(1) BENGKANG UBIKAYU
Penulis blog memang amat suka makan kuih Bengkang Ubi Kayu atau Bingka Ubikayu kerana makanan ini memang sering dibuat oleh ibu semasa tinggal di kampong di Muar, Johor dahulu. Selain ia disediakan untuk sarapan pagi dimana kuih ini juga selalu dibuat untuk jamuan kenduri Yasinan atau pun kepada perewang dalam majlis kenduri kahwin. Makanan ini selalu memang enak dimakan dan mengenyangkan untuk sumber karbohiderat dan gula serta serat yang baik. Membuatnya sendiri juga mudah dilakukan bila mempunyai bahan mencukupi dan pengalaman membuatnya. Bahan yang diperlukan adalah 8 ketul (2 batang) ubi kayu yang kemudian disagat, 4 cawan santan kelapaa, 2 cawan gula pasir, 2 sudu teh garam serta sedikit pewarna kuning. Cara untuk membuatnya dengan bersihkan ubikayu yang dibuang kulitmya dan diparut untuk diketepikan. Kemudian disatukan dan gaul sebati semua bahan di atas dalam bekas. Disapukan marjerin pada loyang yang sesuai saiznya dengan dapur dan kemudian dituang bancuhan atau adunan tadi ke dalam loyang. Memasak bingka ubikayu ini didalam oven atau diatas dapur untuk dibakar dengan api atas bawah. Sebaiknya guna suhu 160C untuk di bakar selama 1 jam atau sehingga masak. Sebaiknya bila siap diangkat dan sejukkan dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan. Penulis blog lebih suka makan bingka yang masih suam panas lagi bersama dengan kopi panas. Selalu dilihat dimana kuih bingka ini selepas masak nampak macam lembik sahaja tetepi ia elpok didalamnya dan cantik setelah dipotong bila sudah sejuk.

(2) UBI KAYU GORENG BEREMPAH
Makanan ubikayu goreng berempah juga merupakan sejenis kuliner yang penulis blog dapat ujirasa setiap 1 - 2 bulan sekali dan kadang-kadang setiap beberapa minggu. Makanan ini juga sering dijadikan makanan untuk sarapan pagi dimana ada sesetangah hotel dan pasar malam serta pasar tani yang menjual ubi goreng. Bagaimana pun selalu resepi yang dihidangkan hanya ubi goreng biasa yang hanya digoreng dengan serbuk kunyit dan garam sahaja. Penulis blog paling suka makan ubi goreng berempah yang lebih enak dan rangup dimasak sendiri menggunakan ubi kayu segar. Bahan-bahan untuk menyediakan ubi goreng berempah adalah terdiri daripada 1 batang ubi kayu saiz sederhana, 1 cawan tepung gandum, 2 sudu jintan manis, 2 sudu ketumbar, 5 ulas bawang putih,3 uas bawang putih, 1 sudu serbuk kunyit, secubit lada putih, sesudu garam halus dan juga satu sudu kecil serbuk kunyit. Cara menyediakannya dengan memotong ubikayu segar yang telah dibuang kulitnya dan dibasuh bersih berbentuk jejari atau kepingan dan ia boleh tebal sedikit tetapi saya suka yang nipis kerana ia akan 'rangup'. Kemudian semua bahan rempah seperti jintan manis, ketumbar, bawang merah, bawang putih, lada sulah dan garam ditumbuk dalam lesung bati atau dikisar dengan blender sehingga halus. Masukkan rempah tadi bersama kunyit kedalam potongan ubikayu dan gaul sehingga rata dan biarkan selama 10 - 15 minit. Panaskan kuali dan tunggu sehingga minyak cukup panas dan masukkan ubi tersebut didalamnya dalam minyak yang banyak serta kawal api. Bila sudah berwarna kuning kecoklatan maka ia boleh diangkat dan ditoskan sebelum dihidangkan semasa suam panas untuk dinikmati. Penulis blog sering makan ubi goreng berempah begitu sahaja dan gemar sekali makan makanan hebat ini bersama nasi putih sebagai lauk.

