Support My Blog

Friday, May 31, 2024

KOSTING TANAMAN SERAI 2023

KOSTING TANAMAN SERAI (Cymbopogon citratus) kini boleh di jadikan garispanduan kepada pembaca dan petani yang ingin memulakan tanam dan ingin membuat anggaran kos pengeluaran dan aliran tunai pendapatan. Tanaman Serai dari keluarga Poaceae di Malaysia pada tahun 2023 dimana dilaporkan seluas 1,719 hektar dengan hasil sebanyak 16,993 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Terdapat dua jenis serai yang biasa ditanam di Malaysia iaitu jenis SERAI BIASA (Cymbopogon citratus) dan juga jenis SERAI WANGI  (Cymbopogon nardua). Serai biasa selalu digunakan dalam masakan sementara serai wangi akan diekstrak patinya dan dijadikan ubatan serta kegunaan lain. Analisa kos pengeluaran di lihat banyak berubah sejak tahun 2020 apabila kos bahan input pertanian seperti benih, racun kimia, baja dan input lainnya mulai menigkat selepas berlakuna wabak covid-19, perang Rusia-Ukraine, Perang Israel-Palestin dan juga isu global warming serta bencana alam. Penulis blog merujuk kepada Buku Aliran Kewangan Tanaman Jabatan Pertanian yang mana ia diterbitkan sebagai panduan dan rujukan kepada petani, Syarikat Swasta dan semua pihak yang terlibat atau berkepentingan dalam industri pertanian. Maklumat analisis kewangan merupakan satu daripada komponen yang perlu dipertimbangkan selain daripada maklumat kesesuaian tanah dan kajian pasaran bagi menentukan daya maju sesuatu projek tanaman yang ingin dilaksanakan. Artikel ini penulis blog sesuaikan semula dimana ia mengandungi maklumat berkaitan aliran kewangan bagi tanaman makanan dan tanaman bukan makanan. Ia mengandungi maklumat penting ata rngkasan mengenai aliran wang masuk, aliran wang keluar dan analisis kewangan. Bagi tujuan pengiraan aliran wang masuk, pengeluaran hasil dan harga jualan ladang adalah faktor yang akan menentukan pendapatan kasar. Aliran wang keluar terdiri daripada kos pembangunan kawasan, kos bahan input, kos tenaga kerja dan kos pelbagai yang menentukan jumlah kos pengeluaran. Analisis kewangan menentukan pendapatan bersih serta lain-lain analisis berkaitan. Maklumat aliran kewangan ini telah dikemaskini bersesuaian dengan penggunaan sesuatu teknologi, jenis varieti, faktor turun naik harga input dan kos tenaga kerja di Malaysia. Jenama input yang dipaparkan adalah sekadar contoh dan bukan sebagai satu pengesyoran. Penyelarasan harga input dan kos tenaman kerja di dalam buku ini adalah berdasarkan kepada harga semasa pada tahun 2021 dan 2022. Pengiraan kos pengeluaran dan pendapatan setiap kategori tanaman adalah berdasarkan kepada andaian-andaian yang disertakan. Aliran kewangan yang telah disediakan adalah anggaran pengiraan untuk panduan dan rujukan sahaja. Nilai sebenar dilapangan mungkin berbeza bergantung kepada jenis tanah, pengurusan tanaman dan harga semasa. Bagi rujukan terperinci, adalah dinasihatkan supaya merujuk Buku Pakej Teknologi Tanaman, Manual Kerja Pengembangan serta pelbagai risalah atau panduan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian. Jabatan Pertanian Malaysia. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" ini saya kupas kosting tanaman kunyit semoga ia dapat dijadikan panduan dalam membuat perancangan dan pelaksanaan dalam tanaman yang dipilih semua pembaca.


Gelaran seperti Serai Peha Gajah diberi kepada serai makan yang bersaiz besar dimana antara keistimewaan serai paha gajah ialah saiz yang besar berbanding serai jenis lain dan hasil pengeluaran juga lebih cepat. Biasanya hanya 10 hingga 12 batang serai paha gajah sudah mencapai berat sekilogram berbanding serai kampung yang memerlukan kira-kira 30 batang sekilogram. Dalam tempoh lima hingga tujuh bulan, serai paha gajah yang batangnya besar dan umbi tegap mampu mengeluarkan hasil antara enam hingga tujuh tan di kawasan seluas 0.4 hektar (1 ekar). Proses menanam dan penjagaan juga tidak rumit tetapi perlu menjaga rumput bagi memastikan pengeluaran hasil yang banyak. Seawal lima bulan serai sudah boleh dijual dan usia paling cantik ialah dalam tempoh lima hingga tujuh bulan. Ketika proses menuai serai paha gajah juga, ia mudah dibersihkan dan dalam sehari seorang mampu membersihkan sehingga 100 kilogram. Dalam pada itu ada serai yang dipanggil sebagai Serai Peha Ayam yang mana ia mempunyai batang yang besar serta umbi yang tegap, namun kurang digemari kerana aromanya tidak seharum serai biasa. Bagi penggemar serai tentu dapat membezakan dengan serai kampung walaupun kadang-kadang mata lebih tertarik dengan kegemukan serai peha ayam, tentu menyangka serai kampung telah cukup dari segi pembajaannya. Apa yang pasti diana serai paha ayam menjadi pilihan untuk ditanam. Biasanya dalam satu ekar petani boleh menanam lebih kurang 10,000-15,000 rumpun serai jika hanya tanaman serai diusahakan. Penanaman secara integrasi kita boleh menanam antara 5,000 - 8,000 rumpun serai seekar. Biasanya dalam serumpun serai paha ayam pula boleh menghasilkan purata 3 kg yang siap proses. Pada keadaan tanah yang subur penggunaan baja boleh boleh mencapai sehingga sekitar 9 kg serumpun.



