Support My Blog

Thursday, April 23, 2026

IKAN EMAS DAN FAKTANYA

IKAN EMAS
atau 'Gold Fish' adalah ikan air tawar popular daripada keluarga Cyprinidae (keluarga ikan kap) yang berasal dari Asia Timur yang menjadi spesis ikan hiasan yang popular di seluruh dunia. Ikan ini selalunya ia dibela jinak sejak dari berabad-abad lalu sebagai ikan hiasan didalam akuarium atau di kolam kecil di kawasan rumah kerana warnanya yang kut dan sangat menarik, tahan lasak dan dianggap juga ikan ini sebagai 'Simbol Tuah' kepada pemiliknya. Dari segi sejarah di laporkan spesis ikan emas ini diperayai ia berasal dari China dan di jadikan ikan hiasa popular sebelum ia kemudian dibawa ke Eropah pada akhir abad ke-17 dan kini sudah tersebar keseluruh dunia. Perlu di ketahui dimana ada sekitar 200 jenis baka ikan emas yang sudah di kenalpasti dimana ia boleh di bahagikan kepada dua kategori utama iaitu Jenis Ikan EMas Biasa dan Jenis Ikan Emas Mewah (atau Ikan Emas Fancy). Apa yang menarik lagi mengenai ikan emas adalah ikan ini di lihat ia mempunyai pelbagai warna daripada warna putih, kuning, oren, merah, hitam dan kombinasi pebagai warna serta mempunyai bentuk badan unik seperti bentuk Ranchu (tudung kepala) dan bentuk seperti Telescope. Penting di ketahui jika jangkahayat ikan emas ini jika ia dijaga dengan baik selalunya ia boleh hidup selama 10 -15 tahun malahan ada kes dimana ia boleh mencecah sehingga 20 tahun. Apa pun pemakanan ikan emas sebagai jenis ikan omnivor yang memakan pelumatan tumbuhan, serangga kecil dan makanan ikan komersial yang ada di jual di pasaran. Dalam aspek biakbaka dan pembiakan dimana ikan emas selalunya ia akan bertelur (ovipar) dan boleh menghasilkan ratusan ribu telur dalam satu musim pemijahan. Perlu juga di ketahui akan beberapa perbezaan ia dengan jenis ikan koi dimana sealunya ikan emas (terutama yang jenis fancy) dilihat biasanya akan mempunyai badan lebih bulat dan tidak mempunyai misai yang ketara seperti ikan kap biasa. Penulis blog membuat tinjauan h
arga ikan emas di Malaysia sangat berbeza-beza iaitu ia bermula serendah RM5 seekor sehingga lebih RM300 seekor. Harga dipengaruhi oleh jenis baka dimana bagi baka Oranda dan baka Ranchu yang popular di jual ia berbeza harganya bergantung kepada faktur saiz dan kualiti gred serta warna yang menarik. Baka ikan emas biasa seperti Jneis Comet berharga rendah sekitar bawah RM10 seekor. Dalam pada itu jenis Ikan Emas Fancy pula bagi gred tinggi atau saiz besar (3-4 inci) selalunya ia boleh mencecah ratusan ringgit seekor. Tinjauan lain dilaporkan bagi Jenis Ikan Emas Biasa Yang Kecil seperti baka Comet, Fantail, Black Moor dimana harganya sekitar RM5 - RM15 seekor. Bagi Ikan Emas Fancy Gred Sederhana seperti baka Oranda, Ranchu dan baka Ryukin dijual pada harga RM20 - RM80 lebih seekor. Artikel pagi Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis beberapa fakta penting mengenai ikan emas untuk bahan rujukkan pembaca bog semua.

