Support My Blog

Friday, June 12, 2026

KUPANG DAN FAKTA MENARIK (PART 3)

KUPANG (Mussel) atau dikenali dengan nama lain sebagai 'Siput Sudu' atau 'Kupang Hijau' ia merupakan sejenis haiwan bercengkerang dua (dwicangkerang) iaitu daripada keluarga kerang-kerangan yang hidup di kawasan air tawar atau dalam air laut. Dilaporkan dimana kupang ini ia popular sebagai makanan laut (seafood) dan sumber nutrisi yang kaya dengan protein, zat besi serta zat omega-3. Di Malaysia dimana aktiviti penternakan kupang merupakan satu aktiviti akuakultur yang menarik minat beberapa nelayan di negara kita terutama di Johor, Melaka dan beberapa lokasi lain. Kupang merupakan sejenis siput (mollusk) yang mempunyai bentuk bulat dan bujur tirus dibahagian hujung kulitnya. Penulis blog dapati terdapat dua keping kulit kupang berwarna hijau gelap (hijau lumut) dan berjalur hijau muda dibahagian tepinya. Siput sudu ini mempunyai isi lembut dan berwarna oren kekuningan dan berasa liat ketika mentah. Kulit kupang yang keras akan melindungi isi dari cacat atau dimakan oleh ikan dewasa. Terdapat 3 jenis varieti kupang yang biasa diternak di Malaysia iaitu pertama jenis Pteriomorpha spp untuk ternakan air laut, kedua jenis Palaeoheterodonta spp untuk ternakan air tawar dan ketiga jenis Heterodonta spp sejenis Kupang Zebra. Bagi penulis blog yang suka makan kupang perlu tahu jika kupang ini ia merupakan siput 'planton feeders' iaitu pemakan plankton sama seperti kerang, remis, siput sedut dan pelbagai haiwan akuakultur bercengkerang lain. Penternakan kupang ini ianya memerlukan kawasan perairan yang tidak mempunyai arus yang deras, tiada laluan kapal besar dan memerlukan air laut yang bersih dari pencemaran sampah dan tidak tercemar dengan tumpahan minyak. Ini kerana ianya akan menganggu tumbesaran benih kupang yang akhirnya akan menjejaskan saiz kupang yang ingin dituai. Kupang sesuai diternak pada musim panas iaitu di bulan Januari hingga Februari di Malaysia dan akan dituai pada bulan Julai hingga September. Pada ketika ini apa yang penulis blog rujuk dimana kadar taburan hujan yang tidak menentu di kawasan Johor kurang dan angin tidak bertiup dengan kencang merupakan antara ancaman dalam aktiviti penternakan kupang. Penternakan kupang tidak memerlukan pemerhatian yang khusus dan rapi namun ianya memerlukan kos yang tinggi untuk membeli tong plastic dan tali rawai. Kos permulaan penternakan kupang menelan belanja kira kira RM 30 000.00 termasuk harga bagi pembinaan jeti pemprosessan kupang segar. Kawasan perairan yang sesuai dan selamat dipilih perlu bersih dari sebarang tumpahan unsur minyak kerana ianya akan akhirnya menjejaskan kualiti kupang yang diternak. Kupang atau lebih dikenali sebagai 'Siput sudu' ini ia banyak diternak oleh ramai pengusaha di negeri Johor dan Negeri Johor merupakan negeri pengeluar kupang terbesar di Malaysia. Penternakan kupang banyak dilakukan di kawasan perairan Selat Tebrau terutama di kawasan Senibong, Johor Bharu dan ia juga pernah diternak di kawasan Sungai Rambai, Melaka disekitar tahun 1980-an. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan merupakan agensi yang bertanggung jawab untuk mengawal, mengurus dan mengeluarkan lesen kepada persatuan nelayan atau pengusaha yang berminat untuk menternak kupang. Pelbagai projek yang dianjurkan oleh pihak LKIM dalam memeriahkan dan untuk dapat ianya mengembangkan usaha perniagaan dalam bidang akuakultur ini supaya penternakan spesis akuakultur ini boleh diihat berkembang maju sehingga boleh dipasarkan secara komersial kepada seluruh negara. Ianya juga boleh dilihat mendatangkan sumber pendapatan yang lumayan kepada pengusaha. Permintaan yang tinggi terhadap siput sudu atau kupang ini datang dari pengusaha makanan laut. Ini kerana rasa kupang yang enak serta bau aroma yang membangkitkan selera pengemar makanan laut. Juadah kupang bakar atau kupang tumis berlada menjadi pilihan pengemar. Ini adalah kerana setelah kupang dimasak, isi kupang berasa lebih manis, mempunyai isi lembut dan sesuai dinikmati bersama nasi panas. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai fakta menarik mengenai kupang untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan pembaca semua.


