Support My Blog

Wednesday, May 15, 2019

TKPM RAMPANGI - SATU TINJAUAN

TKPM Rampangi (Taman Kekal Pengeluaran Makanan Rampangi) di Sarawak merupakan salah satu daripada 4 buah Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang berjaya di Sarawak. Tiga TKPM lain di Sarawak adalah TKPM Kabuloh (Miri), TKPM Penipah (Mukah) dan TKPM Semenggok (Kuching). Pengujudan TKPM adalah untuk mengeluarkan bahan makanan negara seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya yang mana ia kekal pengeluarannya dikawasan yang dikhaskan. Kawasan ini digazetkan sebagai kawasan penanaman yang mempunyai kelengkapan infsastruktur lengkap sala seperti konsep taman perindustrian dengan adanya jalanladang, sistem perparitan, sistem pengairan, utiliti air dan letrik malahan disesetengan TKPM dilengkapkan dengan Rumah Struktur Pelindung Hujan (SPH) atau Rumah Kalis Serangga (RKS). TKPM ini secara langsung menyelesaikan masaalah rungutan oleh usahawan tani dan parapelabur mengenai ketiadaan tanah pertanian untuk kegiatan pengeluaran bahan makanan untuk negara. Di Malaysia setakat ini ada 74 buah TKPM dengan keluasan fizikal 11,952 hektar dan ditanam seluas 10,304 hektar pada tahun 2018. Seramai 1,383 peserta terlibat dengan manghasilkan sebanyak 90.179 juta metrik tan hasil bernilai RM143.9 juta pada tahun sama. Rekod Jabatan Pertanian Malaysia menunjukkan purata pendapatan peserta TKPM adalah sebanyak RM6,771.45 sebulan iaitu menepati sasaran TKPM. Penulis blog berkesempatan dalam usaha membuat tinjauan teknologi TKPM Rampangi ini diiringi oleh pegawai Kanan Jabatan Pertanian Sarawak, Bahagian BPIT Putrajaya dan Pejabat Pertanian Miri. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kejayaan TKPM Rampangi di Kuching yang boleh dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


TKPM Rampangi asalnya adalah satu Stesyen Penyelidikan Rampangi Jabatan Pertanian Sarawak yang terletak kira-kira 20 km dari Bandaraya Kuching. Keluasan stesyen adalah 19.74 hektar dengan 8 hektar dikhususkan untuk TKPM Rampangi sementara bakinya adalah untuk aktiviti penyelidikan dengan tanaman kelapa, mangga, sayuran, limau dan sebagainya. Stesyen ini yang terletak dilaluan utama kawasan peranginan Santubong dengan Kampung Budayanya mempunyai kemudiahan asas eletrik dan bekalan eletrik malahan kini bersebelahan dengan taman perumahan yang sedang dibina dan ada yang telah siap dididukki. Pertuntukkan TKPM Rampangi daripada Persekutuan sebanyak RM12 juta yang diluluskan dalam tahun 2013 dan 2014. Peruntukkan dibelanjakan mengikut skop pembangunan ini iaitu penyediaan infrastruktur seperti jalanladang, sistem pengairan, Rumah Struktur Pelindung Hujan, Pusat Pengumpulan Hasil, pejabat projek dan sebagainya. Tanaman utama adalah rock melon, cili dan tomato melibatkan 18 orang peserta. Bagaimana pun Kerajaan Negeri arawak telah menambah peruntukkan untuk kerja-kerja penyelenggaraan infrastruktur, kilang memproses cili, sistem moden pengaran dan sebagainya. Perjalanan projek dilakukan oleh pengurus projek dari Bahagian Ibupejabat dan Bahagian Kuching.


Prijek TKPM Rampangi dicadangkan untuk dibangunkan pada tahun 2013 dibawah projek NKEA Entry Point Project 7 (EPP7) untuk pengeluaran bahan makanan negara. Projek ini dibangunkan secara komersil dan moden melalui Sistem Fertigasi dengan disediakan Struktur Pelindung Hujan (SPH) serta kalis serangga dengan rekabentuk termoden. Dilaksanakan dalam 2 fasa melibatkan rumah SPH, Sistem Pengairan, bekalan air, bekalan air dan bekalan eletrik dan setor agihan air (Sila lihat foto disebelah). Pemilihan tanaman adalah berdasarkan kepada permintaan pasaran (market driven) dimana telah berlaku penglibatan pihak belia, swasta dan penduduk tematan yang berminat. Konsep berkisar dengan pengujudan Ánchor Company'dimana ia melibatkan pihak swasta, agensi kerajaan dan juga pengusaha-pengusaha yang berjaya dalam projek TKPM ini. Kebanyakan peserta dminta membuat perjanjian TKPM dimana mereka boleh dikeluarka jika melanggar syarat perjanjian dan diganti dengan peserta lain. Perenarapan agar mereka juga mematuhi Amalan Pertanian Baik dengan mendapatkan persijilan MyGAP atau MyOrganic. Setakat ini semua 40 unit SPH telah siap digunakan dan berfungsi dengan baik dimana 36 unit diusahakan oleh Usahawan dan 4 unit dijaga oleh Jabatan Pertanian Sarawak untuk kajian dan penyelidikkan.

