KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, July 6, 2018

NANAS MADU KACA - TANAMAN INTERGRASI

NANAS VARIETI MADU KACA (Ananas commosus) merupakan satu varieti tanaman nanas yang sangat popular di tanam terutama di Kelantan sebagai tanaman intergrasi dengan tanaman getah. Nanas ini pada asalnya dinamakan sebagai nanas Sarawak sahaja tetapi sedang didalam proses pendaftaran dengan Jabatan Pertanian untuk di namakan sebagai Nanas 'Madu Kaca'. Proses pendaftaran ini melalui proses SOP sedia ada didalam National Plant Variety Listing bagi membolehkan ia berada dalam 9 varieti nanas sedia ada didaftarkan iaitu daripada AC1 sehingga AC9. Penulis blog mendapati kini nanas varieti ini telah di komersilkan di negeri-negeri pantai Timur Semenanjung Malaysia seperti di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Ia adalah nanas dari kumpulan Cayene iaitu ia agak kurang sensitif terhadap aruhan bahan kimia untuk pembungaan. Kini petani di sekitar Rantau Panjang, Kelantan yang luas mengusahakan nanas Madu Kaca telah mempunyai asas teknologi agronomi yang baik untuk membolehkan buah nanas ini mengeluarkan hasil dengan lebih teratur. Apa pun menurut Pak Su dan EnIsmail iaitu dua orang yang aktif menanam nanas ini menyatakan jadual penanaman yang betul akan membolehkan nanas ini tidak perlu dihormon bagi mendapatkan hasil sekitar bulan Julai hingga September sebagai 'peak season'. Penulis blog yang membuat tinjauan teknologi dibeberapa buah kampong di Jajahan Rantau Panjang dan Pasir Mas mendapati tanaman nanas madu kaca semakin popular di negeri tersebut. Artikel malam ini dari aras 8 Hotel Perdana saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai usaha menanam nanas varieti Madu Kaca sebagai satu usaha menghebahkan nanas ini.


Nanas Madu Kaca adalah jenis Nanas Sarawak tetapi ia mempunyai ciri-ciri berlainan dengan nanas Sarawak sedia ada ang dahulu popular di tanam di Johor. Penulis blog bersama beberapa pakar dari Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman Jabatan Pertanian Putrajaya sedang membuat pencirian khusus untuk varieti ini bagi ianya boleh didaftarkan sebagai satu varieti berlainan dengan nanas Sarawak. Nanas ini mudah di tanam dan diuruskan amalan agronominya berbanding dengan beberapa varieti lain seperti nanas MD2. Ia mempunyai pokok yang besar dan mampu mengeluarkan benih yang banyak bagi setiap pokok yang matang dan berbuah. Penulis blog dapati saiz buahnya yang besar menjadikan nanas ini mampu menarik minat pembeli selain daripada isinya yang berwarna kuning jernih dan keputihan seakan kaca semasa di buang kulitnya. Berat buah nanas ini diantar 2.0 - 4.0 kg sebiji (Sila anda lihat foto disebelah). Petani disini menanam nanas varieti madu kaca dengan cara intergrasi bersama pokok getah yang menerima bantuan tanaman semula. LPNM membantu penanam nanas ini dibawah skim tanaman nanas intergrasi dimana mereka yang berjaya diluluskan akan menerima bantuan bayaran benih sebanyak 15 sen sepokok dengan kadar maksima 10,000 pokok bagi setiap peserta. Pengusaha biasanya akan menanam dikawasan tanah getah yang baru dibersihkan dan menanam nanas diantara barisan pokok getah untuk selama 2 musim sahaja. Pemilik tanah lazimnya suka memberikan kebenaran penanam nanas untuk menanamna kerana ia tidak perlu menjaga pokok getahnya yang dijaga dangan baik sehingga tumbuh membesar. Ditanya lanjut biasanya tiada kenaan sewaan tanah oleh pemilik tanah malahan jika ada kebun getah yang hendak ditebang sudah ada usahawan yang menawarkan diri untuk menanam nanas dan tanaman selingan lain. 


Apa yang menarik mengenai nanas Madu Kaca adalah kualiti buahnya dan saiz buahnya. Buah nanas jenis ini biasanya akan matang dalam masa 12 - 16 bulan sebelum ia sesuai dipetik. Amalan pembajaan yang baik dengan menggunakan banyak baja Urea dan baja jenis Yara Milla membolehkan pokok nanas disini mengeluarkan buah tanpa melalui proses aruhan bunga. Bagaimana pun kebun perlu diterangkan daripada rumpai dan semak samun untuk mendapatkan kualiti buah yang baik. Buah yang matang apabila dibelah memberikan kualiti buah yang manis, juicy dan sesuai untuk dimakan segar (Sila lihat foto disebelah).  Melalui jalan utama daripada Rantau Panjang ke Kota Bharu ada banyak gerai bersusun menjual nanas Madu Kaca sepanjang jalan dan anda boleh berhenti untuk membelinya. Harga ladang bagi jenis nanas ini diantara RM1.80 - RM2.50 bergantung kepada kualiti buah. Ia sesuai dimakan segar atau pun diproses untuk dijadikan jus dan pelbagai jenis masakkan. Buah yang masak lazimnya masih mempunyai kulit berwarna hijau tetapi pekebun akan tahu sama ada buah nanas tersebut telah matang dan sesuai dipetik dengan menjentiknya. Buah yang matang lazimnya menghasilkan bunyi yang padat menandakan ia manis. Kepada anda yang belum pernah merasa keenakkan buan nanas Madu Kaca apabila berpeluang boleh membelinya dimana-mana lokasi yang ada menjual. Apa yang penulis blog pasti jika anda berkunjung ke Rantau Panjang, Kelantan memang disana ada banyak nanas madu kaca untuk dibeli dan dinikmati. Semuga artikel malam ini didalam keletihan membuat tinjauan kebun nanas memberi info berguna kepada anda pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...


NANAS BESAR MANIS...ITU MADU KACA...
INTERGRASI DENGAN GETAH... TANAMNYA...
MANIS DAN BERJUS... JUGA BERCAHAYA...
MENULIS ARTIKEL...ADA RASA GEMBIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 8005, Hotel Perdana,
Kota Bharu, Kelantan,
Malaysia.
(22 Syawal 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...