Support My Blog

Sunday, May 19, 2019

SKANDAL BUAH GUARANA - LAPOR MEDIA

SKANDAL BUAH BRAZIL begitulah tajuk utama sebuah akhbar tempatan dipaparkan muka hadapan Utusan Malaysia pada 18 Mei 2019. Beberapa berita kaki dan halaman didalamnya terus membincangkan perkara ini yang mana ia perlu dilihat sebagai satu cubaan untuk menipu seperti mana yang didakwa oleh akhbar tersebut. Pokok Guarana atau nama saintifiknya Paullina cupana merupakan sejenis pokok herba yang berasal daripada Venezuela atau Utara Brazil. Pokok ini mempunyai 10 spesis dimana ia mempunyai daun yang lebar, bunga yang berjambak dan saiz buahnya sebesar biji kopi. Pokok dewasa menghasilkan biji guarana dimana ia bila diproses didakwa akan menjadi ubat perangsang sistem saraf pusat dimana ia juga didakwa mengandungi dua kali kandungan kafien (caffiene) daripada biji kopi. Dilaporkan dinegara Brazil produk yang dihasilkan daripada biji guarana ini adalah minuman berkarbonat, kopi, ais krim dan ekstrak buah guarana. Penulis blog belum pernah lagi menikmati semua produk tersebut akan tetapi pernah melihat pokok dan buahnya. Di Malaysia, Jabatan Pertanian telah melarang pengimportan biji dan bahan tanaman ini masuk kenegara ini kerana mempunyai penyakit Hawar Daun Amerika Selatan (SALB - South American Leaf Blight) yang sagat merbahaya kepada industri getah dan tanaman lain dalam negara. Bagaimana pun akhbar tersebut mendakwa telah terdapat ladang bertanam dengan pokok guarana dalam negara kita seperti di Pulau Pinang (Bukit Mertajam), Kelantan (Tanah Merah) dan Kedah (Sik dan Baling). Belum diketahui asal usul dan bagaimana biji benih guarana tersebut dibawa masuk akan tetapi yang pastinya memang ia tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa. Penanaman guarana ini didakwa akan dilakukan di Sabah seperti di Keningau, Tamparuli dan juga Kota Marudu. Apabila berbuah kelak antara produk yang akan dihasilkan mengikut laporan akhbar tersebut adalah tepung guarana, minyak masak, ubat kanser serviks, produk kecantikan dan juga minuman bertenaga. Bagaimana pun akhbar tersebut dengan 4 artikel yang dikeluarkan telah menarik minat penulis blog ''Anim Agro Technology'' untuk membaca dan mengupasnya bukan berniat tidak baik akan tetapi sekadar berkongsi info tersebut.


Artikel muka hadapan dengan tajuk utama ''SKANDAL BUAH BRAZIL'' memang cukup menarik minat kalangan pembaca. Caption berikutnya ditulis akhbar iaitu 'petani ditipu serah tanah' dimana beberapa kenyataan lain dikatakan seperti 'ratusan petani di lima buah negeri dipercayai jadi mangsa penipuan'. Seterusnya didakwa 'petani diperdaya menyertai pembangunan tanaman guarana dari Brazil' dan 'benih tersebut sebenarnya tidak boleh dibawa masuk oleh pihak kerajaan'. Seterusnya dinyatakan 'ditawar buka tanah dengan balasan dapat bijibenih guarana secara percuma' dan 'akhir sekali dimuka hadapan ditulis petani dijanjikan keuntungan mencecah jutaan ringgit'. Keratan akhbar diatas yang mana ia bertajuk ''Larang import slagi tidak mengikut syarat'' juga menarik untuk disentuh (Sila lihat foto datas). Sehingga artikel ini ditulis sebenarnya larangan import biji benih guarana masih berkuatkuasa dan kesalahan dilakukan boleh didakwa dibawah Akta MAQIS 2011 serta Akta Kuarantin Tumbuhan 1976. Anda boleh membaca sendiri keseluruhan artikel tersebut dalam keratan diatas.


Keratan seterusnya bertajuk ''Ditipu Janji Guarana'' yang  dilaporkan UM ada 18 Mei 1019 menyatakan dimana ada 'datuk' guna taktik licik memanipulasi tanah orang kampong (Sila lihat foto diatas). Berita yang dipetik dari Kuala Lumpur tersebut mennyatakan ratusan petani dibeberapa buah negeri dipercayai menjadi mangsa penipuan seorang individu bergelar 'datuk' melalui tawaran pembangunan tanaman guarana. Petani yang sebelum ini menanam getah dan kelapa sawit di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Sabah dan Sarawak kini kebingungan selepas ladang guarana yang diusahakan itu masih tidak mendapat kelulusan daipada Jabatan Pertanian. Anda boleh membaca tulisan wartawan Zulhilmi dan Hadi didalam keratan akhbar diatas.



Keratan yang ke empat juga diterbitkan pada hari yang sama bertajuk ''Syarikat dakwa dapat permit import benih uarana'' yang ada sisipan mengenai Info Guarana (Sila lihat foto diatas). Berita dimulakan dimana syarikat tersebut telah mendakwa telah mendapat kelulusan penuh bagi tujuan mengimport biji benih guarana pada hujung Ferbuari tahun lalu (Febuari 2018). kelulusan daripada Jabatan Pertanian Sabah dan Sarawak pula diperolehi pada Mei dan Ogos tahun 2018. Syarikat juga mendakwa Kerajaan Brazil telah memberikan hak kepada syarikat berkenaan bagi kerja-kerja membawa keluar biji serta anakbenih guarana demi untuk perkembangan Penyelidikan dan Pembangunan (RnD) penghasilan produk (Disini penulis blog agak ada sedikit kekeliruan mengenai takrifan akan kebenaran untuk tujuan penyelidikan - biasanya untuk penyelidikan ia satu kuantum jumlah import biji yang kecil dan spesifik sahaja). Sebaliknya MoA dan Jabatan Pertanian melalui laporan Bernama pada 20 Mac dan 25 April juga menafikan telah membenarkan penanaman dalam negara selain tidak pernah menerima permohonan permit import untuk tujuan tersebut (Sila klik disini). Berita seterusnya pembaca boleh baca sendiri pada keratan akhbar diatas. Laporan akhbar tersebut pada penulis blog memang perlu diteliti akan kebenarannya berbanding dengan potensi tanaman tersebut dijadikan komoditi bernilai dimasa akan datang. Mungkin lebih banyak penyelidikan oleh pihak tertentu khususnya MARDI (Penulis blog belum baca MARDI membuat kenyataan lagi) dan pihak lain termasuk di universiti. Diharap artikel ini memberi info beguna kepada semua pembaca blog anim agro technology sebagai satu sumber rujukan anda semua. Wasallam!!...

LAPORAN MEDIA... BERITA UTAMA...
SKANDAL DIPAPAR... KITA MEMBACA...
RAMAI MEMBACA... TAHU CERITANYA...
KEPADA SEMUA... PERLU WASPADA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka,
Melaka, Malaysia.
(16 Ramadan 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...