Fakta Kaedah Pemasaran Kupang dilaporkan ia memerlukan strategi yang pantas dan efisien kerana hidupan laut ini mudah rosak dan perlu dijual dalam tempoh 24 hingga 48 jam selepas dituai dan jika tidak laku maka perlu di prose segera. Di Malaysia penjualan kupang segar ia lazimnya berada di kawasan yang tidak berjauhan dengan kawasan penternakan kupang. Bagi penulus blog yang sering lalu-lalang melalui Jalan Muar-Melaka dengan Muar- Tangkak dan Muar-Batu Pahat memang selalu melihat ramai penjual kupang segar menjual di tepi jalan raya tersebut (Sila lihat foto di sebelah). Mereka akan pasang papantanda 'Kupang Segar' dengan ramai peminatnya akan singgah membelinya. Apa pun lazimnya di Malaysia ada beberapa kaedah dan saluran pemasaran kupang yang selalu di jalankan. Cara pertama adalah Kaedah J
ualan Terus Kupang Segar sama ada dengan menjual segera di pasar basah, pasar tani, pasar malam atau gerai tepi jalan seawal pagi. Walau pun kuantiti yang dapat dijual tidak banyak akan tetapi cara ini dilihat ia praktikal juga sebab selalunya kalangan penternak kupang dan keluarganya atau komunitinya sahaja yang akan menjual kupang segar. Meraka akan dapat bekalan kupang segar seawal pagi dan jika tidak habis akan di bawa pulang untuk di rebus menjadi produk lain. Cara atau jenis pasaran kedua adalah Kaedah Jual Kepasa Pembekal Borong dimana penternak kupang akan membekalkan jenis kupang segar secara pukal terus kepada peraih, pasar raya, atau restoran makanan laut dimana walaupun ia boleh dijual dengan kuantiti banyak tetapi selalu harganya agak rendah berbnding dengan cara jualan runcit. Terkini sudah ada cara Menjual Kupang Melalui Pemasaran Dalam Talian (Social Commerce) dimana penternak sendiri akan menerima terus tempahan melalui platform seperti Facebook, Instagram atau aplikasi WhatsApp dimana transaksi ia kemudian dihantar terus (COD) kepada pelanggan atau menggunakan iaitu guna perkhidmatan kurier untuk kawasan berhampiran. Paling strategik adalah Kaedah Pasaran Produk Nilai Tambah Kupang (Value-Added) dimana kupang diproses terlebih dahulu menjadi produk tahan lama seperti produk isi kupang sejukbeku, kerupuk, serunding, atau pes untuk pasaran yang lebih meluas. Penulis blog menganalisa harga kupang segar di Malaysia biasanya sekitar RM10 - RM25 sekilogram dimana ia bergantung pada gred, jenis (kupang segar, kupang beku, atau kupang kering) dan lokasi kedai serta kaedah peasaran. Dalam beberapa tinjauan sekitar tahun 2026 di laporkan dimana harga bagi Produk Kupang Segar (Sehelai/Hidup) ia adalah sekitar RM10 - RM25 untuk 1kg akan tetapi hasil  tinjauan di kawasan pantai seperti Pantai Remis dimana harga jualan adalah boleh serendah RM13/kg. Bagi Jenis harga isi kupang atau kupang kupas pula (Frozen/Sejuk Beku) adalah sekitar RM11 - RM15 untuk pek 500g sementara harga bagi jenis produk Kupang Kering adalah sekitar RM8 - RM15 untuk pek 100g hingga 300g bergantung pada gred.  
