Support My Blog

Friday, May 17, 2024

KOSTING PISANG TANDUK 2023

KOSTING TANAMAN PISANG TANDUK (Musa spp) kini boleh di jadikan garispanduan kepada pembaca dan petani untuk membuat anggaran kos pengeluaran dan alirantunai pendapatan. Keluasan tanaman pisang di Malaysia pada tahun 2023 dilaporkan seluas 27,580 hektar meliputi pelbagai varieti dengan hasil sebanyak 342,833 metrik tan. Tanaman pisang paling luas di tanam di Johor (8,366 ha) diikuti dengan Pahang (3,540 ha) dan Sabah (4,292 ha) yang mana dilihat kebanyakannya adalah untuk pasaran domestik dan juga ada sebahagian lagi pasaran eksport (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Analisa kos pengeluaran di lihat banyak berubah sejak tahun 2020 apabila kos bahan input pertanian seperti benih, racun kimia, baja dan sebagainya mulai meningkat selepas berlakunya wabak covid-19, perang Rusia-Ukraine, Perang Israel-Palestin dan juga isu 'global warming' serta bencana alam. Penulis blog merujuk kepada Buku Aliran Kewangan Tanaman Jabatan Pertanian yang mana ia diterbitkan sebagai panduan dan rujukan kepada petani, syarikat swasta dan semua pihak yang terlibat atau berkepentingan dalam industri pertanian. Maklumat analisis kewangan ini merupakan satu daripada komponen yang perlu untuk dipertimbangkan selain daripada maklumat kesesuaian tanah dan kajian pasaran bagi menentukan daya maju sesuatu projek tanaman yang ingin dilaksanakan. Artikel ini penulis blog sesuaikan semula dimana ia mengandungi maklumat berkaitan aliran kewangan bagi tanaman makanan dan tanaman bukan makanan. Ia mengandungi maklumat penting ata ringkasan mengenai aliran wang masuk, aliran wang keluar dan analisis kewangan. Bagi tujuan pengiraan aliran wang masuk, pengeluaran hasil dan harga jualan ladang adalah faktor yang akan menentukan pendapatan kasar. Aliran wang keluar terdiri daripada kos pembangunan kawasan, kos bahan input, kos tenaga kerja dan kos pelbagai yang menentukan jumlah kos pengeluaran. Analisis kewangan menentukan jumlah pendapatan bersih serta lain-lain analisis berkaitan. Maklumat aliran kewangan ini telah dikemaskini bersesuaian dengan penggunaan sesuatu teknologi, jenis varieti, faktor turun naik harga input dan kos tenaga kerja di Malaysia. Jenama input yang digunakan adalah sekadar contoh dan bukan sebagai satu untuk pengesyoran. Penyelarasan harga input dan kos tenaman kerja di dalam tulisan ini adalah berdasarkan kepada harga semasa pada tahun 2021 dan 2022. Pengiraan kos pengeluaran dan pendapatan setiap kategori tanaman adalah berdasarkan kepada andaian-andaian yang disertakan. Aliran kewangan yang telah disediakan adalah anggaran pengiraan untuk panduan dan rujukan sahaja. Nilai sebenar dilapangan mungkin berbeza bergantung kepada jenis tanah, pengurusan tanaman dan harga semasa. Bagi rujukan terperinci, adalah dinasihatkan supaya merujuk Buku Pakej Teknologi Tanaman, Manual Kerja Pengembangan serta pelbagai risalah atau panduan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian. Jabatan Pertanian Malaysia. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" ini saya kupas kosting bagi tanaman Pisang Tanduk semoga ia dapat dijadikan panduan pembaca dalam membuat perancangan dan pelaksanaan dalam tanaman yang dipilih semua pembaca.

