Buah rambai ada yang jenis Manis tetapi kebanyakkanya Masam. Terdapat juga beberapa jenis buah rambai yang boleh dikomersilkan jika kajian lanjut dibuat oleh pihak2 berwajib bersama-sama pakej teknologi yang sesuai. Kegunaan lain pokok rambai ialah untuk dijadikan pokok hiasan, pokok naungan selain dari kayunya yang boleh dijadikan tiang atau perabut atau ukiran. Buah rambai boleh di makan segar dengan memakan isinya dan dibuang kulitnya. Selain itu kulit buah rambai boleh dikeringkan selama 2-3 hari untuk dibuat halwa, jeruk dan sebagainya. Kulit yang telah kering berwarna hitam jika di proses jadi serbuk yang dipercayai mampu melicinkan kulit muka. Kulit batang pokok rambai juga boleh digunakan sebagai bahan pewarna. kandungan buah rambai. Setiap 100 gram buah mengandungi 142 mg potasium, 9.7 mg Posforus, 5.4 mg Kalium dan 11.8 mg Magnesium. Bagaimana pun kandungan vitamin rambai agak rendah iaitu cuma 11.2 mg vitamin C, 0.55 mg Thiamine (Vitamin B1) serta 0.11 mg Riboflavin (Vitamin B2). Bentuk buah rambai juga berbeza2 dari bentuk bulat, lonjong, oblong dan ovoid. Saiz buah juga berbeza antara 2.3 - 3.8 cm panjang dan 1.5-3.3 cm lebar. Rasa buah rambai masam, manis dan kebanyakannya masam manis.
Apa pun lazimnya selain buah rambai di makan segar dimana buah ini sering di gunakan juga didalam cara perubatan tradisional terutama orang dikawasan perkampongan dan pendalaman sejak zamam dulu. Bahagian kulit dan daun rambai sering digunakan untuk membuat ramuan yang dipercayai ia dapat bantu mengatasi masalah kesihatan seperti demam, gangguan pencernaan dan bahkan untuk atasi isu penyakit kulit. Buah rambai juga dapat dinikmati secara langsung atau dijadikan berbagai jjenis olahan seperti jus rambai yang menyegarkan atau campuran salad buah. Rasanya yang manis dan masam membuatnya sesuai untuk dijadikan makanan sihat dan ia amat menyegarkan untuk beraktiviti dan aktif. Bagi penulis blog kini walau pun buah rambai mungkin belum popular jika dibandingkan dengan buah tropika lainnya akan tetapi dengan banyak manfaat kesihatannya maka buah ini layak untuk dikaji lagi potensinya sebab ia kaya dengan vitamin C, serat, dan antioksidan. Dalam saya membuat rujukkan ada maklumat akan khasiat buah rambai dan kulit rambai dalam facebook yang sesuai di sembangkan. Dilaporkan selepas makan buah rambai, kulitnya jangan dibuang sebab kulit buah rambai ia mempunyai pelbagai khasiat untuk merawat masalah kulit. Caranya dengan menjemur kulit rambai sehingga kering dan kemudian kisar sehingga hancur. Seterusnya ia dicampur bersama air mawar bagi menjadikan lulur. Ia dapat membantu menghalus, melembut dan mencerahkan kulit. Khasiat kedua dilaporkan ia merawat sakit mata iaiti caranya dengan mengambil kulit buah rambai dan tumbuk lumat dimana cecair bahan tumbuk dititik ke mata. Apa pun kulit buah rambai boleh dikeringkan selama 2-3 hari untuk dibuat halwa, jeruk dan sebagainya dan di prose sehingga ia enak dimakan. Kulit buah rambai boleh juga dibuat sambal, sayur, kerabu dan dimakan sebagai ulam-ulaman. Kulit yang telah kering berwarna hitam jika dijadikan serbuk dipercayai mampu melicinkan kulit muka. Kulit batang pokok rambai juga boleh digunakan sebagai bahan pewarna. Kulit kayu rambai dan dicampurkan dengan kayu sepang dan akar senduduk yang dijadikan warna merah untuk mewarnakan kain batik. Kulit pokok rambai juga boleh dijadikan losen dan ianya didakwa sangat mujarab untuk menyembuhkan banyak jenis sakit kulit seperti panau, kurap, ulat air dan sebagainya. Satu perkara lagi mengenai kulit pokok rambai adalah ianya dijadikan sebagai satu ramuan rempah-ratus dan ianya direbus untuk diminum oleh ibu-ibu yang bersalin.