 

Kalangan pembaca blog ada yang suka makan kupang dan ada ramai juga yang tidak suka makan kupag terutama bagi mereka yang ada alahan dengan makan makanan laut (allergik). Dari beberapa tinjauan di Malaysia kupang sangat sedap dimasak dengan pelbagai cara dan ini bergantung pada citarasa. Antara resepi paling popular termasuk Kupang Masak Serai Cili Padi, Kupang Goreng Kunyit, dan Kupang Masak Sos Tiram. Bagi penulis blog dimana Resepi 
Kupang Masak Sos Tiram adalah resepi yang paling popular dan kegemaran ramai dan ia selalu di hidangkan di restoren seafood sekitar Melaka dan Muar. Makanan ini ia cukup cepat dimasak cuma ianya akan mengambil masa sekitar 15 minit sahaja dan sangat sesuai dihidangkan bersama nasi panas atau nasi lemak. Bahan-bahan kalau hendak masak dirumah disediakan 1 kg kupang (dicuci bersih), 3 ulas bawang merah (dihiris), 3 ulas bawang putih (dihiris), 1 biji bawang besar (dihiris), 2 batang serai (diketuk), 3 sudu besar cili kisar, 5 sudu besar sos tiram, 1 biji tomato (dipotong baji), 2 helai daun limau purut (dihiris), sedikit minyak masak, garam dan gula secukup rasa. Cara untuk memasak dengan menumis iaitu panaskan minyak dan tumis bahan hiris, bawang putih, bawang merah dan serai sehingga wangi. Bagi memasak sambal dimasukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak dan bagi memasak Sos pula di masukkan sos tiram, garam, dan gula dan dikacau rata. Bagi memasak kupang ia di masukkan kupang dan digaul sebati dan tutup kuali seketika selama 3 - 5 minit sehingga kupang terbuka elok. Akhir sekali boleh di masukkan hirisan daun limau purut dan buah tomato dan digaul seketika serta dimatikan api dimana hidangan sedia dinikmati. Kedua ada juga Resepi Kupang Masak Serai Cili Padi dimana resepi ini ia sesuai untuk mereka yang menggemari rasa pedas, wangi, dan segar. Sediakan bahan tumis terdiri dari serai (diketuk), bawang merah, bawang putih, halia, dan cili padi (dihiris atau ditumbuk). Sediaan juga bahan perasa iaitu sos tiram, sedikit jus limau nipis, garam, dan serbuk perasa. Cara masak adalah dengan menumis bahan hingga wangi, masukkan kupang yang telah dibersihkan dan gaul sebentar bersama sos tiram serta perahan limau dan ia sedia di hidangkan. Penulis blog kongsikan resepi ketiga iaitu Resepi Kupang Goreng Kunyit iaitu sebagai sejebis lauk kampung yang sangat ringkas dan membangkitkan selera. Sediakan bahan iaitu kupang, serbuk kunyit, garam, bawang besar, bawang putih, dan cili merah. Apa pun cara masak dengan menggaul kupang dengan serbuk kunyit dan garam dan ia kemudian goreng sekejap (jika guna kupang mentah). Tumis bawang dan cili dan boleh ia masukkan kupang dan kacau rata bersama sedikit sayur seperti kacang buncis atau lobak jika suka dan boleh dihidangkan dengan nasi panas. Keempat ada Resepi  Kupang Masak Pedas Berapi (Gaya Sambal) dimana resepi ini adalah antara yang sangat sedap dinikmati dengan nasi putih panas-panas. Sediakan bahan kisar atau bahan tumbuk iaitu bawang merah, bawang putih, halia dan cili merah atau cili kering kisar. Sediakan juga bahan perasa terdiri dari sos cili, sos tomato dan sos tiram. Cara memasak dengan menumis bahan kisar hingga pecah minyak, masukkan semua sos, daun limau purut, dan kupang dan ia digaul sebati dan angkat serta sedia di hidangkan. Kelima ada Resepi Kupang Rebus Serai (Gaya Stim atau Sup) sebagai salah satu pilihan terbaik jika kupang anda sangat segar (seperti baru lepas beli) dan mahukan rasa asli kerang-kerangan. Sediakan bahan seperti serai, asam keping, daun kunyit, dan cili padi. Cara masak dengan merebus kupang bersama bahan di atas dengan sedikit sahaja air. Perasakan dengan garam dan biarkan kupang terbuka sendiri (tanda ia sudah masak) sebelum dihidang.  


