KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, May 3, 2013

MANGGIS - GAMOSIS

Manggis (Garcinia mangostana) merupakan sejenis buah-buahan tropika dari keluarga Clusiaceae yang mempunyai masaalah GUMOSIS iaitu satu masaalah berkaitan kualiti buah. Manggis dipercayai berasal dari negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan sebagainya. Di Malaysia tanaman manggis diusahakan secara tradisional semenjak dahulu dan ditanam bercampur dengan durian, rambutan, duku dan pokok dusun lain. Jabatan Pertanian merekodkan seluas 7,414 hektar (2006) kawasan tanaman manggis di Malayisa dengan pengeluaran 28,900 metrik telah menurun kepada seluas 7,390 hektar pada tahun 2012 dengan pengeluaran sebanyak 28,350 metrik tan. Negeri Perak, Pahang, Selangor dan Johor merupakan negeri yang banyak menenam pokok manggis selain daripada Pahang. Daerah Batang Padang di Perak menanam paling luas tanaman manggis (340 ha) diikuti Daerah Hulu langat Selangor (300 ha) dan Daerah Segamat , Johor (288 ha). Artikel malam Isnin ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai masaalah Gamosis pada buah manggis untuk bacaan dan pengetahuan pembaca semua berdasarkan banyak rujukkan.

Pokok manggis adalah dari tumbuhan saka yang mampu mencapai ketinggian sehingga 7-25 meter dan mempunyai batang kayu yang keras. Pokok manggis adalah dari jenis pokok yang lambat tumbuh dan berbanding dengan tumbuhan lain seperti durian, rambutan, jambu batu dan sebagainya. Anak benih yang ditanam tumbuh sangat perlahan iaitu beberapa centimeter sahaja dalam satu bulan. Daun manggis berwarna hijau gelap dan tebal. Dahannya dari kayu keras dan mengeluarkan bunga di hujung atau di bahagian pucuk. Bunga manggis berwarna putih hijau dan terletak di hujung tunas. Akar tunjang pokok manggis agak kuat dan kukuh. Buah manggis berwarna hijau ketika muda dan bertukar kepada ungu coklat gelap apabila sudah masak. Buah manggis mempunyai 4-5 kelopak berwarna hijau dibahagian atas dan kelopak kecil2 dibahagian bawah buah. Isi buah manggis berwarna putih dan berbiji. Kulit manggis adalah tebal lingkungan 0.5-1.0 cm dan mengeluarkan cecair ungu bila di perah. Biji manggis berwarna coklat dan lembut.

Masaalah Gamosis pada manggis bukan sejenis penyakit yang berpunca dari Kulat atau Bakteria. Gamosis adalah keadaan dimana apabila pokok manggis mengeluarkan sejenis gam atau getah berwarna KUNING yang boleh merosakkan dahan dan buah manggis. Buah yang rosak juga mengeluarkan gam dimana buah akan menjadi keras dan isinya berasa PAHIT. Saya beberapa kali terjuma buah manggis yang ada masaalah gamosis ketika membuat lawatan kekebun petani di Daerah Segamat, Johor dahulu. Daripada kajian dan temubual dengan petani, kejadian gamosis ini berlaku apabila dahan atau buah tercedera akibat tersebtuh secara mekanikal. Angin kencang adalah yang menyebabkan buah muda tersentuh dengan sendiri. Masaalah ini lebih ketara apabila getah kuning terda[at didalam buah yang matang. Apa yang saya perhatikan, gam ini kadang-kadang tidak kelihatan pada  kulit buah yang nampak elok sahaja. Buah yang rosak tidak sesuai untuk dijual dan kualitinya adalah 'reject quality'.

Dalam membuat banyak rujukkan, saya belum jumpa kaedah untuk mengurangkan masaalah gamosis. Saya fikir dengan menjaga tanaman manggis pada tahap kesuburan yang betul dengan memberikan baja yang cukup dan membuat cantasan mungkin boleh mengurangkan gamosis. Walau pun belum ada kajian khusus penyebab dan punca masaalah gamosis, kaedah petani memetik buah yang masak lebih awal juga mampu mengurangkan kerosakkan akibat gamosis. Dahan dan batang perli diperiksa daripada tanda serangan getah kuning yang mungkin keluar. Sebaiknya buah yang hampir matang perlu dipetik dengan peralatan khas agar tidak jatuh ketanah. Buah manggis yang jatuh ketanah akan rosak dan mungkin juga akan berlaku masaalah gamosis (secondary effect). Bagaimana pun kawalan terperinci dan saintifik belum ada kaedah kawalan yang telah ditulis oleh mana-mana penyelidik. 

BUAH MANGGIS... BUAH TEMPATAN...
KINI DIEKSPOT...TEH BERTAN-TAN...
MASALAH GAMOSIS...PERLI SIASATAN...
PILIHAN TEPAT... KUALITI DIPASTIKAN...

By,
M Anem
Agronomist
Pulau Gadong Agriculture Station
Melaka, Malaysia.
(28 JamadilAwal 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...