 
Apa kehebatan i
kan emas atau 'ikan mas' adalah spesies ikan air tawar yang sangat popular sebagai haiwan peliharaan di seluruh dunia termasuk di Malaysia dimana istilah ini boleh merujuk kepada dua jenis ikan yang berbeza mengikut kegunaannya iaitu pertama Jenis Ikan Emas Hiasan (Goldfish) iaitu ikan jenis ini biasanya dipelihara di dalam akuarium atau kolam hiasan kerana warna dan bentuknya yang cantik. Apa pun jenis ini kebanyakannya adalah dengan nama saintifiknya sebagai Carassius auratus dimana ciri-cirinya ia mempunyai jenis badan yang bulat, mempunyai sirip yang bervariasi ia jugabergantung pada baka seperti Ranchu atau Komet dan ia biasanya tidak mempunyai misai atau sesungut. Spesis ini dilaporkan kebanyakannya ia berasal dari jenis ikan jinak daripada kap liar dari Asia Timur iaitu negara China. Dalam budaya mereka sejak zaman dahulu dimana sesiapa yang pelihara ikan emas yang bagus dan mahal ia sering dianggap sebagai simbol keberuntungan dan kemakmuran dalam masyarakatnya dan budayanya. Kedua ada Jenis Ikan Mas Masakan (Common Carp) dimana ada di sesetengah kawasan terutamanya di Indonesia iaitu ada sejenis atau istilah 'ikan mas' juga yang mana ia merujuk kepada sejenis ikan kap yang dipelihara untuk dimakan dengan nama botaninya sebagai Cyprinus carpio. Spesis ikan ini ia di lihat memang mempunyai sepasang misai kecil di tepi mulutnya dan bentuk badannya yang lebih sasa serta ia didakwa boleh membesar lebih besar berbanding ikan emas hiasan diatas. IKan ini ada di ternak dengan digunakan untuk di masak dan dijadikan hidangan makanan seperti resepi ikan mas goreng atau pepes ikan mas dan juga dibela sebagai ikan kolam yang popular di kalangan penduduk kampong di Indonesia. Bagi penulis blog ingin menjelaskan memang ada perbezaan utama diantara jenis ikan mas hiasan dimana walau pun ia termasuk ikan koi yang mana ia dilihat mempunyai misai atau sungut yang jelas dan boleh membesar sangat besar sedangkan ikan emas ia tidak mempunyai misai dan saiz badannya secara amnya lebih kecil dan bulat. Apa pin Ikan Emas (Carassius auratus) mempunyai pelbagai jenis hasil daripada pembiakan terpilih selama beratus-ratus tahun. Dalam pengkelasan lain ikan emas dibahagikan kepada Jenis  Ikan Emas Biasa (Common & Single Tail) dimana jenis ini ia biasanya lebih lasak dan mempunyai bentuk badan yang panjang serta satu sirip ekor. Ia di kenali sebagai 'Common Goldfish' yang selalunya berwarna oren metalik, merah atau kuning dengan badan yang langsing. Bagi Jenis Ikan Emas Mewah (Fancy Goldfish) pula selalunya jenis ini mempunyai bentuk badan yang lebih bulat (seperti telur) dan biasanya mempunyai sirip ekor berkembar (double tail). Ikan emas mewah biasanya memerlukan penjagaan yang lebih rapi kerana ciri-ciri fizikalnya yang unik boleh menjadikannya kurang cekap berenang atau lebih sensitif terhadap kualiti air.


Dalam laporan lain di mana 
Ikan mas (Cyprinus carpio) iaitu ia makanan mempunyai sumber protein dan nutrien yang baik dan ia memberikan pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh badan. Khasiat ikan mas yang utama jika di maskk dan di makan mengandungi bahan yang tinggi Omega-3 (EPA dan DHA) dimana zat ini ia sangat baik untuk kesihatan saraf dan meningkatkan kecerdasan otak. Ia juga membantu menjaga kesihatan jantung dengan mengawal kadar trigliserida dan menurunkan risiko penyakit kardiovaskular. Ikan emas juga di laoorkan ia kaya dengan zat protein yang tinggi dalam ikan mas didakwa ia membantu membina dan membaiki sel-sel tubuh, di samping meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Khasiat memakan ikan emas dilaporkan akan berikan khasiat kesihatan Tulang dan Gigi sebab ikan enas ini ia mengandungi kalsium (Ca), fosforus (P) dan vitamin D yang penting untuk mengekalkan kekuatan tulang dan sendi. Apa pun khasiat lain adalah seperti sebagai hasiat Anti-peradangan apabila zat kandungan omega-3 dalam ikan mas bersifat anti-peradangan, yang membantu mengurangkan inflamasi pada sendi. Baik juga di akan untuk tujuan khasiat kesihatan Mata sebab ikan mas juga mengandungi vitamin A yang baik untuk tujian bagi mengekalkan kesihatan mata. Memakan ikan emas dilaporkan ia akan menjadikan seseorang 'Awet Muda' sebab zat protein dan lemak baik dalam ikan mas membantu menjaga kesihatan kulit dan mencegah penuaan dini. Bagaimana pu cara menyediakan hidangan ikan emas untuk mendapatkan khasiat maksimum adalah semua disyorkan untuk mengolah ikan emas dengan cara seperti ia dikukus, dipanggang atau dibuat sup dan mengelakkan daripada ikan ini digoreng bertujuan bagi mengelakkan peningkatan lemak tepu dalam makanan yang di hidangkan. Awas dimana mempastikan ikan emas ini perlu dimasak dengan betul kerana ikan air tawar sering mempunyai duri yang banyak dan halus.


