Support My Blog

Saturday, December 5, 2020

EKSPORT DURIAN SEJUKBEKU KECHINA

PENGEKSPORTAN DURIAN SEJUK BELKU ke China dari Malaysia merupakan suatu aktiviti yang telah lama dilakukan. Buah Durian (Duria zibethinus) telah diterima untuk dieksport melalui Protokol Eksport isi durian sejuk beku ditandatangani pada 12 Mei 2008 (Masa itu saya bertugas di Pejabat Pertanian Daerah Muar, Johor bersama Menteri Pertanian Tan Sri Muhyiddin Yassin). Laluan pasaran isi durian sejuk beku telah diluluskan oleh General Administration of Quality Supervision, Inspection and Quarantine of the People's Republic of Chaina (AQSIQ) pada 11 Mei 2011 walau pun kini agensi tersebut sudah ditukar. Varieti yang sesuai untuk pengeksportan ke China ialah D24 dan juga durian D197 (Musang King). Antara beberapa syarat untuk eksport durian sejuk beku ke China adalah seperti dimana buah durian mestilah dari ladang yang telah diakreditasikan oleh Jabatan Pertanian (DoA) dan telah menerima sijil Skim Akrdetasi Ladang Malaysia (SALM) dan kini dikenali sebagai Sijil MyGAp atau MyOrganic. Buah diproses di kilang yang telah pun mengamalkan Amalan Pengilangan Baik (GMP) serta diluluskan oleh AQSIQ/Agensi Baru China. Isi durian juga hendaklah disejukbeku pada suhu -30 C selama 30 minit, disimpan dan dieksport pada suhu -18C. Dari segi prosedur dolkumen diperlukan seperti adanya Inbois, Packing List, Sijil Tempasal (Certificate of Origin) daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).  Selin itu diperlukan Borang Permohonan Borang E secara Online melalui laman sesawang Dagang Net, Sijil Pengesahan Pemprosesan Isi Durian Sejuk Berku (dikeluarkan oleh pusat yang memproses),  Sijil Kesihatan daripada Jabatan Kesihatan,  Sijil Fitosanitasi daripada Jabatan Pertanian,  Mendaftar sebagai pengeksport dengan FAMA bagi permohonan Sijil Perakuan Pematuhan 3P (GPL)/(Certificate of Conformity) secara Online melalui www.e3p.fama.gov.my dan juga mesti mendaftar sebagai pengeksport dengan MAQIS bagi permohonan Permit Eksport secara Online melalui epermit.dagangnet.com.

Bagi tujuan pembungkusan dan juga perlabelan diperlukan standard saiz pembungkusan iaitu sebanyak 400g atau 500g per kotak  dimana ia bergantung kepada keperluan negara pengimport. Cara Pembungkusan isi durian sejuk beku hendaklah ianya menggunakan bahan pembungkusan yang baru dan bersih dan memenuhi syarat Fitosanitasi, keselamatan dan piawaian kebersihan yang ditetapkan oleh AQSIQ/Kastam mereka dan setiap pallet mestilah mempunyai perkataan berikut dalam bahasa Cina (For the People's Republic of China). Dalam pada itu setiap pallet juga mestilah mempunyai maklumat seperti berikut dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina iaitu Name of goods,  Place and stste of production, Farm Code, Country of origin,  Name and address of processing factory, Name and address of exporter, Date of packaging, Date of minimum durability dan juga Net weight etc. Pada masa ini dilaporkan sebanyak 31 pusat-pusat pemprosesan isi durian sejukbeku yang telah diluluskan untuk tujuan ini (Sila lihat jadual dibawah). 


