Support My Blog

Thursday, May 23, 2019

KUIH KETAYAP - SENANG BUATNYA

KUIH KETAYAP atau KUIH GULUNG merupakan sejenis kuih tradisional yang diminati di Malaysia, Indonesia dan juga Brunei DS. Kuih gulung atau juga dikenali sebagai kuih ketayap merupakan sejenis kuih tradisi yang popular di Malaysia. Ia merupakan sejenis kuih yang terdiri dari dua komponen iaitu kulitnya (lempeng) dan intinya (biasanya kelapa). Penulis blog amat kenal dengan kuih ini dimana ibu selalu membuatnya untuk sarapan pagi dimasa lampau di kampong iaitu di Gerisek, Muar, Johor. Memang mudah untuk menyediakan kuih ini yang enak dan mengenyangkan serta ia berkhasiat. Pada masa ini mungkin generasi muda agak kurang kenal akan kuih ketayap ini berbanding dengan makanan moden seperti ayam goreng, dimsum, burger, sphagetti, korean food dan beberapa lagi. Kuih Ketayap atau Kuih Dadar Gulong ini ada dijual di kantin sekolah, pasar malam dan juga beberapa gerai makan (Sila anda lihat foto diatas). Lazimnya kuih ketauap tradisional adalah berwarna hijau (hijau dari daun pandan yang digunakan semulajadi) walau pun ada yang membuat dadar warna putih sahaja (resepi ibu dahulu) dan yang kreatif mereka warnakan merah, kuning dan sebagainya. Apa pun warna dadar akan tetapi cara membuatnya dan rasanya hampir sama. Apa yang unik adalah kreativiti pembuatnya dan cara bagaimana menghidangkannya. Kalau kena dengan cara ballutan plastik dan saiz yang menarik tentunya orang akan memilih kuih ketayap ini semasa dihidangkan berbanding kuih lain. Kuih ketayap ini lembut dan manis menyebabkan ia sesuai dimakan oleh kanak-kanak, remaja, orang dewasa malahan atok nenek yang sudah berusia.Dalam pada itu kuih gulung atau ketayap ini berkemungkinannya diberi nama sedemikian kerana cara membuatnya di mana kulit luar kuih digulung pada inti. Nama lainnya kuih ketayap pula disebabkan rupa kulit luarnya yang seperti ketayap sebelum digulungkan bersama inti didalamnya. Kuih ketayap popular dikalangan golongan muda sebagi makanan harian kerana ia merupakan sejenis kuih yang enak dimakan. Biasanya lapisan plastik digunakan bagi mengalas kulit luar yang melekit bagi mengelak terkena pada jari orang yang memakannya. Artikel pagi ini sempena cuti Hari Wesak saya menulis dalam ''Anim Agro Technology" megenai Kuih Ketayap atau Kuih Dadar Gulong untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.

Kenapa anda ingin juga membuat kuih ketayap?. Jawapannya kerana anda lapar dan hendak makan kuih tersebut. Jangan risu kerana saya pasti anda memang mampu dan boleh membuatnya sendiri dirumah asalkan ada bahan mencukupi, peralatan dan yang paling mempunyai info seperti membaca artikel ini. Kuih ini adalah kuih yang sedap, lembut dan ia juga mudah disediakan. Kuih Ketayap ataupun ada segelintir memanggilnya sebagai Kuih Gulung dianggap sebagai kuih tradisional kerana sangat diminati tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa. Mungkin tekstur lembut dan mempunyai inti kelapa yang manis buat Kuih Ketayap ini masih mendapat permintaan ramai dihati peminat-peminat kuih tradisi. Bahan-bahan membuat lempeng atau dadar yang diperlukan adalah 100 gm tepung gandum, 1 biji telur, 250 ml air daun pandan, 2 helai daun pandan dan juga secubit garam. Bahan untuk inti pula terdir dari 1 cawan kelapa parut putih, 2 sudu besar gula pasir, 1/2 sudu teh tepung jagung yang perlu dibancuh  bersama sedikit air dan juga secubit garam. Semua bahan ini amat mudah didapati dikedai runcit dan pandan dikeliling rumah sahaja. Peralatan diperlukan adalah pengisar (blender, mangkuk, susu, kuali, alatan memasak sudip dsb  dan dulang kecil untuk mnggulung kuih ketayap.

