TANAMAN KELAPA (Cocos nucifera) merupakan satu dari cabang industri pertanian dalam negara yang perlu segera dipulihkan (Revival) bagi tujuan memberikan pendapatan kepada petani dan membekalkan kelapa mencukupi dalam negara. Penulis dapati keluasan tanaman kelapa walau pun trend terus berkurangan saban tahun tetapi pengeluaran atau pun produktiviti yang dipertingkatkan mampu dalam memberikan pulangan baik kepada petani. Malaysia mendudukki tempat ke 10 sebagai pengeluar kelapa dunia dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 670,000 biji setahun dengan kawasan tanaman kelapa seluas 85,700 hektar (Sumber: Laporan Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2016). Kawasan utama tanaman kelapa adalah dipantai barat Semenanjung Malaysia seperti di Perak, Selangor dan Johor serta beberapa lolasi sepanjang pantai di Sabah dan Sarawak. Melihat kepada situasi ini menunjukkan bahawa tanaman kelapa sebenarnya diluar negara seperti Filipina dan Indonesia amat signifikan dengan kawasan berpulau-pulau yang dikelilingi dengan laut. Tanaman kelapa juga telah dikelaskan sebagai serba guna atau pun 'Tree of Life' kerana semua komponen daripada tanaman kelapa boleh digunakan. Penggunaan perkapita kelapa di Malaysia sekitar 17-18 biji seorang setahun dimana bekalan kelapa tempatan didakwa adalah tidak mencukupi untuk kegunaan kilang. Malaysia mengimport sekitar 85 - 100 juta biji kelapa setahun daripada negara jiran iaitu Indonesia. Kebanyakkan kelapa yang diimport tersebut adalah dari jenis kelapa tinggi dalam bentuk tuah kelapa tanpa sabut (Kelapa bulat). Dalam ucapan Bajet 2018, Perdana Menteri Malaysia semasa pembentangan telah mengumumkan agar satu lembaga baru menggabungkan antara nanas dan kelapa. Ini membuktkan kerajaan telah ambil berat akan pembangunan industri kelapa agar ianya menjadi satu industri yang maju dumasa hadapan. Bajet 2018 juga mencadangkan peruntukkan pembangunan industri kelapa tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak RM50 juta untuk tujuan ini. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pembangunan industri kelapa negara dimasa akan datang yang perlu diperbaiki.
Setelah Projek Khas Rancangan Pemulihan Semula Tanaman Kelapa (RPSKK) dibawah Jabatan Pertanian diberhentikan pada awal 1980'an didakwa pembangunan kawasan tanaman kelapa kurang diberi perhatian lagi. Pokok kelapa Malayan Tall (CN1) yang ada di negara masa kini adalah hasil daripada rancangan RPSKK dahulu. Kebanyakan pokok ini telah tua dan perlu digantikan dengan tanaman baru. Bagaimana pun didapati industri tanaman kelapa terus merudum (sunset) semenjak ujudnya kempen penanaman kelapa sawit yang didapati sangat kompetetif dikalangan petani oleh pihak MPOB terutama dikalangan pekebun kecil. Ramai kawasan tanaman kelapa telah bertukar kepada tanaman kelapa sawit (Elaeis guineensis) kerana jaminan pasaran dan harga yang stabil, mudah diseleggara serta lebih menguntungkan. Beberapa insentif yang diberikan bagi tanaman kepada kelapa sawit didapati antara penyebab beratus hektar kawasan kelapa bertukar kepada tanaman kelapa sawit secara berperingkat-peringkat semenjak 1980'an lagi terutama dikalangan pekebun kecil kelapa. Kini keluasan tanaman kelapa dan pengeluaran dalam negara untuk bekalan kelapa segar tidak mencukupi menyebabkan negara mengimport kelapa dari negara jiran untuk kegunaan kilang memproses buah kelapa. Kemasukan kelapa import dari Indonesia yang dikawal melalui permit khas membantu kilang mendapatkan bekalan berterusan. Pada tahun 2017 terdapat sebanyak 17 buah kilang memproses biji kelapa tua import untuk penghasilan santan, kerisek dan produk berasaskan kelapa yang lain.