Dilaporkan aktiviti Pertandingan Ikan Emas (Goldfish Competition) adalah satu acara pameran dan penjurian iaitu ia khusus untuk memilih ikan emas yang paling cantik, sihat dan berkualiti tinggi berdasarkan standard tertentu. Ia di adakan di peringkat dunia sehingga pada peringkat kebangsaan dan organisasi NGO. Beberapa ciri atau kriteria penilaian dalam pertandingan ini selelunya pihak juri menilai ikan berdasarkan ciri-ciri seperti bentuk badan, warna, gaya renangan, kesihatan dan ciri iaitu penampilan keseluruhan. Selalunya ada pelbagai kategori jenis ikan emas dipertandingkan termasuklah spesis Ikan Ranchu (merah putih), Ikan Bubble-eye, Ikan Panda Butterfly Tails, Ikan Pearlscale dan banyak lagi bergantung kepada pihak penganjur. DI peringkat antarabangsa selalunya akan ada pertandingan berskala besar sering diadakan seperti yang di anjurkan di China disertai oleh peserta dari seluruh dunia dan di peringkat Asia yang menarik ribuan penyertaan ikan emas berkualiti tinggi (Sila lihat poster disebelah). Apa pun di Malaysia yang sering mengadakan pesta ini turut diadakan diselaraskan dengan acara pameran akuatik seperti Malaysia Aquatic Expo serta MAHA setiap beberapa tahun sekali. Perlu di nyatakan jika ikan emas yang memenangi pertandingan ini boleh bernilai tinggi dimana nilai pasaran ia boleh mencapai harga ribuan ringgit seekor. Apa pun ia memang sangat berbeza dengan acara 'pertandingan memancing' yang di buat sama ada di kolam ikan, di sungai, di tasek atau di Laut yang selalu di adakan di Malaysia yang berikan tumpuan kepada hasil tangkapan hasil di pancing untuk mendapat pelbagai jenis kategori hadiah. Berlainan dengan aktiviti 
Pertandingan Kecantikan Ikan Emas khususnya untuk para peminat dan pembiak ikan emas akan mempertaruhkan ikan terbaik mereka untuk dinilai oleh juri mengikut kriteria tertentu. Ada satu budaya iaitu 'Kingyo-sukui' iaitu sejenis permainan tradisional dalam budaya Jepun diman a peserta perlu menangkap ikan emas menggunakan penceduk kertas nipis yang dipanggil 'Kingyo-sukui' dimana ia sering diadakan semasa festival musim panas.


