana suhu pada ketika itu adalah rendah. Sebaiknya bagi tujuan untuk membantu katak untuk mengawan, kita buat hujan tiruan dengan sistem renjisan air menggunakan alatan khas mudah. Mengalakan katak untuk mengawan dapat dijalankan dengan sistem 'hypofisasion' dimana ekstrak kelenjar 'hipofisa' untuk merangsang katak supaya mengawan pada waktu yang kita kehendaki. Cara ini kita dapat membanyakkan pembenihan, mengurangkan kadar kematian, merawat telur-telur katak yang sudah senyawa didalam kawasan khas. Penyuntikan pada katak betina lazimnya pada bahagian punggung, rongga perut atau bahagian kepala. Cara menyuntik pada rongga perut banyak dipilih keran cara ini paling mudah dilakukan.

Katak boleh dituai untuk dipasarkan apabila mencapai piawaian. Penternak katak mensasarkan daging katak (Lihat foto sebelah) sebagai pendapatan utama untuk dijual atau boleh makan sendiri. Bagaimana pun kini terdapat maklumat bahawa air kumbahan katak bleh digunakan untuk dijadikan 'Silaj'. Caranya dengan penambahan bahan Propionat dan Asid formiat dengan bahan buangan seperti jerami atau batang jagung yang disusn dalam bekas membuat silaj yang dicampur air tersebut. Ia disimpan selama 2 bulan sehingga silaj tersebut sesuai untuk diberikan kepada ternakan seperti lembu, kambing dan sebagainya. Proses pembuatan silaj ini akan dapat membantu meningkatkan pendapatan pengusaha katak. Katak yang tidak dapat dijual perlu disimpan untuk boleh diambil hiphofisanya untuk proses pembiakan katak selanjutnya. katak yang hendak dijual dikumpulkan dalam kolam khas yang selamat dan ia sebaiknya dilapah dan dibuang kulitnya sehingga dipek dalam bungkusan daging katak yang menarik (Sila lihat foto diatas). Saya kurang pasti harga kualan daging katak di pasaran Malaysia kerana ia hanya dijual oleh orang tertentu sahaja.

Makan katak sebagai menu harian mampu menjadikan kulit mereka lebih cantik dan licin. Disebabkan kadar permintaannya yang tinggi, telah mendorong Tong Lek a/k Eko, 49, masyarakat keturunan Siam di Tumpat menjalankan penternakan katak.Penternakan katak yang dijalankan sejak 15 tahun di sekitar rumahnya itu semata-mata memenuhi permintaan masyarakat Cina. "Sehingga kini saya mempunyai 29,000 ekor katak daripada spesies kacukan Siam dan Kelantan. "Tetap masih tidak cukup untuk memenuhi kesemua permintaan pelanggan kerana terlalu tinggi," katanya. Menurutnya, permintaan ini meningkat menjelang musim perayaan. Beliau berkata, sesetengah masyarakat Cina tidak melupakan katak sebagai satu daripada menu ketika malam makan besar menjelang sambutan Tahun Baru Cina setiap tahun. Tong Lek berkata, penternakan katak itu sememangnya mampu memberi rezeki lebih untuk beliau menyara kehidupan kerana pulangannya dikatakan amat lumayan. Beliau yang memulakan penternakannya bermodalkan wang sejumlah RM15,000 seketika dahulu itu kini mampu tersenyum puas. "Mungkin kerana tidak ramai yang ternak katak dan permintaannya tinggi, sebab itulah dalam sehari saya mampu memperoleh pendapatan mencecah hingga RM300," katanya. Setiap hari beliau mampu menjual sebanyak 30 hingga 40 kilogram sehari. Secara purata, Tong Lek mampu memperoleh pendapatan mencecah RM9,000 sebulan hasil jualan katak-kataknya. Menurut Tong Lek, selain memberi pendapatan lumayan, katak yang tidak rumit diternak mendorong beliau meneruskan penternakan katak. Setakat ini beliau mempunyai 11 buah kolam menternak katak di sekitar rumahnya. Katak-katak ternakannnya hanya diberi makanan berupa dedak ikan keli. Dedak ikan keli itu diberi tiga kali sehari selama 100 hari. "Cukup 100 hari atau tiga bulan, katak-katak itu sudah boleh dijual," katanya. Tong Lek, yang menjual katak pada harga RM17 sekilogram berkata, kebanyakan pelanggannya terdiri daripada individu dan pengusaha restoran di sekitar Kota Baharu. Kebanyakan pelanggan menggemari katak kerana isinya yang lemak manis. Malah, kaum Cina mempelbagaikan resipi masakan katak dengan cara tersendiri. Ada yang gemar menjadikan katak sebagai sup, menggoreng dengan pelbagai cara masakan lain. Seorang jurujual di Kuantan, Mok, 40, berkata, katak paling sedap dinikmati apabila dimasak bubur. "Bubur katak paling sedap, masak bersama nasi, sangat enak," katanya. Diharap artikel ini memberikan info mengenai katak dan industri menternak katak selaras dengan peribahasa katak dibawah tempurung tetapi rupanya boleh dikomersilkan. Wasallam!.
KATAK... DIBAWAH TEMPURUNG...
TIDAK NAMPAK... TERKURUNG...
TERNAK KATAK... ADA UNTUNG...
TULIS ARTIKEL...IDEA GANTUNG..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(13 Safar 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...