Support My Blog

Monday, April 27, 2026

DURIAN BELANDA GORENG


DURIAN BELANDA GORENG adalah makanan unik yang mana ia menggunakan isi buah durian belanda yang mengkal (tidak terlalu masak) dan kemudian di potong serta dicelup tepung dan digoreng rangup. Sebenarnya Jenis Buah Durian Belanda 
(Annona muricata) merupakan sejenis buah yang unik dan kini menjadi tumpuan petani dan penanam buah-buahan untuk dikomersilkan serta para pengguna. Buah ini juga dipanggil sebagai 'Sirsak' di negara jiran Indonesia atau 'Soursop' dalam bahasa Inggeris. Buah unik ini sebab ia juga lazimnya berbentuk jantung dan didakwa sangat berkhasiat kerana mempunyai unsur khusus yang boleh mengelakkan masaalah sel barah atau sel kanser. Selain daripada buahnya yang dimakan segar, dibuat jus dan sebagainya kini bahagian daun durian belanda telah diproses untuk dijadikan 'produk teh' yang dikategorikan sebagai teh untuk kesihatan. Harga buah durian belanda diladang kini menjadi mahal diantara RM8.00 - RM25.00 sekilogram bagi Gred A dan sekitar RM6.00 - RM10.00 sekilogram bagi Gred B dan selepas itu sekitar RM5.00 untuk lain-lain gred buah. Di pasaran runcit pula durian buah belanda segar kini dijual dengan harga diantara RM14.00 - RM19.00 sekilogram. Siapa sangka buah durian belanda yang dahulu hanya ditanam dikeliling rumah atau tumbuh sendiri kini telah dikomersilkan kerana sentiasa mempunyai pasaran yang baik. Bagaimana pun bukan mudah untuk membolehkan pokok durian belanda ini berbuah kerana masaalah utama bagi tanaman ini adalah dalam Proses Pendebungaan (fertilization process). Kalau setakat tanam sepokok sahaja dirumah memang agak sukar untuk dapat buah yang banyak. Ini kerana proses kematangan debunga jantan dan penerimaan stigma betina selalunya tidak sama selain daripada kudup bunga durian belanda yang sama dan bunga betina berada dalam kudup yang tertutup rapat. Oleh itu proses pendebungaan berbantu (artificial pollination) tanaman durian belanda boleh dilakukan atau ditanam dengan kaedah komersil (banyak pokok dalam satu lokaliti). Kumbang Tukang (Xylocopa spp) yang sering menebuk kayu dipercayai mampu membuka kudup bunga durian belanda seterusnya ia akan membolehkan proses untuk pendebungaan dapat dilakukan. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai bagaimana melakukan proses pendebungaan berbantu dalam blog ini untuk dirujuk. Artikel pada subuh Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai resepi makanan Durian Belanda Goreng sebagai dijadikan satu bahan rujukkan.