Bagaimana cara membuat kuih ketayap yang enak ini. Mula-mula sekali perlu diayak tepung gandum dan garam dan masukkan ke dalam mangkuk. Kemudian dimasukkan telur yang telah dipukul bersama air daun pandan. Kacau hingga adunan tersebut menjadi licin tetapi penulisblog selalu kisar dengan blender sahaja untuk dapatkan yang terbaik. Kemudian dimasukkan adunan ke dalam penyukat. Simpulkan daun pandan dan panaskan kuali. Saapukan kuali panas dengan daun pandan yang dibubuh sedikit minyak sehingga terbit aroma wanginya dan dituang adunan ke atas kuali dan lenggangkan kuali untuk membentuk bulatan. Biasanya kuali panas itu akan mengubah adunan basah menjadi kering dalam 3-4 minit sahaja dan ia boleh diangkat apabila sudah masak. Kemudian ia perlu diulangi proses yang sama hingga adunan habis dan semua dadar tersebut disusun didalam pinggan leper dan dibiarkan sejuk. Cara membuat intinya dilakukan dengan mencairkan gula bersama sudu besar air ke dalam periuk. Kemudian dimasukkan kelapa parut dan di masak sampai kering. Masukkan dua atau tiga biji bunga cengkih untuk menambah aroma dan kesedapannya. Kemudian dimasukkan tepung jagung dan kacau sehingga rata.  Selepas inti masak maka ambil kulit ketayap dan diisikan dengan inti dan gulung dengan kemas (Sila lihat foto disebelah). Susun didalam pinggan sesuai dan ia sedia untuk di dihidangkan.

Dipaparkan juga cara membuat ketayap Ala Jawa di Johor yang selalu dibuat. Bahan-bahan yang digunakan adalah 1 kg tepung gandum, 2 sudu besar tepung pulut, 1 biji telur, sedikit garam dan juga pewarna Hijau (titiskan mengikut kesukaan masing-masing  kalau tidak mahu guna pandan. Dikampong ramai juga yang tidak bubuh pewarna memadai dengan putih krim semulajadi sahaja. Semua  bahantersebut dikacau dalam mangkuk atau dikisar sehingga sebati. Pastikan jangan jangan pekat sangat biar cair sedikit sebab dari pengalaman penulis blog apabila adunan pekat menyebabkan kuih dadar jadi tebal dan boleh pecah. Dalam pada itu bahan untuk inti gunakan 1.5 biji kelapa parut, 5 sudu besar Gula Merah,  5 sudu besar Gula Pasir, 5 sudu besar Gula perang, 2 helai daun pandan, 4 sudu besar tepung gandum untuk jadikan intinya lembab dan sedikit garam. Cairkan kesemua gula dan dimasuk sedikit tepung dan dikacau hingga sebati. Kemudian dimasukkan kesemua bahan inti dan daun pandan dikacau sampai sebati dan angkat untuk disejukkan. Seterusnya panaskan kuali dan sebaiknya menggunakan kuali tidak lekit (nin stick fry pan) dan bagi membuat kulit ketayap tuangkan adunan cairan dengan sukatan senduk tepong dan goyangkan sehingga membentuk bulat. Dari pengalaman sekilogram tepong boleh mendapatan sekitar 70 keping dadar. Apabila sejuk ambil initi kelapa tadi dan diletakkan dibahagian tepi kulit dadar dan digulong (rolled) dan disusun diatas pinggan. Untuk hidangan boleh dihidang begitu sahaja atau boleh dipotong-potong. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KUIH KETAYAP... DADAR GULONG SAMA...
MUDAH DIBUAT... CEPAT SEDIAKANNYA...
ENAK DIMAKAN... APA LAGI PERCUMA...
BUAT SENDIRI... BACA ARTIKEL SAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka Bersejarah,
Persimpangan Bukit Beruang,
Melaka, Malaysia.
(17 Ramadan 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...