Meninjau akan harga buah rambai yang dijual ikut musimnya di Malaysia dimana ia biasanya dijual sekitar RM5 - RM7 sekilogram dan harga ini bergantung kepada lokasi dan musimnya dengan ada beberapa lokasi dan beberapa tempat menawarkan lebih murah lagi dikebun. Membeli buah rambai ini perlu bertanya kepada penjual sama ada ia dari jenis manis, masam manis atau masam sebab boleh periksa harga yang sesuai. Apa pun buah rambai selalunya tidak dimasak isinya kerana rasanya yang sangat masam dan sebaliknya kulit buah rambai yang masam ini akan ia dijadikan bahan utama dalam masakan tradisional Melayu. Penulis blog kongsikan apa yang pembaca perlu tahu beberapa resepi popular yang menggunakan buah rambai: Pertama adalah Resepi Masak Lemak Cili Api Kulit Rambai dimana ia adalah sejenis hidangan paling ikonik yang biasanya dicampur dengan ikan masin seperti jenis ikan sepat atau jenis ikan kurau atau udang(Sila lihat foto di bawah sekali). Bahan-bahan utama di sediakan adalah kulit rambai (dibuang isi), santan, cili padi, kunyit hidup, serai dan ikan masin atau udang. Ada tips yang penting dimana kulit rambai perlu dicelur seketika dengan sedikit garam untuk tujuan mengurangkan rasa masamnya sebelum dimasukkan ke dalam kuah santan dan enak di makan bersama nasi putih. Kedua adalah Resepi Sambal Kulit Buah Rambai sebab ramai yang suka menjadikan kulit rambai dijadikan sambal tumis yang unik. Sambal kulit rambai ialah menu tradisi kampung yang menggunakan kulit buah rambai sebagai bahan utama dimana ia memberikan rasa masam-masam manis yang unik. Ia kebiasaannya dimasak sambal tumis bersama ikan bilis, cili, dan bawang. Kulitnya dicelur terlebih dahulu untuk mengurangkan rasa masam sebelum ditumis. Rasa sambal ini ia adalah kombinasi pedas, manis, dan masam yang menyelerakan. Apa pun kulit rambai yang dimasak akan menjadi lembut dan menyerap perisa sambal (Sila lihat foto disebelah). Memasaknya dengan mengambil kulit rambai perlu dicuci bersih dan dicelur dalam air panas bergaram untuk mengurangkan rasa kelat atau masam melampau. Bahan digunakan adalah kulit rambai, cili kisar atau cili padi, bawang merah, ikan bilis, dan sedikit gula dan garam. Ketiga adalah Resepi Gulai Kulit Rambai dengan Sardin dimana ia adalah gabungan yang ringkas tetapi sangat menyelerakan. Bahan diperlukan adalah kulit rambai yang sudah diproses (dicelur) dimasak bersama sardin tin, santan, dan pes cili api. Rasa masam dari kulit rambai bertindak sebagai ejen pengimbang rasa hanyir ikan. Keempat adalah Resepi Jeruk Isi Buah Rambai dimana kini ia walaupun jaran untuk dijumpai tetapi masih ada juga yang menggunakan isi buah rambai untuk dibuat jeruk dengan merendamnya dalam air garam dan gula untuk menghilangkan rasa masam yang melampau. Penting di ingat dimana semasa proses penyediaan Kulit Rambai tersebut maka ia dikupas kulit, basuh bersih dan perah sedikit selepas dicelur untuk membuang air masam yang berlebihan. Dalam pada itu kulit rambai sering dianggap sebagai pengganti asam gelugur dalam masakan kerana sifat asid semulajadinya. Semuga maklumat dalam tulisan ini menjadi bahan rujukkan pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!...
BUAH RAMBAI... KURANG DI KENALI...
RASA MASAM.. YANG MANIS DIGEMARI...
BUAH MERMUSIM.... SUSAH NAK CARI...
KURANG DI TANAM...TIDAK EKONOMI...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Tman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,

Malaysia.
(22 Syawal 1447H).
(22 Syawal 1447H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.