Selain Rock melon dan Tomato Ceri, pada penulis blog penanaman Cili Geronong (Capsicum chinensis) merupakan satu usaha yang agak unik di TKPM Rampangi ini. Apa tidaknya kerana cili ini hanya popular di Sarawak dan kurang popular di Semenanjung kerana ia mempunyai tahap kepedasan sebagai Cili Habanero dimana ada kajian makmal mendapati tahap kepedasan cili ini diantara bacaan 200,000 - 350,000 Scoville Heat Unit (SHU) iaitu hampir 3 - 4 kali ganda daripada kepedasan Cili Besar (Sekitar 100,000 - 150,000 SHU) sahaja yang kita kata sudah pedas. Pada pengusaha dakwanya mudah sahaja untuk menanam Cili Geronong asalkan ada benih yang baik untuk disemai dimana pada peringkat awal penanaman agak sukar untuk dapatkan benih cili geranong sebab setiap biji hanya ada beberapa biji sahaja yang tumbuh selepas disemai. Lazimnya benih ini mempunyai kadar peratus pertumbuhan atau percambahan yang rendah kalau disemai terus pada tapak semaian atau didalam pasu. Pengusaha disini telah juga disyorkan agar benih ini dijemur kering dulu atau dicelur dengan air panas untuk pecahkan 'dormancy period'. Menanam Cili Geronong dalam polibeg secara fertigasi ini mereka menggunakan media tanah campuran atau media cocopeat sesuai dilakukan. Benih yang tumbuh dalam tapak semaian dialih kedalam beg media tanaman dibiarkan satu pokok sahaja untuk mendapatkan prestasi pertumbuhan dan hasil yang banyak disusun dengan jarak 1 m X 1.2 m. Apa yang penulis blog dilihat lazimnya bunga cili geranong berwarna putih sama seperti bunga cili yang lain. Buah muda lazimnya adalah berwarna hijau menyamai dengan warna daunnya dimana lazimnya pokok ini mula berbunga setelah 1.5 - 2 bulan ditanam dan dijaga dengan baik. Jumlah bunga yang keluar biasanya juga bergantung kepada cara amalan agronomi dan kesuburan pokok. Walau pun pokok cili ini sukar ditanam tetapi serangan oleh perosak dan penyakit juga kurang terutama apabila ia ditanam secara fertigasi didalam SPH di TKPM ini. Penuaian dilakukan setiap hari kepada cili geronong merah yang matang. Ia kemudian dikumpulkan dan dibawa kekilang pemprosesan. Cili geronong yang agak kering ini akan dibawa kekilang memproses membuat produk-produk seperti SOS GERONONG PREMIUM, SOS CILI GERONONG BIASA dan juga produk SERBUK CILI GERONONG. Mungkin ada dikalangan pembaca yang tidak pernah mendengar atau mengigit akan cili geronong segar. Memang sangat pedas melekat pada bibir jika sesiapa berani makan sebiji cili geronong matang yang amat pedas ini.


Projek TKPM Rampangi ini juga telah menerima banyak kunjungan daripada pembesar negeri seperti YAB Ketua Menteri Sarawak,  Ahliahli Politik, Pihak Swasta dan belia serta pelawat dari luar Sarawak. Sebagai contoh Timbalan   Yang Di-Pertua Dewan Negara iaitu Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd. Samad (Sila lihat foto disebelah) melihat sendiri tanaman pokok cili ketika melawat di Taman Kekal Pengeluaran Makan (TKPM) terletak di Stesen Pertanian Rampangi. Pelawat akan diberikan penerangan dan tunjukajar mengenai teknologi penanaman menggunakan teknologi fertigasi yang mana ia dianggap sebegai vertical technology masakini dan memang ramai yang tertarik dengannya. Rekebentuk SPH ini yang telah dibina dan diberi pengawasan dengan kepakaran daripada Bahagian Kjuruteraan Jabatan Pertanian Malaysia berpusat di Bahagian Kejuruteraan Pertanian Serdang telah merekabentuk SPH yang termoden diantara banyak TKPM yang ada SPH diseluruh negara. Diharapkan anda mendapat info berguna membaca artikel dalam anim agro technoogy kali ini. Wasallam!!!...
TKPM RAMPANGI... DIKUCHING LETAKNYA..
ADA 30 SPH.. SISTEM FERTIGASI CARANYA....
18 PESERTA.. SUDAH MUALA TANAMNYA...
CILI GERONONG... ANTARA PRODUKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 829, Suite Room,
Waterfrong Hotel,
Kuching, Sarawak,
malaysia.
(10 Ramadan 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...