Support My Blog

Friday, September 8, 2023

AGRONOMI TANAMAN LANDSKAP

TANAMAN LANDSKAP atau Tanaman Hiasan atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai 'Ornamental Plants' adalah merupakan sejenis tanaman yang perlukan amalan agronomi sedikit berlainan dengan tanaman makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini kerana tujuan utama tanaman ini di tanam adalah untuk menambak kecantikan landskap, sebagai tanaman perlindungan, tanaman elakkan hakisan dan menghasilkan banyak bunga-bungaan pelbagai warna dan bentuk menarik untuk dinikmati. Dalam pada asas kelainan adalah bagaimana teknim-teknik pembiakan tanaman hiasan juga ada pelbagai cara. Pembiakan tumbuhan yang mana ia merupakan salah satu amalan agronomi yang perlu di pelajari oleh semua peminat tanaman hiasan dan mereka yang selalu bertugas didalam bidang ini. Penulis blog yang meminati juga tanaman hiasan untuk di tanam disekeliling rumah sering ada mencuba untuk membiakan sendiri tanaman hiasan dengan beberapa cara walau pun ada yang berjaya dan ada yang gagal ketika membuatnya. Pada umumnya teknik pembiakan tanaman hiasan ada pelbagai cara. Tanaman hiasan boleh dibiakan melalui Kaedah Pembiakan dengan Biji Benih (seeds), Kaedah Pembiakan Secara Keratan (cuttings), Kaedah Pembiakan secara Tut (Markot) dan juga Kaedah Pembiakan mengunakan Bahagian Khas Tumbuhan. Apa pun kesemua kaedah pembiakan ini perlu disesuaikan dengan jenis tumbuhan tersebut dan perlu dilakukan dengan teliti mengikut amalan yang wajar. Bergantung kepada jenis tumbuhan dimana sebaiknya ia di tanam dahulu didalam polibeg yang mengandungi medium tanaman sesuai sebelun ia di jaga tumbesaran sebelum sesuai untuk di alih kelokasi penanaman sebenar. Perlu dipelajri juga akan bagaimana cara penyediaan tanah campuran sebagai media tanaman dimana lazimnya ia menggunakan bahan utama yang di gunakan terdiri daripada tanah atas, bahan organik dan pasir untuk mengeluarkan bahan-bahan yang terlalu besar. Sebaiknya akan digunakan 3 bahagian tanah atas, 2 bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir (3:2:1) yang dilonggokkan semua bahan tersebut di atas simen dan digaul rata. Apa pun selalunya tanah atau media campuran tersebut dibalik-balikkan mengunakan penyodok dimana ia perlu di lakukan sebanyak beberapa kali supaya campuran menjadi sebati dan seragam. Media tanaman ini boleh dimasukkan kedalam polibeg sebelim biji benih, keratan berakar dan tut berakar dimasukkan untuk tumbesaran. Salah satu amalan penting didalam penjagaan tanaman hiasan adalah peoses untuk menggantikan pasu atau dipanggil 're-potting'. Aktiviti ini perlu dijalankan dengan melembapkan sedikit tanah di dalam pasu dimana pasu sudah penuh dengan akar. Kemudian perlu dikeluarkan tanaman hiasan tersebut dengan menghentak-hentak dari pasu dengan kayu dan mencabutnya keluar. Langkah seterusnya adalah memeriksa bahagian akar tanaman di mana akar yang berpenyakit atau terlalu padat perlu di potong dan di buang. Seterunysa lakukan memotong dan pangkas akar-akar yang terlalu padat dan banyak dengan gunting atau scateurs. Masukkan