KOSTING TANAMAN SERAI (1 HEKTAR)

1. Nama Tanaman     : SERAI (Citrullus lunatus)

2. Varieti Ditanam      : SERAI MAKAN TEMPATAN

3. Kepadatan Pokok  : 20,000 pokok/hektar/musim

4. Jarak Tanaman      : 0.5 m x 1.0 m

5. Jangkahayat          : Sekitar 8 bulan untuk semusim

6. Intensiti tanaman setahun : 1 kali (8 bulan)

 

ALIRAN WANG MASUK (Semusim/  5 tahun):

                                            SEMUSIM           5 TAHUN

7. Hasil Tanaman (Kg/ha)        23,000            115,000 

8. Harga Ladang (RM/kg)        2.50                   2.50

9. Pendapatan Kasar (RM)     57,500             287,500

10. Pendapatan Bersih (RM)   8,433.50       32,552.50


ALIRAN WANG KELUAR (Semusim/ 5 tahun):

                                               SEMUSIM            5 TAHUN

11. Kos Pembangunan (RM)      21,600                 3,280

12. Kos Bahan Input (RM)         16,110                63,750

13. Kos Tenaga Kerja (RM)       28,800              144,000

14. Kos Pelbagai (RM)               1,820                  10,600

15. Kos Luar Jangka (10%)       2,336              11,993.50

16. Jumlah Kos Pengeluaran   49,066.50        251,947.50


ANALISA KEWANGAN (UNTUK 5 TAHUN):

17. IRR (Internal rate of Return) : 46%

18. NPV (Net Present Value)      : RM 21,777.50

19. BC Ratio (Benefit Cost)        : 1.14 

20.  Titik Pulang Modal              : RM 2.19 

21. Tempoh Pulang Modal         : Tahun ke 2 


Dalam portal sinarharian.com dilaporkan 'Raih RM164,000 hasil tanam serai' di Baling, Kedah wajar dikongsikan.  
Projek Tanaman Serai melalui Program Rakan Strategik Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melibatkan keluasan 7.7 hektar di daerah ini mampu meraih hasil sebanyak 82 tan metrik dengan nilai mencecah RM164,000 semusim. Projek membabitkan 8 peserta dari Kampung Charuk Bakung seluas 3.44 hektar, Kampung Baru seluas 1.72 hektar, Kampung Seberang (0.86 hektar) dan Kampung Weng Dalam (1.72 hektar) mampu meningkatkan pembangunan sosioekonomi penduduk. Program dari inisiatif baharu KPLB melalui kerjasama 14 rakan strategik termasuk syarikat korporat dan swasta serta pelaksanaan agensi bawah KPLB. Turut terlibat adalah Jabatan Pertanian, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). Kerjasama ini turut dibangunkan di Pulau Langkawi, Wilayah Sabah dan Wilayah Sarawak bertujuan meningkatkan taraf hidup masyarakat di luar bandar. Usaha ini dilihat sangat membantu masyarakat luar bandar kerana mudah untuk diusahakan dan tidak perlu penjagaan rapi seperti tanaman fertigasi lain, contohnya cili dan sebagainya. Produk serai kini sentiasa mendapat permintaan tinggi dalam pasaran yang membawa hasil agak baik kerana harga jualan mencecah lebih kurang RM2 sekilogram. Pihak KPLB terus berusaha membantu masyarakat luar bandar, khususnya dari segi ekonomi, pendidikan dan kemasyarakatan, antaranya penubuhan Maktab Rendah Sains Mara, UniKL, German-Malaysian Institute serta pelbagai institusi pendidikan dimana selain ia memfokuskan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan ekonomi penduduk. Ketua Projek Penanaman Serai Mohd Hassan juga dakwa penanaman serai melibatkan 2 peserta dari Kampung Weng Dalam dan 6 lagi peserta dari tiga kawasan lain berada dalam Kampung Dalam Wang. Dilaporkan kalau sebelum ini ada peserta hanya memperoleh pendapatan tidak menentu sekitar RM500 sebulan tetapi kini boleh mencecah RM7,000 semusim sekiranya serai mencapai tempoh matang dan boleh dijual. Bagi seorang bekas tentera En Ratna dakwa dimana kebun serai yang diusahakan bersama adik dan bapa itu melibatkan 80,000 pokok serai dan mampu menjana pendapatan sehingga RM20,000. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
TANAM SERAI...ILMUNYA DI PERLUKAN...
MODAL PERMULAAN...BENIH DIADAKAN....
BERAPA JUMLAH... IKUT ANGGARAN...
UNTUNG RUGI... SEBAGAI PANDUAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka Bersejarah,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(14 Zulkaedah 1445H).
Posted from,
Desaru, Johor.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...