 
Saya ada menulis banyak artikel dalam blog ini mengenai tanaman pisang termasuk bagi jenis pisang tanduk dan jenis pisang lang. Antaranya sila buat pautan (Sila Klik DIsini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Amalan agronomi penanaman pisang tanduk dimana s
etiap pokok pisang hanya dikekalkan dengan sepokok utama da sepokok anak sahaja. Apa pun pengalaman penuis blog dimana untuk pisang tanduk yang berbuah hanya ada sekitar 3 -6 sahaja. Dalam pada itu setiap tandan pisang perlu dibungkus dengan menggunakan kertas sesuai daripada jenis pembalut plastik atau kertas pembungkus dedak ayam dengan di lekatkan menggunakan staple dan ditutup rapat sehingga hujung. Sebaiknya pada anak pisang pertama hanya dibela apabila jantung pisang sudah keluar sahaja untuk mendapatkan pokok ibu yang benar-benar subur. Apabila jantung telah keluar, berhentikan pembajaan kepada pokok bagi mengelakkan buah pisang ynag mengkal atau keras dah kualiti pisang jatuh. Amalan agronomi termasuk pembajaan boleh dilakukan dimana semasa mula menanam diberikan baja penggalak akar dalam lubang sebelum menanam dan setelah pokok berumur 3 bulan tabur baja subur iaitu baha NPK 15:15:15. Seterusnya setelah pokok pisang tanduk ini berumur 6-7 bulan maka beoleh di tabur baja buah NPK12:12:17:2 dimana cara memberikan baja disyorkan pada kadar hanya segenggam atau pun sebanyak 250gram setiap pokok. Kerja mengawal rumput atau merumpai menggunakan baja sentuh ICI atau BASTA. JANGAN gunakan racun serap. Pokok boleh ditajak untuk kerja merumput atau memadai hanya meracun sahaja. Tanah keliling pokok juga tidak perlu digemburkan di keliling pokok untuk elakkan pokok tumbang. Pokok pisang tanduk perlu disokong pada bahagian tengkuk agat tidak patah. Sebaiknya bagi meracun bancuhan adalah 70ml bagi 18 liter air dan dipastikan bancuhan dikacau hingga sebati sebelum digunakan bagi mendapatkan kesan ynag maksimum. Mengenai kawalan penyakit dimana jika daun pisang berkarat kuning atau batang pisang berbintik-bintik hitam dan berlendir akibat serangan kulat sembur dengan bancuhan kapur seluruh pokok hingga pokok menjadi putih. Akhir sekali semasa memetik pisang tanduk dimana sebaiknya buah boleh dipetik apabila 2-3 daun telah layu atau kering dan buahnya matang.



KOSTING TANAMAN PISANG TANDUK (1 HEKTAR)

1. Nama Tanaman  : PISANG TANDUK (Musa spp)

2. Varieti Tanaman  : Pisang Tanduk / Pisang Lang 

3. Jarak Tanaman   : 2.0 meter x 2.0 meter 

4. Kepadatan          : 2,500 pokok/hektar

5. Jangkahayat pokok          : 3 Tahun

6. Kaedah Sistem Tanaman : Monocrop

  

ALIRAN WANG MASUK (3 tahun):

7. Potensi Dapat Hasil         :  67,200 kg 

8. Purata harga (RM/kg)      :  RM2.00 

9. Pendapatan Kasar          : RM 225,000.00

10. Pendapatan Bersih       : RM   83,678.40 


ALIRAN WANG KELUAR ( 3 Tahun):

11. Kos Awal Pembangunan  : RM 33,170.00

12. Kos Bahan Input               : RM 70,422.00

13. Kos Tenaga Kerja             : RM 28,800.00

14. Kos Pelbagai                    : RM   6,729.60

15. Jumlah Kos Pengeluaran : RM 141,321.60


ANALISA KEWANGAN PISANG TANDUK/LANG:

16. IRR (Internal rate of Return)   : 129%

17. NPV (Net Present Value)        : RM 66,217.55

18. BC Ratio (Benefit Cost)          : 1.59

      (Bermakna setiap RM1 berikan RM1.59)

