KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, May 2, 2013

MENYEDIAKAN PELAN TINDAKAN PENGEMBANGAN

Program pengembangan pertanian merupakan satu aktiviti untuk menyampaikan teknologi pertanian kepada petani-petani dengan sistem yang terancang. Didalam aktiviti tersebut semua agen pengembangan perlu menyediakan satu pelan perancangan yang tersusun dalam sistem penyampaian mereka. Pelan Tindakan Program Sistem Pengembangan haruslah yang terancang dan objektif. Berasaskan kepada alat pengurusan yang popular digunakan oleh ramai pakar pengurusan, Teknik seperti  Plan - Do - Check - Action (PDCA), sesuai digunakan untuk membuat pelan perancangan. Hanya perancangan yang baik dan aktiviti pengembangan serta perlaksanaan yang baik akan menghasilkan keberkesananan sistem penyampaian dalam aktiviti pengembangan pertanian. Artikel malam Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai cara mudah untuk menyediakan Pelan Tindakan Pengembangan bagi agen-agen yang terlibat pengembangan.



Jadual 1 menerangkan tindakan-tindakan yang wajar dibuat dengan berkesan dan dilakukan secara satu kitaran yang berterusan melibatkan empat (4) langkah iaitu: 


Langkah 1. Pengamatan Persekitaran



 Langkah 2. Perancangan Plan 





Langkah 3. Pelaksanaan Plan 





Langkah 4. Penyemakan dan Penilaian Plan 





Pelan tindakan yang berkesan wajar berteraskan kepada keperluan golongan sasar pertanian dan perkhidmatan pengembangan yang berskima. Pendekatan ini akan memudahkan proses penyampaian perkhidmatan. Isu atau masalah yang dihadapi hendaklah ditangani melalui proses konsultasi dan kolaborasi yang berterusan. 



Elemen penting dalam perancangan dan penilaian projek adalah berdasarkan kepada matrik logik. Dalam analisa ini dinyatakan dengan jelas akan INPUT, OUTPUT dan OUTCOME kepada sistem pengembangan pertanian.



Jika dilihat dalam kitaran matriks logik pula, elemen penting dalam penyediaan pelan perlu mengaitkan rumusan analisis persekitaran bagi menentukan objektif dan aktiviti bagi menghasilkan output dan outcome yang dikehendaki (Jadual 2). Apabila perancangan disiapkan, semua agen pengembangan boleh menjalankan aktiviti menyampaikan teknologi pertanian kepada pelanggan seperti yang dirancang. Walau pun negara menuju kearah negara maju dan moden, aktiviti pengembangan akan terus relevant terutama dalam mempastikan petani di Malaysia akan sentiasa mendapat bekalan makanan yang mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan. Wasallam!

PELAN PENGEMBANGAN...MACAMANA...
ADA 4 LANGKAH... PERSEKITARAN MULA...
RANCANG PELAN...AKTIVITI DIRANGKA...
OUTPUT OUTCOME... DINILAI SEMUA...

By,
M Anem
Senior Extension Officer
Dept of Agriculture
Putrajaya
Malaysia
(25 JamadilAkhir 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...