Berapakah pulangan penanaman kelapa berbanding dengan tanaman lain masa kini?. Itu merupakan satu persoalan penting yang ingin dibincangkan untuk mempastikan aktiviti menanam kelapa ini diterima petani sebagai satu pilihan bidangusaha yang memberikan pulangan terbaik. Jadual diatas menunjukkan bagi tanaman KELAPA SAWIT yang kepadatannya adalah 160 pokok sehektar yang akan memberikan hasil sebanyak purata 2.5 tan/ ha/ sebulan atau pun produktiviti sebanyak 30 mt /ha/ tahun. Jika harga buah kelapa sawit dikira sekitar RM500 satu metrik tan maka jumlah pendapatan kasar adalah sebanyak RM1,250.00 sebulan. Bagaimana pun harga buah kelapa sawit turun sehingga RM350 satu metrik tan dan pernah mencecah sehingga RM700 satu metrik tan dahulu. Bagaimana pun lazimnya penanaman kelapa sawit oleh pihak estet adalah dalam jumlah keluasan yang besar. Jika penulis blog hendak dibandingkan dengan tanaman KELAPA PANDAN (Aromatic coconut), jumlah kepadatan tanaman adalah sebanyak 250 pokok sehektar dan memberikan hasil sekitar 2,500 biji sehektar sebutlan atau lingkungan 30,000 biji sehektar setahun. Tinjauan menunjukkan purata harga ladang biji kelapa pandan muda adalah RM1.20 sebiji. Ini memberikan pendapatan dari penanaman kelapa pandan sebanyak RM36,000 sehektar setahun atau purata sekitar RM3,000 seebulan iaitu lebih tinggi daripada pendapatan kasar bulanan kelapa sawit (perbezaan lebihan sebanyak RM1,270 sehektar sebulan). Seterusnya bagi penanaman KELAPA HIBRID MATAG yang menjadi sasaran penanam kelapa masa kini, kepadatan tanaman kelapa MATAG adalah sebanyak 178 pokok sehektar. Pokok kelapa ini yang dijaga dengan baik menghasilkan sebanyak 2,000 biji/hektar sebulan atau sekitar 25,000 biji/ hektar/ setahun. Jika harga kelapa tua matag ini diladang RM1.00 sebiji maka purata pendapatan kasar dari kelapa Matag ini sekitar RM25,000 sehektar setahun atau sekitar RM2,000 sehektar sebulan. Pendapatan ini didapati lebih tinggi dengan penanaman kelapa sawit (Lebihan sebanyak RM750 sehektar sebulan). Berdasarkan kepada fakta diatas penanaman kelapa pandan memberikan didapati pulangan paling tinggi diikuti dengan penanaman kelapa matag dan terakhir adalah penanaman kelapa sawit. Bagaimana pun tinjauan penulis diladang kelapa matag di Pontian dan Batu Pahat yang menjual Buah Kelapa Matag Muda untuk diambila air kelapa didapati jauh lebih menguntungkan penanam kelapa matag. Ini kerana buah kelapa matag muda dijual dengan harga sehingaa RM1.50 - RM1.70 sebiji kerana saiznya yang lebih besar dan kandungan airnya lebih banyak selain keenakan airnya yang tidak kurang hebatnya. Tinjauan penulis dibanyak tempat yang menjual produk Coconut Shake dan Air Kelapa dimana penjual lebih sukakan kelapa matag muda.
Pada saya penanaman kelapa ini perlu digiatkan lagi dengan memberikan lebih penerangan kepada petani bahawa tanaman kelapa mampu memberikan pulangan baik. Kalau dahulu penanaman kelapa dengan varieti Malayan Tall (CN1) yang purata hasilnya kurang 6,000 biji sehektar setahun memang berikan kadar pendapatan petani rendah. Penanaman kelapa Matag bagaimana pun kini menghadapi kekangan untuk mendapatkan anak benih Matag Hibrid F1. Harga benih kelapa matag ini yang dibekalkan oleh pihak swasta dilaporkan mencecah lebih RM50.00 sepokok dan lebih tercabar kerana pengeluarannya adalah amat terhad. Hanya 2 syarikat swasta dan Jabatan Pertanian yang mampu mengeluarkan benih hibrid kelapa matag ini dengan permintaan jauh mengatasi bekalan. Usaha untuk pembangunan industri kelapa ini perlu melihat kepada beberapa varieti kelapa lain yang produktif, cepat berhasil dan mudah mendapatkan sumber bekalan benih. Antara varieti yang disebutkan seperti kelapa renek Tacunan, Careca, Malayan Brown Dwarf (MDB) dan jenis lain yang perlu dikenalpasti. Kaedah penanaman secara intergrasi seperti penanaman dengan nanas premium nanas MD2 dan beberapa tanaman lain dijangka memberikan pulangan baik kepada petani. Ini kerana tanaman kelapa jenis hibrid paling cepat mengeluarkan hasil sekitar 4 - 5 tahun. Penanaman nanas boleh ditanam sehingga 3 kali pusingan dimana dalam jangkamasa tersebut dan memberikan pulangan berganda dengan sistem tanaman intergrasi ini. Cadangan untuk menggabungkan satu lembaga yang majukan tanaman nanas dengan kelapa mungkin satu cadangan yang mampu menjadi revival dalam perkara ini. Semuga tulisan ini memberikan satu info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!.