Dilaporkan dimana di Malaysia kini ramai penduduk kampung di pesisiran pantai dan laut mereka turut menjalankan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) termasuk aktiviti membuat belacan, membuat ikan kering dan kraftangan berasaskan kupang. Dalam beberapa media di laporkan diantara produk terhebat dari Kg Sg Melayu, Johor Bahru ini adalah Produk Keropok Kupang (Sila lihat foto disebelah). Keropok kupang tidak boleh diperoleh di tempat lain tetapi hanya di proses di Kampung Sungai Melayu, Johor Bahru sahaja. Jadi mereka yang datang ke kampung ini berpeluang merasai sendiri keenakan keropok kupang yang berbeza dengan rasa keropok biasa dan boleh melihat bagaimana proses mereka membuat keropok kupang dilakukan. Dari kenyataan umum seorang penduduk disini dikenali dengan nama Puan Rosmah didakwa dimana aktiviti akuakultur penternakan kupang mendapat perhatian kerajaan termasuk membiayai kos membina rakit khas bernilai hampir RM1 juta milik koperasi kampung berkenaan. Kupang mengambil masa enam bulan untuk matang sebelum sesuai dijadikan hidangan atau menghasilkan barangan seperti keropok kupang dan kupang kering. Penternakan kupang tidak lagi memerlukan penjagaan terlalu rapi seperti ternakan lain yang perlu diberi makan mengikut waktu tertentu. Ternakan kupang hanya memerlukan tali diperbuat daripada jala sebelum disimpul untuk menjadi seutas tali yang panjang. Tali yang diikat pada rakit itu dapat digunakan sehingga dua kali penternakan. Beberapa media tempatan laporkan dimana sebut s
ahaja keropok, kebanyakan rakyat Malaysia pasti terbayang keropok lekor atau keropok ikan dari Pantai Timur yang cukup ikonik dengan keenakan isi ikan segar. Bagaimanapun, di sebalik dominasi keropok ikan itu, kampung nelayan di Kampung Sungai Melayu, Johor mencipta identiti baharu menerusi produk unik, keropok kupang (Sila lihat foto paling bawah sekali). Bagi pengusaha lain di sini dikenali sebagai Rosmah Saim (55) dia tampil dengan inovasi hebat yang kini semakin mendapat perhatian pencinta kudapan tradisi. Dia yang kini sudah lebih 10 tahun membabitkan diri dalam perusahaan ini dakwa ini semuanya bermula daripada soalan spontan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika melawat kampung itu lebih sedekad lalu. Dia di anya MB Johor kenapa ramai ternak kupang tetapi tiada produk hiliran seperti keropok dan ini membuat dia termenung sebab keropok ikan memang sinonim dengan Pantai Timur dan dia fikir kenapa tidak hasilkan keropok berasaskan kupang, lambang identiti kampung sendiri. Cabaran paling besar ialah mencari nisbah kupang dan tepung yang seimbang. Kalau lebih tepung, rasa kupang hilang. Kalau lebih kupang, adunan jadi lembik dan kemudian akhirnya dia jumpa formula yang menjadikan keropok kupang kembang elok, rangup dan manis semula jadi. Dia kini bersama rakan niaga Lifniah sudah mampu untuk mereka menghasilkan sehingga 150 bungkus keropok setiap kali adunan besar dibuat. Cara menghasilkan keropok kupang agak rumit dan tidak boleh terburu-buru, malah lebih sukar jika dibandingkan dengan pembuatan keropok ikan. Proses ini ia bermula daripada membersihkan kupang, mengisar halus, menguli adunan, membentuk silinder panjang, merebus tiga jam, hingga menghiris nipis dan menjemur di bawah panas matahari. Bahagian paling mencabar adalah kalau cuaca panas maka tiga hari cukup kering tetapi kalau mendung atau hujan, boleh jadi seminggu baru kering. Selain orang Johor dia dakwa ada pembeli dari Singapura sanggup datang ke Kg Melayu ini untuk mendapatkan keropok kupang berkenaan. Apa pun selain kupang dia juga ada menghasilkan keropok ketam, kerang dan lokan, namun hanya secara bermusim kerana bekalan terhad dimana harganya berpatutan iaitu di lokasi dijual RM6 sebungkus atau dua bungkus RM10. Apa yang lebih membanggakan, perusahaan ini turut membuka peluang rezeki kepada penduduk kampung khususnya wanita. Apa pun kalau ada tempahan banyak, suri rumah akan datang membantu menghiris dan menjemur. Hari ini dia dakwa setiap kali pelancong berkunjung ke Kampung Sungai Melayu maka produk keropok kupang menjadi buah tangan wajib. Artikel ini di tulis dalam tiga (2) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology yang ke 9,103 kali ini. Wasallam!!..
NAMANYA KUPANG... JENIS KERANGAN...
IA MUDAH DI TERNAK... ADA ANCAMAN...
ISI DI KUPAS... DIJADIKAN MAKANAN...
IA BERKHASIAT...RESEPI DISEDIAKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Zulhijjah 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...