19. Titik Pulang Modal Betik         : RM 1.88 

20. Tempoh Pulang Modal            : Tahun ke 2

 
Menarik dalam laporan hmetro.com dengan kisah 'Pisang tanduk daripada kultur tisu' untuk ia ditulis semula dan di kongsikan kali ini. Penanaman pisang tanduk menggunakan anak benih daripada kultur tisu menghasilkan buah berkualiti premium selain mengurangkan risiko serangan penyakit. Apa pun didakwa oleh Nilesh Babul Patel sebagai petani dimana  anak benih pisang tanduk daripada tisu kultur selalu ia dihasilkan di dalam makmal. Ia bertujuan memastikan hanya ciri-ciri genetik terbaik diambil dalam proses penghasilannya termasuk rintangan kepada penyakit.  Penanaman pisang tanduk secara komersial diusahakannya bersama sepupunya, Mark Thilley di kebun berkeluasan 10 hektar selain memilih menggunakan anak benih tisu kultur berbanding kaedah benih sulur ataupun anak pokok. Harganya anak pokok pisang tanduk tisu kultur jauh lebih tinggi iaitu RM3 sepokok berbanding anak pokok sulur iaitu 70 sen sahaja. Ia satu pelaburan penting terutama penanaman secara komersial bagi dapat menghasilkan buah yang bermutu sesuai dengan permintaan untuk pasaran. Apa yang penting dimana hasil buah pisang tanduk dapat memenuhi permintaan pasaran apabila kualiti buah yang dihasilkan buah yang sesuai untuk spesifikasi diperlukan perusahaan kerepek tempatan. Pisang tanduk dari hasil ladangnya di Kelanang, Banting, Selangor diusahakan sejak 2019 itu kini mendapat permintaan tinggi ketika tuaian pertama kerana hasil buahnya yang padat selain tekstur lebih kuning. Ada petani sudah pun menggunakan anak benih kultur tisu dimana pengeluaran hasil juga lebih seragam terutama setiap buah daripada setiap pokok memiliki purata berat dan jumlah sisir yang tidak jauh beza. Dan yang paling penting boleh kawal kualiti buah yang dihasilkan seperti isi lebih padat, saiz lebih besar dan juga warnanya lebih kuning berbanding pokok pisang sulur. Pisang daripada benih kultur tisu juga memastikan pengeluaran pisang tanduk gred premium dengan berat sekitar 8 kilogram sehinggalah 13 kilogram bagi setiap pokok. Kaedah kultur tisu juga ada peraturan tertentu iaitu tidak boleh menggunakan sel induk yang sama berulang kali bagi mengelak ancaman penyakit. Di makmal TC iaitu kaedah untuk menghasilkan anak benih juga tidak boleh dihasilkan berulang-kali dengan induk yang sama kerana itu boleh menyebabkan kualiti anak benih untuk 'batch' baharu menyusut. Walau pun dia pernah sekali telah mendapat benih tidak begitu elok tetapi jika dikaji ia berpunca anak benih itu dihasilkan daripada induk yang sama untuk kali ketiga. Sebaik-baiknya setiap musim petani perlu kenal pasti pokok mana yang berkualiti untuk dijadikan sebagai induk bagi penghasilan anak benih musim akan datang. Selaunya bagi mereka yang kali pertama buat kerja penanaman pisang ini memang ianya mencabar dan memerlukan tenaga kerja ramai kerana kebanyakan dilakukan secara manual. Kemudian rutin seperti membaja dan meracun sudah ada mesin khas yang diimport dari luar dan digabung bersama traktor kecil membantu didalam memudahkan urusan penjagaan pokok. Pokok pisang amat memerlukan air mencukupi dan juga baja memastikan pokok dapat mengeluarkan jantung dan berbunga pada bulan ke 6 - 7. Buah pisang tanduk terhasil daripada jantung pokok. Biasanya pokok pisang tanduk yang sihat akan menghasilkan jantung pada bulan keenam atau ketujuh. Biasanya dalam tempoh 8 minggu berikutnya dari jantung akan beransur-ansur pembentukan buah yang sedia dituai. Kerja penjagaan pokok amat penting dalam tempoh enam bulan pertama, termasuk mencantas daun dan sulur pokok bagi memastikan pertumbuhan buah serta pokok dapat berlangsung dengan baik. Dalam musim pertama dimana harga jualan pisang tanduk dilihat sangat menggalakkan berikutan dituai mendekati musim perayaan dimana kadar permintaan ketika itu memang tinggi dan jualan lebih RM2.50 - RM3.00/kg. Walau pun dimusim kedua ini hasil banyak akan tetapi permintaan berkurang maka berlaku penurunan harga kepada harga jualan pisang. Bagaimana pun petani masih boleh menjana keuntungan kerana prospek pasaran iaitu pengilang kerepek, penjaja dan ramai peraih. Jualan benih tidak dibuat. 
Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...  
PISANG TANDUK...ILMU DI PERLUKAN...
MODAL DISEDIA...KENA CUKUPKAN....
BERAPA JUMLAH... IKUT ANGGARAN...
UNTUNG RUGI... SEBAGAI PANDUAN...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 Zulkaedah 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...