Perlu kenal akan jenis BUAH DURIAN BELANDA MENGKAL dimana ia lazimnya adalah merujuk kepada buah durian belanda yang berada dalam keadaan hampir masak tetapi masih keras atau belum masak sepenuhnya (Sila lihat foto disebelah). Ia boleh di petik di kebun sendiri dengan mudah sebab boleh memilih buah tersebut bila-bila masa dan banyak mana hendak di ambil. Bagaimana pun agak sukar untuk membeli buah durian belanda mengkal di pasaran sebab ia memang susah hendak jumpa dan kena pesan dengan pemjualnya dahulu. Tinjauan dibuat di Melaka dan Muar mendapati dimana harga bagi buah d
urian belanda mengkal (separuh masak atau separuh keras) biasanya dijual antara RM10 - RM20 sekilogram dimana ia dilihat bergantung kepada saiz dan kawasan. Durian belanda mengkal sering dicari untuk dijadikan masakan seperti cucur atau dimasak lemak atau untuk digoreng dengan harga lebih murah berbanding buah masak ranum. Pernah jumpa di pasar malam dimana ada penjual isi durian belanda beku atau yang mengkal dijual sekitar RM20 sekilo dengan tawaran lebih rendah jika membeli secara borong. Harganya dipengaruhi oleh permintaan tinggi untuk khasiat kesihatan dan kualiti buah (buah mengkal mungkin lebih murah berbanding yang ranum). Belum ramai tahu jika buah durian belanda mengkal adalah pilihan ekonomi yang baik kepada petani sebab ia boleh mendapatkan harga baik juga seakan buah yang hampir masak dan lebih cepat menjualnya kepada kalangan pembeli. DIlaporkan buah durian belanda mengkal ini memang sedap untuk masakan masakan berasaskan buah. Dalam konteks masakan dan penggunaan harian dimana istilah 'Mengkal' bagi durian belanda sering membawa maksud iaitu buah ini mempunyai Tekstur Padat dan Kenyal yang berbeza dengan durian belanda masak yang lembik dan berair. Bahagian isinya yang mengkal mempunyai tekstur yang lebih pejal dan kenyal mudah di potong sama seperti memotong buah nangka muda atau buah sukun muda. Buah ini ada kegunaan dalam beberapa resepi masakan bila buah yang mengkal atau muda sering digunakan untuk masakan sayur, seperti tumis kering atau masak lemak dan di goreng. Rasanya juga ia dikatakan mempunyai gabungan masam-masam manis dan sedikit lemak. Perlu di ketahui jika buah ini mempunyai satu tahap kematangan diantara fasa antara buah muda dan buah yang benar-benar ranum dimana jika dimakan terus, ia mungkin tidak enak dan tidak semanis buah yang sudah masak ranum sepenuhnya. Dalam kes lain penulis blog dapati dimana buah ini juga adalah durian biasa selalunya dianggap sebagai kecacatan atau masalah kualiti di mana sebahagian isi buah tidak masak dengan sempurna (keras atau tawar) akan tetapi bagi buah durian belanda dimana ia sering dicari secara sengaja dipetik untuk tujuan kulinari seperti di goreng.


Durian belanda mengkal merujuk kepada buah durian belanda muda atau separuh masak yang isinya diuji ia masih keras, berwarna putih kekuningan dan kurang berbau bagaimana pun ia enak dimasak seperti tumis kering, gulai atau di goreng. Teksturnya kenyal dan rasanya adalah ia gabungan masam manis lelemak dimana ia juga sering diolah menjadi lauk yang dimakan dengan nasi putih dan yang mengkal ini ia bukan dimakan segar seperti buah durian belanda segar yang sudah matang. Lazimnya buah durian belanda muda atau yang masih mengkal ini ia memunyai tekstur: Isi keras dan kenyal dan memang berbeza dengan buah matang yang lembut atau sudah lembik untuk di potong dan di makan. Buah yang muda ini mempunyai warna isi yang putih ke arah kekuningan dengan rasanya adalah ia masih masam-masam manis sedikit. Lazimnya kalangan orang kampong akan mengambil buah durian belanda mueda yang mengkal ini untuk dijadikan bahan masakan dan rama kata ia sangat sedap dijadikan tumis kering, masak lemak, atau digoreng. Istilah 'mengkal' ia juga sering dikaitkan dengan buah yang dipetik terlalu awal atau gugur awal menjadikannya sesuai untuk masakan berasaskan sayuran. Bagi penulis blog akan kongsikan sesuai dikongsikan akan 
Resepi Goreng Durian Belanda Mengkal menggunakan buah yang masih muda atau buah hampir masak dimana ini akan menghasilkan snek rangup seakan keledek atau sukun yang amat sesuai untuk sarapan pagi atau hidangan minum petang. Bahannya melibatkan durian belanda muda yang dikupas, dihiris dan kemudian ia dicelup bancuhan tepung gandum, tepung beras, sedikit tepung jagung atau tepong ubi, gula, garam serta kunyit sebelum digoreng. Bahan-bahan disediakan adalah 1 biji buah durian belanda mengkal (muda) dan ia dikupas dan dihiris tebal, 1 cawan tepung gandum, 1/2 cawan tepung beras yang di gunakan untuk tahap kerangupan, 1 sudu besar tepung jagung atau tepung ubi, sedikit serbuk kunyit (untuk warna), gula dan garam secukup rasa serta air secukupnya dan minyak masak untuk menggoreng. Cara persediaan dimana buah ini di kupas kulit durian belanda, buang biji jika ada dan hiris isi mengikut ketebalan yang disukai (jangan terlalu nipis).
Membuat bancuhan tepung dengan mencampurkan tepung gandum, tepung beras, tepung jagung, serbuk kunyit, gula, dan garam. Tambah air sedikit demi sedikit sehingga menjadi bancuhan yang pekat. Kemudian celupkan hirisan dalam adunan tepong dan di goreng dalam minyak panas. Perlu teliti untuk mrncelupkan hirisan durian belanda ke dalam bancuhan tepung dan goreng dalam minyak panas dalam kuali (Sila lihat foto disebelah). Goreng sehingga sehingga berwarna kuning keemasan dan kemudian diangkat untuk ditoskan minyak sebelum dihidangkan. Bagi penulis blog dimana buah durian belanda muda ini rasanya kurang manis dan bertekstur lebih firm/keras berbanding yang masak menjadikannya ia amat sesuai digoreng dan di hidangkan semasa panas-panas lagi dan dicicah dengan sambal kicap Johor.


