Keledek Goreng sama ada ia di buat sendiri di rumah atau membelinya di gerai mempunyai resepi yang hampir serupa cuma ia di beakan kualiti dan harga berdasarkan kepada jenis keledek di gunakan dan kemasan terakhir. Bagi mereka yang belum suka keledek goreng ada beberapa fakta penting kenapa makanan keledek goreng ia sedap. Ia adalah berpunca dari rasa manis semulajadi sebab keledek mempunyai kandungan gula semulajadi yang akan menjadi lebih menyerlah apabila dimasak. Ada beberapa warna ubi keledek yang unik iaitu daripada jenis yang berwarna jingga, ungu atau putih yang memberikan rupa hidangan yang menarik tetapi bila di salut tepong ia enjadi kekuningan. Meninjau akan harga snek keledek goreng berbeza mengikut tempat dan jenis (mentah atau siap goreng) dan dianggarkan sekitar harga RM1.00 untuk 3 keping di gerai atau RM6-RM8 sekilogram untuk keledek oren mentah. Bagi jenis Keledek Goreng SejukBeku (frozen) pula tinjauan penulis blog mendapati ia berharga sekitar RM10 - RM16 per kg. Dalam pada itu ada berlaku sedikit kenaikan harga di gerai popular mencecah RM5.00 untuk 10 keping dimana akan ada ramai orang yang berbaris untuk membelinya bersama makanan pisang goreng, keropok lekor, sosej dan sebagainya di gerai tepi jalan atau di pasar mala. Jenis keledek goreng popular di Malaysia termasuk keledek oren, ungu dan putih yang digoreng rangup (salut tepung), jejari keledek (fries), bebola keledek (sweet potato balls) dan sebagai jenis tempura. Ia terkenal dengan tekstur lembut di dalam serta rangup di luar, sering menggunakan bancuhan tepung beras/gandum. Bergantung kepada jenis keledek dan cara membuatnya ada banyak jenis produk keledek goreng untuk di kongsikan faktanya. Paling popular tentunya adalah Jenis Keledek Goreng Rangup (Disalut Tepung) dimana jenis ini bahan keledek segar akan dihiris nipis dan disalut bancuhan tepung gandum, tepung beras dan serbuk kunyit untuk warna kuning menarik dan enak dimakan semasa panas lagi sebab bila sejuk ia menjadi lembik. Jenis kedua adalah Jenis Jejari Keledek Goreng dimana keledek akan dipotong memanjang seperti kentang goreng (french fries) dimna jenis ini ia sangat popular dihidangkan sebagai snek di beberapa premis hiburan dan berkelas. Ketiga ada Jenis Bebola Ubi Keledek (Golden Sweet Potato Balls) dimana produk ini ia menggunakan bahan keledek rebus yang dilenyek kemudian ia dibentuk bebola kecil dan digoreng sehingga garing dimana penulis blog lihat ia biasanya akan menggunakan keledek oren atau kuning. Ketiga ada produk Jenis Keledek Goreng Oren dimana ia di hidangkan dan lebih terkenal dengan rasa yang lebih manis dan isi yang lembut. Ada juga produk Jenis Keledek Ungu Goreng yang mana versi ini ia akan menawarkan warna yang menarik dan tinggi antioksidan, sering digoreng rangup. Keenam ada produk Jenis Tempura Keledek dimana bahan keledek yang dicelup tepung tempura nipis dan digoreng dan enak di makan serta di sukai kanak-kanak. Akhir sekali ada Jenis Keledek Goreng Versi 'Air Fryer' dimana versi ini di laporkan ia adalah makanan diet dan lebih sihat dengan kurangkan bahan minyak dan disiapkan dengan menggunakan alat masak 'air fryer' untuk kerangupan.
Fakta penting mengenai kehebatan dan khasiat serta ancaman makan keledek goreng akan dikupas. Apa pun makanan keledek goreng terutamanya jika ianya digoreng menggunakan 'air fryer' atau kurang minyak dilaporkan ia adalah snek berkhasiat tinggi yang kaya dengan serat, antioksidan dan vitamin A (beta-karotena) untuk kesihatan mata dan imuniti. Ia membantu mengawal gula darah, meningkatkan kesihatan usus, dan merupakan sumber tenaga yang baik berbanding kentang goreng biasa. Khasiat penting bagi makanan keledek goreng yang mana ia kaya Antioksidan dan vitamin A akan membantu melindungi sel badan daripada kerosakan radikal bebas. Ia memang sesuai dan Sihat untuk Pencernaan seba ia tinggi kandungan serat yang membantu melancarkan pembuangan najis dan kesihatan usus. Bagus untuk menjaga Kesihatan Mata dan Kulit sebab ia kaya dengan beta-karotena (terutama ubi oren dan jenis kuning) yang ditukar menjadi vitamin A untuk dapat penglihatan yang baik. Makanan ini juga menjadi Sumber Tenaga Berkhasiat dengan membekalkan karbohidrat kompleks yang memberikan tenaga berpanjangan. Ia dilaporkan memang makanan jenis Rendah Indeks Glisemik berbanding kentang dimana keledek lebih lambat menaikkan gula dalam darah, menjadikannya snek yang lebih baik untuk pengurusan berat badan dan kencing manis. Apa pun bagi mendapatkan khasiat maksimum cara makan disesuaikan dengan bukan menggoreng keledek sebaliknya hanya cara iaitu membakar atau menggoreng menggunakan 'air fryer' bagi mengurangkan penggunaan minyak berlebihan, berbanding kaedah deep-fry. Bagaimana pun ada fakta ancaman makan keledek goreng terutamanya jika dimakan berlebihan. Ia boleh meningkatkan risiko pengambilan kalori dan lemak tepu yang tinggi, berpotensi menaikkan gula darah serta mengandungi oksalat yang boleh menyumbang kepada batu karang. Ia juga boleh menyebabkan masalah penghadaman seperti kembung perut bagi sesetengah individu. Memakan keledek goreng yang tinggi kalori dan lemak dimana proses menggoreng meningkatkan kalori dan lemak secara mendadak berbanding keledek rebus yang boleh membawa kepada kenaikan berat badan. Ada dilaporkan akan risiko Batu Karang sebab keledek tinggi dengan oksalat yang boleh meningkatkan risiko dalam pembentukan batu karang kalsium-oksalat. Ada kajian juga yang mendapati ia berikan masalah penghadaman sebab ia mengandungi 'mannitol' iaitu sejenis gula alkohol yang boleh menyebabkan perut tidak selesa atau kembung bagi individu sensitif. Bagi mereka yang ada kes Penyakit Buah Pinggang diingatkan dimana kandungan kalium yang tinggi dalam keledek mungkin berbahaya bagi mereka yang menghidap masalah buah pinggang dan keledek masih mempunyai kanji yang boleh meningkatkan gula darah jika diambil berlebihan, tidak sesuai untuk diet ketat karbohidrat.