Dalam akhbar tempatan bertajuk kerajaan sasarkan eksport durian sejuk beku ke China adalah menarik dirujuk. Dilaporkan dimana kerajaan menyasar untuk mengeksport 43,000 tan durian ke China tahun 2019 ini yang didorong langkah kerajaan republik itu meluluskan import durian sejuk beku dari Malaysia bermula 30 Mei 2019 lalu. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin yang dakwa kelulusan itu berbeza dengan sebelum ini, yang mana Malaysia hanya dapat mengeksport dalam bentuk pulpa durian dan pes beku ke China (Sila lihat foto disebelah). Perkara itu dicapai sewaktu lawatan Perdana Menteri ke China sehingga berjaya memeterai protokol baharu dengan kerajaan negara berkenaan dan mula dilaksanakan pada akhir bulan Oogos 2019. Sebelum ini Malaysia hanya dapat mengeksport 23,000 tan durian ke China setahun dan selepas kelulusan import terbaharu ini, kita menyasar untuk mengeksport 43,000 atau 10 peratus daripada jumlah keseluruhan import buah itu di China. Jumlah ini mungkin kecil dibandingkan dengan Thailand, namun kita tidak mementingkan kuantiti tetapi kualiti kerana Malaysia mengeksport durian premium ke China untuk pasaran khusus, bukan untuk pasaran ramai. Terkini Pentadbiran Am Kastam China sudah meluluskan pengimportan durian sejuk beku bermula 30 Mei lalu menerusi satu perjanjian yang ditandatangani pada Ogos 2019. Semua pekebun durian di Malaysia supaya mengambil peluang ini dengan berusaha mengeksport durian ke pasaran China bagi meningkatkan lagi pendapatan mereka. Selain hanya mengeksport durian, mereka juga boleh cuba mempelbagaikan produk yang berasaskan durian seperti aiskrim, kek atau kopi. Antara topik yang akan menjadi perhatian pada persidangan itu ialah mengenai ekonomi digital, keusahawanan muda, kebudayaan, kesihatan dan eko pelancongan serta inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Dalam masa sama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menjangka 1,000 tan durian jenis premium iaitu Musang King (D197) dan Black Thorn (D200) dieksport ke China setiap bulan. Pihak MoA yakin jumlah pengeluaran mencukupi bagi memenuhi pasaran tempatan dan luar negara, termasuk untuk pasaran China. Moa juga kini menjadikan durian sebagai salah satu industri di bawah Sumber Kekayaan Baharu. Dianggarkan nilaian kepada eksport negara dijangka kira-kira RM500 juta untuk setahun. Buat masa ini kebenaran untuk mengeksport durian sejuk beku dalam bentuk biji (whole fruit) diberikan kepada lima syarikat iaitu Exofruits Industry Sdn Bhd, JL Food Industries Sdn Bhd, PHG Ever Fresh Food (M) Sdn Bhd, Top Fruits Sdn Bhd dan KAMI Food Services Sdn Bhd. Moa juga berharap lebih banyak syarikat akan mendapat kelulusan untuk mengeksport pada masa akan datang. Kini penghantaran sulung durian sejuk beku dalam bentuk biji itu dianggap detik bersejarah dalam industri pertanian negara kerana sebelum ini hanya menghantar durian berkenaan secara pes mahupun ulas. Adalah digalakkan agar ramai  pengusaha untuk mengadakan aktiviti agro pelancongan berasaskan durian sempena Tahun Melawat Malaysia 2020. Dalam pada itu Duta China ke Malaysia Bai Tian mengakui beliau penggemar durian dari Malaysia dan menganggap raja buah dari negara ini adalah yang terbaik di dunia. Di China kini sudah ada lebih 1.4 bilion penduduk dan dianggarkan 300 hingga 400 juta penduduk sedang menantikan kedatangan durian ini. Diharapkan perdagangan ini berjaya dan akan memberi faedah kepada lebih banyak pengusaha durian. Semuga artile ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DURIAN SEJUK BEKU... MACAMANA...
DIEKSPORT.... PROTOKOL DISEDIA...
43,000 TAN SEBULAN... SASARANNYA...
VARIETI TERPILIH... ADA BERHARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Zulkaedah 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...