serpihan pasu atau batu bata ke dalam pasu yang akan di gunakan dan masukkan media tanaman. Masukkan semua pokok hiasan kedalam pasu dan dipadatkan tanahnya dan disiram. Penamanan tanaman hiasan memerlukan ilmu pengetahuan amalan agronomi seperti proses pembiakan, penyediaan anakbenih tanaman, penyiraman, kawalan perosak dan penyekit, pembajaan, cantasan, penggantian tanah dan pasu (re-potting) dan sebagainya. Artikel pada pagi Selasa ini dalam blog ''Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa teknologi dan pengurusan dan amalan agronomi tanaman hiasan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Penyelenggaraan Tanaman Landskap bermula dari proses penyediaan bagi bahan campuran medium penanaman, proses pemasuan semula tanaman dalam pasu, proses pengerasan anak benih, menanam anak pokok dan anak benih ke dalam polibeg sehingga menanam anak pokok dan anak benih ke dalam pasu atau atas tanah. Aktiviti ini termasuk juga bagaimana kaedah menanam anak pokok hiasan atau pokok palma ke tanah serta bagaimana cara memindahkan pokok palma yang perlu diganti serta bagaimana cara penjagaan anak pokok palma dan palma bagi kawasan taman palma. Selalunya diisi iaitu dengan separuh penuh pasu dengan tanah campuran pemasuan dan kemudian akan dimasukkan tanaman hiasan dan letakkan di tengah-tengah pasu kemudian isikan lagi campuran tanah sehingga 1-2cm daripada mulut pasu. Perlu dipadatkan tanah dengan cara menghentak-hentakkan pasu sedikit beberapa kali supaya tanah lebih padat dan seterusnya adalah menyiram tumbuhan dengan secukupnya dan letakkan di tempat yang teduh bagi selama 1-2 minggu. Penting di ketahui ada aktiviti yang dinamakan sebagai 'Proses Pengerasan Anak Benih' bagi anakbenih tanaman hiasan. Caranya adalah dengan meletakkan anak benih yang telah di tanam ke dalam pasu ataupun ke dalam polibeg di tempat yang di panggil 'Kawasan Pengerasan' yang permukaannya di turap dengan simen atau batu-batu kerikil. Cara mendedahkan anak benih kepada cahaya matahari secara beransur-ansur sewaktu menjalani proses pengerasan. Sebaiknya dikurangkan penyiraman dari segi jumlah air dan kekerapan untuk mengurangkan aktiviti pertumbuhan anak benih dan ini membolihkan karbohidrat yang terbentuk dapat di simpan untuk di gunakan ketika anak benih tumbuh di taman nanti dan ia di lakukan selama tujuh hingga ke sepuluh hari. Penanaman anakbenih pokok hiasan ke dalam polibeg boleh dibuat dengan memilih saiz polibeg hitam yang beukuran besar sedikit daripada bola akar anak pokok atau anak benih. Periksa polibeg ini mempunyai lubang-lubang kecil untuk saliran di sekelilingnya dan kemudian boleh dimasukkan anak pokok atau anak benih ke dalam polibeg dan tambah lagi medium pemasuan sehingga hampir penuh. Kemudian dipadatkan sedikit medium di sekeliling anak pokok atau anak benih supaya akar dapat bersentuhan baik dengan medium. Disyorkan juga agar diletakkan polibeg di tempat yang teduh dan siram anak pokok atau anak benih dengan secukupnya. Perlu juga didedahkan anak pokok kepada cahaya matahari secara beransur-ansur setelah lebih kurang seminggu.