Apa pun secara amnya buah durian belanda atau 'soursop' bagi penulis blog dimana ia lebih dikenali dengan khasiatnya apabila dimakan segar, namun variasi durian belanda goreng biasanya dimakan sebagai snek yang membekalkan tenaga segera. Walaupun proses menggoreng boleh mengurangkan sebahagian nutrisi sensitif haba (seperti Vitamin C) dimana durian belanda itu sendiri tetap membawa manfaat asas seperti sebagai buah yang berikan  Sumber Tenaga Segera sebab buah durian belanda kaya dengan fruktosa (gula semula jadi) yang akan memberikan lonjakan tenaga cepat dan amat sesha juga untuk dijadikan snek durian belanda goreng di makan waktu petang. Makanan ini mempunyai Kandungan Serat Tinggi (Fiber tinggi dimana ia akan membantu sistem penghadaman dan boleh membantu menurunkan paras. Buah ini jika dimakan segar adalah ia Bersifat Anti-Radang iaitu ia mengandungi sebatian yang membantu melegakan keradangan dan juga kurangkan isu seperti bengkak yang bermanfaat untuk tujuan kesihatan sendi. Ia juga memamg  Kaya dengan Antioksidan tabg akan membantu melawan radikal bebas dalam badan dimana ia juga penting untuk menjaga kesihatan mata. Buah durian belanda segar dan yang di goreng di laporkan ia mampu untuk Mengawal Tekanan Darah sebab kandungan kaliumnya membantu menyeimbangkan paras natrium dalam badan untuk kawalan tekanan darah yang lebih baik. Penulis blog dapati ada beberapa peringatan dimana seua pembaca blog anim agro technology perlu mempastikan agar mengawal penggunaan minyak dan tepung supaya manfaat kesihatannya tidak dibayangi oleh kandungan lemak tepu dan kalori yang berlebihan. Dipasaran di Malaysia dimana harga runcit bagi makanan durian belanda goreng khususnya yang dijual di bazar atau gerai dijual sekitar RM2.50 sebiji atau RM10 untuk 5 biji. Hidangan unik ini sering menggunakan durian belanda muda yang digoreng tepung dimana ia memberikan rasa yang sedap dan unik dan memang sukar membelinya kecuali di kawasan tertentu di Malaysia yang dilaporkan masih ada menjualnya. Pernah jumpa di sebuah pasaraya dimana ada produk bahan mentah durian belanda mengkal dan isi durian belanda frozen (sejuk beku) dijual sekitar RM14 per pek (1kg). Asasnya dimana cara memasaknya adalh sering ia juga dimasak seperti membuat gorng pisang atau keledek goreng, menjadikannya snek yang digemari. Ramai yang kali pertama ujirasa akan menganggap rasanya sedap dan unik dimana ia adalah berbeza dengan durian biasa. Semuga artikel ini menjadi bahan rujukkan kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DUARAN BELANDA MENGKAL..BUAH MUDA...
BUAH YANG MASAK.... IA SEGAR RASANYA...
DI POTONG NIPPIS...SALUT TEPONGNYA...
ENAK DIMAKAN....SENANG MEMBUATNYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(24 Syawal 1447H).
Posted from:
Room 403, Sunway Big Box Hotel,
Iskandar Putri, Johor Bahru,
Johor.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...