Support My Blog

Sunday, November 15, 2015

SEPERTI ANJING DENGAN KUCING

Peribahasa SEPERTI ANJING DENGAN KUCING adalah satu peribahasa atau satu bidalan yang sering digunakan dikalangan orang kita. Bidalan ini digunakan dalam bahasa percakapan (verbal) atau pun dalam penulisan pada akhbar, atrikel atau pun media elektronik. Rasanya peribahasa ini adalah mendudukki 'top 10' dalam penggunaan jenis bidalan seharian di Malaysia. Dalam Kamus Dewan menyatakan peribahasa 'Seperti anjing dengan kucing' memberi makna iaitu 'Ayat yang digunakan untuk menggambarkan dua orang yang saling berkelahi bila berjumpa dan susah untuk mereka berdamai'. Paling ketara perkara ini berlaku seperti didalam senario politik dan juga masyarakat setempat yang berkaitan dengannya. Persoalannya apakah sebab anjing selalu 'bertengkar' dengan kucing?. Apakah benar mereka bertengkar dimasa dulu tetapi tidak sekarang?. Adakah kerana anjing adalah haiwan najis berat bagi orang Islam dan kucing merupakan haiwan kesayangan peliharaan manusia?. Foto diatas menunjukkan bagaimana seekor kucing sedang berdepan dengan seekor anjing yang masing-masing tidak mahu kalah. Kalau dilihat dengan teliti kucing yang berdiri membengkok bermakna ia sudah bersedia untuk menyerang anjing dan sebaliknya. Kedua-dua haiwan ini diperlihara oleh manusia dengan fungsi dan tugas yang berbeza. Anjing dipelihara lazimnya ditugaskan sebagai 'pengawal' atau penjaga yang taat dengan kawasan jagaan dia begitu juga dengan kucing. Pertembungan diantara dua jenis haiwan ini selalunya mengenai kawasan teritori ini mungkin boleh menyebabkan mereka sering 'tidak sebulu'. Pantang berjumpa maka mereka akan berbunyi dengan menyalak atau mengiau dengan kuat dan seterusnya kejar mengejar berlaku. Siapa kejar siapa juga bergantung kepada banyak faktor. Kalau mengikut saiznya dikira anjing lebih besar dan sepatutnya menang tetapi kadang-kadang tidak begitu. Memang tepat peribahasa ini digunakan selalu kerana dalam dunia manusia kedua jenis orang yang punya sikapnya macam anjing dan kucing memang ujud. Mereka akan sentiasa bertengkar tanpa mengira kesannya. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai anjing dan kucing dari segi ilmiah sekadar disesuaikan dengan peribahasa diatas.


Kucing adalah haiwan domestik atau kucing rumah (Felis silvestris catus atau Felis catus) adalah sejenis mamalia karnivora dari keluarga Felidae. Kucing telah bersama dengan kehidupan manusia paling tidak sejak 6,000 tahun sebelum masihi lagi. Sejak zaman kuno lagi memang kucing digunakan oleh manusia untuk menjauhkan dari tikus atau haiwan yang mencuri hasil pertanian seperti bijirin (padi) selepas menuai hasil dalam kepok padi. Pada masa ini kucing adalah salah satu jenis haiwan peliharaan paling popular dikalangan haiwan kesayangan di dunia. Beberapa jenis kucing yang kini didakwa mempunyai keaslian (pure breed) seperti Kucing Parsi dan Kucing Siam menjadi haiwan peliharaan yang ekslusif. Pembiakkan kucing sering dilakukan oleh pakar-pakar untuk menjadikan ia jenis yang berharga. Secara semulajadi aktiviti untuk pembiakan kucing menyebabkan hanya ujud beberapa kombinasi kucing khusus atau kucing tempatan yang hampir sama. Kucing kacukan dan pilihan untuk biakbaka hanya 1% dari seluruh populasi jenis kucing di dunia. Bakinya adalah kucing dengan keturunan campuran seperti kucing liar atau kucing kampung. Kucing peliharaan atau kucing rumah adalah salah satu haiwan jenis predator (Pemangsa) yang terhebat di dunia. Kucing yang banyak memang boleh membunuh atau memakan beberapa ribu ekor haiwan seperti tikus dan sebagainya. Kajian yang telah dijalankan ada menyatakan bagi spesis kucing besar ia biasanya makan kurang dari 100 ekor mangsa seperti tikus. Oleh kerana saiz kucing adalah kebanyakannya kecil maka kucing tidak begitu merbahaya bagi manusia. Satu-satunya bahaya yang boleh belaku adalah kemungkinan terjadinya wabak rabies akibat gigitan kucing. Dikatakaan juga kesan cakaran dari kuku kucing yang sangat perit, pedih dan menyakitkan.