TANAMAN KELAPA... SUDAH LAMA...
SEMAKIN KURANG... KELUASANNYA...
PROGRAM KHAS... PETANI PUN SUKA...
PELBAGAI KAEDAH... UNTUK NEGARA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1118, Hotel Mariott,
Putrajaya, Malaysia.
(29 Safar 1439H)
Setelah Projek Khas Rancangan Pemulihan Semula Tanaman Kelapa (RPSKK) dibawah Jabatan Pertanian diberhentikan pada awal 1980'an didakwa pembangunan kawasan tanaman kelapa kurang diberi perhatian lagi. Pokok kelapa Malayan Tall (CN1) yang ada di negara masa kini adalah hasil daripada rancangan RPSKK dahulu. Kebanyakan pokok ini telah tua dan perlu digantikan dengan tanaman baru. Bagaimana pun didapati industri tanaman kelapa terus merudum (sunset) semenjak ujudnya kempen penanaman kelapa sawit yang didapati sangat kompetetif dikalangan petani oleh pihak MPOB terutama dikalangan pekebun kecil. Ramai kawasan tanaman kelapa telah bertukar kepada tanaman kelapa sawit (Elaeis guineensis) kerana jaminan pasaran dan harga yang stabil, mudah diseleggara serta lebih menguntungkan. Beberapa insentif yang diberikan bagi tanaman kepada kelapa sawit didapati antara penyebab beratus hektar kawasan kelapa bertukar kepada tanaman kelapa sawit secara berperingkat-peringkat semenjak 1980'an lagi terutama dikalangan pekebun kecil kelapa. Kini keluasan tanaman kelapa dan pengeluaran dalam negara untuk bekalan kelapa segar tidak mencukupi menyebabkan negara mengimport kelapa dari negara jiran untuk kegunaan kilang memproses buah kelapa. Kemasukan kelapa import dari Indonesia yang dikawal melalui permit khas membantu kilang mendapatkan bekalan berterusan. Pada tahun 2017 terdapat sebanyak 17 buah kilang memproses biji kelapa tua import untuk penghasilan santan, kerisek dan produk berasaskan kelapa yang lain.
Sumber: Bahagian PTIF, Jabatan Pertanian Malaysia,
Putrajaya (Mohd Anim dan Christopher J.B.), 2016
Pada saya penanaman kelapa ini perlu digiatkan lagi dengan memberikan lebih penerangan kepada petani bahawa tanaman kelapa mampu memberikan pulangan baik. Kalau dahulu penanaman kelapa dengan varieti Malayan Tall (CN1) yang purata hasilnya kurang 6,000 biji sehektar setahun memang berikan kadar pendapatan petani rendah. Penanaman kelapa Matag bagaimana pun kini menghadapi kekangan untuk mendapatkan anak benih Matag Hibrid F1. Harga benih kelapa matag ini yang dibekalkan oleh pihak swasta dilaporkan mencecah lebih RM50.00 sepokok dan lebih tercabar kerana pengeluarannya adalah amat terhad. Hanya 2 syarikat swasta dan Jabatan Pertanian yang mampu mengeluarkan benih hibrid kelapa matag ini dengan permintaan jauh mengatasi bekalan. Usaha untuk pembangunan industri kelapa ini perlu melihat kepada beberapa varieti kelapa lain yang produktif, cepat berhasil dan mudah mendapatkan sumber bekalan benih. Antara varieti yang disebutkan seperti kelapa renek Tacunan, Careca, Malayan Brown Dwarf (MDB) dan jenis lain yang perlu dikenalpasti. Kaedah penanaman secara intergrasi seperti penanaman dengan nanas premium nanas MD2 dan beberapa tanaman lain dijangka memberikan pulangan baik kepada petani. Ini kerana tanaman kelapa jenis hibrid paling cepat mengeluarkan hasil sekitar 4 - 5 tahun. Penanaman nanas boleh ditanam sehingga 3 kali pusingan dimana dalam jangkamasa tersebut dan memberikan pulangan berganda dengan sistem tanaman intergrasi ini. Cadangan untuk menggabungkan satu lembaga yang majukan tanaman nanas dengan kelapa mungkin satu cadangan yang mampu menjadi revival dalam perkara ini. Semuga tulisan ini memberikan satu info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!.
TANAMAN KELAPA... SUDAH LAMA...
SEMAKIN KURANG... KELUASANNYA...
PROGRAM KHAS... PETANI PUN SUKA...
PELBAGAI KAEDAH... UNTUK NEGARA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1118, Hotel Mariott,
Putrajaya, Malaysia.
(29 Safar 1439H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.