Tanaman Keledek (Impomea batatas) merupakan sejenis tanaman umbisi dari keluarga Convoculaceae yang dipercayai berasal dari Bahagian Tropika Benua Amerika. Penanaman keledek di Malaysia dijalankan secara komersial terutama dikawasan penanaman semula getah dan kelapa sawit sebagai tanaman kontan. Jabatan Pertanian merekodkan seluas 3,327 hektar ditanam pada 2025 dengan jumlah pengeluaran sebanyak 54,246 metrik tan (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2025). Penulis blog dapati rekod Jabatan Pertanian myatak jika Kelantan paling luas menanam keledek pada tahun 2025 iaitu seluas 1,744 hektar (Sekitar 52.4%) dari keluasan tanaman keledek Malaysia dengan julah penghasilan sebanyak 4,444 metrik tan diikuti dengan Perak (956 ha) dan Selangor128 ha). Keledek merupakan sejenis tanaman umbisi yang menjalar diatas tanah dan mempunyai batang yang lembut. Daunnya berwarna hijau gelap dan bentuk tiga segi. Bunganya berwarna putih kemerahan daan mempunyai akar serabut uang membentuk umbisi keledek. Buah keledek didalam tanah mempunyai pelbagai saiz dan warna bergantung kepada varieti. Di Malaysia terdapat beberapa jenis keledek yang disyorkan untuk di tanam mengikut keperluan pasaran dan minat petani. Antara varieti tersebut ialau Keledek Bukit Naga, Keledek Gendut (MSP 34), Keledek Vitato (Gambar disebelah) ,Keledek Cina Tempatan dan beberapa jenis lagi. Tanaman Keledek perlukan kawasan yang panas dan cahaya matahari berterusan 3 bulan yang mencukupi. Tanah perlu lembab dan sesuai dikawasan tanah loam berpasir yang mengandungi bahan organik yang tinggi. Tanah gambut dan tanah bekas lombong juga sesuai untuk penanaman keledek dengan pengkayaan tanah tersebut. Pastikan kawasan mempunyai sistem saliran yang baik. Keledek sesuai ditanam diatas batas untuk tujuan pengurusan tanaman dan pungutan hasil. Batas disediakan berukuran 30-50 cm tinggi dan 0.8 -1.2 meter lebar. Benih tanaman dari keratan batang sepanjang 20-30 cm dari pokok induk varieti yang di syorkan dicucukan 10 cm dalam tanah . Ada juga kaedah penanaman menggunakan umbisi atau biji keledek tetapi kaedah ini kurang produktif dan lambat. Jarak tanaman disyorkan ialah 1 meter x 0.3 meter untuk memberikan kepadatan sebanyak 33,333 pokok sehektar. Buat penyiraman sekali sehari pada peringkat awal penanamkan jika tidak hujan. Pucuk-pucuk muda yang menjalar diatas batas perlu dialihkan kebahagian tengah batas untuk elakkan ianya mengeluarkan akar dan membentuk ubi. Biarkan umbisi keledek pada bahagian akar utama. Pengawalan rumpai dibuat menggunakan kaedah manual (Kawasan kecil) atau racun kimia terpilih. Pastikan racun rumpai tidak menjejaskan tanaman keledek. Pembajaan dijalankan berperingkat2 dengan baja kapur sebanyak 1.0 mt serta Urea sebanyak 57 kg/ha, Baja TSP sebanyak 70 kg/ha serta baja MOP sebanyak 55 kg/ha yang ditabur seminggu sebelum menanam. Sebulan lepas mananam kemudian tabur baja urea sebanyak 57 kg/ha. Hasil keledek biasanya dituai selepas 3-4 bulan selepas ditanam bergantung kepada varieti dan pengurusan. Kaedah menuai keledek dengan membuang daun-daun dahulu dan korek menggunakan cangkul dan menggali dalam batas. Saya ada banyak menulis artikel pasal keledek dalam blog ini untuk di jadikan bahan rujukkan. Semuga artikel ini memberi info yang berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
LEPAS GORENG... ENAKRASANYA...
BERBAGAI WARNA... PILIH SAHAJA...
MAKANAN BERKHASIAT... UJIRASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(27 Syawal 1447H).






No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.