Support My Blog

Friday, May 10, 2024

KOSTING TANAMAN KELAPA MATAG 2023

KOSTING TANAMAN KELAPA (Cocos nucifera) kini boleh di jadikan garispanduan kepada pembaca dan petani untuk membuat anggaran kos pengeluaran dan aliran tunai pendapatan. Tanaman Kelapa ini boleh di bahagikan kepada beberapa jenis iaitu Tanaman Kelapa Tinggi, Tanaman Kelapa Renek, Tanaman Kelapa Pandan dan Tanaman Kelapa Hibrid. Semuanya berbeza dari segi kos benih, kepadatan tanaman sehemtar dan juga aspek lain dalam amalan agronomi tanaman kelapa tersebut. Analisa kos pengeluaran di lihat banyak berubah sejak tahun 2020 apabila kos bahan input pertanian seperti benih, racun kimia, baja dan sebagainya mulai menigkat selepas berlakuna wabak covid-19, perang Rusia-Ukraine, Perang Israel-Palestin dan juga isu global warming serta bencana alam. Penulis blog merujuk kepada  Buku Aliran Kewangan Tanaman Jabatan Pertanian yang mana ia diterbitkan sebagai panduan dan rujukan kepada petani, Syarikat Swasta dan semua pihak yang terlibat atau berkepentingan dalam industri pertanian. Maklumat analisis kewangan merupakan satu daripada komponen yang perlu dipertimbangkan selain daripada maklumat kesesuaian tanah dan kajian pasaran bagi menentukan daya maju sesuatu projek tanaman yang ingin dilaksanakan. Artikel ini penulis blog sesuaikan semula dimana ia mengandungi maklumat berkaitan aliran kewangan bagi tanaman makanan dan tanaman bukan makanan. Ia mengandungi maklumat penting ata rngkasan mengenai aliran wang masuk, aliran wang keluar dan analisis kewangan. Bagi tujuan pengiraan aliran wang masuk, pengeluaran hasil dan harga jualan ladang adalah faktor yang akan menentukan pendapatan kasar. Aliran wang keluar terdiri daripada kos pembangunan kawasan, kos bahan input, kos tenaga kerja dan kos pelbagai yang akan menentukan jumlah kos pengeluaran. Analisis kewangan menentukan pendapatan bersih serta lain-lain analisis berkaitan. Maklumat aliran kewangan ini telah dikemaskini bersesuaian dengan penggunaan sesuatu teknologi, jenis varieti, faktor turun naik harga input dan kos tenaga kerja di Malaysia. Jenama input yang dipaparkan adalah sekadar contoh dan bukan sebagai satu pengesyoran. Penyelarasan harga input dan kos tenaman kerja di dalam buku ini adalah berdasarkan kepada harga semasa pada tahun 2021 dan 2022. Pengiraan kos pengeluaran dan pendapatan setiap kategori tanaman adalah berdasarkan kepada andaian-andaian yang disertakan. Aliran kewangan yang telah disediakan adalah anggaran pengiraan untuk panduan dan rujukan sahaja. Nilai sebenar dilapangan mungkin berbeza bergantung kepada jenis tanah, pengurusan tanaman dan harga semasa. Bagi rujukan terperinci, adalah dinasihatkan supaya merujuk Buku Pakej Teknologi Tanaman, Manual Kerja Pengembangan serta pelbagai risalah atau panduan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian. Jabatan Pertanian Malaysia. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" ini saya kupas kostig tanaman kelapa MATAG (dwarf coconut) semoga ia dapat dijadikan panduan dalam membuat perancangan dan pelaksanaan dalam tanaman yang dipilih semua pembaca.


Kelapa MATAG merupakan varieti kelapa hibrid dengan nombor daftar Matag Hijau (Cn13), Matag Oren (CN14) dan juga Matag Gold (CN15) dimana ia berbeza cirinya. Oleh kerana kelapa varieti ini adalah di sediakan melalui proses pendebungaan diantara pokok induk jantan dari Tagnanan (CN7 - Green, CN 8 - Orange dan CN9 - Gold) dengan pokok induk betina iaitu Kelapa Renek Malayan Red Dwarf (MRD - CN4) atau Malayan Yellow Dwarf (MYD - CN5). Kemudian hasil kacukan ini ia hanya akan menghasilkan sebahagian sahaja Kelapa Matag Tulin (F1) sementara yang lainnya bukan kelapa F1 yang sesuai untuk ditanam sebaliknya di buang sahaja. Diperingkat pengenalan benih Matag sebelum tahun 2000 sepokok benih hibrid Matag F1 hanya RM6.50 sepokok akan tetapi penulis blog dapati pada awal tahun 2024 harga benih Matag F1 mencecah RM80 sepokok dari pembekal yang ada Sijil Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) yang di keluarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Hanya benih Matag Tulin F1 sahaja yang disyorkan untuk ditanam walau pun ramai petani tertipu dengan benih kelapa Matag F2 yang diambil daripada pokok kelapa Matag F1 yang berbuah. Apabila benih F2 di tanam apa yang penulis blog lihat dimana pokok tersebut ada yang tidak berbuah langsung (terus vegetatif), ada yang menjadi kelapa tinggi, ada yang menjadi kelapa renek dan banyak yang perlu di musnahkan sebab tidak seperti pokok kelapa yang diharapkan dimana ramai petani akan kecewa. Ada ramai petani. GLC, estate swasta yang tertipu dengan sendikit menjualan benih Matag F1 kerana mereka tidak tahu kaedah bagaimana sukarnya mendapatkan benih matag F1. Berikut adalah kosting penanaman kelapa MATAG untuk dijadikan panduan bagi mereka yang ingin melabur didalam industri tanaman kelapa di Malaysia. Pada penulis blog dimana aspek paling penting dalam pelaburan ini adalah bagaimana cara untuk mendapatkan benih Kelapa Matag F1 yang tulin.



