Pokok Kelulut merupakan pokok renek yang tumbuh menegak dengan ketinggian antara 0.4 - 1.0 meter bergantung kepada spesis. Pokok ini mempunyai banyak cabang dengan mempunyai daun berwarna hijau yang mempunyai lekuk (Lobed). Susunan daun adalah bertentangan dengan tangkai daun agak panjang. Bentuk daun kelulut di negara kita adalah berukuran 6 - 10 cm panjang dengan agak sedikit kasar atau berbulu. Bunga kelulut amat menarik dengan warna kelopak bunga merah keputihan dimana ia mempunyai 5 kelopak (Sila lihat foto disebelah). Sekali pandang dari hadapan ia seperti bunga raya tetapi saizya kecil sekitar 1.2- 3.0 cm dengan pistil yang jelas kelihatan. Serangga dan angin membantu didalam proses pendebungaan. Buah kelulut berada didalam 'KAPSUL' dengan ia berwarna hijau ketika muda dan akan bertukar kepada warna coklat gelap apabila matang. Kulit luar kapsul lazimnya mempunyai bulu atau duri yang tajam dan keras apabila matang kerana ia melekat pada pakaian fabrik dan bulu binatang. DIdalam kapsul pula mengandungi bijii benih kelulut yang bercambah apabila jatuh diatas tanah yang sesuai.
Pokok kelulut boleh tumbuh dalam pelbagai jenis tanah seperti tanah mineral, tanah gambut, tanah liat, tanah berpasir malahan dikawasan tanah bris. Kemampuannya untuk hidup lama dikawasan tanah kurang subur kerana akar pokok ini adalah agak panjang masuk dalam tanah. Daun pokok ini apabila dikutip dan dilumatkan dengan tangan akan menghasilkan lendir dan berbau busuk (Orang Jawa kata bau 'Langu'). Tumbuhan ini adalah dianggap sebagai rumpai kepada pekebun kerana jika ia tumbuh dengan banyak disuatu kawasan akan menyebabkan tanaman yang kita usahakan akan tewas. Saya juga dapati yang haiwan ternakan seperti lembu dan kambing memang tidak mahu makan akan daun rumput kelulut. Ini mungkin bau busuk yang ada pada tumbuhan ini menyebabkan haiwan tersebut tidak meragut dan menyumbang pertumbuhan lebih luas.
Buah pokok 'kelulut'. |
a). Mengurangkan Sakit Gigi.
Ambil bahagian akar pokok kelulut saja dan ia dibersihkan akar tersebut sebaik mungkin. Kemudian daun tersebut perlu kunyah akar tadi secara perlahan-lahan sehingga sakit gigi berkurangan atau terus baik..
b) Merawat Demam Berpanjangan
Kita ambil akar kelulut daripada pokok dan bersihkan menggunakan air bersih. Kemudian kita perlu menumbuk akar tadi hingga lumat sedikit. dan seterusnya kita perlu kisarkan akar tersebut dengan menambahkan sedikit air menggunakan blender atau seumpamanya. Selepas itu kita perlu tapiskan akar kelulut tadi untuk mendapatkan jusnya. Akhir sekali kita minum jus tersebut secara perlahan-lahan sehingga demam sembuh. Jika demamm berterusan maka disyorkan jumpa doktor diklinik.

c. Merawat Luka
Cara nya dengan mengambil beberapa helai daun kelulut dan perlu dibersihkan. Kemudian daun tersebut perlu di tumbuk sehingga lumat. Akhir sekali kita perlu pupukkan daun yang telah lumat pada bahagian yang luka.
Cara ini merupakan kaedah rawatan tradisional yang sangat baik yang diamalkan oleh dato nenek moyang kita. Artikel ini diharap dapat memberikan maklumat yang boleh dijadikan bahan rujukkan anda semua. Wasallam!
POKOK KELULUT...ADA DIMANA-MANA...
JENIS HERBA...JARANG DIGUNA...
BANYAK KHASIAT... PERLU DI CUBA...
SUDAH KENAL... SANGAT BERMAKNA...
By,
M Anem
Room 3112, Block Camelia,
Colmar Tropicale, Bukit Tinggi Resort,
Bentong, Pahang,
Malaysia
(4 Rejab 1434H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.