Kucing boleh membunuh tikus dengan cara memburu dan mengigitnya. Kucing Liar memburu menyerang dan melumpuhkan mangsa dengan cara yang sama seperti kaedah serangan oleh singa dan harimau. Kucing akan menggigit leher mangsa dengan gigi taring yang tajam sehingga melukai saraf tulang belakang atau menyebabkan mangsa kehabisan napas dengan cara merosakkan bahagian tengkorok. Lazimnya kucing kampung menangkap seekor tikus rumah (Rattus rattus diardii) yang berkeliaran didalam rumah. Kucing dianggap sebagai haiwan "carnivore yang sempurna" dengan mempunyai gigi dan saluran pencernaan yang khusus. Gigi tajam premolar dan molar pertama membentuk sepasang taring di setiap sisi mulut yang bekerja efektif seperti gunting untuk merobek daging. Meskipun ciri ini juga terdapat pada famili Canidae seperti anjing akan tetapi ciri ini berkembang lebih baik pada kucing. Kucing hampir tidak makan apapun yang berasaskan kepada tumbuhan. Beruang dan anjing kadang-kadang akan memakan buah, akar atau madu sebagai suplemen. Haiwan kucing hanya memakan daging dimana biasanya buruan segar. Walau pun kucing memiliki reputasi sebagai haiwan hidup sendiri tetapi kucing biasanya dapat membentuk koloni liar tetapi tidak menyerang dalam kelompok seperti singa. Setiap ekor kucing memiliki kawasannya sendiri dan selalu terdapat kawasan 'neutral' dimana semua kucing dapat saling mengawasi atau bertemu tanpa adanya konflik teritorial atau agresif.

Kucing yang sedang berkelahi lazimnya akan menegakkan rambut tubuh dan melengkungkan punggung agar mereka tampak lebih besar. Serangan biasanya terdiri dari tamparan di bahagian wajah dan tubuh dengan kaki depan yang kadang disertai gigitan. Luka serius pada kucing akibat perkelahian jarang terjadi disebabkan pihak yang kalah biasanya akan lari setelah mengalami beberapa luka di wajah. Kucing jantan yang aktif biasanya sering terlibat banyak perkelahian sepanjang hidupnya. Walau pun perkara ini seperti luka di bahagian wajah pada hidung atau telinga. Kucing betina kadang kala juga terlibat perkelahian untuk melindungi anak-anaknya bahkan kucing steril pun akan mempertahankan teritorinnya kecilnya dengan gigih. Najis dan kekotorannya kucing biasanya kering dan kucing lebih suka menanamnya di tempat berpasir. Kucing tidak tahan terhadap kabus sejuk, hujan dan salji dan berusaha mempertahankan suhu tubuh normalnya sekitar 39°C. Tidak apalah artikel ini banyak berkongsi maklumat mengenai kucing dan kurang menyentuh anjing. Peribahasa ini boleh terus digunakan setiap masa dikalangan masyarakat. Dalami makna seperti kucing dengan anjing ini sebagai panduan. ..
Wasallam!..
SEPERTI KUCING...DENGAN ANJING...
PANTANG JUMPA...AKAN BERSAING...
SELALU BERTENGKAR...JADI BORING...
PANDUAN HIDUP...TEKAK TAK KERING..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 705, Hotel Concorde,
Shah Alam, Selangor,
Malaysia.
(21 Muharam 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...