Teknik menanam anakpokok tanaman hiasan ke dalam pasu pula sangat sesuai dilakukan dengan pastikan memilih pasu yang terbaik. Sebaiknya gunakan jenis pasu yang mempunyai dua atau tiga unit lubang saliran di bahagian bawahnya. Menjadi petua umum untuk merendam pasu baru ini ke dalam air terlebih dahulu selama beberapa jam terutama jika mengunakan jenis pasu yang dibuat dari tanah liat. Bagaimana pun jika gunakan jenis pasu plastik tidak perlu di rendam kerana dindingnya tidak akan telap air. Penulis blog suka menggunakan pasu dari tanah liat yang boleh dibentukkan susunaturnya seperti patung yang menarik jika dicat (Sila lihat foto disebelah). Sebaiknya kena masukkan batu-batu kecil atau sabut kelapa yang telah  di kisar ke dalam pasu setebal 2-3cm untuk saliran aur di lubang. Kemudian dimasukkan medium pemasuan ke dalam pasu sehingga separuh penuh. Bagi menanam anakpokok boleh dikeluarkan anak pokok atau anak benih daripada kotak semaian atau polibeg dan ia dipecah-pecahkan sedikit pada bahagian akar sekiranya terlalu padat dan letakkan pokok di tengah-tengah pasu. Pelru dihentak-hentakkan pasu sedikit beberapa kali supaya medium dalam pasu menjadi mampat dan pastikan anak pokok tidak di tanam lebih dalam daripada paras asalnya ketika di dalam polbeg atau kotak semaian. Ia kemudian mesti disiram tanaman dengan cermat dan susunkan semua pasu ini di tempat teduh selama beberapa hari. Teknik menanam pokok palma ketanah boleh dilakukan dengan menyediakan dan membersihkan dahulu kawasan yang akan di gunakan untuk menanam anak pokok palma. Sebaiknya disiapkan lubang seluas 1m x 1m x 1m (1 meter padu) dan dimasukkan campuran tanah penanaman yang melebihi dari paras permukaan lubang yang di buat tadi, bahan campuran tanah penanaman ialah 3 bahagian tanah atas dan 1 bahagian bahan organik (boleh beli baja organik komersil). Buatkan lubang kecil di atas timbunan tanah penanaman tadi di mana anak pokok palma akan di masukkan ke dalam lubang itu. Menanam anak pokok palma dengan berhati-hati supaya akar kemas terletak dengan baik dan elakkan dari menanamnya terlalu dalam. Bagi sesetengah pokok hiasan yang tinggi maka ia boleh diberi alat sokongan dengan mengunakan kayu yang di ikat pada batang anak pokok tadi dan dari masa ke semasa awasi ikatan tali supaya sentiasa berkeadaan longgar dan ganti jika perlu. Menyiram anak pokok secukupnya untuk menyegarkan anak pokok yang baru di tanam dan seterusnya tutup permukaan tanah dengan mengunakan bahan sungkupan saperti rumput kering, jerami padi atau plastik hitam. Berikan perlindungan anak pokok yang baru di tanam tadi dengan mengunakan daun-daun besar saperti daun palma atau mengunakan kepingan polibeg hitam.


Amalan memindahkan anak pokok hiasan perlu dilakukan mengikut keperluan begitu juga dengan memindahkan jenis pokok palma. Sebelum pokok ini di pindah kan sebaiknya dibersihkan kawasan pokok hiasan atau pokok palma yang akan di pindah dengan membuang tanah di sekeliling pohon pokok untuk membuat bola akar. Sebaiknya dibuat bola akar dengan mengunakan skop dan potong akar-akar yang berlebihan atau terkeluar dari bola akar iaitu dengan membungkus bola akar dengan mengunakan kepingan plastik, polibeg atau ramai yang suka menggunakan karung guni. Kemudian diangkat dan pindah pokok tadi ke dalam penanaman yang baru. Selepas ditanam sebaiknya diberikan sokongan dengan mengunakan kayu yang di ikat kepada batang pokok tadi (Sila lihat foto disebelah). Lakukan aktiviti menyiram pokok tadi secukupnya dan kemudian tutup permukaan tanah dengan bahan sungkupan saperti rumput kering, jerami padi atau plastik hitam. Seteruanya dilakukan penjagaan pokok hiasan ini dengan menyiram untuk memberikan anak pokok kelembapan yang cukup untuk pertumbuhannya. Berikan juga baja kerana baja yang di berikan boleh membekalkan tanaman dengan kandungan nutrien yang mencukupi. Aktiviti mencantas atau pangkasan dahan-dahan yang tidak di kehendaki dan juga untuk membentuk pokok kepada bentuk dan saiz yang di kehendaki. Pastiikan mengawal tumbuhan rumpai untuk mengelakkan rumpai-rumpai yang mengambil makanan dan air yang di perlukan untuk tanaman dan juga boleh dilihat akan mencacatkan kecantikan taman. Dalam pada itu sentiasa kawal tanaman daripada serangan penyakit dan serangga perosak. Sebelum memberi rawatan kepada penyakit atau meracun serangga perosak hendaklah di teliti dan di ketahui jenis-jenis penyakit atau serangga perosak di mana dalam tanaman hortikultur dan lanskap terdapat tiga cara penyakit berjangkit iaitu melalui virus, bakteria dan melalui jangkitan kulat, kimia kawalan adalah berlainan dari satu-satu jangkitan jika ia berlaku.


