Burasak yang merupakan makanan tradisional kaum Bugis yang berasaskan beras dan santan dilaporkan ia telah pun diwartakan di Malaysia sebagai makanan warisan negara iaitu ianya bercirikan akan jenis penyediaan dan ramuan yang digunakan. Hasil dari beberapa tinjauan dilaporkan ada terdapat beberapa variasi atau jenis burasak di Malaysia untuk di ketahui. Jenis pertama adalah dari Jenis Burasak Beras Biasa dimana membuatnya ia selalunya akan menggunakan beras biasa yang dikukus bersama santan sehingga separuh masak dan ia kemudian dibungkus dengan daun pisang dan direbus lama sehingga betul-betul masak. Jenis kedua di laporkan ada Jenis Burasak Pulut ('Tumbuk') dimana ia selalunya dibuat menggunakan beras pulut berbanding beras biasa yang akan menjadikan teksturnya lebih kenyal, melekit dan berlemak (Sila lihat foto disebelah). Kelainan jenis birasak ini juga bole di kategorikan kepada apakan jenis atau variasi Berdasarkan Lauknya walaupun burasak adalah nasi berlemak dimana keenakannya dinilai melalui jenis hidangan sampingan. Ia lazim dimakan dengan ayam likuk (ayam masak lengkuas), ayam masak merah, daging rendang, atau asam pedas ikan parang dan lauk lain mengikut kreativiti dan lokaliti. Ada kategori jenis burasak menyerupai ketupat tetapi mempunyai keunikan tersendiri. Bagi Jenis Burasak Berasaskan Pulut Bersantan dimana ia Menggunakan beras pulut yang dimasak bersama santan pekat dan sedikit garam, memberikan tekstur yang sangat lembut, lembik, dan rasa yang berlemak manis. Ada juga jenis bentuk burasak seperti Jenis Berbentuk Bantal Datar dimana beras pulut yang dimasak separa lembut dibentuk leper dan segi empat, kemudian disusun secara bertindih di dalam bungkusan dan ada Jenis Burasak Berbentuk Bulat Panjang dimana ia diikat kuat dengan tali. Kelainan lain dimana ada yang suka membuat Jenis Burasak Bungkusan Daun Pisang dimana ia akan dibalut kemas dengan daun pisang (biasanya daun pisang muda) yang dilipat secara khusus dan diikat rapat menggunakan tali. Ada juga jenis burasak unik iaitu Jenis Proste Rebus atau dikukus lama: yang mana bungkusan ini direbus atau dikukus dalam tempoh yang lama (seringkali memakan masa 5 jam ke atas) untuk mematikan santan dan membolehkannya tahan lebih lama dan ada yang di rebus dalam masa lebih singkat (jenis komersil). Apa pun aroma aroma wangi yang tersendiri hasil daripada daun pisang yang direbus atau dikukus lama. Ada yang suka makan burasak begitu sahaja atau dihidangkan bersama lauk-pauk basah lain sebagai pilihan.
Ramai yang belum kenal melihat dimana Makanan Burasak sebagai jenis makanan tradisional masyarakat Bugis yang mana ia menyerupai lepat atau lemang. Ia selalu diperbuat daripada beras yang dimasak separuh masak bersama santan yang dibungkus rapat di dalam daun pisang, dan direbus selama beberapa jam sehingga ia menjadi mampat, berlemak, dan tahan lama. membuat sendiri burasak dirumah mudah di lakukan dengan menyediakan bahan-bahan terdiri dari 1 kg beras (dicuci dan ditoskan), 1 biji santan kelapa (dicampur sedikit garam), daun pisang secukupnya iaitu untuk membungkus (seeloknya daun pilih jenis daun pisang muda atau yang lembut), tali rafia atau benang iaitu untuk mengikat bungkusan dan peralatan memasak. Cara masak dengan memasak Nasi Santan iaitu dengan kaedah mendidihkan santan bersama garam dan kemudiaann perlu di masukkan beras dan masak sehingga santan kering atau menjadi nasi separuh masak (seperti proses membuat nasi lemak) dan diangkat dan sejukkan seketika. Kerja memotong daun iaitu kepada saiz segi empat (kira-kira sebesar kertas A4). Layurkan daun di atas api sekejap supaya ia lembut dan tidak mudah pecah semasa dilipat. Bagi kerja-kerja proses membungkus perlu mengambil dua helai daun pisang (satu lapisan luar dan satu dalam) dan diletakkan kira-kira 2 hingga 3 sudu besar nasi santan tadi ke atas daun. Seterusnya dillipat daun pisang tersebut menjadi bentuk lepat yang leper atau segi empat. Mengikat bungkusan dengan mencantumkan dua bungkusan burasak secara bertangkup (bahagian yang berlipat bertemu) dan diikat kemas menggunakan tali agar bungkusan tidak terbuka dan air tidak masuk semasa proses merebus. Paling lama adalah proses merebus burasak iaitu dengan menyusun burasak yang siap diikat di dalam periuk. Kemudian dituang air sehingga menenggelamkan semua bungkusan. Rebus di atas api sederhana selama 3 hingga 4 (ada yang merebus sehingga 7-8 jam juga) jam sehingga burasak benar-benar masak dan mampat. Angkat burasak dan di toskan sebelim ianya di hidangkan. Ada yang kata dimana makanan burasak paling sedap dihidangkan bersama Asam Pedas Ikan Parang, Gulai Ayam, atau Ikan Goreng Lengkuas dan pelbagai cara makan yang lain.