Dalam portal media tempan ada kisah bagaimana '
Mengenali habitat ikan emas' agar peminatnya boleh mengenalinya dan memeliharanya dengan baik. Jenis ikan seperti Black Moor, Bubble Eye, Comet, Fantail, Lion Head, Oranda, Ryukin, Shubunkin dan Vieltail adalah antara ikan emas yang paling popular daripada ratusan variasi ikan emas di seluruh dunia. Ikan emas comet antara yang menari dimana ada banyak ikan emas lain selain mempunyai warna-warna yang menarik, ikan emas boleh didapati dalam pelbagai bentuk, saiz dan jenis sirip (Slia lihat foto disebelah). Ikan yang dipercayai berasal dari China semasa dinasti Tang apabila ikan emas asalnya merupakan ikan kap perak yang telah menjalani mutasi warna menjadi keemasan, ia kemudiannya melalui proses pembiakan selektif selama beberapa generasi sehinggalah semasa dinasti Song barulah warna-warna lain timbul. Ikan emas dilaporkan ia mula diperkenalkan ke benua Eropah pada kurun ke-17 dan dibawa ke Amerika Utara pada kurun ke-19. Ternyata ikan emas yang sangat biasa kita lihat terjual di kedai-kedai ikan hiasan dan menghiasi banyak akuarium di mana-mana ini sangat kaya dengan sejarahnya.Ikan emas jenis Ryukin boleh membesar sehingga 8 hingga 10 inci panjang. Pada masa kini terdapat lebih daripada 200 jenis ikan emas yang secara amnya dibahagikan kepada dua kategori, ikan emas jenis biasa atau common dan ikan emas jenis mewah atau fancy, yang boleh diperoleh dalam pelbagai julat harga. Apabila dijaga dengan baik, ikan emas boleh hidup sehingga 10 hingga 15 tahun lamanya, kadang-kadang boleh juga mencecah sehingga 20 tahun. Oleh itu seseorang yang ingin memelihara ikan emas perlu menyedari bahawa ia merupakan komitmen yang berpanjangan. Sayangnya perkara sebaliknya sering berlaku, ramai yang mendapatkan ikan emas sebagai ‘ikan permulaan’ akhirnya berasa jemu atau tidak ‘tekabir’ sehingga ia tidak mencecah usia maksimum disebabkan kurangnya penjagaan. Apa pun ia dianggap sebagai spesies ikan air tawar dari kawasan bersuhu dingin tetapi ia juga boleh dipelihara di kawasan yang mempunyai iklim panas. Selalunya ikan emas dipelihara di dalam air yang menyamai suhu bilik tanpa sebarang alat pemanas atau penyejuk. Yang penting suhu air tidak berubah-ubah dengan mendadak dalam masa yang singkat. Demi kesihatan ikan emas, air yang mempunyai kualiti baik sangat penting. Akuarium perlulah menjalani proses ‘kitaran’ sepenuhnya untuk mencambah bakteria berfaedah yang akan menukar amonia kepada nitrit kemudian kepada nitrat, sebelum ikan emas dimasukkan ke dalam akuarium tersebut. Selain menggunakan sistem penapisan yang baik dimana sistem pengudaraan air juga perlu untuk memastikan tahap oksigen tidak berubah-ubah. Pengudaraan ini boleh dilakukan dengan menggunakan pam udara dan batu udara. Apa pun diantara kesalahan yang biasa dibuat oleh kalangan pemelihara ikan emas yang kurang pengalaman adalah mereka menempatkan terlalu banyak ikan emas dalam sebuah akuarium. Ikan emas sebenarnya memerlukan saiz akuarium yang besar untuk habitatnya. Sebaiknya seekor ikan emas perlu mempunyai sekurang-kurangnya 38 - 76 liter air bagi setiap seekor sebab jenis ikan emas yang lebih besar pula memerlukan kawasan yang lebih besar. Contohnya jenis Ryukin boleh membesar sehingga 8 - 10 inci dimana ukuran ini bermakna akuarium 200 liter hanya boleh menempatkan maksimum dua ekor sahaja tanpa diisikan dengan apa-apa perhiasan. Adalah lebih baik lagi jika ia dipelihara di dalam kolam berbanding di dalam akuarium. Sebagai ikan yang bersifat omnivor, ikan emas boleh diberi makan dengan brine shrimp, krill, cacing dan sayur seperti romain lettuce, manakala makanan palet daripada jenis yang tenggelam adalah lebih sesuai digunakan. Ikan emas yang terlalu kerap makan di permukaan boleh menghidap risiko isu-isu daya apungannya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
IKAN EMAS...BANYAK WARNANYA...
HARGA MAHAL... MURAH PUN ADA...
DI JADIKAN HIASAN..DI MAKAN JUGA..
BACA ARTIKEL...FAHAM FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman BAlai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(4 Zulkaedah 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...