KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, July 16, 2018

SOTONG BAKAR - ENAKNYA!!!

SOTONG BAKAR kini merupakan satu resepi makanan berasaskan sotong segar yang kini semakin diminati ramai rakyat di Malaysia yang gemarkan Makanan Laut (seafood). Penulis blog yang baru pulang bercuti selama 2 minggu di Eropah mendapati memakan sotong bakar bersambal amat menyelerakan sekali di Pusat Makanan Laut Senibong, Johor Bahru, Johor. Kawasan restoren disini ini sangat popular dikalangan penduduk di Johor Bahru untuk menikmati makanan laut yang juga ia menjadi daya tarikan kepada rakyat Singapura. Walau pun terdapat banyak hidangan lain yang ada dihidangkan tetapi pada saya hidangan sotong bakar bersambal menjadi pilihan yang utama. Selain itu makanan lain seperti ikan pari bakar, ikan siakap 3 rasa, nasi putih dan minuman air limau memang disiapkan dalam tempoh masa yang agak cepat juga. Sebelum itu pelanggan boleh pilih sendiri sotong dan ikan yang hendak dimasak. Di Melaka juga popular dengan banyak lokasi medan ikan bakar seperti di Pernu, Sungai Duyong, Umbai dan beberapa lokasi lain yang juga ada menghidangkan sotong bakar bersambal. Hidangan sotong terbaik bagaimana pun apabila berkunjung ke Pahang, Terengganu dan Kelantan dimana sotong bakar ini lebih segar dan saiznya juga lebih besar. Sotong Bakar ini sesuai dimakan begitu sahaja atau pun dimakan bersama dengan nasi putih. Artikel petang Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" makanan enak iaitu sotong bakar pedas sekadar berkongsi info dengan pembaca diluar sana.


Kaedah menyediakan atau memasak sotong bakar ini ada bermacam cara. Masakan Ala-Thai dimana ia berbeza dengan cara-cara masakan disebelah Selatan dan di Malaysia Timur. Bagaimana pun pada penulis blog hasil penyediaan sotong bakar jika mereka menggunakan sotong yang masih segar dan baru memang memberikan rasa keenakan sebenar. Bahan-bahan asas yang diperlukan untuk resepi ini terdiri daripada 500 g sotong besar yang segar, 1/2 camca teh serbuk kunyit dan juga sedikit garam. Bahan untuk membuat sambalnya pula atau sambal asam adalah 1 inci belacan yang dibakar, 1 batang cili merah, 10 - 12 biji cili padi dan juga 2 biji bawang merah kecil. Disediakan juga bahan asam jawa sebesar ibu jari yang perlu diramas dalam 3 camca besar air, 3 biji limau kasturi, sedikit garam dan gula. Cara menyediakan dan memasak sotong ini dimulakan dengan membersihkan semua sotong tersebut dimana perlu diasingkan bahagian kepala dan badan. Penting juga untuk mencuci bersih bahagian dalam badan sotong dan kemudian ia dikelar-kelar badan sotong tapi jangan putus (Sila lihat foto disebelah). Bersihkan juga bahagian kepala sotong. Gaulkan semua sotong tersebut dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Bakar sotong dalam oven atau pun terbaik diatas api arang atau pun grill. Proses membakar sotong ini lamanya lebih kurang lebih 5 - 8 minit pada setiap bahagian (kalau bakar lama nanti ditakuit sotong akan menjadi liat. Dalam pada itu sama ada hendak dimakan dengan sambal maka dicurahkan sahaja sambal pedas diatasnya sebelum dihidangkan. Bagaimana pun jika hendak dicicah dengan sambal asam iamya agak enak juga. Sambal asam ini boleh disediakan dengan menumbuk semua bahan dalam lesung batu iaitu satukan cili merah, cili padi, garam dan belacan. Tumbuk hingga separuh lumat dan kemudian dimasukkan bawang merah tadi dan terus menumbuk hingga agak lumat (jangan terlalu lumat). Masukkan jus asam jawa dan juga perasakan dengan sedikit gula. Perah jus limau kasturi hingga tahap kemasaman yang diingini. Kuah cicah yang baik dimana mesti ada rasa masam, manis, pedas dan masin dalam sambal ini.


Memakan sotong bakar tidak memadai kalau kita kitak mengetahui apakah dia haiwan sotong itu sendiri. Penulis blog akan berkongsi info mengenai sotong untuk dibuat rujukkan. Sotong merupakan haiwan moluska yang termasuk kelas cephalopoda (kaki hewan terletak di kepala) yang terdiri dari cangkang internal yang terletak di dalam mantel. Lazimnya isi sotong adalah berwarna putih dan ia berbentuk oval dan tebal serta terbuat dari kapur. Tubuh sotong adalah relatif pendek menyerupai karung. Mantelnya berwarna merah jambu kehitaman dan diselubungi selaput nipis dan pada kedua sisinya terdapat sirip lateral yang memanjang dari ujung dorsal sampai ventral. Haiwan Cephalopoda merupakan salah satu sumber semulajadi penting dalam industri sektor perikanan laut.  Cephalopoda juga adalah salah satu kelompok terdiri dari jenis yang Halus (filum moluska), Cumi (squid), Sotong (cuttlefish), Gurita (octopus) dan lain-lain. Sotong (Sepia sp.) merupakan salah satu jenis cephalopoda yang cukup dikenali dan juga digemari oleh masyarakat tempatan seluruh dunia. Terdapat kurang lebih 100 spesies sotong di dunia (Ozyurt et al. 2006). Sotong memiliki tubuh yang lebih pipih, sementara Cumi pula lazimnya lebih berbentuk silinder. Sotong memiliki badan berbentuk bulat telur agak pendek dengan sirip isinya melingkari seluruh badan dan bagian belakang tubuh bundar. Punggung sotong keras kerana didalam dagingnya terdapat kerangka dari kapur yang biasa berbentuk lonjong dan berwarna putih. Sekitar mulut sotong akan terdapat lapan tangan pendek dan dua tangan panjang (tentacle). Jejari tangan yang pendek dilingkari dengan alat penghisap sepanjang tangan (Sucker) sedangkan tangan yang panjang (tentakel) hanya terdapat pada hujungnya. Warna sotong bervariasi tetapi umumnya coklat atau kuning kecokelatan tergantung dari warna pasir pada dasar permukaan laut. Lazimnya pada bagian punggungnya terdapat garis bengkok-bengkok. Ukuran panjang sotong dapat mencapai 30-35 cm tetapi biasanya 20-25 cm sahaja. Di Malaysia kita boleh membeli sotong dari pasar basah, pasaraya dan pasar malam dengan harga ditawarkan mengikut jenis sotong, saiz, tahap kesegaran dan juga lokasi jualan. Kepada anda yang ingin menjamu sotong bakar pedas atau resepi lain boleh berkunjung dibanyak lokasi dan medan ikan bakar diseluruh negara. Semuga artikel ini memberi info yang berguna kepada anda pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SOTONG BAKAR ...  RESEPI ISTIMEWA...
SOTONG SEGAR...NELAYAN BEKALNYA...
DIBERSIHKAN... DAUN PISANG LAPISNYA...
DIBUBUH SAMBAL.. ENAK NIKAMATINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria, Bandar Baru UDA,
Johor BAhru, Johor,
Malaysia.
(30 Syawal 1436H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...