Makanan burasak memang ia berkhasiat seperti ia mampu untuk membekalkan sumber karbohidrat dan tenaga yang tinggi selain memberikan rasa lemak dan aroma wangi yang membangkitkan selera. Apa pun makanan burasak ini adalah juga dianggap sebagai hidangan pengganti nasi tetapi ia mempunyai kelebihan dari segi kelainnanya iaitu ia mampu Membekalkan Tenaga Berpanjangan sebab ia diperbuat daripada beras yang dimasak padat dan ia sangat mengenyangkan dan boleh memberikan tenaga yang diperlukan oleh tubuh apa lagi kalau makan dengan kuantiti banyak. Burasak memang ia Kaya Lemak Baik sebab ada penggunaan santan asli dalam penyediaannya membekalkan lemak sihat yang baik untuk tubuh badan. Memang ramai suka masak burasak sebab makanan ini Tahan Lama dan Mudah Dibawa apabila proses merebus yang lama (berjam-jam) menyebabkan ia padat dan tidak mudah basi dimana ini akan menjadikannya makanan yang sangat praktikal. Ia juga bermanafaat bila di bungkus dengan daun pisang yang memberikan aroma tersendiri yang membangkitkan selera makan. Bagi penulis blog makanan burasak paling sedap dimakan bersama lauk-pauk berempah seperti rendang daging, rendang ayam, asam pedas atau serunding. Bagaimana perlu di kongsikan akan fakta ancaman memakan burasak ini dimana burasak berpunca daripada santan yang cepat basi sekiranya tidak dikendalikan dengan betul. Makanan berasaskan santan basi berisiko tinggi dimana ia boleh menyebabkan keracunan makanan. Simptom bagi keracunan makanan termasuklah berlakunya masaalah loya dan muntah-muntah, cirit-birit, sakit dan kekejangan perut dan ia boleh menjasi demam ringan dan sakit kepala. Cara elak risiko ini dengan memeriksa bau dan rasa burasak ini dan jangan makan burasak jika berbau masam, berlendir atau rasanya berubah. Sebaiknya ia disimpan dengan betul seperti dengan memasukkan ke dalam peti sejuk jika tidak habis dimakan. Boleh di panaskan sempurna dengan mempastikan burasak yang disimpan sejuk sebelum dimakan.
Dalam membuat tinjauan mengenai harga buras di pasaran tempatan dimana ia biasanya berlegar sekitar RM1.50 hingga RM3.50 seikat yang bergantung kepada saiz dan bilangan keping dalam satu ikatan. Bagaimana pun bukan mudah untuk membeli makanan burasak ini di mana-mana seperti makanan lain. Apa pun burasak (atau buras) adalah makanan tradisi masyarakat Bugis yang diperbuat daripada beras dan santan yang dimasak berlemak, dibalut dengan daun pisang, dan direbus berjam-jam. Ia sangat enak dimakan bersama lauk-pauk tradisional kerana rasanya yang berlemak dan teksturnya yang lembut. Pemilihan jenis Lauk dan Panduan Makan Burasak dimana secara tradisinya makanan burasak dihidangkan bersama lauk berkuah atau kering yang membangkitkan lagi selera. Bagi penulis blog pernaj ujirasa Burasak dengan Serunding iaitu paling simpel dan enak (Sia lihat foto disebelah). Bagaimana pun lebih menggembirakan memakan burasak dengan Lauk Asam Pedas Ikan Parang sebab ini adalah pilihan jenis lauk paling popular dan viral juga. Burasak yang di potong-potong akan di masukkan kedalam pinggan atau mangkus dan di tuangkan kuah asam pedas ikan parang bersama isinya untuk dinikmati. Bagaimana pun perlu awas akan membuang duri ikan parang yang banyak didalamnya. Ada banyak kali memakan burasak dengan lauk Rendang Daging dan juga Rendang Ayam dimana pilihan ini seakan menyamai memakan ketupat juga. Di Pontian dulu sering juga ujirasa memakan burasak dengan Lauk Ayam Masak Lengkuas atau Ayam Masak Merah sebab di katakan ini juga sebagai jenis lauk wajib yang sering dihidangkan di hari perayaan. Panduan menghidang dan memakan burasak dengan membuka iaitu buka ikatan burasak dan keluarkan burasak daripada balutan daun pisang. Ia dipotong kepada beberapa kepingan kecil (ketebalan anggaran 1 hingga 1.5 inci) menggunakan pisau. Lepas itu boleh mencicah potongan burasak dengan kuah asam pedas atau makan bersama hirisan rendang dan serunding sebaba rasanya yang sudah berlemak dan cukup berasa dan burasak juga sedap dimakan begitu sahaja.
