KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, November 1, 2014

TEBUAN - KAWALAN DI APIARI

TEBUAN (Vespa tropica tropica) merupakan sejenis serangga daripada keluarga Vespidae yang sering berada dan menyerang penternakan lebah madu di negara kita. Tebuan atau Tabuan atau Wasp ini mempunyai sebanyak 24 spesis mengikut lokaliti, negara dan iklim sesuatu negara. Antara spesis yang terdapat di Malaysia adalahTabuah Tanah (Vespa tropica tropica) sementara spesis di Filipina pula jenis Vespa philipinensis dan banyak jenis lagi  dinegara lain. Daripada pengalaman penulis, serangan oleh tebuan memang sering di keluarkan dalam akhbar dan media eletronik dimana kes serangan tebuan kepada manusia mampu mengakibatkan maut atau tahap kesakitan teruk sehingga dimasukkan wad ICU. Venom atau racun yang di masukkan melalui sengatan tebuan tanah akan menyebabkan bengkak-bengkak yang teruk dan boleh juga menghentikan denyutan jantung manusia jika dos sengatan banyak (Orang dewasa yang menerima lebih 15-20 sengatan boleh meninggal dunia jika tidak dirawat dengan segera). Kini tebuan telah dikenalpasti sebagai musuh yang perlu dikawal dalam aktiviti penternakan lebah madu. Dari tinjauan penulis dibeberapa lokasi penternakan lebah madu di seluruh negara mendapati, keujudan populasi tebuan akan bertambah dikawasan aktif dengan penternakan lebah madu. Serangan tebuan dipintu masuk haif berlaku dengan cara tebuan akan menyambar lebah pekerja yang baru balik dari mengutip nektar. Serangan ini merupakan teknik paling lazim dilakukan tebuan. jenis Lebah Impot (Apis mellifera) yang berbadan besar daripada Lebah Keran (Apis cerana) selalunya memudahkan tebuan menyambar lebah ini untuk menyedut manisan dimana akibatnya lebah impot tersebut akan mati. Subuh ini saya menulis didalam "Anim Agro Technology" mengenai teknik mengawal populasi tebuan dikawasan apiari atau tempat menternak lebah madu daripada penelitian penulis sendiri serta membuat rujukan kepada beberapa pakar perlebahan dalam dan luar negara.


Artikel seperti ini merupakan satu artikel yang agak jarang diterbitkan di negara kita kerana masih kurang pakar perlebahan membuat kajian secara saintifik. Kehadiran tebuan dikawasan ternakan Natural Bee Keeping milik Mr Eee di Hutan Sedili, Kota Tinggi, Johor ini membolehkan penulis melihat sendiri bagaimana teknik kawalan tebuan dilakukan dengan berkesan. Tebuan selalunya akan berterbangan dikawasan haif yang bersusun dikawasan apiari dengan jumlah sekitar 15-20 semasa penulis tiba dilokasi. Mr Eee seterusnya menggunakan sauk ikan (Sila anda lihat foto disebelah) untuk menangkap tebuan yang sedang terbang dengan mudah. Kemudian tebuan ini akan di keluarkan daripada dalam sauk dengan berhati-hati dengan menggunakan alat penyepit kayu yang bertindak seperti 'forceps'. Ketika mengeluarkan tebuan dari sauk ada berkemungkinan tebuan tersebut akan menyengat dan bisanya bukan kepalang lagi. Kepakaran memegang dan menyepit Mr Eee memang ditahap pakar. Ketika menyepit tebuan jangan terlalu kuat kerana ia akan membunuhnya dan jangan terlalu longgar tebuan tersebut akan terlepas.


Seterusnya tebuan ini di bubuh sejenis bahan kimia dengan kandungan bahan perawis (active ingredients) sebagai Fipronil yang ada dijual dipasaran. Bahan kimia tersebut yang dimasukan kedalam bekas plastik titisan ubat mata akan dititiskan dibahagian ekor (Hornet) tebuan yang disepit tadi setitik. Berhati-hati semasa melakukan aktiviti ini dan pastikan cecair ini tidak tumpah diatas tanah atau haif yang berhampiran kerana ia akan menyebabkan lebah terkena racun tersebut. Setelah pasti setitik racun ini kena pada hornet tebuan maka ia dilepaskan untuk terbang bebas (Sila lihat foto disebelah). Lazimna tebuan ini akan terbang semula dan balik kesarangnya dalam keadaan 'gila'. Ia akan menyengat tebuan lain didalam koloni akibat kesan racun sistemik yang menyebabkan semua koloni tersebut akan mati dan habis. Teknik ini telah diamalkan sejak beberapa belas tahun dulu setelah dipelajari daripada pakar-pakar perlebahan luar negara dan juga pakar lebah tempatan. Bagaimana pun perlu berhati-hati semasa membuat kawalan ini terutama dalam penggunaan racun tersebut agar tidak terkena koloni lebah. Peralatan dan kawasan yang terkena perlu segera dibasuh dengan air (penyepit, tangan dan baju yang mungkin terkena racun) sebelum menjalankan aktiviti pengurusan lebah seterusnya.


Teknik lain yang boleh dilakukan didalam mengawal tebuan dikawasan penternakan lebah madu adalah dengan memukul tebuan tersebut dengan menggunakan alat raket badminton. Tebuan yang sedang terbang berkeliaran dikawasan haif lebah mudah untuk kita 'smash' macam bermain badminton (Sila lihat foto racket badminton disebelah). Cara ini lazimnya akan membolehkan tebuan tersebut jatuh diatas tanah atau terus melekat pada tali racket. Bergantung kepada kekuatan 'smash' yang dibuat, tebuan terkena smash lazimnya cedera atau terus mati. Jika tebuan tersebut cedera dan jatuh ketanah maka kita boleh terus pijak-pijak dengan kasut untuk membunuhnya.  Teknik ini bagaimana pun perlukan masa lebih lama untuk mengawal tebuan dan dilakukan semasa kita membuat pengurusan didalam kawasan penternakan lebah. Beberapa kawdah kawalan lain sesuai seperti cara membakar sarang tebuan (jika sudah nampak dimana-mana lokasi) dan juga menyembur racun serangga aerosol terus disarang tebuan yang ditemui. Semuga artikel ini membantu usahawan lebah madu dalam cara mengawal serangan tebuan dikawasan masing-masing. Wasallam!...
NAMA TEBUAN... MUSUH LEBAH...
PERLU DIKAWAL...CARA MUDAH...
TANGKAP... BUBUH FIPRONIL DAH...
GUNA RAKET... PELBAGAI KAEDH...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 602, Hotel Tanjong Vista,
Jalan Sultan Zainal Abidin,
Kuala Terengganu,
Terengganu,
Malaysia.(24 Zulhijjah 1435H) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...