(3) TAPAI UBI KAYU
Siapa yang belum pernah makan tapai ubikayu pada penullis blog memang rugi kerana tapai merupakanan berkhasiat dan baik untuk kesihatan. Makanan tradisional ini merupakan sejenis makanan yang perlu proses fermentasi dengan menggunakaan ragi dan proses membuatnya juga bukan mesti menjadi jika tidak mengetahui cara betul dimana akan berlaku kontaminasi. Terdapat banyak tapai ubi kayu yang dijual di pasar malam, pasar tani, kedai runcit dan juga ada beberapa hotel yang menyediakannya. Ada jenis pembungkusan tapai ubi secara tradisional dengan daun pisang atau daun pokok tertenti yang inik dan menarik. Bagaimana pun kini sudah banyak kalangan pengusaha tapai ubikayu yang sudah menggunakan bahan pembungkusan menggunakan cawan plastik. Bahan untuk membuat tapai ubi hanya dua iaitu 2 kh ubikayu dan juga ragi (sebiji ragi komersial dipasaran). Bahan ragi untuk membuat tapai kini boleh dibeli diatas talian juga dengan mudah. Cara membuatnya dengan mengupas ubikayu dan di potong dua (jika bersaiz besar) atau saiz asal (jika kecil). Kemudian bungkah ubikayu ini dicuci bersih dan direbus sehingga empuk selama 20 minit dengan api kuat. Cara mempastikan ia sudah masak dengan mencucuk sikit isi ubikayu dimana jika ia boleh cucuk maka dimatikan api dan diangkat untuk terus ditoskan. Pastikan agar bungkah ubi tadi jangan sampai pecah dan simpan sehingga ia sejuk selama 2-3 jam. Kemudian di kisar ragi (jika dallam bentuk bungkah) atau diayak terus (jika serbuk) dengan gunakan penapis air. Kemudian diambil bekas seperti periuk atau besen dan alaskan daun pisang. Susun ubi tadi yang sudah diragikan dalam periuk dengan rapi (pastikan ada ruang udara). Seterusn ditutup dengan daun pisang kemas-kemas dan akhirnya di tutup periuk atau besen dengan menggunakan tutup periuk dan kain bersih. Simpan ditempat gelap yang berangin untuk selama 2 malam. Kalau perlu periksa sama ada berlaku proses penapaian dengan baik. Ia akan jadi setelah dilihat bungkah ubi menjadi lembut, berbau wangi dan ada cecair dibawahnya dan boleh diangkat untuk di nikmti atau di bungkus.
(4) KEK UBIKAYU KUKUS
Kuih atau makanan ini juga antara jenis kuih dari ubikayu yang mudah disediakan dan enak dimakan. Kuih tradisional ini ada yang kata ia sama dengan kuih bingka ubi tetapi sedikit berlainan rasanya. Penulis blog pun memang suka makan kuih ini yang selalu dihidangkan bersama dengan kelapa parut yang agak masin sedikit. Bahan untuk membuat kuih ini adalah 700gm ubi kayu yang dibersihkan dan dicincang, 150gm ubi keledek,150 gula kastor, ½ sudu teh garam, 350gm santan cair, 50gm santan pekat dan juga 50gm air pandan. Cara membuatnya dengan mula-mula perlu di kukus dahulu ubi keledek dan kemudian bila agak sejuk dilenyekkan. Apa pun didalam mangkuk yang sama maka boleh disatukan ubi keledek tadi dengan ubi kayu, gula, garam dan santan dan dikacau hingga sebati. Selepas itu boleh diasingkan separuh daripada adunan tadi dan ia perlu di masukkan ke dalam kuali bersama dengan santan pekat dan dikacau adunan tersebut di dalam kuali dengan menggunakan api perlahan sahaja. Sentiasa kacau hingga ia betul-betul sebati dan pekat. Kemudian adunan ini boleh dimasukkan ke dalam loyang 8×8 empat segi. Pastikan loyang tersebut dialas dengan daun pisang agar tidak melekat. Penting untuk ditekan-tekan adunan sehingga ia betul-betul mampat dan kemudian ia mesti dikukus selama 20 minit. Dalam pada itu baki adunan yang tinggal tadi dimasukkan ke dalam kuali. Masukkan air pandan dan kacau sehingga ia menjadi pekat serta likat. Apabila sudah pekat maka boleh masukkan adunan hijau ini di bahagian atas adunan awal yang dikukus tadi. Tekan-tekan sedikit bagi ia betul-betul sekata. Kukus lagi selama 20 minit atau sehingga ia masak.
Akhir sekali apabila sudah masak maka boleh dikeluarkan dari kukusan dan sejukkan. Kuih hebat ini sesuai untuk dimakan atau dihidangkan dengan salutan kelapa parut yang dibubuh air garam iaitu mencampurkan 100gm kelapa parut bersama ½ sudu teh garam dan dikacau sebati dan kemudian kukus selama 10 minit. Artikel ini ditulis dalam 5 segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
UBI DICABUT... DIBUANG KULITNYA...
PELBAGAI KUIH... ENAK KESEMUANYA...
KALAU TERINGIN... KENALAH UJIRASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 Muharram 1445H).
Posted from
Gate 10, Jakarta International Airport,
Jakarta, Indonesia.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.