Dalam portal bharian.com di laporkan 'Burasak menu Aidilfitri masyarakat Bugis' dimana di Sandakan dilaporkan makanan seperti ketupat dan lemang ini yang menjadi juadah wajib orang Melayu pada Aidilfitri begitu juga burasak bagi masyarakat Bugis di Sabah. Sambutan Hari Raya bagi mereka tidak lengkap sekiranya tiada hidangan burasak atau dipanggil buras, sejenis makanan berasaskan beras yang biasanya dihidangkan dengan ayam masak lengkuas atau 'likku' dalam bahasa Bugis. Lebih menarik mengenai makanan tradisi itu, biarpun dilihat seperti mudah dimasak, namun nasi kukus bersantan terbabit sebenarnya memerlukan waktu yang lama untuk direbus iaitu antara dua hingga 10 jam. Bagi Suratni Laheng dari Kampung Gum-Gum, Batu 16 dia saban tahun menyediakan juadah itu untuk hidang keluarga dan tetamu pada Hari Raya pertama. Dia menyediakan sekurang-kurangnya 10 kilogram (kg) beras wangi bagi membuat burasak sehari sebelum Aidilfitri dan menggunakan cara tradisi iaitu dapur kayu bagi memasak juadah itu. Dia lebih gemar menggunakan cara tradisional memasak burasak berbanding memakai dapur gas bagi mendapatkan rasa lebih enak dan aroma wangi dan biasanya memasak burasak dalam dua hingga empat jam bagi memastikan tekstur lebih lembut dan makanan itu boleh bertahan sehingga dua hari tanpa dimasukkan ke peti sejuk. Dakwanya lebih lama dimasak maka struktur burasak lebih lembut dan ia tidak mudah pecah dan boleh bertahan sehingga lima hari. Setiap Hari Raya ia dianggap tidak meriah jika tiada burasak sebab dari kecil sudah dilatih untuk menyediakan hidangan itu setiap kali Aidilfitri. Proses penyediaan burasak tidak terlalu sukar iaitu memerlukan beras dikukus menggunakan santan hingga menjadi separuh masak, sebelum diletakkan di atas daun pisang muda dan dibungkus empat lapisan dan diikat dengan tali rafia. Selepas kedua-dua proses itu, barulah burasak direbus dan jika menggunakan dapur kayu, api perlu sentiasa dikawal dan air mencukupi, sekali gus menjadikan proses itu agak rumit. Burasak akan dimasak untuk dijadikan bekalan perjalanan anak yang pergi merantau ke tempat lain terutama Semenanjung. Bagi golongan orang tua masyarakat Bugis, katanya, sudah menjadi kebiasaan kepada mereka membekalkan anak dengan makanan itu sekiranya pergi bekerja atau bersekolah di tempat yang jauh. Berdasarkan cerita dimana nenek moyang mereka dulu membawa burasak sebagai bekalan sepanjang lima hari merantau dari Sulawesi ke Sabah. Sekarang ini kebanyakan yang pandai memasak burasak adalah golongan orang tua, manakala hanya segelintir orang muda yang pandai membuat burasak. Apa pun burasak ini ia adalah jenis makanan tradisi Bugis berasaskan beras dengan gelaran 'Tumbuk' iaitu burasak pulut. 'Sokko' iaitu pengat pulut dan 'Kampalo' iaitu beras pulut. Semuga artikel ini membei info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
DIMASAK LAMA.. IA MAKAN HARI RAYA...
TAHAN SIMPAN...PERLU DI MASAK LAMA...
BANYAK LAUK...SESUAI DIMAKAN SAMA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(20 Zulhijjah 1447H).







No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.