Penulis blog akan jelaskan apakah dia LANDSKAP sebagai nota tambahan. Landskap ialah alam persekitaran luar sama ada hasil buatan manusia atau alam semula jadi sama ada ia sesuai sebagai berkonsepkan padang pasir, lautan, sungai, awan, kawasan salji, hutan, bandar, kg air, bukit, luar rumah atau didalam rumah. Lazimnya di kawasan urban atau perumahan ia lebih di kenali sebagai tempat kawasan luar bangunan, atau kawasan terbuka, Taman rekreasi yang diubahsuai menjadikan pemandangan alam yang menarik pengunjung. Selalunya ramau dakwa landskap ini berkait dengan konsep sebuah taman bunga dimana kombinasi adanya tumbuhan dan rekreasi akan menghasilkan lokasi yang ramai orng suka datang untuk relaksasi. Banyak pihak yang terlibat didalam dunia landskap seperti Arkitek landskap, pereka landskap, Tukang Kebun, Majlis Perbandaran, Pekerja Mahir, Individu Peminat Landskap, Nurseri Swasta, Ahli-ahli Fotographer, penghobi dan sebagainya. Secara asasnya ada dua jenis landskap di kenali sebagai Landskap Tumbuhan (SOFT LANDSCAPE) dan juga jenis Landskap Binaan (HARD LANDSCAPE). Landskap merupakan salah satu keperluan dalam setiap pembangunan bandar baru atau kawasan penempatan atau mengekalkan kawasan landskap semulajadi sedia ada seperti dikawasan Air Terjun, Pantai, Hutan Belantara dan banyak lagi. Ada konsep landskap yang dilakukan demi memulihara alam sekitar yang lebih berfaedah, mencantikkan lagi landskap sedia ada, menjadikan pusat rekreasi yang bermanafaat, mempengaruhi emosi pengunjung dan pusat senaman untuk kesihatan. Apa pun landskap yang dikurniakan Tuhan sudah serba cukup untuk manusia menikmatinya dimana ada yang perlu diubah diubah untuk kepentingan manusia. Maka manusia berusaha untuk memperbaiki keadaannya dengan membuat landskap buatan manusia (design landscape). Apa pun bagi jenis landskap buatan manusia bertujuan bukan sahaja bagi mencantikkan kawasan, pemandangan tetapi menambah nilai estetik suatu kawasan dan sekelilingnya. Ia juga akan menyenangkan penyenggaraan dan pengurusan landskap seluruhnya. Ia akan memberi penguna dengan suasana yang nyaman seperti penglihatan, udara segar, bunyi angin, daun, burung, siar jalan dan bau harum dimana ini seterusnya akan memberikan pengguna rasa rehat, terjaga, selamat atau rasa terbuka kalau ada landskap menarik. Menyentuh mengenai 'Landskap Kotemperori' dimana dizaman dunia maju sudah mencapai landskap kontemporari dimana ada bantuan arkitek landskap sangat penting dalam merekabentuk pembangunan. Maksud kontemporari-landskap adalah konsep yang dibina mengikut peredaran zaman. Semua pembangunan kini mestilah kena memastikan dengan menumpukan kawasan dan fungsi landskap terlebih dulu. Konsep gubahan, gabungan, susunan dan penanaman memerlukan perancangan rekabentuk bagi tanaman dengan mengikut perinsip pelandskapan dan elemen rekabentuk. Setiap kawasan(ruang) mempunyai penyataan, kesesuaian tanaman dengan ruang, elemen landskap dan elemen rekabentuk. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
AGRONOMI LANDSKAP... APA DIA...
MULA MENANAM... KENA DI JAGA...
MENYIRAM POKOK... PERLU DIBAJA...
TAMAN CANTIK... RAMAI YANG SUKA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1017, Bertam Resort (Water Park),
Bertam, Pulau Pinang,
Malaysia.
(2 Zulhijjan 1444H).
Posted from...
Room 521, Grand Daira Hotel,
Palembang, Sumatra Selatan,
Indonesia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...