KOSTING TANAMAN KELAPA MATAG (1HEKTAR)

1. Nama Tanaman: Kelapa (Cocos nucifera)

2. Varieti Kelapa : Kelapa Matag CN13, CN14, CN15

3. Jarak Tanaman : 8m x 8 m (Kepadatan: 180 pokok/hektar

4. Jangkahayat Tanaman: 25 tahun

5. Kaedah Sistem Tanaman : Monocrop

    Nota: Bagi menambahkan pendapatan di syorkan 

    menanam tanaman selingan seperti Pisang, Nanas, 

    Kontan, menternak haiwan dan sebagainya sebelum pokok 

    kelapa Matag ini berbuah dalam masa 3.5 tahun keatas.



ALIRAN WANG MASUK (25 tahun):

6. Potensi Hasil Matag - 25,200 kg/ha (1kg = 1 biji)

7. Jumlah Hasil Kelapa - 552,960 kg

8. Pendapatan Kasar    - RM756,864.00

9. Angaran Pendapatan Bersih - RM 260,131.50 


ALIRAN WANG KELUAR (25 Tahun):

10. Kos Awal Pembangunan - RM12,520.00/hektar

11. Kos Bahan Input  - RM189,627.00

12. Kos Tenaga Kerja - RM 198,388.00

13. Kos Pelbagai        - RM45,157.00

14. Kos Luar Jangka (10%)  - RM 45,157.50

15. Jumlah Kos Pengeluaran - RM496,732.50


ANALISA KEWANGAN KELAPA MATAG:

16. iRR (Internal rate of Return) - 17%

17. NPV (Net Present Value)     - RM 40,842.41

18. BC Ratio (Benefit Cost)       - 1.52

      (Bermakna setiap RM1 berikan RM1.52)

19. Harga Pulang Modal Matag - RM0.90 

20. Tempoh Pulang Modal Matag - 8 tahun


Kenapa Kelapa MATAG Ada Berwarna Hijau, Kuning dan Oren ?. Kes begini sering tidak difahami oleh orang ramai malahan pemilik nurseri swasta yang mendakwa ada menjual benih kelapa Matag. Sebenarnya warna buah kelapa MATAG bergantung kepada sumber bunga induk Tagnanan jantan dan induk pokok MRD atau MYD betina yang digunakan semasa lakukan proses pendebungaan. Kelapa MATAG hijau akan ia dihasilkan daripada kacukan tagnanan hijau dengan Malayan Dwarf Kuning. kelapa MATAG kuning dihasilkan daripada kacukan tagnanan oren dengan Malayan dwaft kuning atau tagnanan hijau dengan Malayan dwaft merah. MATAG oren dihasilkan daripada kacukan tagnanan oren dengan Malayan dwarf merah. Lazimnya pada peringkat ditapak semaian atau semasa pokok masih kecil, kelapa MATAG boleh dikenali dengan melihat batang daun. Hanya pakar pendebunga yang berpengalaman boleh membuat kerja pemilihan dan asingkan yang tulin. Permukaan atas daun berhampiran pangkal daun berwarna hijau tua manakala pada pokok yang tidak tulin atau tidak mengikuti ciri-ciri kelapa MATAG asli mempunyai daun berwarna hijau kekuningan pada bahagian tersebut. Pada sebahagian pokok MATAG yang tidak asli akan menunjukkan daun berkedut. Bagi pokok yang telah berbuah, buah kelapa MATAG berbentuk bulat, berwarna hijau, kuning atau oren dan berat buah dalam lingkungan 1.2 kg. Jika didapati benih kelapa yang didakwa sebagai kelapa matag tetapi tidak mempunyai ciri-ciri keasliannya, ia bermungkinan benih tersebut diperolehi daripada pokok kelapa matag atau benih yang tidak melepasi piawaian pemilihan semasa penakaian. PASTIKAN MEMBELI BENIH KELAPA MATAG YANG TULIN!... 
Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
INGIN BERTANI...ILMU DI PERLUKAN...
MODAL DISEDIA...KENA CUKUPKAN....
BERAPA JUMLAH... IKUT ANGGARAN...
UNTUNG RUGI... SEBAGAI PANDUAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(29 Syawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...